10 | Ujian
"Sudah 6 bulan kamu jadi pelajar akademi. Jadi, hari ini, ialah hari peperiksaan, hari ujian kamu." Senior Clara memberi penjelasan.
Pelajar Level 1 dibawa ke air terjun utama Kerajaan Angin. Selain dari mereka, ada juga 3 orang pelajar dari Level 2 yang akan turut sertai ujian itu.
Pelajar Level 2 itu ialah pelajar yang terpilih untuk langkau Level 1, kerana mereka mempunyai kacukan DNA dari klan berbeza. Jadi, mereka ialah pelajar istimewa.
"Korang nampak puncak air terjun ni?" soal Clara.
Para pelajar mendongak ke atas. Terlihat puncak air terjun yang berjarak lebih kurang 30 meter, meninggi ke atas.
"Nampak." Para pelajar menjawab.
"Itu satu-satunya destinasi korang sekarang." Clara memberitahu.
"Korang nampak air terjun ni mengalir turun ke bawah?" soal Senior Claire pula.
"Nampak..."
"Kalau korang tergelincir dan terjatuh... korang akan sampai ke penjara Kerajaan Api. Penjara AlterWorld," jelas Claire.
"Sama ada korang mati sebab jatuh ke bawah, atau mati jadi makanan raksasa bawah sana." Claire menambah.
"Atau pun... korang usaha panjat ke puncak, dan korang akan berjaya upgrade level," nasihat Clara. "Komander Zarf dengan Komander Dian ada tunggu korang atas sana."
"Semoga berjaya." Clara dan Claire mengakhiri taklimat ringkas mereka.
Seutas tali panjang diturunkan ke bawah dari puncak air terjun. Para pelajar dibenarkan untuk mengguna tali tersebut buat membantu mereka memanjat ke atas.
Setelah habis pelajar Level 1 dilepaskan memanjat, barulah pelajar Level 2 akan dibenarkan untuk mulakan pendakian mereka.
Aliran air terjun menolak serta menjadikan badan mereka tidak seimbang. Bahkan, batuan licin berlumut yang ada juga tidak membantu sama sekali. Malah, membuatkan pelajar berasa takut untuk memijak batuan yang ada.
Akira menjadi pelajar ke-30 yang memanjat tali itu, daripada jumlah 80 orang pelajar Level 1. Mereka menaiki tali itu beramai-ramai, bagaikan tentera semut layaknya.
Beberapa orang pelajar, telahpun berjaya sampai ke puncak. Tetapi, makin lama, makin mereka hilang tenaga. Pergerakan mereka menjadi semakin perlahan.
Ada pelajar di bahagian bawah, mula menarik baju pelajar lainnya, dan menyebabkan pelajar itu terjatuh ke bawah.
Tinggal 8 meter je lagi! Nak sampai dah ni! Akira mencuba untuk bertahan.
Tiba-tiba, pelajar di hadapan Akira yang bernama Lynn, mula berhenti bergerak. Dia memaut kuat pada tali sambil menunduk ke bawah.
"Weyh... aku takut..." Lynn mengadu, lalu mula menangis pada Akira.
"Dah tahu takut tuu, janganlah tengok bawah! Panjat je lagi! Dah nak habis ni!" Akira memarahi Lynn.
Sebenarnya, Akira sendiri berasa amat gayat! Sejak mula memanjat tadi, tak sekali pun dia melihat ke bawah. Dan disebabkan itu jugalah, Akira terasa nak naik angin apabila Lynn berhenti. Dia nak habiskan ujian itu secepat mungkin!
"Weyh... aku macam nak give up dah ni. Aku takut, aku dah penat gila... tolonglah cepat sikit..." Arol dibawah Akira, merayu pula padanya.
Akira mulai risau. Terlihat, ruangan tali melepasi Lynn, tidak lagi berpenghuni. Semua pelajar atas daripada Lynn, telah pun sampai ke puncak. 8 meter je lagi ni!
"Weyh! Korang buat apa? Naiklah! Orang dah penat ni! Korang tak nak panjat, lepas jelah tali tu! Bagi orang yang nak panjat ni guna! Bangang ke apa?"
Terdengar satu suara budak lelaki melaung, kuat. Lalu, disahut oleh pelajar yang lainnya juga.
Akira memujuk dirinya, jangan pandang ke bawah! Jangan cari orang yang bersuara tu! Nanti takut!
"Lynn... panjatlah... jangan give up. Dah nak dekat ni. Rugi kalau kau give up sekarang." Pujuk Akira lagi.
"Tak nak... aku takut... aku penat..." Lynn menolak.
Sesaat kemudian, ada pelajar berpakaian warna kuning cair, 3 orang. Mereka memanjat air terjun tanpa menggunakan tali... hanya dengan tangan kosong semata!
Kerana berasa kecewa, Akira akhirnya melepaskan pegangan tangannya dari tali tersebut. Dia mula berdiri di atas batu besar yang ada di sisi kanannya. Akira mula menganalisa kedudukan batu-batuan untuk menuju ke atas.
"Weyh! Kau gila ke? Kau budak biasa je, bukan special case!" marah Arol.
"Woi! Kau tak nampak ke... dah ramai budak Level 1 jatuh tadi, sebab nak tunjuk pandai macam kau ni! Level 1, buat cara macam Level 1. Tak payah nak bajet macam Level 2!" Ada suara sumbang lain pula yang menambah.
Namun, diabaikan Akira. Aku dah malas nak dengar cakap orang. Aku yang takut, jadi, aku kena handle sendiri rasa takut aku. Dan aku... nak cepat-cepat habiskan benda ni! Aku dah rasa macam nak mati tanggung rasa takut!
Selesai menentukan batuan mana yang dia akan gunakan, Akira mula memanjat. Setelah memanjat lebih kurang 2meter, tiba-tiba... kaki Akira tergelincir! Dia terasa seperti hendak terjatuh!
...
(bersambung)
Akira dah lulus ujiannya,
Kamu... dah tekan ke 🌟nya?
Thank you 🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro