ZA 47
"Ayin ni orang yang butakan?" Bibirnya tersebik-sebik
Sekarang ni Lauren dan Daisy duduk disebelah Zarith sambil mengusap-ngusap badan Zarith. Mereka faham dengan situasi Zarith.
Zack dan Zayn pula melutut dihadapan Zarith.
"Baru tahu ke? Ayon fikir sejak Ayin dah berubah ni... dah tak buta tentang tu. Tapi... rupanya baru sedar" ha! Padan muka! Zayn suka membakar-bakar Zarith ni. Baran Zarith juga sudah hilang... tapi tidak sepenuhnya.
Dia juga mahu adiknya sedar akan kehadiran Aireel. Kasihan kawannya itu. Tetapi, sekarang sudah tidak kasihan kerana Aireel sudah ada kekasih baru
Tajam mata Zack memandang satu satunya adik lelakinya. Geram! "Ayin cuba cerita dekat Ayel, apa jadi sebenarnya? Ayel tak faham..." pujuk Zack lembut
"Betulkan cakap orang? Kita tak akan hargai orang selagi orang tu ada dengan kita, sentiasa dengan kita. Kita tak akan tahu rasanya nak hargai. Bila orang dah pergi... baru tahu nak meraung, menangis tak tentu pasal sebab tak sempat hargai. Menyesal? Sangat-sangat" Zarith tersenyum pahit
Zayn tersenyum senget
"Ayin cakap apa ni? Ayel tak faham" Zack sudah mencuba memahami maksud disebalik kata-kata adiknya itu. Tetapi, tetap sama. Tetap tak faham juga
"Ayin sebenarnya... dah terlambat untuk hargai seseorang" maklum Zarith sambil bermain dengan kuku sendiri. Mahu menangis? Ya, rasa terlalu sebak.
Makin berkerut kening Zack. "Siapa?"
Zayn menyorokkan senyumannya. "Aireel?" Bibir dikemam. Keningnya pula memainkan peranan. Terjongkit ketika bertanya
Zarith memandang Zayn dengan pandangan redup. Lambat-lambat kepalanya mengangguk
Zayn mula dekatkan diri dengan Zarith. "Ayin tahu? Dia dah ada girlfriend?" Sengaja menambahkan-nambahkan lagi. Macam tidak tahu dengan perangai dia yang suka bergurau kasar dan kenakan orang.
"Aaaa Ayon!" Makin kuat dia menangis. Zayn mengingatkan dia tentang status lelaki tu
"Abang!" Membesar mata Daisy. Tangan pula ligat menampar lembut tangan suaminya. Jahat mulut tu
"Ala bunga, abang gurau je" bibirnya mencebik sambil mengusap-ngusap lengannya yang ditampar itu
Makin galak dia menangis. Kalau tadi dapat tahan sekarang tidak boleh lagi
"Ayin..." Zayn mencuba memujuk tetapi tidak berjaya. Kuat sekali adiknya meraung. "Zarith Aireen!" Dikuatkan suaranya serta ketegasan dalam suara
Tersedu-sedan dia menghentikan tangisan yang kuat tadi. Mata hanya merenung lantai.
"Ayon cakap ni... Ayin pandang Ayon" lembut dia menegur. Cuba untuk bersabar dengan sikap degil adiknya. Baran hilang tapi keras kepalanya pula meningkat. Huuu
Perlahan-lahan Zarith mengangkat kepalanya. Matanya terkebil-kebil supaya air mata tidak keluar lagi
"Jangan ulangi sikap yang tak suka hargai orang tu. Ayon nasihat hargai orang yang depan mata dulu. Past is past. Don't expect him to come back too much. look forward and continue living moment by moment without looking back. If he really is your soulmate... he will come by himself without being told"
Panjang lebar pula dia berfalsafah. Sekali sekala dia tersenyum. "Tapi, Ayin cuba je lah rampas Aireel tu dari girlfriend dia. Diorang pun belum tentu kahwin" bahu diangkat serta bibir dicebik
"Ayon ni gila ke?" Marah Zack. Keningnya mula menyatu.
Lauren menyembunyikan senyuman. Tu marah ke pujuk? Lembut betul!
"Ayon tak gila. Tapi... kita belum cuba belum tahu kan?" Keningnya dijongkitkan berkali-kali sambil memandang Zack
Zarith dia termanggu sebelum... "Betul, belum cuba, belum tahu" mata bulatnya memandang kedua abangnya dengan polos
Zack tepuk dahi. Aduh....
"Kita singgah sweet cafe nak?" Soal Zayn pada Zarith. Dia dan Daisy hari ini ditugaskan untuk membawa Zarith ke physiotherapy.
Zarith menggumam, bersetuju
Setelah sampai, mereka meng-order. Sempat mereka berbual kosong sebelum kedatangan makanan yang dipesan
Zarith menikmati kek favouritenya. Kek red velvet! Dia mengukir senyuman manis. Sedapnya! Mati senyumannya apabila mata tertancap pada seorang lelaki yang dikenali dan seorang perempuan yang tidak dikenali.
"Aireel!" Sapa Zayn sambil mengangkat tangan. Mengalu-ngalukan kedatangan Aireel
Aireel tersenyum. Tangan kekasihnya yang dipaut pada lengan itu dipengang. "Eh bro! Lama tak jumpa"
"Eleh... kau yang busy sangat! Kalah raja!" Matanya menjeling manja sosok Aireel
Zarith diam tidak berkutik. Matanya merenung pegangan tangan itu. Seketika saja mulut ini mengeluh.
Sesaat keempat-empat pasang mata terus menoleh memandang Zarith.
"Kenapa?" Laju saja mulut Aireel menanyakan
Kening yang lain pun sudah terjongkit
"Ha?" Blur seketika sebelum... "Oh, taklah penat mengunyah" padahal tengah merenungi nasib.
"Oh you ke yang semalam call boyfriend I?" Soal wanita itu dengan sinis
Tidak sempat Zarith menjawap lantas Aireel mencantas percakapannya
"Zarith ada call I ke? Kenapa you tak bagitahu I?" Soal Aireel sambil memandang cinta hatinya itu.
Dum!
Bagai petir yang menyentuh hatinya. Zarith? Panggilan juga ditukar. Apa betul Aireel sudah move on?
"Dah you mandi lama sangat. I pun bukannya ingat. You tahukan I ni pelupa orangnya?" Nak salahkan kita pula. Dia yang mandi lama sangat. Kita ni dahlah jenis pelupa
"Oh Zarith, awak ada apa call saya?" Soal Aireel. Daripada memandang girlfriendnya. Dia langsung bertukar pandangan memandang Zarith pula
Dum!
Bagai petir yang kedua pula menyentak Zarith. Saya? Awak? Mana, Reel? Mana, Ayin? "Tak ada apa-apa. Sorrylah kalau ganggu masa tu" dia tersenyum kelat. Cuba untuk menyembunyikan sedihnya.
Sedih melihat Aireel memengang perempuan lain tanpa tahu ada batas. Aireel yang dia kenal sudah berubah. Dulu Aireel mahu menyentuh dia pun time terdesak saja
"Kau dalam diam dah ada girlfriend baru. Lepas tu taknak bagitahu aku pula tu. Aku hanya tahu dari status kau je" mata menjeling Aireel. Dia sengaja menukar topic supaya adiknya tidak terlalu menyelam dalam perasaan yang bercampur baur itu
Aireel tersengih seraya mengusap lehernya. "Aku kalau boleh nak heboh tapi... dia sendiri nak privacy. Aku hormatlah apa lagi"
Time Zarith tak ada pula Aireel begitu. Nak juga beritahu satu dunia.
"Nama dia siapa? Cubalah kenalkan dekat kami. Mana tahu boleh jadi kawan?" Daisy bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri
"Eh lupa pula. Ni girlfriend aku, Aina Mardhia and you, ni Zarith Aireen, Daisy Amanda dan Zayn Aaron" dia menunjuk Zarith, Daisy dan Zayn apabila menyebut nama masing-masing. Terlalu excited terjumpa Zayn terus lupa memperkenalkan diri.
Zarith mengangguk lalu tersenyum memandang Mardhia. Fake like always
Zarith mencuba menyembunyikan seribu satu kesedihan yang melandanya.
"Macam mana hidup kau sejak kehadiran kekasih hati kau? Bila nak kahwin?" Soal Zayn. Banyak mulut betul dia mahu menyibuk hal Aireel
"Gembira daripada sebelum ni! Kalau kahwin... kami bincang nak buat bulan depan tapi aku nak cepat sikit. Mungkin lagi dua minggu. Nanti apa apa aku inform dekat kau lah" Aireel membalas tanpa tahu ada yang rasa sakit hati
Gembira dari sebelum ni? Zarith tersenyum mengejek pada diri sendiri. Dia dah nak kahwin dah pun... lupakan sajalah Zarith... Zarith mencuba memujuk dirinya
"Eee gelojohnya kau..."
"Alah kau lagilah gelojoh"
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkk
29/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro