Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 | You Fall, I Jump!

"Fokus!" Zarf melaung, kuat.

Akira kaget. Mata dan fikirannya lagi sekali dicuba untuk fokus pada dedaunan pokok rendang nan sebatang. Padang rumput yang menghijau di sekeliling mereka, tidak lagi terasa menyamankan.

Dahi Akira berkedut. Dia cuba untuk tumpukan perhatiannya. Geraklah! Geraklah! Geraklah! Akira cuba menghipnotis dirinya sendiri.

Arahan Komander Zarf pada petang itu adalah supaya dia menggerakkan dedaunan pokok tersebut. Setelah lama mencuba, Akira masih belum berjaya.

"Komander... saya tak boleh. Saya tak rasa yang saya ada kuasa elemental." Akira meragui dirinya sendiri. Selama aku hidup, aku tak pernah ada kemampuan luar biasa macam tu! Tak pernah! Apasal tetiba dia suruh aku berlatih kuasa angin ni?

"Akira..." Dingin Zarf menyeru.

"Ye saya," sahut Akira.

"Lari pusing padang, lima pusingan." Zarf memaling tubuhnya dari terus menghadap Akira.

Membulat mata Akira. What the? Pusing padang? Sengaja suruh aku lari, sebab kau tahu aku benci lari, kan!

"Akira! Now!" Laung Komander Zarf sedang dia berjalan menghampiri kumpulan SBT yang sedang berlatih kuasa elemental air.

Akira menggenggam penumbuknya. Dia pantas berlari menuju ke padang terbuka yang terletak tidak jauh dari situ. Larian pusing padang dilakukan, sambil hatinya mencuba untuk bersabar.

Namun, tanpa pengetahuan Akira... disaat penumbuknya digenggam awal tadi, dedaunan dari rimbunan pokok rendang tersebut telahpun banyak yang jatuh berguguran dan diterbangkan angin yang bertiup lalu.

❄️

"Kak Dian... kenapa Komander Zarf paksa Akira berlatih kuasa angin? Akira... tak pernah ada kuasa elemental." Kedengaran sayu suara Akira mengadu nasib dirinya pada Dian.

"Kira... you know right... whatever Zarf done to you... mesti ada alasan di sebaliknya. Macam dulu juga... kan? It's for your own good." Dian tersenyum.

Mereka berdua sedang melepak di Leidren Rooftop. Clara dan Claire sedang beratur di kaunter kafe bagi memesan makanan dan minuman untuk mereka berempat. Angin yang bertiup pada malam itu, terasa sejuk dari kebiasaannya.

"Tapi akak... takkanlah Kira sendiri tak tahu, yang Kira ada bakat kuasa elemental? Selalunya dari kecil lagi, penguasa elemental akan dapat tanda-tanda awal. Tapi Kira... Kira takde langsung, apa-apa tanda. Macam mana dia boleh tiba-tiba terfikir yang Kira, boleh kawal angin?"

"Jadi... kau ragui pendapat aku?" soal satu suara kasar, dingin. Sedingin ais. Suara itu dilontar dari belakang Akira.

Akira terkaku seketika. Tak perlu dia menoleh untuk mengetahui, siapa pemilik suara tersebut.

Zarf lantas menarik kerusi di sebelah Akira. Akira kini duduk diapit oleh Zarf dan Dian.

"Akira... I'm asking you." Sekali lagi, Zarf bertanya.

Akira tidak mampu untuk menatap seraut wajah itu. Wajah yang sering menyakitkan hatinya. Namun, dalam masa yang sama, wajah yang sering dia nanti-nantikan untuk ditatap bagi melepas rindu yang menghuni jiwa.

"Komander... saya..."

"Tak perlu komander. Kita sekarang teammate. Luar waktu latihan, panggil aku-kau je." Pintas Zarf.

Akira menelan liur. Aku... kau? "Saya..." Otaknya kosong. Hilang segala kata yang telah dia rancang untuk dilontarkan kepada Zarf.

"Our dinner is ready to serve..." Clara datang membawa dulang makanan.

Claire pula tiba bersama dulang air di tangannya.

Clara melabuhkan duduk di sebelah Zarf. Manakala Claire pula duduk di sebelah Clara.

Meja bulat itu kini dihuni oleh mereka lima bersaudara... walau hanya tiga dari mereka sahaja yang kenal dan tahu akan hubungan darah antara satu sama yang lainnya.

"Kenapa muka stress je ni, korang?" soal Clara, lembut. Dia sedang menghulur pinggan yang mengandungi dua keping roti bakar bersama sebiji telur separuh masak kepada Dian.

"Tak ada apalah. Jom kita makan dulu. Zarf, kau tak nak makan ke? Pergilah order." Dian menyuruh.

Akira menyambut huluran pinggan dari Clara yang berisi empat keping roti bakar mentega bergula. Tak tahu kenapa, tapi harini aku rasa lapar gila! Padahal, bukan aku ada guna kuasa elemental pun... sampai nak rasa penat macam ni!

Belum sempat Akira meletakkan pinggannya ke atas meja... Zarf terlebih dahulu mengambil sekeping dari roti bakar yang dipesan Akira.

Mencerun mata Akira. Pantang betul, orang ambil makanan dari pinggan aku!

"Komander! Apa ni? Bak balik!" pinta Akira. Aku dahlah lapar! Ada pula orang nak cari pasal! Nak gaduh, bagitahu!

Zarf jungkit keningnya sesaat. Wow... marah? Nice reaction. Zarf menayang roti bakar tersebut pada Akira. Mukanya tak beriak. Roti itu kemudian didekatkan ke mulutnya, mulutnya dibuka, lantas roti digigit dengan penuh rasa bahagia.

Berkerut dahi Akira. Komander tak komander, makanan aku tak ada sesiapa dibenarkan kacau tanpa izin! Pantas, kaki kiri Akira menendang kaki Zarf, sekuat hati.

Dahi Zarf berkedut, menahan sakit. Wahhh... ini main kasar! Sisa roti bakar disuap masuk ke dalam mulut. Kakinya kemudian menendang balas kaki Akira.

Akira pantas mengelak. Terdengar bunyi seret terhasil, apabila kerusinya bergerak sedikit ke belakang. Akira tersengih sinis.

Zarf membalas juga dengan segaris senyuman sinis. Not bad. Lagi sekali, Zarf melayangkan tendangannya.

Akira pantas mengangkat kakinya, bagi mengelak dari ditendang oleh Zarf. Namun, dugaan Akira nyata salah, kerana Zarf sekadar menendang tipu sebentar tadi.

Sejurus Akira mengangkat kakinya, Zarf pantas melayangkan tendangan keduanya ke arah kaki kerusi yang sedang diduduki Akira. Bunyi kuat terhasil, apabila kaki kerusi tersebut patah, lalu menyebabkan Akira terjatuh.

Setiap mata penghuni Leidren Rooftop kini memerhati ke arah Akira yang sedang terjelepok di lantai.

Akira mengangkat tapak tangan kiri yang diguna tadi bagi mengampu dirinya dari jatuh tersembam. Ada cebisan kulitnya yang terkeluar. Sedikit cairan merah mulai kelihatan.

Akira mengetap giginya. Tak guna betul! Aku lapar! Aku marah! Sekarang, cukup dua sebab untuk kita gaduh!

Akira bangun dari jatuh. Mukanya hanya menunduk ke lantai. Kedua-dua belah tangannya digenggam, erat. Setelah pandangannya diangkat dari lantai, terpapar mukanya yang bengis.

Zarf menelan liur. Namun, bukan kerana dia berasa takut melihat wajah marah Akira. Tetapi, kerana anak mata Akira yang kini berona kemerahan. Dia! Dia betul-betul ada kuasa api ke?

Akira mula menapak menghampiri Zarf. Wajahnya kekal terlihat bengis.

Clara, Claire dan Dian segera bangun dari kerusi. Mereka menjauh dari Zarf dan Akira.

Zarf turut bangun dari duduk. Kerut terlihat menghiasi dahinya.

Akira mula menyerang Zarf. Tendangan dan tumbukan padu dilayangkan kepada komandernya itu.

Zarf menahan dan membuang segala serangan dari Akira. Dia... sangat pantas! Pantas dari biasa! Dan... semua serangannya... sangat kuat! Terlalu kuat!

Badan Zarf sedikit demi sedikit mulai bergerak ke belakang. Dia sudah hampir benar dengan tembok rooftop. Pertahanan Zarf akhirnya tewas apabila Akira menggunakan taktik 'Tipu Muslihat' Zarf awal tadi.

Layangan tangan kiri Akira pada awal tadi hanyalah sebuah helah untuk menipu dan mengalihkan perhatian Zarf, seolah-olah dia ingin menumbuk Zarf.

Namun setelah Zarf fokus untuk pertahankan kawasan dadanya dari tumbukan Akira, pantas kaki kanan Akira dilayangkan mengenai rusuk kiri Zarf.

"Argh..." Terdengar suara Zarf yang mengeluh kesakitan. Macam nak patah tulang aku!

Tidak cukup dengan itu, setelah badan Zarf terkebelakang dek sepakannya, Akira melayangkan pula tendangan belakang, mengenai tepat di bawah sternum Zarf.

Zarf mulai hilang kesedaran.

Dikeranakan tendangan Akira yang terlampau kuat, badan Zarf akhirnya bertemu dengan tembok rooftop yang tingginya hanya separas pinggang Zarf. Badan Zarf kemudian melayang jatuh dari bangunan.

Tergamam para penghuni Leidren Rooftop.

"Zarf!" Akira melaung kuat. Tanpa berfikir panjang, dia berlari laju.

Akira memanjat tembok, dia lantas terjun dari rooftop bangunan 8 tingkat itu. You fall, I jump!

"No!" Dian menjerit, nyaring.

...
(bersambung)


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro