Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

 O1

wakey wakey–

“ alamak, dah lewat! ”

lee hyunjae segera mengambil getah rambut lalu mengikat rambutnya. dia menuruni tangga dengan kadar yang pantas.

“ hyunjae tu kenapa? ” tanya kang yeseo, housemate hyunjae.

makino nina, yang berada di sebelah yeseo mengangkat bahunya. kim siyoon yang berada di dapur mendekati hyunjae yang kini berada di hadapan pintu rumah.

“ eh eh, hyunjae! kau nak pergi mana tu? dengan uniform sekolahnya. ” tanya siyoon.

hyunjae yang baru sahaja hendak memakai kasut sekolah, memandang housemate nya. ketiga-tiga gadis tadi, memandangnya dengan hairan.

“ eh? korang tak sekolah ke? dah lewat lah weh! ” kata hyunjae.

dia memandang ketiga-tiga housemate nya dengan riak wajah yang cukup cemas. takut ‘ lewat ’ masuk kelas.

“ sekolah apanya, lee hyunjae. hari ni hari sabtu! kau nak sekolah dengan siapa hari sabtu, ha? ” tanya nina.

“ hari ni, hari sabtu eh? ” hyunjae menggaru kepalanya yang tidak gatal.

siyoon facepalm. dia menggelengkan kepalanya.

“ itulah. orang dah cakap jangan tidur petang, taknak dengar. ” kata yeseo. diam - diam, dia dan nina menggelakkan hyunjae.

“ hyunjae hyunjae, pergi tukar baju sana. kejap lagi kita nak sarapan sama - sama. ” kata siyoon, memberi arahan.

hyunjae hanya mengangguk dan terus berlari ke biliknya. malu!

gwyneth han jihye menuruni tangga sambil mengelap rambutnya yang basah. sesekali mulutnya bergerak-gerak, bernyanyi.

“ joheunachim imni– ”

satu sampul surat berada di hadapan matanya.

“ nah, untuk kau. ” naoi rei, housemate gwyneth menghulurkan sampul surat itu kepadanya.

“ aww apa ni? surat wish birthday ke? eh tapi birthday aku dah lepas ;-; ”

gwyneth mengangkat bahunya lalu mengambil sampul surat itu dengan senyuman di bibirnya. perlahan, dia membuka sampul itu dengan berhati-hati.

“ apa tu? ” datang pula seol yoona dengan kepalanya dibalut kain.

“ oh, ada surat untuk gwyneth. ” jawab rei.

sullyoon hanya mengangguk faham. baru sahaja dia itu hendak ke dapur, matanya terpandang ke arah logo yang ada di sampul surat tersebut.

“ kejap, logo tu.. ”

gwyneth memandang sampul suratnya. riak hairan jelas terpapar di wajah gadis itu. logo? kenapa dengan logo tu?

“ aku dapat tawaran masuk academy apa tah namanya. ni maybe logo academy tu kot. ” kata gwyneth.

rei dan sullyoon, kedua-duanya terkejut mendengar kata-kata rakan serumah mereka itu.

“ tak sangka pulak academy ni betul-betul wujud? ”

“ war– what? ” untuk kali ketiganya, airella hiera lavigne bertanya soalan yang sama.

rakan serumahnya, ezaki hikaru dan nakabayashi rima juga hampir berputus-asa untuk menerangkan tentang surat yang baru sahaja hiera dapat.

“ okay, fuh. rileks hikaru, rileks. kitorang terang sekali lagi, ni last okay! kalau kau masih tak faham, I quit. ” kata hikaru pasrah.

hiera hanya tersenyum kekok.

“ wardiere academy. orang yang terpilih je yang boleh belajar dekat sana. ” kata hikaru lagi. dia memandang rima untuk menerangkan tentang academy tersebut.

“ setiap 4 tahun, akan ada 10 orang pelajar dari sekolah biasa dipilih untuk jadi pelajar baru dekat sana. ”

“ dan kau, hiera. kau salah seorang dari 10 orang pelajar yang terpilih tu. ”

kedua-duanya memasang riak wajah serius. hiera masih statik di tempatnya. tidak mengatakan apa-apa.

“ h–hiera? ” rima memanggil.

tiba-tiba hiera menghentakkan meja ruang tamu itu.

“ taknak! ” katanya, sepatah.

“ apa yang kau taknak? ” tanya hikaru, hairan. rima tak kalah hairannya. mana tak hairan kalau tiba-tiba je hiera hentak meja lepastu kata taknak?

“ aku taknak terima tawaran ni! ”

“ nani?! ”

panas. ruang itu dipenuhi dengan api. dadanya berasa sesak kerana asap yang memenuhi ruangan itu. dia sedaya - upaya mencari jalan untuk keluar, dan matanya memandang pintu ruangan tersebut.

charoline lee, berlari merempuh pintu itu dengan kuat. asap kelabu yang tebal menyebabkan charoline sesak nafas dan sukar untuk meminta pertolongan.

“ unnie! charoline unnie! ”

charoline tersedar dari tidurnya. dahinya dibasahi peluh yang menitik, nafasnya juga turut tercungap - cungap akibat mimpi yang seakan - akan nyata.

park hyunjoo, memandang charoline yang dibasahi dengan peluh. wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang risau dengan rakan serumahnya itu.

“ unnie? okay tak? ”

charoline seakan terkejut mendengar suara hyunjoo. dia kemudian menggelengkan kepalanya, lalu tersenyum nipis.

“ tak, takde apa - apa. cuma mimpi buruk. ”

hyunjoo mengangguk perlahan. dia teringat tujuannya datang ke bilik charoline. sampul surat yang ada di tangannya, dihulurkan kepada charoline.

“ ah, ni. surat untuk unnie. ”

charoline mengambil surat itu dan membukanya.

“ wardiere academy? ”

yes, and i got it too.

YOON !

heyyo gaisss, finally! habis cuti baru dapat update– sorry korang sebab update masa dah habis cuti, huhu. chap ni kita buat 5 applier je dulu, lagi 5 applier next chap okie ♡

screentime tu, yoon main campak je 😞 maaflah yaa, kalau ada yg tak puas hati dengan screentime. InshaAllah coming chap, yoon atur screentime elok ii.

that's untuk hari ni, bye ii! <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro