Chapter 18
Di dalam kelas
Semua orang duduk di tempat masing-masing kecuali 8 pelajar yang baru dipindahkan buat sementara waktu. Aku suruh diaorang duduk dekat bahagian depan kerana tempat duduk di hadapan kelas tiada orang duduk kecuali aku, Nella dengan Amirah. Tiga daripada lapan duduk sebari dengan aku, manakala lagi lima orang duduk di baris kedua. Amran duduk di belakang aku manakala Fariz duduk di sebelah aku.
"Rin, rehat nanti boleh tak you rehat dengan kitaorang?"
"Kenapa I pulak yang kena?"
"Yelah you kan president Gread ni and kitaorang budak baru so you kenalah tunjukkan drkat kitaorang sekolah ni."
"Haa yelah whatever."
Haziq POV
"Eh Fariz kau ni serious ke kau nak dia rehat dengan kitaorang? Aku seramlah dengan dia. Muka dia seram, aku belum pernah tengok dia senyum hari ni kecuali masa first jumpa principal sekolah ni."
"Ala kau chill je dia okay. Senyuman dia tu mahal, kalau kau nampak nanti kau yang in love with her smile. Trust me bro."
Macam manalah si Fariz ni boleh tau semua pasal dia. Eh aku lupa, dia kan ex Rin. Mesti Fariz lagi kenal dia dari kitaorang.
rehat
"Yow Rin lets go! You rehat dengan kitaorang kan?"
"Owhh yeah okay lets go. Mana semua orang? Kenapa you yang kena tunggu I?"
"Yang lain tu lapar sangat so I dengan Mika tunggu you."
"Okay then lets go. By the way Mika kenapa you tak banyak cakap?"
"Malas."
Okay aku tak terkejut bila Mika cakap macam tu, but aku dapat nampak yang muka Rin macam bengang sebab Mika jawab soalan macam tu.
"Okay dah jom Rin mana canteen?! I laparrrrr....."
Aku buat muka comel aku yang extreamly comel ni ala ala muka Beakhyun.
"Dekat block lagi satu, sabar je. And please Ziq, you tak payah buat muka comel tu I rasa nak muntah pelangi sekarang ni."
Aku pandang Mika and this is my first time tengok dia gelak. Perempuan ni memang ada aura and pandai buat orang gelak even dia tak senyum langsung. Aku pandang je si Mika ni, eh tak berhenti gelak dia ni.
"Hey Mika kenapa you gelak?"
"Haa? Ehem umm nothing."
Aku tengok Rin then aku nampak dia senyum. Wow first time aku tengok Mika gelak macam tu dengan perempuan and first time nampak Rin senyum.
meja canteen
"Yow ssup bro!"
"Yow!! Rin you duduk sebelah I tau!!"
"Kenapa I perlu duduk sebelah you? I bukannya girlfriend you ke apa."
"Eishh yelah Rin."
"Em Rin ke you nak duduk sini?"
"Wow Mika dah pandai ae nak offer tempat. Mimpi jelah dia nak duduk, dah si Fariz offer pon dia tak nak ni kan kau pulak."
"Siapa cakap I tak nak duduk situ? I lagi rela layan Mika dari layan you guys ni."
Semua orang termasuk aku terdiam tengok perangai Rin. Okay tak sangka si Mika boleh berubah sampai macam ni. Kalau tak dia lah paling keras kepala hati batu semua, tapi??
"Eh korang tak reti nak amik makanan ke? Ke nak tunggu I bentangkan red carpet?"
Pergh sindiran si Rin ni memang aishh ada juga kena dengan aku.
"Rinnn jom pergi amik makanan dengan I. Hehehe."
"Haa mula dah perangai mengada si Ziq ni."
Aku pandang Andi dengan pandangan tajam bila dia cakap macam tu. Ada juga kena pelesing dengan aku juga.
"Eh Ziq ni pernah kena tapak kaki tak? Jangan nak gedik sangat boleh. Muka je nampak macam lelaki tapi perangai kalah bapok."
Semua orang gelak termasuk Mika. Aku tak tau lah tapi memang hari ni aku asik aim Mika je. Lain betul dia hari ni.
tamat waktu persekolahan
Mika POV
"Em Rin jom balik sama-sama?"
"Owh Mika. Lain kali okay I ada banyak lagi kerja nak buat."
"Owh kalau macam tu tak pe I tunggu you. Lagipon boleh I tau pasal sekolah ni sekali."
"Eh ahaha tapi I lama lagi tau. I takut you bosan je nanti."
"Eh tak apa I okay je."
"Ahaha kelakar lah you ni Mika. Diaorang cakap you ni pendiam tapi I tengok you okay je."
"Em actually I tengah berusaha nak banyak cakap. Yelah I tak nak lah nanti kalau kawan-kawan I tak ada then I jadi loner."
"Owh don't worry, I akan ada dengan you so you tak akan jadi loner."
library
Rin POV
'Eh aku lupa aku balik dengan Rif hari ni. Aduh kesian pulak dengan Mika kalau tak balik sekali dengan dia. Wait dah pukul 3!! Habislah aku dia habis sekolah pukul 2.50 petang. Apa aku nak buat ni habis aku kena dengan dia nanti!!'
Aku pandang Mika, wow senyap dia ni tekun buat kerja. Kesian Mika kalau dia balik sorang-sorang.
'Hah! aku ada idea!'
"Mika."
"Hmm?"
"Jom balik and you okaykan kalau balik dengan Rif sekali? Sebab I terlupa yang dia amik I hari ni?"
"Owh I okay je, jomlah."
Nilah idea aku. Kalau ada Mika mesti Rif tak berani buat macam-macam.
Aku dengan Mika jalan menuju ke pagar sekolah. Dari jauh aku dah nampak Rif sandar dekat kereta dia. Nasib ada Mika kalau tak memang aku kena makan kejap lagi.
"Rin! What did I told you about time!? I ask you to be here right!"
"Rif sorrylah, aku terlupa. Sorry okay? By the way ni Mika and dia balik sekali dengan kita boleh kan? Lagipon kau bukannya ada banyak kerja kan so boleh lah hantar aku then hantar dia."
Aku terpaksa buat muka comel depan Rif kalau nak suruh dia buat something, kalau tak haram jadah dia tak buat.
"Yelah Rin. But aku akan hantar dia baru hantar kau. Tak ada masa aku nak terpusing-pusing balik nanti. Rumah aku dengan kau bukannya jauh sangat."
Aduhh mati aku macam ni. Jangan dia ingat sudah apa yang dia cakap pagi tadi dalam kereta.
"Mika right? Rumah kau dekat mana?"
"Owh rumah aku dekat dengan café Chea tu. Kau tau kan?"
"Owh dekat situ. Aku tau okay masuklah."
Aku buka pintu belakang sebab nak duduk belakang then tiba-tiba...
"Kau fikir kau siapa nak duduk belakang? Tuan puteri? VVIP? Anak president? Duduk depan sekarang!"
"Habis Mika duduk belakang?"
"Ye sebab aku hantar dia dulu."
Aku buat muka masam, Mika pandang aku sambil senyum and senyuman dia tu buat aku senyum sekali. Haih dia senyum macam Jihoon comelnya.
Rif bawa kereta macam berlumpa. Laju betul dia bawa. Memang lah laju sebab bawa kereta sport tapi ni laju lain macam, macam bawa kereta F1 je dia ni.
Tak sampai berapa minit dah sampai rumah Mika. Aku pandang je rumah Mika and nampak budak-budak satu sekolah dengan dia ada sekali? Pakai baju biasa je? Satu rumah ke? Aku toleh ke belakang.
"Bye Mika jumpa esok."
"Okay jumpa esok Rin."
Mika keluar and aku nampak yang si Ami dengan Andi pergi dekat Mika. Aku pon perasan yang Ziq pandang orang dalam kereta ni tapi susah sikit sebab cermin kereta mamat gila ni gelap. Kalau Ziq nampak mesti macam-macam soalan dia tanya esok. Mulut macam bedah betul.
Rif terus bawa kereta tiba-tiba je dia break. Banyak betul benda jadi 'tiba-tiba' ni.
"Kau gila ke Rif! Belum sampai rumahkan!"
Dia senyap, muka dia macam marah.
"Kau fikir dengan ajak Mika balik sekali aku akan lupa apa aku cakap pagi tadi? Rin benda tu dah lapuk kau selalu buat dekat aku macam tu bila nak larikan diri kan. Hari ni tak sebab rumah Mika dekat dengan sekolah."
"Sorrylah Rif aku tak ada niat pon nak lambat. Sorry, aku dekat library dengan Mika and aku baru teringat pasal kau."
"Baru ingat pasal aku? Kau tau tak 10 minit aku tunggu kau dekat luar tau. Janji tetap janji Rin. Kau yang meminta kan."
Rif dekatkan badan dia dengan badan aku. Dia tolehkan muka aku untuk berjumpa dengan muka dia. Haih apakah ini, tulah Rin siapa suruh lupa. Rif rapatkan muka dia dengan muka aku. Lepastu dia kiss aku dekat bibir. Kenapa rasa dia sakit! Pagi tadi tak sakit and sekejap je.
"Riffffff!!! Tak payah lama-lama boleh tak!!! Dah lah sakit!!"
"Kan aku dah cakap aku kiss kau ganas. Ke kau nak aku makan kau?" dia smirk.
"Tak nak dua-dua lahhh!!!"
Dia kiss aku lagi, kali ni aku try tolak dia tapi dia tahan kepala aku. Haih tolong lah cepat sikit aku nak balikkk!
"Okay dah."
Aku buat muka masam. Hm memanglah geram kot dia buat macam tu dah lah sakit. Dia pegang bahu aku and pusingkan badan aku menghadap dia, dia pegang tangan aku. Aku jadi pelik sekejap.
"Nur Syarin binti Saha"
Aku macam terkejut bila suara dia tiba lembut then panggil nama penuh aku.
"Aku minta maaf okay?"
"Hm yelah. Dah jom cepat balik."
Rif tak lepaskan tangan aku and kali ni muka dia lebih serious.
"Rin aku sayang kau, dari dulu aku sayang kau. Boleh tak kau jadi girlfriend aku selamanya?"
Aku terkedu, aku pandang dia then dia cium tangan aku. Kenapa aku melt gila ni?
"Kau terima aku?"
"Em dengan satu syarat."
"Dia main syarat-syarat pulak. Haa apa dia."
"Kau jangan layan perempuan lain lebih dari aku. Tapi kau still boleh layan diaorang tapi jangan sweet-sweet kalau tak aku sunat kau berjuta kali."
"Okay sayang."
Dia kiss aku tiba-tiba. Waa Rif jadi boyfriend aku? Fuhh.
"Weyh tapi satu benda lagi."
"Apa dia?"
"Jangan bagitau sesiapa dulu tau pasal ni. Biar kita je tau and Ameer je tau."
"Kalau Umi? Abi? Mommy? Daddy?"
"Eh boleh lah tau sebab diaorang pon okay kalau kau dengan aku kan?"
"Yelah kau tu dah jadi anak kesayangan Umi tau tak. Pagi tadi aku jealous dengan kau sebab dia cakap kau tu anak kesayangan dia."
"Alaa Daddy pon cakap benda sama, asik asik nak bandingkan aku dengan kau. Nyirap je aku."
"Eh so kita ni seri lah kan. Ahaha. Kau nak singgah mana-mana tak? Minum ke?"
"Tak apalah aku nak balik cepat. Penat."
"Okay my girl."
-------------------------------------------------------------
A/N:
Sorry lama tak update. Aku akan sedaya upaya update cerita ni selalu mulai hari ini okay. Hehe😅. Thank you sebab setia baca Why don't you figure my heart out ni.😹 So tunggu okay ni bukan ending. Banyak lagi benda yang belum jadi so just wait okay guys!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro