Epilog: Kemunculan
< 3 hari lepas... >
Lewat malam..
Di suatu rumah...
Tik..
Tik..
Tik..
Tik...
Klik!
Passcode telah dimasukkan lalu pintu utama pon terbuka. Bersamaan dengan terbukanya pintu... Lampu² yang menghiasi dalaman rumah besar ini turut menyala menyerlahkan rupa dan ruang rumah yang begitu cantik dan elegan sekali.
Ruang tamu yang bersambungan dengan dapur di tingkat utama... Rekaan dan pengubahsuaiannya yang begitu cantik sekali. Sesuai bila mahu berkumpul bersama-sama keluarga.
Hmmm.. Baru citer pasal ruang tamu dengan dapur je, kan? Haaa~ ini yang ada lagi nak citer ni tapi... Kita skip dululah eah pasal hal² dalaman rumah ni? Nanti jadi lain citer pulak╮(╯▽╰)╭
Whoosh彡
Belom sempat 'mereka' yang lain nak masuk ke dalam rumah... Salah seorang daripada 'mereka' ni meluru laju masuk ke dalam terus berbaring di atas sofa.
"Ahh~ home sweet home~" dengan mata bahagianya dia berbaring selesa di atas sofa. Kemudian, dengkuran halus mulai kedengaran.
Krrrooohh~💤
Di muka pintu...
'Mereka' yang lain geleng perlahan sahaja. Cepat betul dia tertidur. Taulah penat. Ingat dia sorang je ke penat lepas balik dari misi?
Selepas itu, yang lain² melangkah masuk ke dalam rumah sebelum bahu B4 disapa.
"B4... Tolong bangunkan I5. Kita kena gerak laporkan diri pada K_ _ _ _ _ _ _." suruh G1. Tanpa buang² waktu B4 pergi ke arah I5 untuk mengejutkan dia.
Sementara B4 pergi bangunkan I5... G1 bersama yang lain berdiri di hadapan rak buku(gambar diatas).
Salah satu buku yang tersusun rapi di rak tersebut diambil G1 lalu kulit muka depan buku itu diusap perlahan dan ia bertukar menjadi sebuah tablet yang mempunyai logo berbentuk segitiga dan lambang huruf "T" diatasnya.
"Wuuoooh~" bersinar mata T3 dan T6 melihat buku tadi bertukar menjadi tablet dengan hanya sekali usapan. Terpegun seperti mereka berdua sedang melihat persembahan silap mata.
* * * *
Enter!
Setelah memasukkan 4 nombor kata laluan... Tablet yang digunakan tadi automatik kembali ke tempatnya dengan sendiri iaitu di rak buku dan camouflash semula menjadi buku.
Buku(a.k.a tablet) itu discan sebentar bagi mengesahkan nombor kata laluan yang dimasukkan tadi dan pengscanan pon berjaya.
'Mereka' berundur seketika apabila rak dihadapan 'mereka' itu mula bergerak ke belakang dan ke tepi. Mendedahkan satu laluan rahsia disebalik rak itu sendiri.
Setelah 'pintu'nya terbuka sepenuhnya... Bersiap sedia untuk 'mereka' bergerak masuk.
Tetapi tiba²....
"Warrrggghhh!!! Korang!!! Tolong!!! Tolong selamatkan aku daripada---⊙_⊙?!"
"Mana kau nak pergi, haaa?✴_O" semakin pucat dan ketakutan B4 dibuatnya apabila I5 semakin dekat bersama busur dan anak panah yang pada bila² masa saja boleh dilepaskan ke arah dia.
"MAAFKAN AKU, I5! AKU JANJI AKU DAH TAK BUAT LAGI DAH!!!😭😭😭" jerit B4 memohon ampun kemaafannya.
"TIADA MAAF BAGIMU~👹" beberapa anak panah dilepaskan.
"WAAARRRRGGGHHH!!!"
S
.
K
.
I
.
P
[ Markas Rahsia ]
Zzhhiiuup~ (bunyi pintu canggih yang dibuka dan ditutup)
Sampai² je... Pemandangan 'mereka' dihiasi dengan B4 yang satu badannya(kecuali kepala) beku dalam ais batu tidak jauh dari tempat I5 yang bagi B4 pandangan frozen death glarenya
Yang lain² sweat drop.
Entahlah cara apa yang B4 gunakan untuk kejutkan I5 dari tidur sampai mengamuk tak tentu pasal I5. Habis satu basement diorang kecoh dengan sesi kejar-mengejar I5 yang mahu mem'bunuh' B4.
PERINGATAN.. Jangan sesekali kejutkan Beruang Polar dari tidur dengan cara yang tidak berfaedah( ̄. ̄)💧nasihat T3 dan T6 dalam hati. Memperingatkan diri.
Jiiuup-! (bunyi telekomunikasi)
Muncul 'seseorang' bertubuh badan kecil, beruniform komandan biru, berkepala kotak, dua antena atas kepala dan pakai cermin mata hitam di layar skrin utama.
"Semua dah berkumpul?"
"Sudah Komander!" 'mereka' salute dihadapan Komander diorang kecuali B4 dan S7 kerana S7 sibuk membantu B4 untuk mencairkan ais ditubuhnya menggunakan kuasa cahaya.
"Bagaimana dengan progres misi terbaru kamu semua disana?"
G1 mengangguk. "Berjalan dengan lancar, Komander dan...
G1 mengeluarkan sesuatu yang besar dan bulat yang sama saiznya dengan sebiji bola sepak dari dalam begnya.
...kami berjaya selamatkan power sphera ni."
"Eahh... Itu Power Sphera ThiefBot ke tu?" tanya Komander.
"Ya, ThiefBot, power sphera yang boleh memberikan penggunanya kuasa untuk merancang strategi rompakan dengan teliti dan penyelinapan yang sempurna. Juga, kuasa penggunanya boleh menyeru senjata mengikut kemahuannya sendiri." terang G1.
Terangguk-angguk Komander mendengar penerangan dari G1 dengan bangga. Jelas dan mudah difahami. Sama seperti bapanya.
"Oh... Tak dilupakan jugak. ThiefBot pon ada mod penyamaran supaya dia boleh menyembunyikan dirinya daripada dijumpai." tambah T3.
"Kalau macam tu... Tahniah saya ucapkan,...
'Mereka' perlahan-lahan menanggalkan hoody hitam masing². Mendedahkan identiti sebenar diorang disebalik jubah hitam.
...BOBOIBOY. Tahniah kerana kamu semua berjaya melaksanakan misi ini dan bawa pulang Power Sphera, ThiefBot dengan selamat sebelum kewujudan power² sphera yang bertempiaran di merata tempat di Korea diketahui ramai."
"Hehehe~ terima kasih, Komander😊" balas adik-beradik BOBOIBOY.
"Hehe.. Sama². Tapi INGAT... Jangan sampai identiti kamu semua terbongkar. Terutama sekali, misi dan tujuan utama kamu semua berada di sana. Faham?"
"Faham Komander!" salute TAPOPS sebelum Komander tutup komunikasi antara mereka.
Baru je diorang nak beredar... Tiba² ada suatu isyarat panggilan tidak dikenali masuk di layar utama. Siapa pulak dah?
BOBOIBOY siap ambil posisi masing². Kalau itu panggilan dari pihak musuh... Bersiap sedialah mereka untuk berhadapan dengan superhero BOBOIBOY. Sang Hero² Elemental.
Beberapa ketika... Ekspresi muka BOBOIBOY masing² bertukar serious. Dan beberapa ketika kemudian...
"BWAAAAARRRRGGGGHHHH!!!!"
"WAAAAARRRRRGGGGGHHHH!!!"
Tersembam ke belakang BOBOIBOY kerana mereka dikejutkan dengan kemunculan 2 gerangan yang bertopengkan hantu jepun dan topeng SCREAM di layar skrin utama.
Dua gerangan yang menakutkan BOBOIBOY tadi mula menanggalkan topeng diorang lalu ketawa puas sebab dapat kenakan adik-beradik BOBOIBOY. Siap berhigh-five lagi.
"Fang! Gopal!" marah Gempa. Tangan tanah, kiri kanan dipinggang.
Aiyoook~ Gempa dah marah~
"Ala~ relaklah. Bukan selalu kitorang dapat prank korang, Gempa. Sejak korang terima misi dan pindah ke Korea... Korang dah lama tak hubungi kitorang kat Station TAPOS ni lagi dah(╥﹏╥)" berjurai-jurai Gopal menangis menahan rindu terhadap kawan baik sendiri.
Fang angguk setuju.
"Haaa... Korang duduk sana jangan terlebih popular pulak. Aku tau korang ada masuk satu sekolah ni kat Korea dan jadi mentee kepada 2 group idol terkenal kat sana." ujar Fang. Gempa tergelak kekok. Sweat drop. Ini kalau Fang tau yang diorang sebenarnya dah semakin dikenali.... Pasti Fang akan...😅😅😅
Sementara itu, di belakang...
Masih lagi kecuali Blaze dan Solar... Yang lain² dah bangun dari baring tersembam. Cumanya, Halilintar je belom sebab...
Dia...
Pengsan.
Mesti sebab dia terkejut sangat dengan prank Fang dan Gopal tadi.
Taufan meletakkan kepala Hali diatas pangkunya. Lepas tu,...
"Halilintar!!! Janganlah dikau mati dahulu dipangkuankuuu~😭😭😭"
Pletuk!
Kepala Taufan diketuk Ice. "Jangan nak over-dramatic sangat boleh tak? Dia pengsan je pon😑" Taufan tersengih sambil mengusil pipinya.
End Epilog: Kemunculan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro