Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 7

"Habis kalau dia demam pun dia game ke? Sebab aku rajin tengok dia live. Seminggu tiga hingga empat kali dia buat live game. Tak pernah pun aku nampak dia sakit" pelik juga dia. Tak pernah-pernah Zarith tinggalkan live lebih seminggu atau seminggu. Sebab tu dia tu selalu live seminggu 3 hingga 4 kali sahaja

"Dia still main. Walaupun dah kena bebel. Kami semua pun risaukan dia. Tapi dia tu tak fikir diri sendiri. Malah tak fikir juga perasaan orang. Dia tu degil. Tak pernah nak dengar cakap. Ish geram aku kalau ingat balik" ujar Zayn dalam nada kegeraman. Mana nak pernah cakap si Zarith ni. Sangat degil dan sangat berbisa mulutnya. Termasuk fake juga. Bukan dia tak tahu perangai penipu Zarith

Setelah itu mereka berbual-berbual sampailah doktor kata sudah boleh melawat. Pengambilan hadiah ditangguhkan untuk dua jam kerana mahu memberi laluan kepada Zarith yang pengsan. Dan kalau lebih dari dua jam mereka akan teruskan saja pengambilan hadiah tanpa Zarith

"Weh aku nak pergi tandas kejaplah" sakit perut pula tiba-tiba

"Okey" balas Aireel tanpa memandang Zayn

"Kau jangan buat apa-apa pula dekat adik aku. Aku tahu kau buat yang bukan-bukan siap kau, aku kerjakan" tajam mata Zayn memandang Aireel yang sedang memandang adiknya tanpa memandangnya

Aireel menggelengkan kepala melihat Zayn keluar dari bilik itu. Zayn seorang yang tak suka nampak yang sebenarnya dia risau. Zayn suka buat tak tahu kalau sesiapa orang yang dia sayang sakit. Tetapi belakang orang tu. Dia siap sediakan ubat dan bermacam cuma dia tak suka nampak dirinya baik. Aireel pun kadang tak faham ada juga orang macam ni.

Perangai Zayn juga overprotective. Ada satu masa tu. Zarith kan seorang yang famous dan ada yang mengintip Zarith sampai apa yang dia buat pun orang tu tahu dan kacau dia dengan menghantar mesej. Zarith selalu cerita dekat Zack. Zayn yang terdegar itu dia terus cari orang tu sampai dapat dan humban dekat penjara. Macam mana Aireel boleh tahu? Sebab Zayn cerita. Zayn kawan rapatnya dari Zayn pindah sekolah rendah

Zarith memengang kepala yang terasa amat pening. Bilik ni terlalu terang, sakit juga kepalanya melihat cahaya. "Aku dekat mana ni? Argh sakitnya!" Soalnya pada diri sendiri dan memicit kepalanya. Bila dia buka mata. Apa yang dia nampak adalah semua benda berpusing. Dia terus bangun kerana rasa loyar melihat sekeliling. Dia terus... termuntah

Aireel perasan tingkah laku Zarith. Dia sedikit risau dengan keadaan kekasih hatinya itu. Dia melihat Zarith memengang kepala. Lalu menjerit. Dia cuba untuk membantu tetapi terbantut apabila dia terkena muntah... Zarith. Dia melihat bajunya yang penuh dengan muntah itu. Tetapi, dia still steady. Alah muntah kesayangan dia kot. "Ayin okey tak? Nak air?" Soalnya lembut

Zarith mendengar suara orang yang sedang bertanya. Kedengaran suara orang itu di tempat dia muntah. Jangan jangan... dia cuba buka mata. "Nak air..." tidak sampai sesaat dia memejamkan mata balik. Itu mungkin Zayn. Dia tidak nampak jelas kerana terlalu pusing.

"Kejap"

Zarith macam kenal akan suara itu. Adakah orang yang selama ni dia tolak cintanya berkali kali? "Kau siapa? Aku peninglah nak tengok sekeliling. Tak larat" soalnya sedikit lemah.

"Nah minum sikit" Aireel menghulurkan air tanpa menjawap soalan itu

Zarith menghirup air tersebut tanpa rasa ragu-ragu. Selepas dia minum. Dia rasa mahu muntah untuk kali kedua. Ini paling teruk dia rasa bila bangun dari pengsan. Zarith menggelengkan kepala tanda dia menahan untuk tidak muntah untuk kali kedua....

Werk...

Aireel hanya pasrah sahaja. Dia tidak marah tapi masih lagi tersenyum. "Ayin nak makan ubat ke nak baring dulu? Untuk elakkan Ayin rasa pening. Ada resiko untuk Ayin pengsan kali yang kedua" dia tersenyum. Walaupun Zarith tidak nampak dia tersenyum kerana mata Zarith tertutup tapi dia tetap mahu senyum memandang kekasih hati belahan jiwanya itu

"Nak baring dululah. Aku tak pandai makan ubat. Tak akan kau tak tahu?" Kalau tak tahu mesti lelaki ni orang luar kan yang jaganya?

"Tahu, Ayin baring dulu. Reel nak ke tandas sekejap" setelah melihat Zarith baring dia keluar dari bilik itu.

Zarith sudah tidak dengar apa lelaki itu cakap kerana terlalu fokus dengan sakit kepalanya

Baru saja Aireel mahu keluar dari bilik itu. Dia terserempak dengan Zayn.

"Kau punya baju kenapa? Kena muntah Ayin ke?" Soal Zayn bersalah. Zarith tak minta maaf ke? Dia melihat Zarith yang baring dengan mata tertutup. Takda rasa bersalah ke apa Zarith ni. Berkerut keningnya memandang Zarith

Aireel menepuk-nepuk bahu Zayn. "Dia tak tahu ni aku sebab bila dia buka mata dia rasa loyar tu. Jangan risaulah aku okey je" dia tersenyum memandang Zarith lalu matanya terkalih ke arah muka Zayn yang berkerut itu. Dia tersenyum pula memandang Zayn.

"Ni aku nak pergi tandas kejap" pamitnya sebelum berlalu dari situ

"Ish Ayin ni! Lelaki sebaik ni pun Ayin masih tak nampak lagi ke effort dia?" Zayn mengeluh... dia mendekati adiknya.

"Ayin... Ayin tahu tak Ayin muntah dekat siapa?" Soal Zayn menahan rasa geram. Giginya diketap

Zarith mahu membuka mata tetapi disebabkan kepalanya yang sakit sangat itu dia terus memejam mata kembali. "Ayin loyarlah Ayon kalau buka mata" tanpa rasa bersalah dia berkata begitu. Dia sebenarnya malas mahu melayan Zayn ni. Tapi... biasalah kena jadi fake. Baru dirinya yang sebenar

"Ayon tak tanya kenapa Ayin tak buka mata. Ayon tanya Ayin, Ayin tahu tak Ayin muntah dekat siapa?" Suaranya di celah gigi sahaja. Dia masih menahan rasa geram

"Ayon lah, kenapa? Tak akan muntah adik sendiri pum geli?" Bidas Zarith selamba seraya menyoal. Matanya masih lagi tertutup

"Ayin tahu tak yang Ayin muntah tu dekat kawan Ayon. Malah dia bukan saja kawan Ayon. Dia juga orang yang suka Ayin lima belas tahun" sebenarnya baru saja 14 tahun. Tapi disebabkan lagi berapa bulan saja mahu masuk tahun baru jadi dikirakan sajalah eh?

Zarith terbangun dari pembaringan dia. Dia terkedu. "Oh no... buat malu keturunankan aku ni!" Marah dirinya sendiri apabila tersedar dari terkedu. "Tapi kenapa dia tak marah pun? Dia diam je. Siap offer Ayin air. Macam tak ada apa berlaku" soalnya pada Zayn

Zayn mengeluh. "Tak akan dia nak marah orang yang dia cinta? Sayang? Suka?" Redup pandangan Zayn memandang Zarith. "Kalau dia marah maknanya dia tak suka, tak sayang dan tak cinta Ayin. Faham?" Adiknya ni masih buta

"Siapa suruh dia diam. Kan dah kena. Cubalah cakap sikit" matanya menjuling keatas

"Tadi Ayin memang dah ingat dia tapi dia kata dia tahu yang Ayin tak pandai telan ubat jadi Ayin dah tak expect dia dah" sambungnya lagi lagi

Zayn mengeluh untuk kali ke berapa entah? Ni semua kerana ego, ego dan ego

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkkk

20/12/2024

Edited

31/1/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro