12
Jisoo POV
Aku memandang diriku di depan cermin hmm not bad, aku hanya pakai baju t-shirt merah belang hitam lengan panjang dan seluar jeans biru manakala rambut aku biarkan je kedepan well rambut aku dah warna coklat hokhok.
Aku dah lama tak pakai baju lengan pendek bahaya kalau aku pakai.
Aku turun kebawah tiada bayang Taehyung hehew cantik boleh la aku keluar tanpa gangguan dia.
"Joshua nak pergi mana tu?" aku tersentak lalu memandang omma.
"omma jangan la sebut nama tu!!" bentak aku.
"jangan risau la Taehyung dah lama keluar" omma tersenyum kecil.
"ada dia ke tak tetap jangan panggil guna nama tu" kata aku.
"alah kenapa? Omma suka la panggil nama tu" eh omma ni mengada pula dia.
"okok omma dah tak sebut" omma mengaku kalah lepas tengok aku muncungkan bibir.
HAHAHAHAHA AKU MENANG, AKU KAN CUTE HAHAHAHAHA
"Jisoo nak pergi mana?" tanya omma balik tapi guna nama 'Jisoo'.
"jumpa kawan lama Jisoo ok la omma Jisoo pergi dulu" aku membuka pintu lalu mengambil kasut aku.
"jangan balik lambat sangat" pesan omma.
"ye omma" aku terus keluar dari kediaman keluarga Kim.
Sebenarnya boleh je pergi naik motor tapi tak nak la buatnya motor tu Taehyung punya macam mana? Mesti kena marah habis-habisan.
Aku menyanyi kecil sambil berjalan di lorong yang agak gelap tapi ada la juga lampu jalan yang tolong terangkan jalan. Ingatan aku still kuat tentang jalan pintas kat Seoul ni walaupun banyak benda yang dah berubah.
"Joshua?" langkah aku terhenti apabila terdengar suara seorang perempuan yang menyebut nama english aku dari arah belakang.
"J-joshua tu kamu kan?" aku menoleh kebelakang kelihatan seorang perempuan yang berumur dalam 40-an, tiba-tiba perempuan itu memeluk aku.
HUWAHHH HELP MEEEEE.
"Joshua... omma rindu kamu hiks" aku tergamam, aku hanya biarkan dia menangis sepuas hatinya sambil memeluk aku sesekali dia mengusap rambut aku.
Alahai lemah hati gue.
"Joshua... maafkan omma sebab buat kamu macam tu dulu" aku mengusap belakangnya tak sempat aku nak dengar benda yang dia bebel sebab ada ayat yang jelas dan ada yang tak jelas.
"Joshua jom ikut omma balik rumah kita" aku ternganga, tadi dah peluk aku ni nak ajak balik rumah pula.
Dah la lampu jalan kat lorong ni samar-samar je aku tak boleh nampak muka mak cik ni.
"ermm mak cik saya bukan Joshua" kata aku lembut untuk menidakkan kata-kata dia walaupun sebenarnya nama aku memang Joshua🌚🌚
Agak-agak la mak cik ni omma aku sebab aku tahu omma aku kat ermmmm...
Rahsia la tak boleh bagitau hiks.
"k-kamu bukan Joshua?" aku menggelengkan kepala terdengar bunyi keluhan dari mulut mak cik itu.
"maaf sebab kacau encik tadi siap peluk hmm maaf sangat-sangat saya ingatkan encik ni anak saya" aku tersenyum kekok terus mak cik ni bagi ayat formal terkejut aku.
"takpe la mak cik" aku mengusap bahunya.
"maaf sangat-sangat ye pasal peluk tu sebab saya selalu tunggu anak saya kat lorong ni setiap hari" cerita mak cik tu.
Perghh berani betul mak cik ni tunggu anak dia kat sini setiap hari malam pula tu.
Omma yang baik.
"kenapa mak cik tunggu anak mak cik kat sini? Malam ni bahaya la" kata aku risau.
Aku ternampak mak cik tu tersenyum kecil dan kelihatan air matanya mengalir di pipi.
Tiba-tiba aku rasa sebak.
"mak cik rasa lorong ni je boleh temukan mak cik dengan dia, bahaya? Mak cik rasa dia yang dalam keadaan bahaya setiap hari mak cik risau kat dia siapa yang jaga dia, siapa yang bagi dia makan walaupun mak cik tau... "ayat mak cik tu tergantung.
HALAH MAK CIK BAGITAU CEPAT SAYA NAK NANGIS NI HIKS.
"mak cik ni bukan omma yang baik pada dia" sambung mak cik itu, suaranya jelas mengatakan bahawa dia betul-betul menyesal.
MANA ANAK DIA NI?! TAK RETI NAK BALIK KE?! AKU YANG RASA SEBAK KAT SINI EIII.
Maaf teremo.
"eh maaf la bagi encik dengar kisah saya ni" aku lihat mak cik itu menunduk.
"takpe tak salah mak cik luahkan hmm takpe la saya pergi dulu" aku menunduk lalu segera berjalan sebab memang dah lambat.
Mak cik itu hanya melihat aku dari jauh. Haish mak cik ni jangan la pandang gitew malu kita.
Tiba-tiba aku baru perasan sesuatu.
Suara mak cik itu kenapa sama macam suara omma?
+++
Author POV
Seorang lelaki yang berada disebalik dinding bangunan lama hanya memandang Jisoo dari jauh bersama mak cik itu.
Dari tadi dia berada disitu ikutkan tadi dia nak menegur Jisoo di lorong gelap itu maklum la dia pun nak cepat tengok-tengok dia ternampak Jisoo dan mak cik itu sedang berbual bonus dia terdengar apa yang dibualkan oleh mereka.
Si dia menyorok balik apabila terlihat mak cik itu berpatah balik ikut lorong gelap itu, mahu pulang mungkin.
"aku kena siasat latar belakang Jisoo" kata si dia penuh tekad.
___________
Maaf kirani yudah yama yidak yupdate *mental*
1K READS OYEMJI GUE TIRHARU AND 1K COMMENT!! Vote tu hmmm perlahan-lahan naik la tu *fikir positif*
Nasib baik dah 1K jadi author akan hiatus kerana trial PT3
HAHAHAHAHAHA
3/8 birthday author lepastu 8/8 birthday sekop and then trial PT3 9/8 masa birthday Minhyun.
Me: GOSHHHH
Btw siapa yang nak no telifon author sila dm nanti kat wasap insyaallah kita boleh gila sama2
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro