44
"Pak cik kami datang sini secara baik, kami takkan buat benda tak elok pada pak cik" kata Seungcheol sopan, senyuman diberikan semanisnya.
Tapi bagi Tn.Hong dan Jeonghan, senyuman tu nampak creepy.
"Kamu nak apa? Kacau orang malam-malam buta macam ni" tanpa berbasa-basi, Tn.Hong terus menyoal.
"Saya datang sini bersebab, kat mana pak cik sorokkan anak pak cik?" Seungcheol mengangkat kening, dia tersenyum sinis apabila melihat wajah gelisah dari Tn.Hong.
"Apa maksud kau?" Bisik Jeonghan, dia keliru. Pagi-pagi ada orang terjah rumah dia lepastu heret dia ke sini and then main sorok-sorok pula? Makin bengong Jeonghan dibuatnya bila fikir.
"Dia culik Jisoo" terang Seungcheol pada Jeonghan.
"Aik bukan ke tu appanya pahal nak culik anak sendiri pula?"
"Kau diam boleh tak?! Nanti aku ceritakan semuanya" Seungcheol menjegilkan matanya pada Jeonghan.
"Yelah -,-"
"Pak cik tak sorokkan dia pun" bohong Tn.Hong.
"Pak cik, saya tanya baik-baik ni mana pak cik sorokkan Jisoo? Tak malu culik anak sendiri" kutuk Seungcheol.
"Wah biadap"
"Kau diam la Jeonghan!" Mahu sahaja Seungcheol meluku kepala Jeonghan, suka sangat mencelah.
"Macam mana kamu tahu saya culik dia? Bukti mana bukti?!" Bengang Tn.Hong dibuatnya, sesuka hati sahaja menuduh orang.
Eii benda betul ok.
"Semalam saya dengar plan pak cik nak culik dia, nak saya buat report polis?! Saya ada rakam!!" Seungcheol menunjukkan telefonnya pada Tn.Hong.
Terus pucat wajah Tn.Hong.
"Yelah dia ada je dengan kawan baik dia kat rumah lama" kata Tn.Hong.
"Eh kejap sejak bila dia ada kawan baik?! Saya jelah kawan baik dia" ujar Seungcheol tak puas hati.
Jeonghan menunjal kepala Seungcheol.
"Eh aku pun kawan baik dia la!! Jangan nak tamak ek Seventeen nak campak mana?!"
"Yelah-yelah"
"Haish tu kawan baik dia kat LA" Tn.Hong menggelengkan kepalanya.
"Kenapa pak cik culik dia? Tahu tak salah di sisi undang-undang YOON JEONGHAN?!" Jeonghan menghentak pintu bilik itu.
Tn.Hong memegang dada, kus semangat~~
"Eh biadap" komen Seungcheol.
"Aku ikut kau" bidas Jeonghan.
"Dey jangan la gaduh, kalau nak gaduh pergi balik rumah sana" Tn.Hong membuat gaya halau pada mereka berdua.
"Kenapa pak cik culik dia? Tak baik tau" kata Seungcheol.
"Pak cik just nak bawa dia balik LA buat rawatan itu je" Tn.Hong menundukkan kepala.
Macam budak kecil ( ̄∀ ̄)
"Kat Korea kan boleh buat jelah kat sini" cadang Jeonghan.
"Memang boleh pun tapi dia nak ke? Haritu dia kata tak nak jadi pak cik terpaksa la culik dia"
"Takpe-takpe biar kami pujuk dia, kalau dia tak nak juga kami akan ugut hohoho" Seungcheol ketawa jahat.
"Seram engong" Jeonghan mengetuk kepala Seungcheol dengan geram.
"Alah kau"
"Dah-dah pergi! Gaduh je tau" Tn.Hong terus masuk ke dalam biliknya, belum sempat dia ingin menutup pintu Seungcheol menahan.
"Kat mana nak cari Jisoo?"
"Carilah sendiri!!"
"Eh pak c—
Bam!
Seungcheol meraup wajahnya, bengang betul dengan appa Jisoo ni.
"Macam mana ni?" Soal Jeonghan risau.
"Esok kumpulkan Seventeen, kita cari Jisoo satu Seoul"
"Wokay"
Gila ah diorang ni.
+++
"Ok dah sampai!!" Junmin memberhentikan enjin kereta, kini mereka sudah sampai di rumah Taehyung. Depan pagar pula tu dia hantar.
Jisoo memandang Junmin tak percaya, yelah Junmin sanggup hantar dia depan rumah.
"Apa?" Perasan dengan pandangan itu, Junmin menyoal. Rasa seram beb bila ada orang pandang macam tu.
"Sanggup kau hantar aku sampai depan rumah? Bro.." Jisoo menutup mulutnya, tiba-tiba rasa terharu.
Eceh.
"Kau jangan buat muka macam tu -_- geli la engong" Junmin menggelengkan kepala.
"Yelah tapi series ah sanggup kau hantar aku sampai sini" kata Jisoo.
"Kau nak aku hantar sampai mana? Sampai Jeju?" Perli Junmin.
"Fikir lawak la tu? Btw thanks hantarkan aku" Jisoo memberi flyingkiss.
Pak!
Hah hambek dapat lempang satu dari Junmin.
"Kau dah kenapa?! Setahu aku kau sakit jantung! Kau sakit otak juga ke?!" Soal Junmin takut.
Takut dengan member sendiri.
"Alah nak bermanja dengan member lama pun tak boleh ke?" Jisoo memuncungkan bibirnya.
"Tak boleh!! Huwah kenapa dengan kawan aku seorang ni?! Kau jujur dengan aku! Kau satu otak ek?! Ngaku cepat!!" Junmin menggoncang bahu Jisoo.
Pak!
Junmin terus duduk diam sesekali dia mengusap pipinya yang berbekas tapak tangan Jisoo.
"Kau merepek lagi, aku tak teragak-agak sepak kau punya benda penting" ugut Jisoo lalu keluar dari kereta Junmin.
"Jaga diri, makan ubat lepastsu pergi buat rawatan jangan nak menyusahkan orang je" pesan Junmin.
"Aku akan sihat bila ada orang yang baik sanggup bagi jantung dia kat aku" kata Jisoo selamba.
"Kau macam nak je" Junmin menundukkan kepalanya.
"Of course la nak!! Ayat apa yang kau bagi ni?! Eish bye!" Jisoo terus menutup pintu kereta itu, makin lama dia dengan Junmin makin sakit hati rasanya.
Junmin melihat Jisoo yang sudah masuk ke perkarangan rumah, sesekali dia mengeluh perlahan.
Banyak benda yang sedang dia fikirkan pasal Jisoo. Serabut dibuatnya.
"Haish" Junmin merengus geram.
Tak tahu la apa yang dia geram sangat.
"Kenapa la aku lupa nak minta nombor telefon dia?"
+++
Taehyung merenung televisyen di depannya sedalam-dalamnya. Dia baru sahaja keluar dari hospital, sepatutnya dia kena berehat tetapi hatinya suruh berjaga.
"Haish macam mana la aku nak tidur ni? Susu dah minum, dah baca buku tapi still tak boleh tidur" Taehyung menggigit jarinya.
Tadi dia terdengar bunyi enjin kereta macam berhenti depan rumah dia tapi dia biarkan saja.
Tok! Tok! Tok!
Tiba-tiba pintu rumahnya berbunyi seperti diketuk oleh orang, Taehyung mengerutkan dahinya. Siapa pula yang datang rumah dia pagi-pagi macam ni?
Tok! Tok! Tok!
"Ye kejap!!" Taehyung bangun dari duduknya lalu menghampiri pintu.
"Loceng punya la tersedia, nak juga ketuk pintu" rungut Taehyung. Dia membuka pintu itu terpampang la muka Jisoo yang tengah tersengih macam orang gila.
"Hai Taehyung!!" Sapa Jisoo ceria.
"J-jisoo?? K-kau ke ni?" Hampir pengsan Taehyung melihat Jisoo menyapanya macam takde benda yang berlaku tadi.
"Yelah ni aku, ehh!!" Hampir jatuh Jisoo dibuatnya apabila Taehyung memeluk dia erat.
"Kau ni kenapa suka sangat risaukan orang?! Macam mana kau boleh lepaskan diri?!" Marah Taehyung.
"Chill bro, aku kena culik kot bukannya main hilang-hilang" Jisoo membela diri sendiri.
"Mengada!! Nasib baik omma tak jatuh sakit tau sebab risaukan kau!!" Taehyung mencebik bibir.
Jisoo menolak Taehyung, suka hati je pula kita.
"Sana la kau, risaukan orang konon. Kau patutnya risaukan diri sendiri tu kepala berbalut bagai" Jisoo menunjuk kepala Taehyung yang berbalut itu.
"Aku nak tidur, bye" Jisoo terus meninggalkan Taehyung yang terpinga-pinga.
"Dah kenapa dengan dia ni?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro