ZA 6
Zarith bangun dari tidur. Dia menguap. Dia tidak sadar pun tertidur. Yang dia menangis sampai tertidur. Biasa kalau bangun tidur dia mengambil phone untuk melihat mesej-mesej. Dia berharap kalau Danish akan ucap tahniah.
Mamat sewel
Ayin...
Reel minta maaf kalau buat Ayin kecil hati
Reel tahu Ayin tengah menangis sekarang ni
Sorry
"Mamat ni selalu minta maaf atau apa. Danish! You mana? Kenapa tak chat I?" Zarith rasa macam Aireel selalu ada dengannya tetapi Danish tidak langsung ada time dia perlukan seseorang. Zarith mengeluh
"Woi! Dah kenapa bangun-bangun terus marah? Ayin pergi mandi sana! Siap! Semua orang dah tunggu Ayin!" Marah Zayn, tiba-tiba bangun terus marah. Ingatkan ngigau tapi pergi sebut nama jantan yang orang tak suka. Ish serabut!
"Semalam Zareel minta maaf... dia tahu Ayin tengah nangis. Danish tu langsung tak ucap tahniah ke apa ke. Dahlah jauh dari dia" Zarith menangis. Sebelum tidur dia menangis. Bangun tidur pun dia menangis. Apa nak jadilah dia ni
"Ayon dah cakap... degil juga. Tinggalkan jelah jantan tak guna tu. Aireel sentiasa tunggu kau. Kau je nak tergila-gilakan jantan tak guna tu. Haih..." mengeluh Zayn. Setiap kali cakap pasal hubungan adiknya dengan jantan tu. Dia tak ada masa nak tenangkan adiknya atau cakap tentang mereka. Jantan tu memang tak reti nak hargai Zarith. Sibuk juga nak dekat jantan tu. Aireel ada taknak pula. Aireel lagi menghargai adiknya berbanding jantan tu. Haih...
"Tapi Ayin sayang dia..." tak guna dia cakap begitu kerana Zayn sudah keluar dari bilik itu. Dengan itu dia bangun lemah menuju ke tandas untuk mandi
Zarith melihat Dato' Ariq yang menunggu mereka semua. Masih tidak lengkap semuanya. Mungkin tengah beli makanan? Dia laju menuju ke papanya. "Papa..." panggilnya dengan nada sedih. Terus dia memeluk Dato' Ariq sambil menangis.
"Kenapa ni?" Risau dia melihat anaknya tiba-tiba menangis
Zarith tidak jawap dan dia meneruskan tangisannya
Sebangai abang yang baik... dia menjawapkan. "Nangis sebab jantan tu tak wish dekat dia. Ayon dah cakap dah pa dekat dia. Tinggalkan je jantan tu tapi dia taknak dengar. Aireel yang wish semua tu tapi dia nak taknak balas semua tu" bukannya dia tak tahu dengan perangai adiknya. Dan hari tu sempat juga dia meminjam phone Zarith untuk mencari phonenya tetapi dia terbaca mesej dari 'Mamat Sewel' bila dia cek nombor itu. Itu adalah nombor kawan baiknya
"Hei... buat apa nangis sebab lelaki? Ayin pernah dengar tak orang cakap... cinta pertama seorang lelaki itu adalah ibunya dan cinta pertama seorang perempuan itu ayahnya?" Zarith mengangguk dalam pelukan.
"Kalau nak ambil anak lelakinya perlu meminta izin pada ibunya. Kalau nak ambil anak perempuannya perlu meminta izin pada ayahnya. Begitu juga Ayin... kalau Ayin nak khawin dengan lelaki tu tanpa restu ibu dia hilanglah berkat pada rumah tangga nanti. Ayin nak ke rumah tangga Ayin tak bahagia? Kita khawin untuk merapatkan silaturahim, Ayin sayang" tidak semena-mena pula Dato' Ariq memberi ceramah
"Dengar tu Ayin! Jangan nangis sebab jantan tu!" Tegas Zayn berkata. Tidak suka sebenarnya bercakap tentang hubungan Zarith dan jantan kaki club
Zarith hanya mencebik bibir memandang Zayn
Semua sedang bersiap sedia untuk memulakan permainan
"Rith, kau okey tak?" Soal Yuyul risau. Dia nampak muka Zarith sangat pucat
"Hm? Oh okey je. Cuma... biasalah" balasnya lalu tersenyum hambar
"Kalau tak okey takyah mainlah!" Ujar Xanda. Berkerut keningnya. Zarith ni degil orangnya. Keras kepala... ish geram aja! Mereka semua anggap Zarith macam adik mereka sendiri
"Hey... aku okey je lah. Macam tak biasa tengok muka pucat aku ni" bila kurang minum air masak macam ni lah jadinya. Dia mengangkat thumbs up tanda dia okey
"Zayn tengok Rith ni. Tapi dia tak sarapan apa apa ke? Tak minum air masak eh? Tu ada air minumlah. Nanti pengsan kang. Kan nak ambik hadiah" adu Tuyul pada Zayn lalu menghulur air pada Zarith. Zarith menolak tanda dia tidak mahu
"Itu pun kalau menang" balas Zarith sinis. Kalau tak menang kan dia pengsan tak perlu ambil hadiah, kan?
"Jahat mulut kau ni, Rith"
"Kenapa degil sangat ni, Ayin? Minum air sekarang!"
Zarith mengelengkan kepala. Lalu bersuara. "Dah dah duduk tempat masing-masing. Aku pengsan pun korang tak payah risau. Kalau menang tinggalkan aku. Korang ambil hadiah. Kalau kalah yah takda rezekilah. Lagi pun papa dah upah doktor kan? Buat apa nak risau lagi?" balasnya selamba
Victory!
Zarith tidak sangka yang dia boleh push walaupun dengan keadaan pening ni. Setelah dia meletakan phone di atas meja. Yang lain bersorak dia pejam mata sebentar. Pening bila angkat kepala. Dia cuba berdiri sambil tutup mata. Bila dia buka mata berpinar pinar pandangan dia. Tekak dia rasa loyar. Dia cuba tahan guna meja tak berpejam kembali seraya... pengsan
Zayn perhati saja adiknya itu. Dia risau tapi dia tak suka nampak dirinya risau dengan keadaan adiknya. Sedang dia perhati dia nampak Zarith bangun sambil memejam mata. Bila Zarith buka mata. Zayn dapat lihat badan adiknya tidak seimbang. Bila adiknya cuba berpaut pada meja seraya memejam mata. Dia perasan adiknya mahu tumbang. Nasib dia sempat tangkap.
Peminat mula terdiam dan bertanya sambil menjerit dan ada yang rakam. Cumanya dia tak boleh datang dekat. Ada satu peminat saja yang berlari dekat pada Zarith. Iaitu... Aireel
"Zayn! Kau termenung apa lagi! Angkatlah Ayin ni! Dia pengsanlah. Bahaya!" Aireel menjerit dekat depan muka Zayn. Zayn seakan memikirkan sesuatu. Tanpa lengahkan masa. Dia rampas tubuh Zarith dari Zayn dan membawa ke dalam
Keadaan semakin huru-hara
"Doktor tolong cek keadaan dia doktor" pintanya dengan keadaan mulut tergagap-gagap bercakap tangannya menggigil. Dia kalau terlebih risau akan jadi macam ni
"Tuan sila keluar ya"
Aireel keluar dari bilik itu. Dia menggigit bibir. Menahan air mata dari jatuh. Dia takut akan kehilangan Zarith. Buat pertama kalinya Zarith pengsan di hadapan matanya sendiri dan di hadapan peminat-peminat lain
"Sabar Aireel. Dia memang selalu pengsan sebab kurang air dalam badan. Kadang sebab dia jarang minum air masak. Dia tak makan pun dia boleh pengsan. Dia orangnya senang pengsan dan senang dijangkiti. Kalau orang tu demam. Lepas itu dia dekat. Dia akan ikut demam tapi lebih teruk dari orang tu. Orang tu demam dua tiga hari. Dia seminggu dua minggu baru baik. Dia memang jenis antibody lemah. Aku juga tak cakap aku tak risau dengan keadaan adik aku tapi kau tahukan aku. Aku tak suka orang nampak aku ni terlalu risaukan orang" semua di sebabkan ego saja.
Aireel sedikit terkejut dengan apa yang di ceritakan Zayn. Kerap pengsan?
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkk
19/12/2024
Edited
31/1/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro