ZA 46
Dari tadi Aireel hanya diam dengan wajah bekunya. Zarith pelik... kenapa Aireel bertindak menjadi sebegitu?
"Aireel" tegur Zarith takut-takut
"Hm?"
Itu je balasan dia? Hm? What? Rasa mahu marah saja. Tetapi, Zarith tidak boleh mengkeruhkan keadaan. "Awak okey?"
"Hm"
Bermakna Zarith perlu mendiamkan diri saja. Tidak mahu berlebihan menyakan. Mungkin baru lepas putus cinta? Mungkin...
Beberapa minit perjalanan akhirnya mereka berdua tiba di rumah juga. Aireel terus keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa.
Terkial,kial Zarith mahu keluar. Baru saja mahu membuka pintu. Pintu itu dibuka oleh orang yang berada di luar. Iaitu... Aireel. Tiada secalit senyuman manis seperti biasa. Sedih? Entahlah...
"Pengang tangan ni" Aireel menghulurkan lengannya yang berlapik.
Sejuk saja yang Zarith rasakan. Dingin betul aura Aireel sekarang ni. Tanpa melengahkan masa. Zarith terus berpaut pada lengan Aireel. Kakinya menggigil-gigil. Tidak kuat! Hampir saja mahu jatuh. Pinggangnya dipeluk oleh seseorang. Ternyata... Aireel lagi.
"Be careful"
"Sorry"
Sampai di ruang tamu. Zarith melabuhkan punggungnya di sofa yang empuk
"Tunggu sini" ujar Aireel tanpa menoleh Zarith. Dia terus berlalu keluar untuk mengambil tongkat dan kerusi roda milik Zarith.
Terpinga-pinga dia mendengar arahan dari Aireel. Keningnya digaru. Aku ada buat salah apa? Rasanya macam tak ada yang salah pun
"Makcik... Reel nak minta izin letak kerusi roda Ayin dekat bilik boleh?" Pintanya dengan lembut bersama senyuman.
"Boleh, boleh. Pergilah" Datin Zana membalas senyuman itu kembali.
Aireel pun mula memanjat anak tangga. Setelah sampai dia meletakkan karusi roda pada tempat yang asal. Baru saja mahu keluar dia melihat ada... gambar Zarith bersama sepupunya iaitu, Danish. Makin sakit yang Aireel rasakan. Mata dia terpejam seketika. Menahan air mata. Kau kuatkanlah aku Ya Allah.
Kedua-dua tongkat diberikan pada Zarith. Sebelum beredar mencari Datin Zana. Setelah melihat kelibat Datin Zana dia langsung menanyakan soalan. "Makcik, pakcik mana?"
"Dekat pejabat lagi kot. Katanya nak jumpa Ayel" balas Datin Zana sambil mengingatkan kembali kemana Dato' Ariq pergi
Terangguk-angguk kepala Aireel memahami itu. "Oh, Reel balik dulu tau makcik" dia meminta diri untuk pulang
"Oh okeylah, baik-baik"
Aireel tersenyum untuk membalas balasan Datin Zana
Jatuh kebawah rahangnya. Zarith ditinggalkan begitu tanpa berpamitan? Seriously? Aireel tinggalkan dia macam tu je? Eh- kenapa aku nak nangis ni? Berkaca-kaca matanya. Cepat-cepat dia mengedipkan mata berkali-kali untuk menghilangkan air mata yang bertakung
Di dalam kereta, Aireel memecut laju kereta itu. Air mata sudah seperti hujan. Phonenya berbunyi seperti ada orang membuat panggilan
Melihat nama yang tertera dia langsung menjawap panggilan itu
Aina mardhia💋
"Hei, lama tak dengar khabar. How are you?"
"Better, I guess"
"Why? Kenapa suara macam sedih sangat ni?"
"I think, I ready... to move on"
Masuk hari ini sudah seminggu Zarith tidak berjumpa dengan Aireel. Rindu? Hell no! Tak akan terjadi
"Bosannya... tak akan nak ajak Zareel jalan" terpaksa jugalah dia ajak. Kalau tak bosan hidup begini. Buka saja whatsapp melihat Aireel tengah online. Cepat sajalah dia akan keluar sebentar lagi. Eee tak sabarnya!
Zareel
Jalan jom
Zarith menunggu sudah lima minit dan akhirnya Aireel hanya bluetick tanpa membalas. Last seen juga baru seminit yang lalu.
"Busy kot, cuba call sekejap. Mana tahu dia angkat?" Kalau tak cuba, tak akan tahu
Mamat sewel
Setelah beberapa beberapa kali membuat panggilan. Akhirnya panggilan itu diangkat juga tetapi...
"Hei, siapa ni?"
Terdiam Zarith seketika mendengar suara lunak milik seorang perempuan yang tidak dikenali
"Saya nak jumpa Zareel. Zareel ada?"
Suara Zarith mula menggeletar. Takut... kenapa... Aireel sudah ada perempuan lain ke? Aireel sudah fed up dengan Zarith ke?
"Oh, Aireel? Dia tengah mandi. You kenapa call boyfriend I berkali kali?"
Dum!
Bagai guruh yang menyentak dia dialam reality.
"O- oh, sorry"
Dengan pantas panggilan itu dimatikan oleh Zarith. Dadanya berasa sesak. "Bertenang Zarith... dia bukan siapa-siapanya kau. Buat apa kau nak sedih" walaupun dia berkata macam tu tetapi, air mata tetap laju jatuh.
Sejak tahu Aireel ada kekasih lain. Zarith terkurung tak tentu pasal. Kecewa? Mungkin...
Selama ni dia tak sadar yang dia betul betul cintakan Aireel. Dia selalu abaikan sebab takut benda yang sama akan terjadi... dan-dan benda yang sama jadi tanpa dia ada hubungan dengan orang yang dia cinta.
Betullah kata orang...
Selagi orang tu ada dengan kita, sentiasa dengan kita. Kita tak akan tahu rasanya nak hargai. Bila orang dah pergi... baru tahu nak meraung, menangis tak tentu pasal sebab tak sempat hargai
Dan itulah yang terjadi pada dia. Nak pergi merayu untuk Aireel kembali pada dia? Kalau merayu pun Aireel tak akan kembali.
"Aku cintakan kau... tapi aku cuma... takut. Kehilangan kau membuatkan aku lebih takut untuk ada dalam hubungan" ujarnya sambil termenung. Terdiam seketika sebelum ruang bilik itu dipenuhi esakkan dari Zarith.
Daripada duduk merenung dinding langsung terbaring dia menangis menatap siling.
Ketukan pintu menyentak Zarith yang berada dalam dunia sendiri itu.
"Baby... are you okey?" Soal jejaka yang berada diluar
"Ayin... bukalah pintu. Kami punyalah risaukan kau tau. Kau tak makan dah nak dekat seminggu dah ni. Bukalah pintu" kata jejaka lain pula. Nak pujuk elok-elok? Tak adanya! Zayn bukan orang yang macam tu. Dia orang yang tak tahu erti sabar.
Zack menepuk mulut Zayn. "Jahat mulut ni! Kalau dia terasa macam mana?!" Keras saja nada bisikan dari Zack
"Aku tak suruh korang datang pun!" Jerit Zarith dari dalam. Kalau tak sudi tak payahlah datang. Aku bukannya nak tarik perhatian. Aku sendiri lebih suka bersendirian daripada beramaian untuk memujuk aku.
"Ha, tengok... dia bahasakan, aku tau" marah Zack sambil menjegilkan mata.
Kalau Lauren nampak Zack marah sebegini. Mesti dia akn cakap. 'Ni marah ke pujuk? Lembut betul!'
Zayn hanya mampu menggaru kening saja. Salah ke? Orang yang tak faham erti sabar ni bukannya dia dapat berfikir dengan baik
"Ayin... bukalah pintu ni" pujuk Zack dengan lembut... kalau perempuan lain tentu cair. CEO ternama ni boss! Senggol dong!
Klak
Mereka berdua terus masuk bilik itu apabila pintu sudah terbuka
"Kenapa ni? Kenapa tak keluar dari bilik? Nak makan? Ke nak air? Nak Ayel berlanja tak? Ayin nak shopping?" Bertalu-talu dia menyoalkan. Zack tidak tahu isi hati Zarith jadi dia mahu tahu. Sebab tulah dia menyoal
Zayn hanya melihat dan mendengar saja. Kalau dia cakap nanti makin kuat tangisan adiknya ini
Sekonyol-konyol air matanya dengan laju jatuh.
Zack dan Zayn terus gelabah.
"Kenapa ni?" Soal mereka berdua serentak
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkk
28/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro