W🐺:16
"Appa, Hana pergi sekolah dulu" kataku sambil menyarungkan kasut di kakiku.
"Hana-ah Jakkaman!" Panggil Hyunjae yang berada di dapur.
Aku memandangnya yang sedang bergegas ke arah aku.
"Waeyo?" Soalku.
"Emm..boleh saya teman awak ke sekolah?" Soalnya.
Aku sedikit terkejut.
"Awak nak teman saya?"
"Nae. Waeyo? Tak boleh ke?"
"Aniyo. Saya cuma..."
"Cuma apa?"
"Cuma...emm..tak ada apalah. Kajja" aku melupakan niat aku itu lalu keluar dari rumah.
•••
Sepanjang dalam perjalanan ke sekolah aku, kami hanya mendiamkan diri.
Aku rasa sedikit kekok apabila ada orang yang menemani aku ke sekolah.
Sebab, ebelum ini aku hanya pergi ke sekolah seorang diri.
Kadang kala ada juga aku rasa cemburu melihat pelajar lain yang berjalan ke sekolah bersama kawan dan...pasangan...
Bahuku terhincut sedikit apabila Hyunjae tiba-tiba mencabut earphone yang disumbat ditelinga aku.
"A-Awak ada cakap sesuatu ke? Mianhae sebab tak dengar" ucapku rasa bersalah.
"Tak adalah. Saya cuma nak tahu lagu apa yang awak dengar dari tadi" beritahunya.
Aku menganggukkan sedikit kepala aku tanda faham.
"Emm..awak nak dengar?" Pelawakku.
Dia menganggukkan kepalanya.
Aku memanjangkan tangan aku lalu menyumbatkan satu lagi earphone di telinganya.
"Woah. Sedapnya lagu ni. Lagu apa ni?" Soal Hyunjae ingin tahu.
"It's okey dari boygroup BTOB." Beritahuku.
"Walaupun saya tak kenal siapa BTOB tu, tapi suara mereka sangat merdu. Saya suka lagu ni."
Aku tersenyum kecil melihat dia sukakan lagu itu.
Nampaknya kita berdua ada cita rasa yang sama...☺️
•••
Aku menyembunyikan diri di tepi pintu kelasku.
Aku memanjangkan sedikit leherku untuk melihat Younghoon dan Juyeon yang berada di dalam kelas.
"Kenapa setiap kali aku datang ke sekolah, mesti diorang je yang ada dalam kelas tu? Mana budak kelas aku yang lain ni?" Gumamku sambil mengendap mereka berdua.
"Dah kau selalu datang awal, memanglah korang je yang ada dalam kelas tu" sampuk seseorang.
Aku menoleh ke arah kepunyaan suara itu.
Ianya Sunwoo salah seorang pengikut Hyunjae.
Aku memandangnya terkejut.
Sejak bila dia ada dekat sini?
Aku memandang aku seketika lalu masuk ke dalam kelas aku.
Apabila dia berada di tempat Younghoon dan Juyeon, dia kembali memandang aku yang masih berdiri di luar kelas.
"Kenapa tak masuk?" Soal Sunwoo.
Aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku masuk ke dalam kelas aku dengan kekok.
Aku hanya menundukkan kepala aku sepanjang aku berjalan menunjukkan ke tempat aku.
Aku memandang mereka teragak-agak.
"Younghoon..Juyeon..." Panggilku.
Mereka berdua termasuk Sunwoo memandang aku.
"Maafkan saya sebab...salah faham terhadap korang" ucapku.
Mereka bertiga tersenyum.
"Aniyo. Gwenchanayo. Kami okey je" ujar Juyeon sambil melemparkan senyuman yang lebar.
Huu...nasib baik diorang okey...
"Kalau macam tu...mulai sekarang, boleh kita...jadi kawan?"
Mereka pandang antara satu sama lain lalu kembali memandang aku.
"Sudah tentu" kata mereka bertiga serentak.
Aku tersenyum lebar. Akhirnya! Semua masalah dah selesai...😚
"Hyung, mana cincin tu?" Soal Sunwoo sambil menghulurkan tangannya.
Juyeon mengambil sesuatu di dalam kocek kot uniformnya.
Ianya cincin yang dimaksudkan oleh Sunwoo.
"Cincin apa tu?" Soalku ingin tahu.
"Cincin ni melambangkan identiti kami" beritahu Younghoon.
"Identiti? Boleh saya tengok?"
Sunwoo-ah memberi cincinnya.
Aku melihat tulisan yang tertulis di cincin itu.
"The..Boyz?" Aku memandang mereka dengan tanda tanya.
"The Boyz nama kumpulan kami." Terang Sunwoo.
Aku menganggukkan kepala aku tanda faham.
Aku kembalikan cincin Sunwoo.
"Saya nak tanya sesuatulah, kenapa...korang menyamar jadi pelajar dekat sekolah ni?" Soalku.
Akhirnya soalan yang aku tertanya-tanya dari malam tadi keluar dari mulutku.
"Kami sedang sembunyikan diri dari Puak serigala hitam" beritahu Juyeon dengan wajah yang serious.
"Sembunyikan diri?"
"Nae. Kami sempat melepaskan diri dari Puak Serigala hitam semasa kami di penjarakan. Sekarang mereka sedang mencari kami"
"Macam mana korang boleh terlepas?"
"Salah seorang Penduduk kami yang menyamar jadi puak serigala hitam menolong kami melepaskan diri"
Aku menganggukkan kepala aku tanda faham.
"Tapi kan, bukan ke diorang dah dapat kerajaan tu? Kenapa diorang masih cari korang?"
"Mereka cari kami sebab nak dapatkan Raja kami, Hyunjae. Kalau dia dapat minum darah Hyunjae, kuasa dia akan bertambah" terang Younghoon.
"Kuasa? Oh ye! Hyunjae ada kuasa api. Tapi kuasa dia lemah sekarang. Macam mana kuasa dia boleh jadi lemah?"
"Ratu Puak Serigala Hitam sempat menyedut separuh daripada kuasa Hyunjae. Kini kuasa Hyunjae berada di dalam satu botol yang telah disihir."
"Ouh..macam tu... Pening juga nak fahamkannya. Jadi...Apa kuasa korang?" Soalku sedikit teruja.
"Kami tak ada kuasa"
"Tak ada?"
"Hanya berketurunan darah Raja sahaja yang ada kuasa. Kami cuma kumpulan yang akan berjuang bersama Hyunjae untuk keamanan kerajaan kami" terang Juyeon.
Sekali lagi aku menganggukkan kepala tanda faham.
Banyak betul aku tahu tentang diorang hari ni.
•••
Akhirnya waktu persekolahan telah tamat. Keadaan cuaca tidak dalam keadaan baik ketika ini.
Hujan tidak henti-henti sejak waktu rehat lagi.
Aku terpaksa menunggu di hentian bas yang berdekatan dengan sekolah.
Ramai pelajar mula pulang sedikit demi sedikit.
Kebanyakkan mereka malas untuk menunggu hujan berhenti. Jadi mereka lebih suka redah hujan berbanding menunggu.
Aku pulak lebih kepada suka menunggu berbanding dibasahi diri aku dengan hujan.
Tapi kalau sampai malam hujan tak berhenti,terpaksalah aku telefon appa aku.
•••
15 minit telah berlalu. Hujan masih tidak berhenti.
Aku rasa aneh apabila langit tiba-tiba menjadi lebih gelap daripada sebelum ini.
Kenderaan yang lalu juga turut semakin berkurangan.
Suasana semakin menjadi sunyi dan hanya bunyi hujan sahaja kedengaran.
Aku terasa seperti berada di dunia yang berasingan.
"Hai" sapa seseorang.
Bahuku terhincut dek terkejut dengan sapaan itu.
Aku menoleh ke arah sebelah aku.
Kelihatan seorang perempuan tinggi berada di sebelah aku.
Wanita itu melemparkan senyuman kepada aku.
Aku menjadi tertarik dengan wanita itu sebaik sahaja aku memandang anak matanya.
"C-Cik siapa?" Soalku.
"Annyeonghasaeyo Hana-ssi"
Dahiku berkerut.
"Macam mana cik tahu nama saya?" Soalku lagi.
Dia tidak jawab. Dia hanya mengekalkan senyuman di wajahnya.
"Boleh kita berkenalan?" Soalnya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan denganku.
Semakin pelik aku melihat kelakuan wanita itu.
Aku memandang huluan tangannya dengan ragu-ragu.
Perlahan-lahan aku mengangkat tanganku.
Aku berjabat tangan dengan wanita itu dengan teragak-agak.
Wanita itu tiba-tiba melemparkan senyuman yang sinis kepada aku.
Baru je aku nak lepaskan tangan aku, wanita itu menganggap kuat tanganku.
Pada masa yang sama, kepala aku menjadi berat secara tiba-tiba.
Fikiran aku menjadi serabut.
Tidak lama itu, pandangan aku menjadi semakin gelap lalu aku jatuh pengsan sebaik sahaja wanita itu melepaskan tanganku.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro