W🐺: 04
PAK!
Aku terbangun dari tidurku secara mengejut apabila tingkap bilikku terbuka dan terhempas pada dinding dengan kuat.
Aku mengosok mataku.
Aku berjalan ke arah tingkap bilikku untuk tutup tingkap itu.
Angin kuat membuatkan rambut aku berterbangan.
Baru sahaja aku nak menutup tingkap, aku ternampak kelihat seorang lelaki keluar dari rumahku dan berjalan menunju ke hutan tebal di belakamg rumahku.
Kalau melihat susuk tubuh itu, lelaki itu ialah Hyunjae a.k.a abang serigala jadian yang handsome tu.😋
Perasaan ingin tahu mula menguasai diri aku.
Aku menyarungkan hoddie hitam di tubuhku lalu keluar dari rumahku.
Apabila sampai di depan hutan tebal itu, aku terus menjadi kaku.
Di dalam hutan itu sangat gelap kerana Cahaya bulan tidak dapat menembusi pokok-pokok tinggi dan tebal itu.
Disebabkan aku nak tahu sangat, aku cuba beranikan diri untuk mengikutinya walaupun rasa takut.
Aku buka touchlight di telefon aku lalu suluh laluan di hadapan aku.
Aku mengikuti Hyunjae dari belakang secara senyap-senyap.
•••
Aku bersembunyi di sebalik pokok besar apabila Hyunjae berhenti di depan sebuah gua.
Dia merenung gua di hadapannya itu lalu mengeluh berat.
Tidak lama itu, dia masuk ke dalam gua itu.
Walaupun gua itu agak menakutkan, aku tetap masuk mengikuti Hyunjae.
Apabila aku masuk ke dalam gua itu, aku ternampak sinaran cahaya muncul di sebalik daun-daun dan akar yang tergantung.
Aku menyelak akar yang menghalang laluan aku itu.
Sebaik sahaja aku menyelak akar-akar itu, muncul sebuah kawasan yang sangat asing buat aku.
Dalam hati aku kuat mengatakan kini aku berada di dunia lain iaitu DREAMLIKE dunia yang dikatakan oleh Hyunjae.
Gambaran aku terhadap dunia DREAMLIKE sangat berbeza semasa pertama kali aku berjumpa dengan Hyunjae.
Dunia yang aku lihat sekarang ini tersangatlah teruk.
Langitnya berwarna kelabu. Di langit juga penuh dengan asap berwarna hitam.
Semua pokok di sekeliling aku habis hangus dijilat api. Jadi betullah apa yang dikatakan oleh Hyunjae. Puak serigala hitam telah merampas dunia dia.
BOM!💥
Terhincut bahu aku dek terkejut dengan bunyi yang kuat. Mengikut firasat aku, bunyi itu adalah bunyi bomb.
Aku melihat ke arah depan aku cuba mencari kelibat Hyunjae.
Nampaknya aku dah kehilangan jejak Hyunjae.
Baik aku pulang semula ke rumah aku. Aku tidak selamat di sini.
Baru sahaja aku nak masuk ke dalam gua itu, tiba-tiba muncul beberapa seorang lelaki bertopeng hitam di depan aku.
Kaki aku mula menggigil ketakutan.
"Ma-Maafkan saya. Sa-Sa--Ark!"
Tidak sempat aku nak habiskan ayatku, salah seorang dari mereka terlebih dahulu mencekik leher aku.
Dia mengangkat aku sambil mencekik leher aku dengan sebelah tangannya.
Aku tidak dapat bernafas. Wajahku mula bertukar kebiruan.
Oksigen di dalam tubuhku semakin berkurangan.
"T-T-To--Ark!"
Apabila aku cuba ingin meminta tolong, lelaki itu mencekik aku lebih kuat.
Sing!
Ada seseorang mencakar di belakang lelaki itu dan membuatkan lelaki itu melepaskan aku lalu rebah di atas tanah.
Aku terbaring di atas tanah. Aku memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berlawan dengan lelaki bertopeng yang lain.
Dalam hanya beberapa saat, pandanganku menjadi gelap lalu aku tidak sedarkan diri.
•••
"UHUK!" Aku terbatuk-batuk apabila akhirnya aku dapat bernafas semula.
Aku membuka mata aku dan pandangan aku dihiasi dengan wajah kacak Hyunjae.
"Awak okey?" Soalnya risau.
"Nae..." jawabku lemah.
Aku bangun dan melihat sekeliling aku.
Pokok-pokok besar mengelilingi kami.
"Kita ada dekat dunia awak. Kita selamat sekarang" beritahu Hyunjae.
Aku memandang Hyunjae.
"Awak ke yang selamatkan saya?" Soalku.
Dia menganggukan kepalanya perlahan.
"Nae. Kenapa awak ikut saya?"
"Ha? Emm...saya...saya...--"
"Dahlah. Jom saya bawa awak pulang" ujarnya lalu angkat aku seperti bridal style.
TBC
T
hanks for 200 reads😄
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro