Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13 | Raja Dash

Raja Dash sedang duduk di atas kerusi rehat, di dalam bilik kerjanya. Dia sedang menanti kehadiran General Khaled untuk memberi laporan mingguan.

Dash sekadar termenung. Dia memakai pakaian tebal bersama mafla. Sudah bertahun, Dash bagai orang yang hilang semangat hidup. Malahan, dadanya juga, seringkali merasakan sakit. Seolah-olah sesuatu menusuk tepat ke jantungnya.

Namun, bukan pedang. Bukan bijih peluru yang melukai. Melainkan rasa rindunya kepada Permaisuri Tercinta... Zafira.

Abang... sudah tak pasti, apa yang abang perjuangkan sekarang. Awalnya, abang inginkan kebebasan. Keadilan.

Tapi... sejak abang cuba menurut kemahuan bonda... abang hilang arah. Impian abang menjadi kabur. Kebebasan dan keadilan yang abang impikan buat rakyat Kerajaan Tanah, bagai diragut oleh tangan abang sendiri!

Walaupun bonda telah tiada, tapi... abang tak tahu cara untuk betulkan semula keadaan ini.

Abang... keliru... buntu.

Dan sekarang... Permaisuriku Zafira... kau sudah menghilang entah ke mana. Bersama-sama Akira. Bersama harapan yang abang tanamkan sewaktu kelahiran anak bongsu kita.

Akira...

Abang mahukan cahaya untuk Kerajaan Tanah. Tapi... rupa-rupanya, abang sendiri yang meniup padam segala cahaya di sana.

Abang... bersalah.

"Dash..." Sapa General Khaled. Dia tiba bersama Wildan dan Mikael.

Hilang segala fikiran yang menyinggah di benak Dash sebentar tadi.

"Dash... aku punya berita untukmu," ujar Khaled. "Akira... puterimu. Aku sudah temui dia."

"Apa maksudmu?" soal Dash, dengan kerutan di dahi.

"Kau ingat lagi... aku pernah ceritakan padamu... tentang seorang pelajar baru Level 1 yang hampir gagal ujian DNA dulu?" soal Khaled.

"Iya..."

"Kelmarin ialah hari ujian pelajar Level 1 dan Special Level 2. Jadi... aku sengaja membawa Akira bersamaku, ke kamar pameran pedangmu. Ternyata... sentuhan dari tangannya buatkan pedang itu bercahaya semula."

Dash tidak mampu memberi sebarang reaksi. Gagal ujian DNA... pedangku... bercahaya semula?

"Bagaimana kau tahu, bahawa dia puteriku?" soal Dash.

"Zarf. Sewaktu kali pertama Zarf mencuba dan menjalani ujian DNA, dia juga hampir gagal ujian tersebut. Persis... seperti kejadian Akira. Dia juga... hampir gagal. Zarf bawakan fail peribadi Akira, dan tunjukkan ianya kepadaku."

"Dalam failnya menyatakan bahawa Akira seorang anak gelandangan. Dia kehilangan ingatannya, dan tiada ahli keluarga. Itu... persis seperti kamu. Raff... kamu juga pernah kehilangan memori, bukan?"

'Raff' ialah nama yang digunakan oleh Raja Dash sewaktu dia hilang ingatan dahulu.

"Dan... percayakah kau... jika aku katakan... Akira sudah pernah melihatmu? Dia mengingati wajahmu." Kata General Khaled lagi.

Dash kerutkan dahinya. Dia... pernah melihatku? Mengingati wajahku? "Tapi... kau katakan, dia kehilangan memorinya! Bagaimana dia melihat dan mengingati wajahku?"

"Melalui mimpi... juga sepertimu... bukan? Sewaktu kau lupa ingatan, kau termimpikan susuk tubuh bondamu... dan suara datukmu. Tetapi Akira... dia melihat wajahmu yang asli... di dalam mimpinya."

"Dan Dash... Rendezvier tidak mengeluarkan cahaya biru. Sebaliknya, campuran warna biru, oren, putih dan merah."

Sekali lagi, Dash terkejut dengan kata-kata General Khaled. Bagaimana mungkin?

"Raff... apa kau buntu... dengan keputusanmu?" soal Peter yang sedang nazak di pembaringan.

Peter dan Benji (anak Peter) telah diarahkan oleh Dash, untuk berpindah dan tinggal di istana Kerajaan Angin bersamanya... sejak awal perpindahannya dari Kerajaan Tanah dulu lagi.

Dash sekadar mengangguk, menjawab soalan Peter.

"Raff... salah satu dari anakmu yang dikasihi... yang berjaya 'hidupkan' Rendezvier kembali... dia yang akan membantumu hentikan perang ini..."

Itulah kata-kata Peter, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak mendengar pesanan itu, Dash mengarahkan tenteranya untuk 'mengambil' Dian dari Zafira.

Memandangkan Dian tidak berjaya menghidupkan kembali pedangnya, kerana itulah, seorang demi seorang anaknya... dirampas dari jagaan Zafira.

Namun, tidak lama kemudian, Zafira dan Akira... kedua-duanya menghilang! Tanpa dapat dikesan. Lalu, Dash beranggapan, bahawa mereka berdua telah tiada.

"Jadi... anakku... Puteri Akira... sudah ditemukan?" soal Dash.

"Iya. Jadi, bagaimana? Haruskah aku mengumpulkan kesemua anak-anakmu?" soal Khaled pula.

"Sebelum itu... beritahu kepadaku... apa kemampuan Akira?" pinta Dash.

"Dia tiada apa-apa kemampuan istimewa. Dia cuma pelajar Level 1, level biasa. Tapi... mungkin sahaja dia juga seperti Zarf. Kuasa Zarf juga lambat muncul, kerana dia penguasa kepada dua elemen. Mungkin Akira juga sepertinya," jelas Khaled.

Walaupun Dash dan Zafira tidak memiliki sebarang kuasa elemental, namun, setakat ini, keempat-empat anak mereka iaitu Zarf, Dian, Clara dan Claire memiliki kuasa tersebut.

Zarf ialah penguasa air dan angin. 🌊🍃
Dian pula menguasai elemen tanah. ⛰️
Clara mampu mengawal elemen air. 🌊
Claire pula pengawal elemen angin. 🍃

"Kalau begitu... Khaled, persiapkan Akira sebaik-baiknya. Lakukanlah apa sahaja yang kau terdaya. Persiapkan dia secepat mungkin. Aku sudah terlalu penat dengan perang dingin yang tak berpenghujung ini."

"Dash... kau tidak mahu melatih sendiri anakmu?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro