04 | Akademi Light Windz of Z
"Beratur, selesaikan test DNA, dan ambil pakaian seragam kamu." Laung si tentera perempuan berpakaian seragam biru gelap. Dia mengawasi para 'calon' pelajar akademi yang sedang beratur panjang.
Sebanyak 3 kaunter ujian DNA dibuka bagi melancarkan proses ujian. Sempat dilihat Akira, tentera itu bernama 🌹'Dian'.
Mata Akira memerhati pula sekeliling, kagum dengan Kerajaan Angin yang nampak 'hebat' dan cantik. Tentera dan pelajar senior terlihat segak berpakaian seragam berlainan warna, bagi membezakan pangkat dan kelas mereka.
Dan akhirnya, giliran Akira tiba. Dia melangkah ke hadapan kaunter paling hujung, Kaunter 3.
"Scan cap jari kau." Arah seorang senior perempuan berseragam hijau gelap dengan tanda nama 🏵️'Clara' kepada Akira.
Ibu jari kiri dibawa ke mesin pengimbas. Pengimbas cap cari berada di kedudukan paling kiri mesin.
Skrin mesin memaparkan 'Cap Jari Sedang Di-Imbas'.
"Auch!" Akira mengaduh.
Clara menarik sehelai dari rambut Akira. Rambutnya dimasukkan ke dalam mesin pengimbas itu juga, dicorong paling atas.
Skrin mesin bertukar menunjukkan, 'Cap Jari Selesai Di Imbas' beserta bunyi 'beep' sekali.
"Bagi sini jari kau." Clara memberi arahan lagi.
Refleks, tangan kiri yang baru selesai diimbas dihulur ke hadapan. Hujung jari manis Akira dibersihkan dengan alcohol pad, lalu dicucuk dengan jarum halus.
"Titis darah kau atas slide kaca ni."
Akira sekadar menurut arahan Clara. Clara kemudian memasukkan slide darah Akira juga ke dalam mesin yang sama, di bahagian bawah.
"Scan retina kau pula, pandang sini." Clara memberi arahan lagi.
Akira melangkah setapak ke hadapan, badan dibengkokkan sedikit ke bawah, lantas matanya pula kini diimbas. Dia melangkah setapak ke belakang setelah proses imbasan retina selesai.
"DNA- UNMATCH." Mesin itu mengeluarkan suara, menyatakan DNA Akira, tidak sepadan.
Membulat mata Akira mendengar keputusan tersebut. Gila ke mesin ni? Semua sample dari badan aku kot! Cemana boleh unmatched (tak sepadan)?
"Ada kes DNA UnMatch!" Gamat seketika keadaan di situ.
Tentera bernama Dian yang mengawasi keadaan tadi, kelihatan mula berlari anak. Dia masuk ke dalam dewan para pelatih, ingin mendapatkan komander.
Suara dari calon pelajar kedengaran berbicara sesama mereka.
Dian kembali ke lapangan ujian bersama seorang komander lelaki berseragam hitam merah. Dian kembali ke tempat jagaannya semula, manakala komander menghampiri Kaunter 3.
"Siapa?" Belum sempat kakinya berhenti melangkah, komander dengan tanda nama 🦁'Zarf' menyoal Clara. Sempat dia menjeling Akira dua saat sewaktu berjalan tadi.
"Calon pelajar tanpa klan, Akira. Asal klannya tak dapat dipastikan. Dia mungkin pernah alami amnesia, dan tak ada ahli keluarga." Clara bacakan profile diri Akira, kemudian menyerahkan fail tersebut kepada Zarf.
Terdengar bisikan dari para manusia.
"Tak de klan?"
"Gelandangan ke?"
"Unmatched. Bukan manusia kot budak tuu?"
Dahi Akira berkerut. Agak-agak laa. Aku jelas-jelas manusia... kan?
Sedang Komander Zarf meneliti fail diri Akira, "DNA- MATCH. DNA- MATCH." Mesin itu bersuara dengan keputusan berbeza pula, menyatakan DNA Akira, sepadan.
Dua kali mesin menyatakan 'DNA- MATCH', tak macam kebiasaannya. Seharusnya, mesin cuma umumkan keputusan sekali sahaja.
Terdiam para manusia lima saat.
"Kamu jalankan sample kontrol ke tak tadi?" Zarf menyoal Clara, memecahkan hening.
"Saya run dua-dua sample kontrol- match dan unmatch, setiap 30 sample test. Dah ikot SOP (Standard of Operation)," jelas Clara.
"Run control semula. Kalau control okey, run semula sample Akira," arah Komander Zarf.
Clara menjalankan 'control test' dalam pantauan Zarf. Kedua-dua kontrol tak ada masalah.
Sample Akira diambil buat kali kedua. Ujian dijalankan semula. Akhirnya, mesin memberi keputusan, 'Match'.
Akira melepas nafas lega. Sempat dia mengedutkan dahi. Dah memang semua sample datang dari badan aku, mestilah DNA sepadan. Macam pelik je ujian DNA ni?
"Alright. Match. Fail Akira, saya ambil." Zarf memberitahu Clara.
Clara mengangguk, lantas menulis catatan mengenai pengambilan fail itu. Sempat Zarf perhati Akira lagi sekali sebelum dia kembali ke dewan para pelatih. Mata mereka bertentangan buat tiga saat.
Clara hulur sehelai kertas pada Akira. "Bagi kertas ni dekat senior kaunter pakaian seragam."
Akira mengangguk faham dan berlalu ke stesyen berikutnya, bagi mendapatkan baju uniform.
Disemak kertas huluran dari Clara tadi. Cuma bertulis 'Akira, Level 1' sahaja.
Di kaunter pakaian, Akira hulurkan kertas itu pada senior dengan tanda nama 🌺'Claire'. Wajahnya ada iras-iras senior 'Clara' tadi.
"Untuk pengetahuan, baju seragam warna putih ini ialah untuk pelajar baru, pelajar Level 1. Ini baju kau, saiz M. Kabin kau pula, GT1-1-1."
Akira menyambut huluran dari Claire. Dia melangkah sedikit jauh dari kaunter, memeriksa barang yang baru diterimanya.
Ada 3 pasang baju. Sepasang baju seragam rasmi akademi, dan dua pasang lagi ialah pakaian sukan.
Disertakan juga sehelai lembaran tertulis 'Peraturan Akademi Light Windz of Z' dengan tercoret secebis nama di bawahnya, Lembaran Hak Milik : 🌻Akira. Ditulis tadi oleh Claire.
Akira tarik nafas dalam, lalu menghembuskannya keluar.
Aku kini berada di sebuah institusi yang sistemnya lebih kepada kem tentera. Aku juga sekarang, adalah seorang pelajar akademi. Mulai hari ini, ini adalah rumah pertama aku, Akademi Light Windz of Z.
🌟🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro