Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12 | Kembali Pulang

"Akira... mari ikut saya." General Khaled memanggil Akira. General Khaled ditemani dua orang pembantunya.

Akira yang kelaparan, terpaksa juga meninggalkan macaroni dan cheesenya di dalam microwave. General melangkah ke hujung sudut bangunan, ada sebuah bilik di situ.

Akira risau, dan takut juga. Kenapa aku seorang je yang dia ajak datang sini?

General masuk ke dalam bilik itu, lalu diikuti Akira. Pintu kemudian ditutup. Dua orang pembantu general sekadar menunggu di luar bilik.

Masuk sahaja ke dalam bilik, pandangan Akira disapa dengan pedang yang separa bengkok. Lantas, keningnya dikerutkan.

Eyh! Ini... macam pedang dalam mimpi aku! Yang ada seorang lelaki tuu... dia bengkokkan pedangnya... dan pedang tuu keluarkan cahaya berwarna biru... kan? Tak sangkanya! Pedang ni betul-betul wujud!

Di dinding bilik itu pula, dipenuhi gambar-gambar tentera Kerajaan Angin. Banyak gambar yang tergantung. Tidak hanya lelaki, malah gambar tentera perempuan juga ada.

Rasanya... ini bilik muzium. Ada banyak gambar dan juga artifak senjata. Ada pedang, beberapa senjata lainnya, dan beberapa pasang baju besi juga.

"Nah... pakai ini. Saya nak tunjukkan kamu sejarah." General Khaled menyerahkan sebuah alat menyerupai google 3D kepada Akira.

Tanpa menyoal, Akira menyambut, lantas memakainya. General Khaled juga memakai alat yang sama.

"Pandang atas..." General Khaled memberi arahan sambil mengarahkan tangannya ke siling bilik.

Dua saat kemudian, tayangan sebuah video bermula di siling bilik itu.

Video yang ditonton Akira ialah, video yang memaparkan tentera-tentera Kerajaan Angin menjalani sesi latihan mereka. Diselitkan juga gambaran-gambaran di medan perang.

Sekali lagi Akira dikejutkan, namun kali ini, dengan visual seorang lelaki.

Weyh! Inilah lelaki yang selalu datang dalam mimpi aku tu! Lelaki yang ada anak isteri... yang bengkokkan pedang dia tu!

Akira tersenyum. Aku dah agak... dia ni betul wujud! Dia bukan sekadar fantasi, bukan sekadar mainan tidur aku je...

"Lelaki yang kamu nampak sekarang ialah Pengetua Akademi Windz... Raja Dash..." Jelas General Khaled.

Akira terkedu. Itu... Raja Dash? Lelaki dalam mimpi aku... Raja Dash? Seriously?

Tayangan video berdurasi lebih kurang 2 minit itu tamat akhirnya. Akira dan General Khaled sama-sama membuka google yang dipakai mereka. Akira menyerahkan google kepada general, dan general menyimpannya semula.

General Khaled melangkah ke arah pintu bilik. Namun, langkahnya sengaja dihentikan di hadapan pedang Dash.

"Akira... apa pendapat kamu tentang pedang ni?" General Khaled menyoal.

"Cantik... seni ukirannya pun, halus. Tapi Gern, sebenarnya... saya dah pernah tengok pedang ni." Akira tersenyum pada General Khaled.

General Khaled terkedu. Dia... pernah tengok? Pedang ni? Tapi... tak mungkin! Kalau betul pun dia anak Dash, tak mungkin dia pernah tengok pedang ni!

"Saya tengok dalam mimpi saya..." Akira memberitahu dengan senyuman polos. "Dan... Raja Dash pun, saya dah tengok banyak kali... dalam mimpi saya juga."

General Khaled diam tak berkutik. Mimpi? General kemudian mengeluarkan rantaian kunci dari poketnya. Dia membuka pintu kotak kaca yang melindungi pedang Dash.

"Sentuhlah..." Pelawa General Khaled.

"Boleh ke?" soal Akira, terkejut.

General Khaled sekadar mengangguk.

Tangan Akira dibawa ke arah pedang. Di saat hujung jarinya menyentuh mata pedang... pedang mengeluarkan cahaya!

Bukan berwarna biru. Sebaliknya, gabungan dari beberapa warna. Ada campuran warna biru, oren, merah dan putih.

Terkejut melihat cahaya tersebut, pantas Akira menarik tangannya semula. Sesaat kemudian, dia tersenyum pula.

"Dalam mimpi, saya nampak ada warna biru je. Tak sangka, sebenarnya ada banyak warna. Mimpi saya... salah laa, Gern." Akira tersenyum kekok.

Akira tak berani nak menyentuh pedang itu buat kali kedua, setelah perasan muka General Khaled yang agak... garang, macam nak makan orang.

General Khaled, terkedu. Dia tak tahu reaksi yang bagaimana harus dia pamirkan pada anak gadis di depannya.

Zarf, Dian, Clara dan Claire pernah dalam diam, disuruhnya untuk menyentuh dan memegang pedang itu. Namun, tak seorang pun dari mereka berhasil mengeluarkan sebarang cahaya.

Si anak gelandangan ini... berjaya buatkan pedang itu bercahaya semula. Benarlah seperti sangkaan ku. Dia... benar anak Dash.

Akira... Puteri Akira lebih tepatnya, anak kecil Dash yang disangka hilang, kini... sudah pulang.

Yang disangka mati, kini dia... kembali.

🌟🤗🌟

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro