Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Epilog

"Taehyung!! Hati-hati berlari tu!!" kata si ibu yang melihat anaknya berlari keriangan apabila sudah tiba di taman permainan.

Kim Taehyung namanya, berumur 5 tahun dan anak tunggal dari keluarga yang berada. Dia sedang mencari buaian yang kosong untuk dinaikinya.

"alah mana buaian ni!!" Taehyung menghentak kakinya tanda marah.

Tiba-tiba seorang budak lelaki yang bermain buaian mula turun dan meninggalkan buaian itu, terus bersinar mata Taehyung melihat buaian yang tidak berpenghuni, dengan kelajuan yang dia ada segera dia berlari kearah buaian itu belum sempat tangannya mahu memegang rantai buaian ada tangan lain yang pegang.

Taehyung memandang wajah budak lelaki itu dengan geram manakala budak tu rilek siap buat muka kau-pahal?

"eh ni buaian kita la!!" Taehyung mengambil buaian itu dengan kasar.

"kesah? Siapa yang ambil buaian ni aku ke kau? Dah nampak kan tangan aku yang pegang dasar anak manja" kata budak lelaki itu, Taehyung membesarkan matanya.

"tak sopan la panggil aku-kau ni!! Dah la badan kecil!!" budak lelaki itu menjeling Taehyung yang agak gedik itu.

"berapa umur kau?" tanya budak lelaki itu.

"omma kita kata jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal werkk!" Taehyung menjelir lidahnya kearah budak lelaki itu.

"lah habistu dari tadi kau cakap dengan tiang buaian ni la?" "terus terdiam Taehyung.

"bagitau jelah aku mana culik kau tengok badan kau lagi besar dari aku" sambung budak lelaki itu lagi.

"ok la umur kita 5 tahun"

"kau sebaya dengan aku la"

"tapi asal badan kau kecil?" tanya Taehyung polos.

"dah badan aku nak kecil nak buat macam mana" balas budak lelaki itu geram.

"nah ambil la buaian ni! Hilang mood aku nak main!" budak lelaki itu mula untuk pergi tetapi Taehyung sempat menghalang.

"nak apa lagi?" budak lelaki itu memandang Taehyung yang melagakan kedua jari telunjuknya dengan muka give up.

"nama awak apa?" Taehyung mula bertanya lagi, terdetik dihatinya untuk mengenali budak lelaki itu walaupun pakaian budak itu tidak semewahnya.

Dia dapat merasakan seperti ada aura yang kuat pada budak lelaki itu.

"nama aku? Perlu ke kau nak tau?" budak lelaki itu menggaru kepalanya.

"bagitau jelah"

"ok la nama aku Ho-- Joshua Hong!!" budak lelaki itu tersenyum kecil.

"ouhh kita berkawan boleh?" budak lelaki itu memandang Taehyung tidak percaya.

"kau nak kawan dengan aku? Biar betul? Aku ni mana ada apa-apa" kata budak lelaki itu merendah diri.

"kita nak kawan je bukannya nak duit" Taehyung menjuihkan bibirnya.

"hmmm boleh la" budak lelaki itu memberikan kata putus.

"yeahh kita kawan?" Taehyung memberikan tangannya seperti ingin berjabat.

Dengan takut-takut budak lelaki itu berjabat tangan dengan Taehyung.

"yeahh kita dah jadi kawann!!" Taehyung bersorak gembira kadang kala dia akan menepuk lengan budak lelaki itu dengan perlahan.

"adoi!! Sakitlah!!" budak lelaki itu terus menolak Taehyung, hampir terjatuh Taehyung akibat tolakan itu tetapi dia sempat mengimbangkan badannya.

"kenapa Joshua??" Taehyung menghampiri budak lelaki itu dengan riak muka takut.

"hiks sakit kau pukul kuat!!" sedu sedan budak lelaki itu menangis sambil memegang lengannya.

"mana ada kita pukul kuat!! Kita pukul perlahan la!" Taehyung cuba mempertahankan diri.

"meh sini kita tengok lengan awak tu!!" belum sempat budak lelaki itu menghalang, Taehyung terlebih dahulu bertindak menyelak lengan baju budak lelaki yang agak panjang itu sehingga paras siku.

Taehyung terkaku.

"kau ni!! Suka hati je selak lengan baju orang!!" budak lelaki itu menepis tangan Taehyung, segera dia menyelak kembali lengan bajunya sehingga ke tangan.

"Joshua... tu lebam kan yang warna biru ungu tu" budak lelaki itu diam.

"ermm mana ada" budak lelaki itu memandang tempat lain.

"tipu. Omma kita kata kalau ada warna biru ungu kat kulit kata namanya lebam! Kenapa lengan awak ada banyak lebam kita pukul banyak tempat ke?" budak lelaki itu menggeleng.

"bukan salah kau la by the way apa nama kau?" budak lelaki itu cuba menukar topik.

"nama kita Kim Tae--" belum sempat Taehyung meneruskan ayatnya, omma Taehyung sudah memanggilnya untuk pulang ke rumah.

"ok la Joshua kita jumpa esok! Bye!!" Taehyung segera berlari mendapatkan ommanya.

Budak lelaki itu hanya membalas lambaiannya, dia memerhatikan Taehyung dan omma Taehyung sehingga hilang dari pandangan.

Budak lelaki itu mengeluh.

"kita tak nak balik rumah" air matanya mula bertakung dipelupuk matanya dengan cepat dia mengelap air matanya.

"Joshua Hong, Fighting!!"

+++

Pada waktu malam di kediaman keluarga Kim kelihatan Taehyung yang sedang bermain robot di ruang tamu manakala ommanya sedang menonton drama, appanya pula sibuk membuat kerja di bilik kerja.

Taehyung yang sibuk bermain robotnya mula terhenti apabila teringat kejadian pada waktu petang tadi.

"omma! Omma! Omma!!" Taehyung menghampiri ommanya.

"apa sayang?" tanya omma Taehyung lembut.

"petang tadi kita dapat kawan baru namanya Joshua! Dia sebaya kita" kata Taehyung, omma Taehyung hanya menganggukkan kepala.

"lepastu?"

"kita pelik kat lengan dia ada banyak lebam yang warna biru ungu! Lebam selalunya muncul macam mana ek omma?" Taehyung memyengetkan kepalanya.

'dia kena dera ke?' bisik hati Omma Taehyung sempat lagi dia membetulkan kepala anaknya itu.

"esok kawan Taehyung tu ada tak kat taman?" tanya Omma Taehyung. Dia berasa dia patut siasat perkara itu.

"ada!!" jawab Taehyung riang kerana kawannya itu merupakan kawan pertamanya.

"nanti omma nak jumpa dia boleh tak?"

"boleh!!"

"kalau macam tu Taehyung pergi tidur nanti esok nak jumpa Joshua" omma Taehyung mengusap kepala Taehyung.

"ok omma selamat malam!!" Taehyung mencium pipi ommanya lalu naik keatas untuk masuk tidur.

"jangan lupa cium appa sekali!!" pesan omma Taehyung.

"ok!!" teriak Taehyung dari atas.

Dalam beberapa saat kedengaran pintu ditendang.

"APPA GOOD NIGHT!!"

"hah ye good night. OMMA KERJA AKU DAH JADI LUNYAI!! Hoi apa main kiss-kiss ni?! Appa tak nak curang dengan omma kamu!!"

Omma Taehyung hanya menggelengkan kepala dah biasa dengar teriakan macam ni setiap malam.

+++

Keesokan harinya seperti biasa pada waktu petang Taehyung dan ommanya akan pergi ke taman.

"kalau Joshua tu dah sampai bagitau omma tau" Taehyung mengangguk lalu berlari ke arah buaian itu.

Taehyung duduk dibuaian yang tidak berpenghuni sesekali dia bermain buaian itu sambil menunggu budak lelaki itu.

Sudah 10 minit berlalu tetapi kelibat budak lelaki itu masih tidak kelihatan.

Taehyung turun dari buaiannya. Dia menendang angin dengan penuh bosan.

"mana Joshua ni? Semalam kita dah bagitau nak tunggu kat sini" keluh Taehyung.

Dia berjalan untuk mencari budak lelaki itu di semua tempat permainan tetapi tetap tiada.

"mana dia ni?" Taehyung menundukkan kepalanya tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang.

Dengan gembiranya Taehyung menoleh tetapi senyuman terus pudar kerana bukan orang yang dicarinya itu tetapi orang lain yang tidak dikenalinya sedang tersenyum manis kearahnya.

Seorang pipi tembam, seorang lagi bergigi arnab.

"hai!! Nama kita Park Jimin!! Umur kita 5 tahun yang ni pula Jeon Jungkook umur dia 3 tahun! Jangan tanya kenapa budak kecil ni ada kat taman ni dengan kita" terang budak pipi tembam itu.

Taehyung kelihatan agak tidak berminat dengan mereka segera dia cuba untuk pergi tetapi si kecil Jungkook menghalang.

"nak peti ane?!" tanya Jungkook dengan pelatnya.

"cari kawan kita la" jawab Taehyung.

"nak tolong cari juga!! Sekarang ni kita kawan kan?!" tanya Jimin dengan mata bersinar.

Taehyung mengangguk, bersorak gembira budak berdua tu.

"uka ia acam ane?" tanya Jungkook.

"muka dia macam kucing sikit mata sepet la juga takde la sepet mana tapi dia ni kadang-kadang pakai baju lusuh sikit" terang Taehyung panjang lebar.

"oh!! Kita ada nampak dia tapi dia dah balik la" Taehyung memandang Jimin.

"yeke?! Bila dia balik?! Asal kita tak nampak?!" Taehyung memegang bahu Jimin erat.

"awak datang pukul berapa tadi?"

"pukul 5"

"dia dah balik masa pukul 4 la masa tu kita dengan Jungkook baru sampai tengok-tengok dia bangun dari tempat buaian lepastu balik" Jimin mengambil nafas seketika apabila terlalu lama bercakap.

"alah awalnya dia balik" kendur sahaja suara Taehyung.

"api an itew ada ampak ia angis" celah Jungkook.

"kenapa?" Jungkook mengangkat bahunya.

"kalau macam tu kita balik la bye" Taehyung terus meninggalkan Jimin dan Jungkook.

"macam mana dah jumpa ke?" Taehyung mengelengkan kepala dengan langkah yang longlai dia pulang kerumah.

"alah jangan la sedih esok mesti jumpa lagi" pujuk omma Taehyung.

Akhirnya Taehyung tersenyum.

"ok esok nanti kita pergi taman pukul 4 tau omma!!" Taehyung tersenyum lebar.

"yelah"

Keesokan harinya masih sama tiada kelibat budak lelaki itu pun di taman dan hari yang seterusnya.

Akhirnya Taehyung berputus asa lalu menganggap budak lelaki itu hanya la imaginasinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro