WHRE|09
"AWAK bersiap-siap ni nak pergi mana ?"
Soal tuan kim tatkala melihat isterinya bersiap cantik-cantik dimuka cermin.lipstick yang merah terang menonjolkan lagi kecantikan wanita itu.
"Saya nak pergi penthouse kim taehyung.saya rasa ada something yang dia sorokkan"
Jawab puan kim so yeon.dirasakan ada yang tidak kena dengan anak satu -satunya itu.anaknya itu seperti sudah move on dari min Hyo Rin,ada chance lah ni dia nak cari menantu yang sesuai untuk kim taehyung kan?manatau kim taehyung bawa menantu yang kaya dalam penthouse lelaki itu ,patutlah taehyung jarang balik menjenguknya
Sangkanya.tersenyum lebar memikirkan itu,dia yakin anaknya sorokkan sesuatu darinya.naluri ibu selalunya benar belaka.
Tuan kim mengelengkan kepala.tidak habis -habis dengan kim taehyung dia tu.tingkat atas yang ditempatkan bilik kim yeonjun dilihat pelik
"Kim yeonjun mana?"soalnya .berharap dapat jawapan yang bernas dari puan kim ,namun masih sama seperti selalu
"Buat apa cari budak tu?nak tau tak dia kurang ajar dengan saya semalam.saya tengah cakap dengan dia ,dia main hempas pintu pulak.memang patutlah kena buang tepi tong sampah dulu.anak malang"
Jawabnya pedas saja.tangan bergerak memakai earring .tuan kim tidak bersuara kalini ,sudah muak barangkali dengan perangai kurang matang isterinya itu.
Diangkat punggung berura-ura mahu keluar dari bilik namun lengannya ditahan tuan kim.
"wae?"
Wajah tuan kim dipandang pelik
"Boleh tak awak belajar terima kim yeonjun.awak tak kesian ke kat dia?"
Tutur tuan kim ,cuba melembutkan hati isterinya
Puan kim so Yeon menggelengkan kepala.
"kesian nak buat apa pulak?bukannya dia mati pun kan?kira elok lah tu saya layan dia macam anak saya.abang nak ke saya layan dia macam anak pengemis dalam rumah ni?jadi stop tanya soalan bodoh tu—
Abang sengaja nak nampak saya yang salah dalam hal ni,sedangkan abang yang ambik bela dia dulu tanpa kebenaran dari saya.ini semua salah abang"
Ujar puan kim so Yeon ,isu dulu juga diungkit kembali.tuan kim terkelu sendiri,salah ke dia ambik kim yeonjun dulu?dia cuma kesian akan nasib anak itu dibuang ditepi tong sampah.tak salah kan kalau dia ambik jadi anak?jijik sangat ke kim yeonjun tu sampai puan kim taknak terima langsung kim yeonjun sebagai anaknya.
"Ikut awak lah,awak semua nak menang je--
tapi awak kena ingat ,jangan sampai suatu hari nanti anak yang tak dianggap Tula yang akan tolong awak nanti"
Ujar tuan kim seraya pergi meninggalkan isterinya ,malas nak berbalah lagi.sia-sia sahaja dia bazirkan air liur sedangkan isterinya mana reti nak mengalah,tahu diri tu betul je.
Puan kim memandang tajam tuan kim.apa yang special sangat dengan anak dibuang tu?
"Tolong?tch anak menyusahkan tu nak tolong aku suatu hari nanti?jangan mimpilah ! Malangkan aku lagi ada lah!"
Ujarnya sendiri.geram
Penthouse anaknya kim taehyung dipandang dengan senyuman.pandai anak lelakinya itu menjaga rumah,cantik dan bersih seperti selalu.
Tanpa menunggu masa yang lama lagi terus sahaja dia menekan punat loceng rumah kim taehyung.
Disangka kan kim taehyung yang membukakan pintu.senyuman melebar sampai ketelinga tatkala pintu dibuka
"Hi anak om—"
Senyumannya mati disaat melihat figura didepannya ialah seorang gadis cantik,leher dan dadanya penuh dengan love bite .melihat dari segi pemakaian gadis itu hanyalah biasa, namun berjenama Gucci,agak mahal jika dimilikki
Puan kim berdehem sedikit.
"Kau siapa?macam mana kau ada dalam penthouse anak aku ni?"
Song jihyo terkelu sendiri di muka pintu.terkejut dengan kehadiran puan kim,dia pernah juga melihat frame gambar keluarga kim taehyung jadi tak silap lagi ni pasti ommanya kim taehyung.
"S-saya—"
Belum sempat dia membalas pertanyaan puan kim .kim taehyung datang memeluknya dari belakang.mencium leher song jihyo dan membisik kata cinta ditelinga gadis itu tanpa sedar perbuatan sumbangnya dilihat puan kim yang berada dihadapan pintu.
"Why duduk dekat pintu ni—" perbuatan sumbangnya terhenti.matanya tertancap pada sosok tubuh yang amat dikenali didepan pintu.
Astaga macam mana lah dia tidak sedar akan manusia lain disitu .lebih -lebih lagi ianya ommanya sendiri !
Ditolak badan song jihyo masuk kedalam."masuk bilik now!"
Arahnya .Jihyo hanya menurut saja,malas nak membantah kalau tak mahu kena denda lagi seperti semalam.
"Wae omma datang?"soalnya kasar.lantak lah omma dia ke apa , sikapnya memang seperti ini.dingin dengan sesiapa sahaja kecuali dengan song Jihyo.
"Taknak bagi omma masuk dulu?"
Kim Taehyung mengulingkan biji matanya keatas.kalau boleh dia nak puan kim balik secepatnya.dia tahu pasti dia akan dipersoal jawab oleh wanita itu.
Punggung dilabuhkan diatas sofa empuk .kaki juga disilangkan ,muka anaknya dipandang dengan senyuman penuh bermakna
"Siapa perempuan tu?bakal menantu omma ke?"
Soalnya straight to the point.kedengaran dengusan halus dari bibir kim taehyung.
Dia hanya mengganguk mengiyakan pertanyaan puan kim.
"Keluarga dia kaya?kamu tau kan,keluarga kita keluarga ternama,jadi jangan malukan omma .pilih perempuan yang setaraf dengan kita"
Tegas puan kim lagi.memberi peringatan kepada kim taehyung.senyuman sinis mulai terukir dimuka kim taehyung.
"Dia takde keluarga yang kaya.tae beli dia sebab Tae cintakan dia,muka dia sama dengan min Hyo rin.jadi Tae harap omma faham kan maksud Tae?"
Ujarnya .puan kim sudah tidak senang duduk ,takde keluarga yang kaya?dia sedar muka gadis itu sama dengan min Hyo Rin,tapi itu bukan salah satu punca untuk kim taehyung kahwin dengan orang yang entah dari mana asal usulnya itu .nak dijadikan menantu dia ? Tolong lah, cukuplah kim yeonjun sahaja yang malangkan hidup dia,nak tambah beban lagi sorang?memang tak lah
"Omma tak setuju.putuskan hubungan dengan dia,biar omma carikan menantu yang lebih sesuai dengan kamu"
Tergelak kecil kim taehyung mendengar nya.baginya sangat lawak,jadi ommanya mahu menghalang kebahagiaan dia?
"Tak,takkan sesekali Tae putuskan hubungan dengan dia.tae akan kahwin dengan dia lambat atau cepat"
Omma jangan nak kongkong hidup tae.ini keputusan tae,tiada siapa boleh bantah termasuk omma!"
Tegasnya lagi.dia bukanlah anak yang baik seperti cerita diluar sana yang dimana anak yang menurut semua kata-kata ommanya walaupun dalam hal jodoh.dia jauh sama sekali untuk digelar anak yang taat.bagi dia kehidupan dia,dia yang tentukan sendiri.tiada siapa yang boleh mengarang jalan kehidupan dia termasuk keluarganya sendiri.
Puan kim mendengus kasar.kim taehyung langsung tak pernah ikut kata-katanya.degil !
"Omma tak kira! Putuskan hubungan dengan dia,atau omma sendiri yang hapuskan dia"
Ugut puan kim so Yeon ,berharap anaknya itu gentar dengan ugutannya.tapi riaksi yang dia dapat ialah senyuman jahat kim taehyung.
"Omma berani ? Omma sentuh dia ,omma mati ditangan Tae sendiri"
Mukanya langsung tidak memberi sebarang riaksi.ibarat kata-katanya tadi ialah serius tiada gurauan yang terselit.nampaknya dia betul-betul buta dengan cinta song jihyo
Membulat biji mata puan kim so Yeon.tidak sangka sebegitu sayang nya kim taehyung pada gadis entah dimana asal usulnya hingga sanggup mengugut bunuh.
"Kim Taehyung!"
Kim Taehyung mengangkat bahu.
"Baik omma balik,sebelum Tae hilang kawalan "
Puan kim menjeling tajam kim taehyung.beg tangan diambil kasar sebelum pintu dihempas kuat keluar dari penthouse anaknya sendiri.
"Aku akan hapuskan perempuan tu secepat yang mungkin!"
To be continue ...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro