ZA 51
Baru saja tangan yang memengang kaca itu hampir dileher. Dia mendengar jeritan dari seseorang.
"Ayin sayang... jangan buat macam ni nak" tegur Datin Anida dengan air mata. Langkahnya perlahan-lahan... mencuba mendekati Zarith
"Kau jangan dekat! Kau dekat, aku kelar leher aku!" Amarahnya makin meluas. Zarith sendiri tidak dapat mengawal dirinya. Dia rasa ni bukan dia. Dia hanya dipertontonkan apa yang dia buat sambil terkurung dalam sangkar yang dikelilingi kegelapan
"Stop, Ayin sayang... please jangan buat benda macam tu. Tak elok... berdosa sayang" perlahan-lahan kakinya mula melangkah
"Aku kata apa?! Jangan dekat!" Tangan mula memainkan peranan. Dia mendekatkan kaca pada leher seraya matanya terpejam. Menikmati hidup yang kian akan hilang dari dunia
Zarith tidak merasakan sebarang kesakitan. Apabila buka mata... matanya dihiasi dengan wajah dingin milik Aireel. Mata tajam itu memandangnya. Zarith telan air liur. Kecut perut dia melihat Aireel sebegitu untuk pertama kalinya
"Dah nak mati cepat?" Soal Aireel lembut tetapi penuh sinis.
Melihat tangan Aireel yang sudah berlumuran darah itu, dia terdiam seketika sebelum tersenyum sinis. "Kalau aku cakap ya, kenapa?" Bibirnya tercebik, mengejek Aireel
Mukanya mula berkerut. Ini bukan Zarith yang dia kenal. Walau dalam keadaan marah. Orang tua pun dia tidak akan bahasakan dirinya aku. Tetapi, tadi Zarith berkata pada ibunya dengan gelaran dirinya 'aku'
"Kenapa? Terkejut?" Zarith mula mengilai. Dia baru saja mahu berlari tetapi pinggangnya dipeluk ketat oleh Aireel.
"Yang lain keluar! Aku tahu ada yang mengendap memang aku bunuh sorang-sorang!" Arah Aireel.
Dengan arahan keras itu, mereka berlari seperti lipas kudung
"Kau kenapa? Lepaskan aku!" Tangan Zarith yang memengang kaca itu mula mahu menghala pada dada Aireel
Dengan ketangkasan Aireel. Aireel mula menangkap tangan Zarith dan genggam lergelangan tangan Zarith dengan sekuat hati supaya kaca itu terlepas. "Aku tahu ni bukan dia" bisik Aireel pada telinga Zarith
"Lepaskan akulah!" Zarith meronta ronta ingin dilepaskan. Tetapi, tidak berjaya. Malah, lebih ketat pelukan itu
Aireel membaca surah Al-Fatihah 7 kali, ayat kursi 3 kali, 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah, surah Al-Ikhlas 11 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan surah Al-Nas 3 kali.
Zarith berasa sangat panas. "Sakit Aireel, ni saya... sakit" kepala digeleng supaya Aireel berhenti membaca ayat-ayat yang membuat dia sakit. Tetapi, Aireel hanya teruskan bacaannya. "Sakit Aireel... awak sayang saya kan? Saya sakit... tolong berhenti. Ni saya..." tidak tahan dengan bacaan yang entah apa itu.
"Dia tak panggil aku Aireel" keras nadanya sebelum dia menyambung ayat-ayat suci Al-Quran.
Badan Zarith daripada meronta-ronta itu dengan perlahan makin melemah.
Setelah selesai bacaan. Aireel merasa Zarith seperti semakin berat. Biasanya orang tidak bermaya atau pengsan, graviti pada badannya semakin bertambah
Tangan kirinya mula menyelit pada belakang pelipat kaki Zarith dan tangan kanannya diselitkan belakang leher Zarith
Gaya bridal style!
Dengan perlahan dia membaringkan Zarith dan menarik selimut separuh badan Zarith
Hari ini tiada siapa yang jaga Zarith. Masing masing ada kerja yang tidak boleh elak. Zarith sedih? Tidak... dia lebih suka seorang diri. Walaupun dia seorang diri begini. Nanti sekejap kejap dapat panggilan dari ahli keluarga. Rasa macam rimas bukan?
Dan beradanya Aireel disini adalah untuk menjaga Zarith. Tetapi, dia hanya menjaga dari jarak jauh. Dari CCTV dia melihat segala tingkah laku Zarith. Sebab itulah dia hadir tepat waktu
"Reel bodoh sebab buat Ayin ni" terpejam mata Aireel seketika seraya menyandarkan badan pada kerusi
Datin Anida mengorak langkah mendekati anaknya. "Jom cuci luka dulu. Biar Ayin rehat..." ujar Datin Anida sambil menepuk-nepuk belakang badan anaknya.
Luka Aireel sangat panjang tetapi tidak terlalu dalam. Tetapi, tetap sakit juga
"Tapi, bu... tangan Ayin pun luka. Biar Reel bersihkan luka dia. Barulah ibu cuci luka Reel" sayu saja suaranya. Air mata pula sudah ditubir mata. Kalau dia pejam mata saja sudah seperti hujan pula nanti
"Tak apa... pembantu ibu boleh buat" tegah Datin Anida supaya luka anaknya tidak melarat
"Ibu... please..." rayu Aireel bersama matanya yang berkaca
Datin Anida menghembus nafas berat. Bukannya dia tidak bagi anaknya untuk membersihkan dan membalutkan luka Zarith. Tetapi, dia sebaliknya. Aireel pun luka. Lambat lambat Datin Anida mengangguk
"Aduh!" Desis Zarith. Baru saja menggenggam tangan. Dia merasakan kesakitan.
Dia mencuba melihat tangannya. Huh? Berbalut? Keningnya menyatu untuk mencerna apa yang sedang berlaku
"Awak tak ingat apa-apa?"
Dengan soalan itu, Zarith tersentak seketika sebelum menoleh pemilik suara itu. Huh? Zareel? Kenapa dia ada dekat sini? Argh serabut otak fikir! Bangun-bangun dari tidur saja dia dikejut dengan beberapa hal dan otak menyuruh dia mencerna apa yang terjadi.
Zarith mengelengkan kepala. "Eh- Saya mimpi saya tak dapat kawal diri saya. Saya tonton apa yang saya buat dengan keadaan saya dalam sangkar dan sekeliling saya gelap" tanpa sengaja dia bercerita sampai lupa status yang akan dipengang oleh Aireel tidak lama lagi dan dia juga terlupa tentang perasaan dia terhadap lelaki itu
"Faham" biarlah dia saja yang tahu apa yang terjadi. Eh- termasuk Datin Anida dan beberapa nurse
Bila teringat sesuatu... Aireel langsung menyoal Zarith. "Bila last solat?" Lembut Aireel bertanya
Kening Zarith mula bersatu. "Tiga hari lepas, kenapa?" Soal Zarith kembali. Sibuk nak tanya kenapa?
"Oh, patutlah..."
"Apa? 'Patutlah' apa? Awak jangan cakap saya tak solat okey! Saya ada halangan!" Mata menjeling tajam si Aireel. Nak cakap kita tak solat. Apa benda jelah! Lain kali tanya! Serabutlah otak! Orang sakit ni dahlah emosi tak stabil
Aireel terdiam seketika. "Tak cakap apa-apa pun"
Bila teringat akan status yang dipengang oleh Aireel tidak lama lagi... dia tersentak sebelum menyelimuti seluruh badannya.
"Kenapa?" Soal Aireel yang sedang hairan itu. Peliklah perangai Zarith ni
"Awak balik je lah! Buat apa ada dekat sini! Pergilah cari barang untuk kahwin nanti" berat pula rasa dadanya ini mahu mengungkapkan ayat itu. Tetapi, laju saja mulut berkata bergitu. Apa yang perlu dia buat lagi?
Aireel tersenyum. Comel saja! "Alah, semua dah settle. Tugas saya cuma satu saja... iaitu jaga awak"
"Buat apa?! Baik jaga 'kekasih hati belahan jiwa awak'!" Amarahnya makin membuak-buak
Aireel menahan tawa. Kaulah kekasih belahan jiwa aku! "Pandailah dia jaga diri dia sendiri"
"Saya pun pandai jaga diri sendiri! Awak tak perlu jaga pun!" Penuh emosi dia mengujar.
"Awak tak boleh kalau tak jaga"
"Tak payahlah! Nanti kekasih hati belahan jiwa awak cemburu!" Tindas Zarith lagi
"Dia tak akan jelous"
Malas Zarith mahu melayan baik dia diam sahaja.
"Aip! Nak tidur ke? Sebelum tidur tu baca ayat Kursi supaya syaitan tu tak dekat"
Zarith hanya diam. Dalam diam juga dia mengikut kata-kata Aireel.
"Kalau haus... minum air ni" air tu sudah di-ruqyah-kan.
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkk
2/2/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro