ZA 49
Zarith menghembuskan nafas berat. Sekarang ni lagi 10 minit sudah mahu pukul 2 p.m
Dia tak akan datang... Zarith. Kau tak perlu tunggu. Balik saja.
Zarith terus mendail nombor Harith
"Quewy... ambil aku? Boleh?"
Sedih saja nadanya. Rasa seperti mahu menangis. Perlahan-lahan air mata jatuh. Esaknya itu sebaik mungkin dia menahan supaya Harith tidak dengar
"Sure, kejap lagi aku sampai. Dalam 10 minit aku sampai"
Panggilan pun dimatikan.
Air mata diseka dengan kasar. Baru saja Zarith mahu bangun dengan tongkatnya itu. Tindakannya terhenti apabila mendengar suara orang yang sangat dia kenali
"Zarith?" Tegur jejaka tampan itu.
Zarith terdiam seketika sebelum kepalanya menoleh. "Za- Zareel?"
"Yes, baby girl? Dah nak balik ke? Sorry sebab lambat. Tadi Dhia sibuk nak ikut" dia cuba untuk menerangkan kenapa dia lambat. Bukan lambat satu minit tapi satu jam
"Oh..." jeda sebelum. "Apa salah saya sampai awak cari orang lain? Saya dah selesa dengan awak. Saya mula terima awak. Saya mula cintakan awak tapi... awak buatkan saya lagi takut untuk jatuh cinta" berkaca-kaca mata Zarith menyoal dan meluah apa yang terbuku dalam hati selama ni.
Aireel terdiam seketika. Matanya merenung dalam anak mata Zarith. "Salah awak?" Aireel menyoal kembali. Keningnya terjungkit sedikit
"Yap, sampai awak cari lain?" Zarith mahu kepastian saja.
"Awak ingat kata-kata awak sebelum kita sampai kereta. Masa tu awak baru lepas jumpa Danish?" Aireel tersenyum sinis sebelum menyambung kata-katanya lagi.
Zarith mengangguk dan mencuba untuk mengingat kembali. Tiada tanda-tanda dia mahu menyampuk sekali pun
"Awak cakap dekat Danish yang kita akan kahwin tak lama lagi? Lepas tu, saya tanya awak, betul ke apa yang awak cakap sebab saya ni terlampau excited dengar awak cakap nak kahwin dengan saya dan bila saya tanya... awak cakap 'tak'" Aireel menelan air liurnya kerana tekak berasa kering bercakap tanpa henti.
Zarith tenung Aireel dengan air mata ditubir. Sikit lagi saja... air mata mahu jatuh
"Saya terdiam... dan saya tanya lagi. 'Kenapa awak cakap macam tu?' Awak cakap... 'kalau saya kata, saya cuma gunakan awak?' Awak ingat hati saya ni sekuat apa? Awak jangan cakap yang awak cuma nak uji saja. Dan penyebab uji kaji awak tu... saya jadi macam ni. Saya cari orang lain. Atau lebih tepat saya cari orang yang cintakan saya. Bukan abaikan saya" Aireel tidak kalah. Dia juga menangis sambil bercerita. Sakit. Itu yang Aireel rasakan. Semua ayat yang dia kata itu seumpama saja. Kalau betul-betul dia akan sebut nama 'Ayin'
Sesak dadanya... air mata juga sudah jatuh dipipinya. Tangan mencengkam seluar sendiri. Bukan sekual saja tercengkam. Tetapi, dengan kulit-kulit sekali dia cengkam. Sakit dikaki? Tidak, sakit lagi dihati
Aireel mengeka kasar air matanya. Dia mengeluarkan sesuatu dari begnya. "Ni... jangan lupa datang. Saya dah jemput seluruh keluarga awak. Cuma awak saja belum"
Zarith melihat apa yang dihulur. Zarith menggigit bibir menahan air mata dari jatuh lagi. Menggigil gigil tangannya memengang kad tersebut. Itu... kad jemputan kahwin
Aireel Zareel
&
Aina Mardhia
Makin sesak dadanya.
"Saya gerak dulu. Nanti Dhia cari saya" pinta Aireel sebelum berlalu pergi
Terlepas jua esakan yang ditahan dari tadi. "Sabar Zarith. Dia bukan milik kau. Kau pun dah tak boleh buat apa-apa" Zarith menghembuskan nafas secara perlahan-lahan
Quewy hensem🤮
Cepat-cepat Zarith menyeka air mata dan mengatur nafas supaya tidak terdengar seperti baru lepas menangis.
"Aku on the way nak keluar"
Selepas mengatakan itu dia langsung mematikan panggilan tersebut tanpa mendengar balasan Harith
Zarith merenung kad itu sedalam-dalamnya. Dengan sekelip mata... kertas itu sudah terkoyak. Perlahan-lahan dia bangun dan membayar. Selepas saja selesai membayar dia terus membuat kad yang sudah tidak berupa kad itu kedalam tong sampah
"Disebabkan kau... aku hilang Zarith!" Danish menunjal-nunjal kepala Datin Danisha.
Datin Danisha memandang tajam anak tunggalnya itu. Makin biadap. Biadap pula angkara Zarith. Makin membukitlah rasa bencinya terhadap Zarith
"Nish juga bersetuju nak kahwin dengan Rena. Kenapa nak marah mummy? Selama ni boleh je Nish batalkan saja" marah Datin Danisha tanpa rasa takut pada anaknya yang biadap itu
Danish terus menyepak kerusi plastik itu. Salah dia juga... tapi dia cintakan isterinya. Tahulah lelaki sepertinya ini tak akan cukup satu wanita. Dia cintakan Rena tapi dia mahukan Zarith
Zarith merenung hujan diluar jendela. Entah kenapa hatinya merasa sebak. Mungkin mengingatkan kejadian tadi? Dia sendiri tidak tahu
Jari mula membuka phone. Terdetik hatinya mahu melihat perkembangan Aireel. Walau hanya sekadar dalam phone...
Post pertama adalah gambar sunset
Aireel_Zareel I wish, I will be happy without you.
Post kedua adalah... gambar ombak pantai
Aireel_Zareel orang setia tak akan datang untuk kedua kalinya. Tetapi, orang setia akan mencuba berkali-kali sebelum dia betul-betul pergi dari hidup kau
Dan post terakhir.... adalah seperti gambarnya diambil dari belakang. Tidak terlalu jelas dan tidak terlalu kabur gambar itu. Cukup orang tidak tahu, sudahlah.
Aireel_Zareel jika cintamu sedalam lautan, maka ikhlasmu juga sedalam samudra
Phone-nya jatuh ke peha. Zarith meraung dalam kehujanan itu. Dia pasti tiada siapa yang akan dengar. Dia mencengkam rambutnya sekuat yang boleh.
Zarith terus jatuh meringkuk. Phonenya jatuh kemana pun dia tidak mahu tahu. Dia terus memeluk lututnya sambil membaringkan diri.
Air mata yang menyentuh lantai itu. Dia abaikan. Sakitnya
Zayn sudah mengetuk bilik adiknya berkali-kali tetapi tiada satu sahutan pun. Kali ni dia datang dengan membawa kunci pendua
"Apa yang kau buatlah sampai taknak buka pintu. Nasiblah ada kunci pendua" kepalanya menggeleng sambil bercakap sendiri. Adiknya ini kadang suka buat kerja gila. Kau tahu haritu dia pergi bagi kucing kesayangan aku gula-gula. Itupun angkara Zayn selalu abaikan dia. Dia ingat Zayn ini boyfriend dia ke apa?
Buka saja pintu. Matanya dihiasi oleh kamar aesthetic milik adiknya. Cantik bertemakan kayu dan helokitty. Budak tu nampak saja macam bro,bro tapi dalam hatinya ada taman
"Ayin?" Dia cuba melaung nama adiknya. Tetapi, tiada sahutan. Zarith ni sebenarnya buat apa? Lagi tadi tidak ada sebarang sahutan
Melihat pintu sliding balkoni itu terbuka dan lampu juga terbuka. Langsir yang ditiupi angin itu menampakkan keterangan di-balkoni
Dia menuju kearah yang mahu dituju. Pelik dia tidak melihat sebarang orang pun dikerusi. Eh? Kaki? Kaki siapa ni? Dia mencuba melihat siapa gerangan itu.
"Ayin!"
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkk
31/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro