Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

WHRE|17


PUAN kim so Yeon masih lagi dijaga rapi song Ji Hyo . walaupun majlis perkahwinan mereka berlangsung esok namun gadis itu tetap berdegil menjaga puan kim .tuan kim pula sibuk dengan urusan pejabat nya,kim taehyung pula sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan esok.walaupun Lelaki itu berkeras menghalang Jihyo dari menjaga ommanya ,tetapi Jihyo masih degil.

Tubuh puan kim dilapkan dengan kain basah ,bagi mencuci daki yang ada.
Selesai mencuci dia menempatkan diri ditepi katil.

Puan kim dipandang lama.agak-agak terimakah puan kim dengan kehadiran dia nanti?

Lama dia memerhati tubuh kaku itu,sebelum dia dikejutkan dengan gerakan jari puan kim so Yeon

Penggera segera ditekan,beberapa doktor masuk kedalam ruangan wad

"Doktor ,omma saya .jari dia bergerak tadi" jelasnya.

Doktor Lee Jong suk mengangguk faham.
"boleh cik keluar sebentar,bagi kami check keadaan pesakit"
pinta dokter Lee diikuti jihyo.segera gadis itu mencapai telefon,dia membuat panggilan kepada kim taehyung memberitahu keadaan puan kim

Beberapa minit barulah mereka sampai .bukan hanya kim taehyung,kim yeonjun ,bae Suzy dan juga tuan kim juga turut datang.
Barangkali sudah tahu dari kim taehyung.

"Macam mana dengan keadaan omma?" Soal yeonjun,risau.

Jihyo mengelengkan kepala tidak tau.
"doktor tengah check lagi"
Dalam 1minit mereka menunggu akhirnya doktor Lee keluar juga dengan senyuman.

"Macam mana dengan keadaan isteri saya doktor?"

Soal tuan kim ,tidak sabar.dr Lee tersenyum sebaris."syukurlah isteri encik sudah sedar dari koma,cuma badan dia lemah sedikit mungkin disebabkan koma yang agak lama.kalau nak melawat dipersilakan ye,tapi jangan terlalu bising,takut terlalu menggangu dia"

Ujar Dr Lee panjang lebar sebelum menundukkan kepala dan  berlalu pergi .memberi ruang keluarga itu melawat





Klekk




Pintu dibuka .terlihat puan kim yang lemah bersandar di kepala katil.

"Syukurlah omma dah sedar"ujar kim yeonjun.kesemuanya mengeluh lega.
Puan kim memandang hairan muka bae Suzy."ni siapa?"

Soalnya , "oh ni,bakal menantu kita.bae Suzy ,cantikkan?kim yeonjun ni diam -diam ubi berisi dah ada calon isteri"

Sakat tuan kim.kim yeonjun tersipu-sipu malu.puan kim mengangkat bahu tidak kisah.dia mengeluh lega kerana diberi nafas lagi untuk bernyawa . Namun kelegaan nya terhenti,baru dia perasan kehadiran song Jihyo disamping kim taehyung

Apa perempuan ni buat dekat sini?

"Kenapa dia ada dekat sini?"soal puan kim.nada suaranya juga seperti tidak suka dengan kehadiran song Jihyo.bukankah dia sudah mengupah joo dan Tae untuk membunuh gadis itu?kenapa pula masih berada disini?sah dia kena tipu.

Dasar Tak berguna

Kim Taehyung berubah riak,dia tau ommanya tidak suka akan jihyo.kecewa itu sudah tentu ,tapi yang lebih jelas dia amat geram dengan layanan ommanya itu.punya lah Jihyo yang menjaga puan kim selama ini,ini yang dibalas?
Tangan digenggam menjadi penumbuk

"Jihyo lah yang jaga omma selama omma koma."

Ujar kim taehyung .marah cuba ditahan,tidak elok dilepaskan kerana situasi puan kim yang baru sedar dari koma.
Senyuman cuba diukir.kim yeonjun dan bae Suzy yang sedia tidak tahu akan ketegangan antara mereka hanya mendiamkan diri.

Tuan kim juga sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi.melihat dari riak wajah kim taehyung, dia tau anak lelakinya tengah menahan marah .

Terkedu seketika puan kim so Yeon.perasaan bersalah kian muncul dalam diri,namun egonya menghalang.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia merasa perasaan nya terbeban .

"Boleh bagi omma rehat sekejap?" Mendengar itu mereka hanya menurut sahaja.tuan kim masih lagi berdiri disamping isterinya.

"Awak dah kenapa?macam tak suka Aje dengan Jihyo tu?"

Soal tuan kim tanpa tapis,dia betul-betul nak tau kenapa taehyung bersikap seperti tadi.
"Betul ke dia yang jaga saya selama saya koma?"soal puan kim.

Tuan kim mengganguk."ye ,Jihyo lah yang kerap sangat jaga awak walaupun esok majlis perkahwinan dia esok .dia nak juga jaga awak .saya suka dia jadi menantu kita"

Ujar tuan kim menceritakan kebaikan song jihyo.jelas sahaja Lelaki itu suka akan menantunya.

"Wait ,what? perkahwinan?menantu kita?apa ni?"

Pening dia,baru sahaja bangun dari koma dah blur seperti ini.

"Esok kedua -dua anak kita akan berkahwin,maafkan saya kalau tak berbincang dulu dengan awak"

Ujar tuan kim.walau apa pun perkahwinan tetap akan berjalan lancar.

Tuan kim yang menyedari riak wajah puan kim yang sugul itu sudah dapat meneka yang wanita itu tengah mati akal

"Sampai bila awak nak cari menantu yang kaya sahaja?dulu awak juga yang nak kebahagiaan anak kita.
Sekarang ni?anak kita nak bahagia takkan awak nak halang?sedar lah kim so Yeon.harta yang kita ada ni takkan kekal sampai bila-bila.belajar menerima takdir .dah memang jodoh mereka nak buat macam mana lagi?"

Ujar tuan kim panjang lebar.

Puan kim so Yeon terdiam sekali lagi.hatinya benar -benar terusik apatah lagi bila dapat tahu yang selama dia koma ,gadis yang dia bencilah yang banyak menjaganya.

Jahatkah dia selama ni?malah dia juga pernah mengupah orang untuk membunuh gadis sebaik Jihyo itu?

Dia rasa dia lah manusia paling berdosa didunia

Hampir menitis kan air mata,namun ditahan.betul apa yang dikatakan suaminya,sampai bila lagi dia perlu memandang kekayaan seseorang tu kan? Kalau kim taehyung bahagia ,dia juga turut bahagia.

Kenapalah Dia lambat sedar,

Puan kim tersenyum sebaris," saya nak datang esok tengok majlis perkahwinan anak kita"

Ujar puan kim secara tiba-tiba.
"Eh tapi awak kan baru sedar dari koma?"
Pelik pula tuan kim dengan sikap puan kim ini.kenapa tiba-tiba sahaja?

"Takpe,,saya nak tengok anak saya kahwin.salah ke?"
Tuan kim tersenyum senang hati, nampaknya isterinya sudah mula sedar mungkin ?
Baguslah kalau semuanya dah berbaik.dia sebagai ketua keluarga pastilah mahukan yang terbaik untuk keluarga nya.







To  be continue...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro