Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 50

Mereka semua berada dihospital. Boleh pula adiknya ini pengsan dengan mata yang sembab

Semasa dia angkat adiknya itu. Badan Zarith sangat panas. Kalah matahari. Seperti orang yang berdiri tengah panas terik tanpa baju. Tetapi, lebih panas dari tu

"Sekarang ni kau puas tengok adik aku macam tu?!" Berang Zayn mengajukan soalan pada Aireel. Tangannya mencengkam kolar baju Aireel

Diam.

"Kau nampakkan mata dia sembab?" Terpejam mata Zayn seketika sebelum melepaskan cengkaman itu dengan kasar. Rambut diserabaikan

Diam. Itu saja yang mampu Aireel buat. "Kalau aku cakap... kita kekalkan, kau marah tak?" Soal Aireel takut-takut

"Reel... sumpahlah?" Berkerut dahinya. Tidak percaya dengan kata-kata Aireel. Adiknya tengah pengsan akibat demam panas yang boleh bawa maut tu. Aireel boleh kata 'kekalkan'?

"Aku minta kau dengan Zack tu je. Tolonglah, Zayn. Kau je kawan aku" dia betul-betul merayu. Matanya memandang lantai. Siapa saja tak sedih bila kekasih hati sakit? Kalau dia boleh tunjuk yang dia nak nangis. Dah lama dah dia tunjuk tapi... nanti Mardhia akan cemburu

"Dahlah balik kau sana! Kau tak penting pun ada dekat sini!" Tangannya menolak kasar badan milik Aireel

Aireel hanya diam tidak berkutik. Kalau dia tidak seimbangkan badan. Sudah lama badannya tersebam pada lantai.

Mardhia cepat-cepat bawa Aireel balik walaupun berat mahu menarik Aireel ni.

Aireel memandang wad kecemasan itu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Maafkan Reel, Ayin...

"Aireel, cepatlah jalan!"

Zayn yang berada disebelah katil Zarith bersama-sama dengan semua ahli keluarga dia. Doktor yang merawat Zarith kali ini adalah Doktor Anida

Sekonyol-konyol air mata Zarith meleleh bersama esakkan kecil kedengaran. Melihat mata Zarith masih tertutup. Bermakna Zarith sedang mengigau

"Zareel... jangan tinggalkan saya..." rayu Zarith

"Shh" Zayn cuba menenangkan. Jarinya lembut mengeka air mata adiknya. Mulut didekat pada telinga Zarith. Selawat serta zikir penenang dibacakan.

Semakin lama semakin perlahan serta hilang suara tangisan itu. Dengan itu dia tahu adiknya itu sedang tidur. Sisa-sisa air mata itu dia mengeka perlahan.

Datin Anida yang lihat itu... sayu saja. Sedih? Gila tidak sedih. Mak mana je tak sedih bila anak sakit? Tengok Datin Zana di sana. Tersedu-sedan dia menangis. Dia sudah menganggap Zarith seperti anak sendiri. Walaupun anaknya sudah bersama perempuan lain



Zarith termenung melihat jendela hospital. Bila orang tegur dia hanya balas dengan diam tidak berkutik

Zayn mengeluh. Sudah masuk 3 hari. Satu suara Zarith pun tidak terpacul dibibir pink itu

"Ayin..." berhari-hari dia cuba bercakap dengan Zarith. Tetapi, adiknya sebaliknya. Hanya diam

Zarith merenung orang orang yang berjalan kaki, yang bawa motor dan kereta. Itu saja yang boleh dia buat. Bila teringat Aireel... entah kenapa bibirnya selalu tersenyum sinis dan hatinya mula berkata...

'Dia benci kau'

'Dia ada orang lain'

'Dia tak sayang kau'

'Semua yang dia kata itu adalah tipu daya dia sendiri'

"Ayin... sampai bila nak jadi macam ni? Meh makan. Janganlah diam je... tak kesian dekat Ayon?" Zayn mencuba memujuk berkali-kali. Tetapi, hasilnya tetap sama. Tidak dilayan langsung.

Air mata mula terjurai. Argh buat apa nak nangis untuk orang yang... dah benci kita. "Tak payah kacau aku" dia mencuba untuk mendinginkan suara tetapi suaranya kedengaran seperti menangis

"Hei," Zayn terus meluru pada adiknya. Kepala Zarith ditarik pada dadanya. "Are you okey? Why?"

Zarith hanya menggeleng pada dada Zayn. Air mata diseka perlahan. Dahinya saja menyembam pada dada abangnya. Air matanya masih boleh diseka

"Taknak cerita dekat Ayon?" Soal Zayn lembut. Dia juga tak mahu paksa Zarith untuk bercerita.

"Taknak"

"Okey"




Hari ini hari ketujuh dia berada di hospital. Bermakna seminggu, bukan? Zarith hanya menghabiskan masa dengan tidur, bangun, solat. Itu saja yang diulang berkali-kali. Makan? Kadang-kadang saja. Kerana dia tidak terlalu berselera.

Kata doktor Anida, kemungkinan esok atau lusa dia boleh balik. Tetapi, Zarith rasa seperti tidak mahu balik kerana majlis Aireel lagi lima hari. Macam mana cara dia untuk naikkan suhu badan dia?

Kalau boleh Zarith mahu mengelak daripada berjumpa dengan Aireel. Barulah... dia dapat lupakan lelaki itu dengan cepat? Betul tak?

Walaupun ada sedikit rasa tidak mahu Aireel berkahwin. Ingat senang ke nak move on? Susah sangat! Kalau orangnya macam Danish tak apalah. Tetapi, ni orangnya baik sangat. Macam mana Zarith mahu melupakan segala kebaikan? Segala kebahagiaan? Segala kegembiraan? Segala ke-sweet-an? Segala act of service? Segala galanya? Macam mana?!

"Cik, sekarang waktu cik makan ubat ya" tegur nurse itu. Pembantu kepada Datin Anida.

Tajam mata Zarith memandang nurse itu sambil menjeling. "Aku taknak makan" dingin dia berkata sebelum berselubung dengan selimut hospital

Mata nurse itu sudah pun menjeling keatas. Kau ingat aku hamak sangat? Nak bagi kau makan ubat ni. Ni pun kalau bukan sebab Datin Anida. Sudah lama kau mati dekat tangan aku. Disebabkan Aireel menyukai Zarith. Perasaan dia pada pesakit depan matanya itu langsung jadi benci.

Selimut diturunkan hingga nampak kedua belah mata sahaja. "Kalau tu kenapa kau tak bunuh aku sekarang?" Soal Zarith seraya berselubung kembali

Nurse itu terdiam seketika sebelum. "Cik, sila makan ubat ni" ujar nurse Lily itu lembut lagi. Fake!

Zarith muka selimut dengan kasar. "Aku kata aku taknak kan? Telinga kau dah berapa lama tak korek? Tak dengar apa yang aku cakap?!" Jerkah Zarith sekuat hati. Mungkin jerkahan Zarith boleh dengar sampai kaunter hospital ini

"Kau ingat, aku nak sangat ke bagi kau ubat ni?! Lebih baik kau matilah daripada kau ada dekat sini! Kalau bukan sebab Doktor Datin, dah lama dah aku biarkan  kau mati macam tu je tanpa bagi kau ubat!" Turun naik dada Lily. Zarith mencabar dia. Sakit pula hati melihat kedegilan tu. Rasa macam nak potong je lidah Zarith tu. Biar cakap tak jelas! Ergh! Menyebalkan!

"Dah tu? Tak payahlah dengar cakap dia. Kau nak sangat aku mati kan? Biarkan aku tanpa bagi ubat!" Tajam mata Zarith menikam mata Lily yang bergetar itu. Nampak saja berani tapi lutut dah tak mampu nak berdiri.

Lily hanya balas tatapan tajam itu dengan matanya bergetar. Kau tak boleh takut dengan dia, Lily.

"Kau nak sangat aku mati kan?" Soalnya seperti orang gila. Tersenyum manis ditunjukkan. Tangan dengan pantas menghempas pasu kaca di meja sebelah katil.

Prang!

Perlahan-lahan dia menuruni katil.

Dengan senyuman jahat Zarith memilih kaca paling tajam. "Mana ya paling tajam?" Soal Zarith seperti psiko.

Nurse-nurse yang lain hanya mampu tengok diluar pintu tanpa menghalang. Mungkin mereka berpakat mahu Zarith mati?

Tersengih Zarith apabila menjumpai yang tajam. Dia berdiri sambil menatap lembut mata Lily sebelum menghalakan pada lehernya.

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkk

1/1/2025

Edited

4/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro