Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 8

"Aduh, apa ke bongoknya aku ni!" Kutuk Aireel sendiri. "Dah tahu takda baju. Taknak tanya Zayn" dia mengeluh. Adakah dia perlu meminta bantuan Zayn? Ah terpaksalah!

"Hello, Zayn"

"Hello ha kenapa? Eh bukan orang macam kau ni marah orang ke bila tak beri salam. Ni asal kau tak beri salam?"

Sindir Zayn. Sebelum ni kalau Zayn tak beri salam. Aireel akan marah dia. Seperti

'Kau tak pandai beri salam eh?'

'Tak ada mulut ke nak jawap salam?'

'Kau ni ada mulut tapi beri salam pun payah!'

"Aku dekat tandaslah! Nak beri salam apa?!"

"Ye lah sorry. Manalah aku tahu kau dekat tandas"

"Dah lupakan pasal tu. Aku nak minta tolong kau"

"Tolong apa?"

"Aku lupa aku tak ada baju jadi nak pinjam baju kau kalau adalah. Kalau tak ada kau terpaksa tolong aku belikan baju baru"

"Ada kot. Nanti aku call kau balik kalau ada"

"Okey, jangan lama lama. Kejung aku dekat tandas ni"

"Ye"

Aireel mematikan phone lalu membersihkan bajunya yang terkena muntah. Daripada nanti dia kejung tunggu Zayn datang baik dia bersihkan baju dia.

"Siapa call Ayon?" Soal Zarith pada Zayn. Dia sudah boleh buka mata dengan jelas tanpa rasa mahu muntah. Zarith masih lagi rasa mual tapi tidak seperti tadi. Teruk sangat tu tadi

"Aireel" balasnya tanpa memandang Zarith

"Dia nak apa?" Soal Zarith mahu tahu. Rasa ingin tahu dia melonjak naik pula.

"Dia nak baju" balas Zayn sambil memandang phone. Dia tengah whatsapp Rozan. Dia suruh Rozan cari ada tak baju lebih yang belum pakai di luggage-nya. Ternyata tiada. Dia suruh Rozan tanya yang lain. Masing-masing cakap hanya tinggal satu baju saja untuk balik esok. Takkanlah mereka mahu bogel

"Buat apa?" Dengan polos Zarith bertanya

Zayn mengeluh. "Ayin kan muntah dekat dia. Jadi dia tak ada baju nak tukar" sabar dia menegur adiknya. Entah sejak bila adiknya suka menjaga tepi kain orang. Zarith biasanya akan buat tak tahu je. Pernah sekali sepupu mereka kena rasuk. Zarith siap makan popcorn lagi sambil tengok tv. Mengeleng kepalanya bila ingat balik

"Dah jumpa ke bajunya?" Soal Zarith lagi

"Belum. Ayon dah tanya budak-budak tu pun takda. Ayon terpaksa pergi mall ni untuk cari baju dia" balas Zayn lalu dia memaklumkan dia mahu pergi ke pasaraya sebentar

"Tak payahlah. Dekat bilik Ayin tu ada baju lebih. Ambiklah dekat atas katil kot. Ayin tak pakai lagi. Bajunya warna cream" entah sejak bila dia jadi macam ni. Tiba-tiba rasa kasihan dengan Aireel kena muntah dengannya

"Tapi... muat ke bajunya? Ayin kan kecil. Dia kan besar" Zayn rasa tidak yakin untuk memberi bakal adik iparnya baju adiknya. Hehe 'adik ipar'

"Ayon tahukan Ayin suka pakai baju baggy baggy. Tapi ni hoodie yang labuh sampai lutut Ayin. Mestilah dia muat. Pergilah balik sana. Kejap lagi dah nak ambil hadiah. Panggil diorang yang dekat hotel sekali" setelah memaklumkan dia terus menolak-nolak badan Zayn sambil menghalau

"Ish halau nampak!"

"Memang pun!"

"Mana budak ni? Tadi cakap dah nak sampai" dia mengeluh. Sudah setengah jam dia tersadai di bilik air

Tiba-tiba bilik air yang ada keberadaan Aireel diketuk. "Woi! Ni baju!" Zayn gantung di pintu. Macam mana dia tahu keberadaan Aireel? Kerana tadi dia sudah call Aireel. Bertanya keberadaan Aireel dibilik air mana dan disinilah

"Ye! Thank you!" Sempat dia berterima kasih. Kalau orang yang ada dalam bilik air tu hanya mampu mengelengkan kepala bila dengar diorang menjerit-jerit

Beberapa minit kemudian. Aireel pun keluar dari bilik air

"Nasib ada seluar aku penyelamat kau!" Kata Zayn

Kata-kata Zayn mengundang wajah berkerut Aireel. "Bukan ni pun baju kau ke? Asal seluar je?" Soal Aireel

"Oh tu baju Ayin" selamba je Zayn bercakap

"Ha?! Seriuslah?!" Aireel menjerit. Dia tersenyum gembira. Rasa mahu melompat-lompat saja

Mereka berjalan bersama sambil keluar tandas

Zayn buat muka menyampah. "Alah baju je pun. Kau nak terjerit ni apa hal?" Dia menjeling Aireel

"Gembiralah, weh! Baju ni baju perempuan yang aku cinta!" Ujarnya dengan gembira. Ceria sungguh sifatnya ini yang menarik perhatian orang ramai

"Yalah Aireel. Apa-apa je lah" balas Zayn dengan malas. Matanya menjuling keatas

Acara pengambilan hadiah di teruskan. Zarith kekal dengan tubuhnya. Berdirinya dia tanpa senyuman dan loncatan. Dia rasa amat berat untuk senyum atau meloncat. Mungkin angkara dia pengsan? Dia sendiri tak tahu

Ada cameraman yang mahu mengambila gambar mereka. Rozan yang pegang piala itu terus membawa ke arah Zarith. Yang lain juga ikut kearah Zarith

Zarith dengan wajah keliru. "Aku tak kuatlah..." ujar Zarith dengan lemah. Dia masih rasa tidak bermaya

"Sentuh je... aku dengan Zayn backup" Rozan menyuruh Zarith hanya sekadar sentuh saja. Semua ini angkara kehebatan Zarith dalam bermain

Zayn dan Rozan memegang kiri dan kanan. Zarith hanya sekadar menyentuh bawah sahaja. "Senyumlah sikit, Ayin" gumamnya

Zarith hanya ikut tersenyum. Walaupun hanya nampak terpaksa



"Rith kau okey tak?" Soal Xanda. Dia risau kerana keadaan Zarith selepas pengsan belum sepenuhnya bertenaga. Sekarang ni mereka ada di ruang tamu bilik Dato' Ariq. Untuk berlatih? Bukan, cuma mesyuarat sekejap saja tadi. Sekarang ni siapa nak balik bilik pun sudah boleh. Tetapi, mereka kekalkan posisi itu kerana mahu berbual dan bergurau senda saja

"Hm?" Keningnya terangkat. "Pening sikit je" ibu jari dan jari terlunjuk hampir menyatu. Tanda bertapa sedikitnya

"Dah makan ubat?" Soal Yuyul pula. Dia juga risau dengan keadaan Zarith. Seperti mayat hidup kalau orang tengok. Pucat sangat-sangat

Zarith balas dengan tersenyum senget saja.

"Ha! Tak makanlah tu" celah Fifi selaku pemain simpanan

"Makanlah!" Balasnya keras. Berdenyut denyut terus kepalanya akibat terlalu kuat dia berbicara

"Tipu!" Fifi berkata sambil menjelir lidah. Dia suka cari gaduh dengan Zarith. Zarith saja perempuan penyeri hidupnya. Kerana dia tiada ibu disebabkan dia dibuang keluarga. Jauh sekali dia ada adik perempuan.

"Dah lah kau! Malas aku layan kau!" Sakit pula hati Zarith melayan Fifi. Dia keluar dari bilik itu terus pergi ke luar hotel. Dia mahu pergi ke arah kolam renang sambil tengok pemandangan lagi bagus

"Ayin! Dah makan ubat belum?" Soal Zayn. Ni adiknya ini mahu pergi mana pula?

"Dah!" Zarith merengus. Semua cakap pasal ubat. Lupa ke aku ni tak pandai telan ubat?

Zayn hanya mampu melihat adiknya yang sudah pergi. Dia mengeluh. "Tu mesti tak makan ubat lagi. Aku kena minta tolong seseorang ni. Dia terus mendail nombor tersebut

"Weh tolong aku!"

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkkk

21/12/2024

Edited

31/1/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro