48
Tiba sahaja mereka funfair masing-masing memandang antara satu sama lain, tak tau nak mulakan dari mana.
"Kau la pilih dulu lagipun kau yang ajak aku kan" ujar Jisoo.
Taehyung hanya tersenyum lalu mengangguk.
"Jom masuk rumah hantu" ajak Taehyung, Jisoo mengerutkan dahinya.
"Kenapa buat muka macam tu? Takut ek" usiknya.
"Heh takdenya nak takut, jom ah!!" Ujar Jisoo lalu berjalan mendahului.
Usai sahaja mereka membeli tiket masuk, masing-masing buat muka riak tak takut.
"Siapa nangis kena belanja aiskrim"
"Takkan menangis punya"
"Kita tengok" Jisoo tersenyum sinis melihay wajah riak Taehyung.
Masuk sahaja mereka ke dalam rumah hantu terdengar la pelbagai jeritan hantu cewahhh.
Selang beberapa minit akhirnya mereka keluar jua dari rumah hantu tu, ada yang buat muka bengang dan ada yang cuba menahan ketawa.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!" Jisoo terus melepaskan tawanya akibat tidak tahan menahan apabila melihwt wajah cemberut Taehyung.
"Diam la kau!! Aku dah katakan tak nak masuk rumah hantu tu!!" Dalih Taehyung bengang.
"Eh kau yang ajak ok! Last-last dia yang takut! Tipu kata tak nak!! Hahahahahaha!!" Jisoo memegang perutnya, terlalu banyak ketawa dia ni.
"Eh ingat sikit siapa yang lari dulu lepas jumpa dengan hantu!!" Ungkit Taehyung tidak mahu kalah.
"Yah!!!" Terus terhenti tawa Jisoo apabila dia mengungkit kejadian di rumah hantu itu tadi.
Taehyung hanya membalas dengan jelingan lepastu dia diam. Merajuk la tu.
"Kau ok tak? Takut lagi?" Soal Jisoo sambil muka memerah menahan tawa.
"Diam sengal"
"Pfft" Jisoo menutup mulutnya apabila tawanya hampir terkeluar.
"Sorry" suasana mula kembali senyap, aik baru keluar dari rumah hantu terus hilang semangat nak bergembira? Belum lagi naik rollercoaster.
Taehyung mula duduk di bangku awam diikuti Jisoo. Taehyung memandang Jisoo.
"Pe kau?" Jisoo menjauhi Taehyung sedikit, tiba-tiba Taehyung merentap lengannya.
Terkejut Jisoo.
"Woi agak-agak ah!! Aku lelaki kot takkan kau bernafsu dengan aku?!" Terang Jisoo panik. Taehyung mengetap bibir.
Suka sangat fikir lain. Nasib baik laluan disitu takde orang.
"Aku tak bernafsu tengok kau la" Taehyung mengetuk kepala Jisoo.
"Habistu?"
"Aku sebenarnya nak minta maaf pasal layanan aku kat kau" Taehyung menunduk kesal.
Jisoo mula blank, eh jap-jap dia ada layan aku teruk ke? Bila difikirkan semula memang ada pun.
"Alah chill la benda sikit je tu aku maafkan" ujar Jisoo tenang.
"Series ni?" Soal Taehyung tak pecaya, yelah sikit dia kata rasanya banyak kot.
"Iye!"
"Kawan?" Jisoo memandang Taehyung pelik.
"Kita memang dah kawan kan?"
"Bukan kawan tapi adik beradik angkat" ujar Taehyung semula.
"Hari-hari hadap muka kau"
"Fikir aku tak muak ke?"
"Apa-apa jelah"
Kring!!
"Kejap omma call" Taehyung bangun dari duduknya lalu menjawab panggilan dari ommanya.
'Aku pelik betul petang macam ni pun nak bawa aku pergi funfair hapak rare' bisik hati Jisoo sambil melihat pemandangan matahari yang hampir tenggelam.
Kejap lagi dah malam.
Taehyung menghampiri Jisoo dengan wajah cemberutnya.
"Omma suruh balik la" kata Taehyung muram.
"Alah awal lagi belum pukul 1 pagi" seloroh Jisoo, Taehyung memukul lengan Jisoo perlahan.
"Banyak la kau! Jom balik!"
"Hmmm yelah" sedang mereka berjalan tiba-tiba Taehyung mendapat mesej.
"Eh kau balik la dulu, Jimin ajak jumpa pula" Jisoo mengangguk perlahan, Taehyung terus berjalan ke selekoh kanan manakala Jisoo ke selekoh kiri.
"Balik seorang lagi boskurrrr!!!" Jerit Jisoo.
+++
Sampai sahaja Jisoo di rumah selepas hampir 30 minit berjalan kaki lagi 5 minit naik teksi sebab tiba-tiba rasa malas nak jalan, sampai pun Jisoo.
"Tak sangka funfair tu jauh patutlah waktu pergi tu naik teksi" Jisoo menggeleng kepala sambil minum air yang sempat dibelinya.
"Omma!! Jisoo dan bali— oh cit perempuan ni" dia mengetap bibirnya, ingatkan sampai rumah boleh la balik rehat tiba-tiba datang tetamu yang tak diundang.
"Jisoo sayang.." Pn.Kim menghampiri Jisoo yang kelihatan keliru.
"Kenapa ni? Kenapa dia datang sini?" Jisoo menunjuk perempuan itu atau lebih tepat lagi kepada mak ciknya Amanda.
"Jisoo kena balik LA sekarang" ujar Tn.Kim sayu, walaupun Jisoo baru sahaja menjadi ahli keluarga, dia tak sanggup nak lepaskan Jisoo tapi itulah kerana satu perkara ini dia harus redha.
"W-what? Appa halau Jisoo?" Soal Jisoo tak percaya, dia memandang Amanda tajam.
"Aniya! Ada benda yang kamu kena settlekan kat sana" terang Tn.Kim, Pn.Kim pula hanya mampu mengelap air matanya.
"Noona apa ni?" Jisoo menghampiri Amanda, walaupun Amanda sebenarnya mak cik Jisoo, dia tetap memanggil Amanda noona kerana jarak umur meraka hanya 2 tahun.
"Nenek kau nak kau balik" kata Amanda, Jisoo ketawa perlahan. Balik?
"Tch.. lepas hampir 16 tahun baru dia nak aku balik? Are you kidding me? Fikir aku tunggul ke?" Jisoo mula meninggikan suaranya terselit wajahnya yang kelihatan seperti kecewa bercampur dendam.
"Jisoo tenang" Pn.Kim mengusap bahunya.
"Kau la satu-satunya pewaris dia, aku takde hak dia dah nazak" Amanda menahan sebak apabila teringatkan pesanan dari omma angkatnya.
"Habistu aku?! Dia tak fikirkan aku yang dah nazak ni juga?! Dia tak pernah lawat aku la waktu aku koma!! Waktu aku dah nak mati ada dia tolong aku?!" Herdik Jisoo di depan Amanda, dia tahu itu kurang sopan tapi dia perlu luahkan semuanya yang dia simpan.
Neneknya tak pernah menolong dia dan appanya ketika mereka dalam kesusahan, hanya semata-mata neneknya tidak merestui perkahwinan appa dan ommnya, appanya dihalau keluar manakala Amanda diambil anak angkat.
Neneknya tak pernah menolong walaupun neneknya seorang yang kaya-raya dan dihormati, tapi sayang Jisoo tak pernah rasa neneknya layak dihormati oleh keluarga sendiri.
Tn.Kim cuba menenangkan Jisoo, dia tahu keadaan Jisoo macam mana. Makin teruk tekanannya makin teruk la sakitnya.
"Ye!! Dia sedar kesilapan dia yang lalu!! Sebab tu aku datang sini nak ambil kau pergi LA kita bincang kat sana" ujar Amanda separuh merayu.
"Tak nak!" Bantah Jisoo, lalu berjalan ke pintu ingin keluar. Tiba-tiba jantungnya terasa sakit, matanya mula berpinar, dirinya sukar untuk bernafas disebabkan dia tidak dapat mengimbangkan badan Jisoo jatuh menyembah bumi.
"Jisoo? Jisoo!!!" Tn.Kim dan Pn.Kim menghampiri Jisoo dengan panik, Jisoo melihat wajah kedua-dua ibu bapa angkatnya makin lama makin kabur sehingga la ia bertukar gelap.
Amanda yang masih terpaku mula mengeluarkan air matanya.
"Joshua!!!" Nama yang sudah lama dia tidak sebut akhirnya terkeluar jua lalu dia menghampiri Jisoo yang sudah terkulai layu.
"Weh Joshua kau jangan pergi dulu!! Aku dah nak kahwin ni woi jangan buat aku macam ni!! Joshua!! Yah ikan josh!!" Amanda memeluk Jisoo erat berharap Jisoo membalas pelukannya seperti dahulu tetapi tiada.
"Joshua nak peluk?"
"Haram bossku"
"Nak juga!!"
"Halah albino ni yelah"
"Yeahhhh!!" Amanda terus memeluk Jisoo, pelukannya dibalas oleh Jisoo yang sudah tersenyum manis.
"Saranghage Jisoo!!"
"Nado saranghage albino noona.."
Amanda memandang wajah pucat Jisoo dengan sayu manakala Tn.Kim segera menelefon ambulans.
Taehyung yang baru sampai di depan rumah mula terkejut apabila mendengar jeritan Amanda.
"Jadi betul la dia Joshua?" Bisik hati Taehyung, segera dia pergi dari situ dengan perasaan yang bercampur.
___________
Sorry lambat update!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro