16
Keesokan harinya, Jisoo dan Taehyung berjalan menghampiri pagar sekolah disebabkan appanya tengah rajin jadi dia menghantar Jisoo dan Taehyung.
"Jisoo..." Jisoo memandang Taehyung yang berada disebelahnya.
"apa?"
"jangan bagitau orang lain yang kita ni adik beradik angkat" kata Taehyung dingin.
"asal?" tanya Jisoo pelik tapi Taehyung hanya abaikan dia lalu pergi ke tempat lain.
"tch tak guna dia tinggalkan aku macam tu je dah la aku still tak tau kat mana dewan mahupun KANTIN!!" Jisoo meraup mukanya kasar.
"nak tak nak kena jalan sendiri la jawabnya" keluh Jisoo lalu berjalan dengan lemah longlainya.
"huhu appa... help Joshua pleaseee..." rengek Jisoo perlahan.
"Joshua??" terhenti pergerakan Jisoo malah dia terkejut apabila namanya disebut. Hah tulah tersasul lagi.
'mampus la aku' bisik hati Jisoo.
Dengan penuh keberaniannya Jisoo menoleh kebelakang lalu dia terlopong melihat seseorang.
"h-hyung" gagap Jisoo berkata.
"jadi kau Joshua Hong??" kata si dia tak percaya.
Niatnya mahu balik untuk sambung tidur selepas hantar barang kepada kawannya tergendala apabila terdengar nama itu meniti di mulut Jisoo sebentar tadi.
Dia ialah
Min Yoongi.
Niceee.
+++
Kringgg!!
Bunyi jam loceng sudah menunjukkan pelajaran sudah bermula tetapi disebabkan hari ni ada majlis di dewan jadi semua pelajar mula berpusu masuk ke dalam dewan.
Bts juga tidak ketinggalan masuk ke dalam dewan sambil-sambil itu mereka bergelak ketawa kecuali Taehyung kadang kala sahaja dia ketawa.
"tak sabar nak tau pengetua baru kita tu siapa" kata Hoseok.
"aku ada nampak pengetua baru tu dia lelaki nampaknya melepaslah Jimin nak ngorat hahahaha" nganjing Namjoon.
"kuanghajor -_-" Jimin memukul lengan Namjoon kuat.
"sakitlah pendek!!" Namjoon mengaduh sakit.
"tau pun sakit!! Nganjing aku lagi!!" Jimin menjelirkan lidah.
"nasib baik tadi Yoongi hyung bagi buku kat aku tadi kalau tak mesti kena denda h hari ni" cerita Hoseok pada Jungkook.
"hyung ni asyik cuai je" gelak Jungkook.
Jungkook memandang Taehyung yang dari tadi asyik melihat sekeliling seperti mencari seseorang kadang kala dia menggaru kepalanya sambil merungut perlahan.
"mana dia nii..." rungut Taehyung perlahan sambil matanya tidak lekang dari melihat pelajar-pelajar yang semakin memenuhi di dalam dewan.
"hyung cari siapa?" tersentak Taehyung.
"ermm tak cari siapa-siapa" tipu Taehyung, Jungkook memandangnya curiga.
"ok?"
"hey, tu bukan Seventeen ke? Pahal muka diorang macam risau je?" kata salah seorang pelajar lelaki disitu.
Terus Bts memandang Seventeen yang kelihatan cemas mencari seseorang.
"haah kenapa dengan diorang tu?" kata pelajar lelaki yang lain.
"eh kejap, mana lagi seorang member diorang? Kata dah ada 13 orang ni ada 12 je" Taehyung meneliti semua muka-muka member Seventeen dan memang ada seorang je yang takde.
Iaitu Jisoo.
"oh maksud kau budak baru tu ke? Aku rasa dia sesat la kesian takde siapa nak tolong dia cari dewan yang besar ni" gelak pelajar lelaki yang agak hodoh itu berserta kawan-kawannya.
Hambek aku panggil dia hodoh.
Berdesing telinga Taehyung mendengar apa yang mereka bualkan.
"yah! Korang dah takde kerja lain ke nak kutuk orang?" tegur Taehyung keras.
Terkejut kumpulan pelajar lelaki itu, kingka tegur tu.
"asal? Bukan korang gaduh ke? Pahal nak marah?" Taehyung mengetap bibirnya.
"sabar hyung sabar" Jungkook cuba menenangkan Taehyung apabila lihat seperti ada tanda mulut laser dia nak keluar.
"haishhh mana budak ni!!" Taehyung memandang Seungcheol yang sedang bergelut dengan kesemua pelajar dah la padat.
Tiba-tiba Jeonghan terlanggar bahu Namjoon.
"maaf sunbaenim!!" Jeonghan menunduk sambil meminta maaf banyak kali.
"asal korang cemas ni? Korang cari siapa?" tanya Namjoon.
Belum sempat Jeonghan nak jawab ada orang yang mencelah.
"HONG JISOO HYUNGGG DIMANAKAH KAMU?!" jerit Seungkwan dan Seokmin.
"WOI JANTAN SENYAP SIKIT!!" Wonwoo membaling sepasang kasut sekolah milik Soonyoung tepat-tepat masuk kedalam mulut dua orang itu.
"YES KENA!!" Wonwoo berhora horey manakala Soonyoung meratapi.
"sambung tadi, kitaorang cari Jisoo sepatutnya dia ada kat dewan ni tapi takde puas kitaorang cari kat bangunan lain pun kitaorang dah cari" jawab Jeonghan risau.
Taehyung mula risau sepatutnya dia perlu bawa Jisoo ke dewan bersamanya tetapi disebabkan mood dia tak berapa baik hari ni dia tinggalkan Jisoo seorang.
"hyung!!!" Hansol menghampiri Jeonghan.
"jumpa ke?!" Hansol menggelengkan kepala.
"mana nak cari dia ni?" keluh Jeonghan.
"hyung nak pergi mana tu?" Jungkook memegang lengan Taehyung apabila terlihat Taehyung seperti ingin keluar dari dewan.
Taehyung ingin mencari Jisoo mana tahu kena culik ke mampus dia nak jawab kat omma dan appanya nanti.
"lepaskan aku" arah Taehyung tanpa menjawab soalan Jungkook.
"hyung nak pergi mana? Jawab dulu soalan kook" kata Jungkook.
"AKU KATA LEPAS!!" jerit Taehyung, jelas kelihatan urat-urat di lehernya.
Semua terkejut, dengan perlahan Jungkook melepaskan pegangannya.
"hyung..." lirih suara Jungkook.
"yah Tae..." belum sempat Jimin mahu bersuara, dia terpandang seseorang yang menghampiri grup mereka.
"kenapa ni?" tegur seseorang.
Semua menoleh.
"JISOOOOO HYUNGGGGG" Seungkwan meluru kearah Jisoo lalu memeluk Jisoo.
Member Seventeen yang lain juga tidak lepaskan peluang untuk memeluk Jisoo.
Alolo cutenya.
Taehyung memandang Jungkook yang murung.
"Jungkook-ah, maaf hyung terjerit kat kau tadi" kata Taehyung.
"hmm takpe kook faham" Jungkook tersenyum nipis.
Jungkook ok sahaja kerana dia sudah biasa dengan perangai Taehyung yang agak dingin itu jadi tak hairanlah Taehyung marah kepadanya sebegitu dia hanya kecewa.
Ye kecewa melihat Taehyung yang tidak berubah sikap lamanya.
"betul ni?" Jungkook menggangguk.
"kalau macam tu rehat nanti hyung belanja kau makan" Taehyung mengusap rambut Jungkook, terus lebar senyuman Jungkook.
"betul ni?!" tanya Jungkook teruja, Taehyung hanya mengangguk.
"OH YEAHH!! TAEHYUNG HYUNG BELANJA AKU MAKAN KAU HADO?!" joget Jungkook disitu didepan hyungnya yang sudah ternganga.
"mana aci Jungkook seorang je kau belanja!!"
"aci kat India tapi acik ada la kat kantin dengan tandas"
"fikir lawak la tu seton?"
"eh hanat sakit betul mata aku tengok kau joget-joget bontot buruk kau tu"
Jisoo tersenyum melihat Taehyung yang gelak terbahak-bahak akibat melihat Jungkook yang mengusap punggungnya akibat ditendang oleh Hoseok.
'senyum la lagi dan ketawa la macam tu untuk hari seterusnya, Kim Taehyung' bisik hati Jisoo.
Tengah elok Jisoo tengah pandang Taehyung dari jauh, tiba-tiba beg melekat di muka Jisoo.
"HAH HYUNG PULA YANG KENA NGORAT JIHOON HYUNG" jerit Mingyu berserta maknae line yang lain.
"anak Kim ni -_-" Jisoo memandang maknae line yang kena luku dengan Jihoon dengan datar.
Lepasni giliran Jisoo pula yang luku diorang.
_________
Nampaknya Yoongi la orang pertama yang tahu agagaga Seventeen pun belum tahu
Perbualan diorang akan diupdate di next chapter
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro