02 | Pertemuan-Perpisahan
Raja Dash mengorak langkah. Dari pintu Rumah Perlindungan Ixary lagi, pandangannya sudah menangkap susuk tubuh wanita yang dicintainya, "Zafira..."
Dash melangkah, dan terus melangkah... tanpa bisa berhenti. Ada misi yang harus dilakukan olehnya. Tapi... kakinya dipaksa sang hati untuk terus melangkah ke arah si isteri... Permaisuri Tercinta.
Kaki Dash akhirnya berhenti... berjarak lima kaki dari Zafira.
Seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan usia 4 tahun yang cuba larikan diri dari salah seorang tentera Dash, ditangkap semula oleh Dash sendiri. Dash melaung memanggil tentera yang terlepas akan budak itu.
Zafira nyata terkejut. Anak kecil sebegitu pun... nak diambil juga? "Dia terlalu kecil!"
Tersentak Dash, mendengar suara Zafira. Dash menolak badan anak kecil itu ke arah Zafira... dengan riak muka tidak puas hati.
Anak kecil itu berlari mendapatkan ibunya yang sedang menangis. Mereka berdua lari masuk ke dalam rumah secepat mungkin.
Dash memerhati sekeliling. Memeriksa anggota tenteranya. Semua terlihat sudah berjalan ingin keluar dari situ bersama tawanan di tangan masing-masing. Kawasan perumahan Ixary yang tertutup, memudahkan kerja tentera Kerajaan Angin.
Setelah memastikan para tenteranya sudah habis keluar dari rumah itu... Dash palingkan tubuhnya.
Aku nak tegur Zafira, tapi jelas dia marah padaku. Aku nak peluk dia, tapi jelas, dia benci kepadaku. Anak-anakku... puteri-puteriku...
Dash mula melangkah. Makin lama aku di sini, makin sakit aku terasa.
Zafira memerhati Dash yang berjalan ingin keluar dari situ. Ketika Dash hampir tiba di pintu, Zafira berlari... ingin mengejar si suami.
Rasa rindu tidak lagi mampu ditahan oleh benaknya. Walau Zafira tidak menyukai malahan membenci apa yang dilakukan oleh Dash... hatinya masih sahaja mencintai lelaki itu.
Di saat Zafira keluar dari rumah perlindungan tersebut, dilihatnya, langit berwarna gabungan dari warna ungu, biru, merah muda dan gelap malam.
Terlihat juga, kapal-kapal terbang Tentera Angin di langit, statik, menunggu tentera-tentera mereka pulang.
Dari perut kapal, terpancar satu cahaya bagai spotlight... yang apabila tentera mereka memasuki cahaya tersebut, badan mereka akan mulai menghilang sedikit demi sedikit.
Zafira terkejut. Dilihatnya, Dash sudah menghampiri satu cahaya.
Zafira berlari sekuat hati. Di saat Dash menjejak masuk ke dalam cahaya kapal, Zafira menerpa lantas memeluk Dash dari belakang.
Dash tersentak. Zafira...
Dash menarik lalu meleraikan pelukan Zafira. Dash lantas berpaling dan menarik Zafira semula, ke dalam dakapannya.
"Raff... please, jangan pergi. Tolonglah. Perang ni semua dah tak perlu. Tolonglah Raff... Zafira nak Raff semula... please..." Zafira menangis di dada Dash.
Mata Dash juga mula berkaca. Raff pun tak nak semua ni. Tapi... maafkan Raff. Raff... tak mampu mengawal keadaan. Bonda masih belum bersetuju untuk merestui hubungan kita berdua. Kalau Raff berkeras juga... Raff takut... bonda akan bahayakan nyawa Zafira. Maafkan Raff...
Zafira perasan, walaupun Dash sudah lama menapak ke dalam cahaya kapal tersebut, tubuhnya masih belum menghilang seperti tentera lainnya. Lama mereka berpelukan.
Satu persatu kapal Tentera Angin, mula terbang meninggalkan Kerajaan Tanah.
Di saat tinggal hanya sebuah kapal, milik Dash... tangan Dash mencapai bahu Zafira. Ditariknya tubuh itu menjauh dari tubuhnya. Wajah Zafira ditatap, bagi melepaskan rindu.
Airmata Zafira menitis lagi. Pantas, tangan kasar Dash menekup pipi Zafira. Airmata si isteri diseka dengan ibu jarinya.
Zafira menekup tangan kirinya... ke atas tangan kanan Dash. Dia enggan kehangatan tangan itu menghilang. Masih belum luak sedikitpun rindu yang mencengkam perasaan.
"Raff... tolonglah berhenti. Please... Zafira merayu, tolonglah berhenti..."
Tangan kiri Dash menggenggam sebiji alat kawalan. Alat tersebut ada dua butang. Butang pertama, untuk tentera pulang ke kapal bersendirian. Butang kedua pula, untuk tentera pulang bersama tawanan.
Dash menekan butang pertama. "Raff minta maaf." Raff sayang Zafira sangat-sangat. Gugur airmata Dash.
Perlahan-lahan, susuk tubuh Dash mulai menghilang.
Zafira terkejut, "No, no, no! Raff! Please! Don't! Please, don't leave me again! Raff!" Zafira cuba menggapai bentuk tubuh Dash yang mulai menghilang. Namun, tiada apa lagi yang bisa tergapai tangan.
Lima saat kemudian, susuk tubuh Dash menghilang sepenuhnya... bersama cahaya kapal.
Zafira jatuh terduduk. Raff... pergi, lagi?
Kapal terbang Dash meninggalkan Zafira.
Kedua-dua hati mereka merana bersama.
🌟🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro