ZA 48
"Ayon dengan Daisy nak pergi bayar dulu. Ayin kalau nak masuk kereta, masuklah dulu" ujar Zayn lalu menarik tangan isterinya untuk ikut pergi membayar
"Eh, Zayn! Tunggu aku! You tunggu dekat depan tau? Kejap lagi kita masuk kereta sama-sama" Mendapat anggukkan dari Mardhia. Dia langsung mengejar langkah Zayn
Dengan perlahan-lahan Zarith berjalan dengan tongkatnya kearah kereta. Tetapi, belum sampai luar cafe lagi. Dia dibantu oleh Mardhia. Mardhia memimpinya sampai keluar dari cafe. Kening Zarith mula menyatu. Hairan, hairan juga tapi dia tetap juga mengabaikan
Riaksi Mardhia seperti orang sedang menahan marah tetapi tersembunyi sedikit kerisauan. Zarith tidak mahu ambil pusing. Yah, dia abaikan saja perasaan itu
"You kan perempuan yang selalu si Aireel kejar?" Soal Mardhia dengan sinis. Pegangan tangan dia juga makin longgar. Mahu melepaskan Zarith secara perlahan
Zarith mati kata. Matanya merenung mata Mardhia dengan redup. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Yang Mardhia cakap itu... semuanya kenyataan.
"I tengok..." mata Mardhia memandang Zarith atas bawah. "Tak adalah cantik mana. I lagi cantik" dia mengangkat bakul sendiri. Sambil bibir mencebik, mengejek
Zarith hanya kekalkan muka beku dan merenung redup. Diam tak terkecuali. Dia tak suka untuk marah lagi. Kalau boleh sabar... dia cuba untuk sabar.
"I orang yang kejar dia. I sanggup tebalkan muka untuk kejar dia selama lima tahun ni. Dia langsung tak layan. Padahal I lebih cantik dari you" mengguling keatas matanya. Tak tahulah kenapa Aireel mahu mengejar perempuan yang tak layan dia sampai lima belas tahun tau? Bukan lima belas hari. Dia yang depan mata... yang sudah jelas cantik lagi menawan. Aireel langsung tak pandang dia. Tapi sekarang dia sudah happy... kerana Aireel sudah jadi miliknya
Zarith tertawa menjengkilkan. "Perigi mencari timba?" Sindir Zarith sambil mencebik, menganjing. Mengaju perbuatan Mardhia
"I tak kisah. Asalkan I dapat Aireel dan you mesti menyesalkan?" Masih mencuba memprovok Zarith
"No! Saya bukan orang yang macam tu" mata menjeling Mardhia. Sudah menyampah.
Kalau benda tu memang 'bukan'... Zarith orangnya kalau jawap, Zarith tak bentak itu adalah benda betul. Tetapi, Zarith sekarang ni telah membentak serta membalas kata-kata Mardhia. Mardhia tersenyum sinis. Menutup tawanya. "Oh really? Kalau macam tu... I want to say thank you disebabkan you, dia kembali pada I"
Zarith menayang wajah menyampah. "No thanks. Saya pun tak hamak si Zareel tu" matanya terpejam seketika. Mulut cakap lain. Hati cakap lain. Matanya kembali tercelik. Memandang Mardhia dengan tajam
"Berlagak, entah apa yang ada pada you sampai Aireel tertarik" sempat Mardhia mengujar sebelum
"Eh, Ayin? Kenapa tak masuk kereta lagi? Penat tahu tak berdiri lama?" Kereta tu tak adalah jauh mana. Dari tempat mereka tu cuma ada dua kereta asing dan barulah jumpa kereta Zayn
"Saja je nak borak sikit dengan Dhia"
Mulut Zayn membentuk bulat. Tanda 'O'
"Kami gerak dululah ya? Jom sayang" pinta Aireel sebelum menarik tangan Mardhia untuk ke kereta
Zarith menggigit bibir sambil memandang permegian Aireel bersama Mardhia. Dengan aksi sweet bertepuk tampar. Senyum seolah-olah bumi ni milik mereka.
"Ayin? Jom?" Ajak Daisy sambil memimpin Zarith
Zarith memandang kakak iparnya seraya tersenyum. Kepala dijatuhkan berkali kali
Hidup Zarith sangat kosong tanpa... tanpa orang yang selalu mengacaunya. Atau lebih tepat.... Aireel?
Zarith menghembuskan nafas berat. Melihat jam sudah masuk waktu isyak. Tanpa aba-aba dia langsung mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak.
Setelah selesai meminta ampun, mempermudahkan urusan dan banyak lagi... dia langsung bangun dan menggantung sejadah dan telekung
Zarith duduk dihujung katil sambil termenung sebelum tangannya mencapai phone. Terdetik mahu membuka segala whatsapp dari Aireel.
Zarith mencuba untuk menahan air mata daripada jatuh. Dia melihat ada satu voice dari Aireel. Dia mencuba untuk mendengar sambil memejam mata. Menghayati
"Pergilah bersama dia... tapi, bila dia sakitkan Ayin dan buat Ayin nangis. Reel akan tetap ada disini untuk membunuh dia... eh- sebagai orang yang selalu siap untuk mengusap air mata Ayin dan menyembuhkan Ayin kembali. Percayalah... sampai bila-bila pun, bila Ayin call Reel. Reel akan jawap dengan senang hati. Dan tidak lupa... bila dunia jahat pada Ayin. Ingat, masih ada Reel yang selalu ada untuk Ayin dan jangan pernah anggap yang Reel dah kupakan Ayin. Semangat kesayangan Reel!"
Setitik demi setitik air matanya jatuh ke pipi seperti hujan.
"Zareel... kenapa sekarang awak dah berubah. Awak kata awak akan ada selalu dengan saya. Tapi sekarang... saya lost. Tapi awak... awak tak ada dengan saya" sesak dada Zarith sekarang ni.
"Calm down, Zarith. Breath in, breath out" Zarith mencuba untuk menenangkan diri
Entah apa yang merasuki Zarith. Dia terus mendail nombor Aireel
Tidak lama kemudian. Panggilannya diangkat oleh orang diseberang sana
"Za- Zareel"
Sesak dadanya. Makin susah untuk dia bernafas
"Yes, love? Why? Are you okey?"
Soalan dari Aireel berbaur kerisauan tetapi Zarith tak mahu berfikir lagi
"Ya- yeah i'm o- okey. Kita ju- jumpa esok boleh?"
Dia nak sangat Aireel bersetuju
"Sure"
"But just the two of us. Pukul satu tengah hari"
Zarith tidak mahu Mardhia ikut sekali. Nanti rancangan dia tidak akan berjaya
"Okey... saya juga nak bagitahu awak sesuatu tapi... jumpa esok"
"You, siapa tu?"
Panggilan terus mati apabila mendengar suara perempuan. Siapa lagi bukan Mardhia. Baru saja Zarith mahu membalas tetapi dia hanya dapat mengemam bibir saja
Tepat pukul 1.00 p.m. Zarith sudah terpacak di sweet cafe. Tidak lupa... dia dihantar oleh Harith sebab kedua abangnya busy. Dia hanya minta Harith tunggu dalam kereta saja
Setelah beberapa minit dia menunggu. Tetapi, bayang Aireel pun belum muncul. Melihat jam... 1:15 p.m.
Kau masih boleh bersabar Zarith... jangan marah. Kalau tak rosak rancangan kau.
Zarith sudah mengeluh... sekarang sudah masuk setengah jam tau dia menunggu. Tapi... kelibat Aireel pun tidak nampak. Kasihan Harith yang menunggu diluar
Phonenya berbunyi secara tiba tiba
Melihat nama itu... Zarith mengeluh entah kali keberapa
Quewy hensem🤮
Abaikan saja nama itu. Harith sendiri yang save. Tetapi, Zarith yang tambah emoji itu. Hehe
"Hello Aireen... kau masih lama lagi ke? Dah setengah jam aku tunggu ni. Mahu kejung kejap lagi"
Zarith mengeluh. Badannya disandarkan pada sofa yang berada dicafe itu. Mata terpejam seketika sebelum tercelik kembali
"Kau pergilah jalan dulu? Nanti dah settle aku call kau? Boleh?"
Berhati-hati dia meminta izin. Takut Harith marah...
"Sure, my cousin. Jangan lama-lama sangat. Kalau dia tak datang dalam masa dua jam. Kau tinggalkan aja"
"Tak, aku yakin dia datang"
"Okeylah, bye Aireen..."
"Thank you, Quewy. You are the best cousin in my life!"
Tersenyum Harith disebalik phone sebelum Zarith mematikan panggilan
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkk
30/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro