WHRE|16
JIHYO merenung lama gaun pengantin yang sudah dibeli tadi . tersenyum lebar gadis itu,gaun yang cantik sesuai dengan citarasa dia.
Kim Taehyung datang dengan telefon ditangan.baru sahaja dia dapat mesej dari tuan kim yang mengajaknya pulang kerumah untuk dinner bersama , katanya ada hal mustahak yang ingin dibincangkan.
"Sayang,pergi mandi cepat .malam ni kita dinner rumah appa"
Jihyo tersenyum sebaris,boleh lah juga dia merapatkan hubungan nya dengan tuan kim memandangkan selamani dia sibuk menjaga omma kim taehyung.puan kim masih lagi sama , terlantar dikatil,tiada tanda-tanda bahawa wanita itu bangun dari koma.
Dengan langkah yang segera Jihyo bersiap -siap.baju yang dipakai sangatlah simple tapi masih kelihatan seksi apabila yang memakai nya Jihyo.
Mereka bergerak ke destinasi yang dituju.
Rumah agam tuan kim dipandang lama.
Berdebar juga dia . berfikir perbincangan apa yang penting sangat.
Punat loceng ditekan.jihyo berada disamping kim taehyung memeluk erat lengan Lelaki itu, menampakkan lagi seperti pasangan suami isteri.
Tersembul muka tuan kim dimuka pintu.tuan kim menyambut mesra kehadiran anak dan juga bakal menantunya yang satu itu.
Meja makan yang boleh menempatkan 7 orang itu sudah penuh dengan makanan yang terhidang.
Mereka mula melabuhkan punggung.tidak lupa juga pasangan suyeon itu turut berada disana . walaupun kim taehyung dan kim yeonjun sedikit kekok kerana pergaduhan mereka tempoh hari .
"Appa ni siapa?" Soal taehyung ,lama dia menahan diri dari bertanya .bae Suzy dipandang hairan,jangan kata tuan kim bagi dia omma baru? memandangkan puan kim koma
"Oh ni,bae Suzy .bakal menantu appa"
Ujar tuan kim,nada suaranya juga kelihatan teruja.kim taehyung mengerutkan dahi dia masih lagi tak dapat tangkap apa yang dikatakan tuan kim.bakal menantu?
"Bakal isteri Yeon,bae Suzy"
Ujar kim yeonjun ,melihat hyungnya itu seperti blur jadi dia straight to the point sajalah.bae Suzy menunduk malu,berbeza dengan perangai dulunya yang sedikit tomboy .mungkin sudah nak berkahwin jadi sikap kelakian gadis itu sudah semakin pudar.dan kim yeonjun senang akan itu,bae Suzy kelihatan lebih cantik dengan perangai ayu gadis itu
Kim Taehyung memasang riak tidak percaya,namun dia sedikit lega kerana kim yeonjun nampak seperti sudah move on dari song Ji Hyo,jadi tiada lagi perbalahan antara mereka hanya disebabkan perempuan.
Buat apa nak bergaduh kan ?itu bukan jalan yang terbaik .
"Appa ajak kamu kesini nak bincang soal perkahwinan kamu berdua.memandangkan adik kamu ni nak kahwin jugak,apa salahnya majlis tu sekali kan Aje?"
Cadang tuan kim.kim taehyung mengangguk tidak kisah ,asalkan kahwin sudahlah.kesemuanya seperti bersetuju dengan cadangan tuan kim .
"Bila tarikh perkahwinan ?"
Taehyung memegang erat tangan kecil jihyo seraya tersenyum."kami dah pikir masak-masak,hujung minggu ni "
Kim yeonjun tersenyum senang hati ,lebih cepat lebih bagus.
Cuma apa yang menganggu fikirannya sekarang ialah puan kim.
Bukannya dia tak tahu sikap puan kim bagaimana,terlalu mementingkan darjat .kebaikan orang lain tidak nampak.
Selesai sahaja makan malam bersama tuan kim bergerak masuk kebilik kerjanya.manakala bae Suzy pula bersembang mesra dengan song jihyo ,mungkin ingin menyesuaikan diri masing-masing memandangkan mereka akan bergelar kakak ipar dan adik ipar.
Kim yeonjun melabuhkan punggung disebelah kim taehyung yang hanya memerhati sahaja song jihyo yang bergelak ketawa dengan bae Suzy,entah apa yang kelakar dia pun tak tahu.
"Hyung.."
Taehyung menoleh ke sebelah, wajahnya tidak memasang riak wajah apa -apa.
"Yeon nak mintak maaf sebab kurang ajar dengan Hyung haritu"baginya perlakuan nya pada kim taehyung dulu amatlah kurang ajar.padahal hubungan mereka baik - baik sahaja namun disebabkan merebut song jihyo semuanya menjadi serba tidak kena.
Kim Taehyung tersenyum kecil.benda dah lepas buat apa dikenang kan? taehyung merangkul leher kim yeonjun.
" Its okay,Hyung pun nak mintak maaf dengan Yeon kalau Hyung ada buat salah pada Yeon dulu"
Ujarnya ikhlas.sikapnya juga berubah tanpa dia sedar,mungkin disebabkan song jihyo .sikap dinginnya juga sudah hilang ditelan kasih sayang song jihyo.dia memang beruntung memiliki gadis itu.
Kim yeonjun tersenyum riang !ah dia sukakan moment seperti ini."Hyung jum main pubg? dapatkan chicken malam ni!"
Ajaknya,telefon pintar juga dikeluarkan.kim taehyung dengan bersemangat membuka aplikasi pubg
Mereka bermain bersama .kadang bergelak ketawa kadang segala kata -kata kesat terkeluar dari bibir mereka.barangkali geram dengan team sendiri
Song jihyo dan bae Suzy hanya menggelengkan kepala.haih laki memang suka main game,tapi tak pelah asalkan tak kacau mereka yang tengah membawang
To be continue....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro