ZA 45
Bosannya! Hari ni hanya boleh berlengkar diatas katil saja. Dahlah semua orang kahwin! Tinggalkan je lah aku sorang-sorang! Hm majuk!
Drama korea sudah habis marathon. "Aaaa bosannya... tak ada siapa nak ajak jalan ke?" Kalau tak ada. Terpaksalah dia ajak Harith. Harith saja harapan dia sekarang. Teringat pula pada bekas kekasihnya. Sudah mendirikan rumah tangga. Usia rumah tangga mereka baru tiga bulan. Cepat-cepat Zarith menggeleng tidak mahu mengenang kembali
Setelah tiga hari tidak buka whatsapp. Akhirnya pada hari ini dia membuka juga. Nama Harith dicari.
Quewy
Jalan jom
Aku bosan
Zarith menghembuskan nafas berat. One tick... bermakna Harith sedang berada dalam misi.
Secara tiba-tiba dia mendapatkan notification dari seseorang yang selalu datang tepat waktu
Mamat sewel
Assalamualaikum, kesayangan Reel
Izinkan Reel mengajak Ayin jalan?
Jangan risau
Reel dah bagitahu papa dengan
mama Ayin
Zack dengan Zayn tak kecuali
Zarith tersenyum. Aireel selalu ada disaat dia perlukan
Waalaikumsalam
Saya izinkan!
Saya izinkan!
Saya izinkan!
Saya tengah bosan...
Tak ada siapa nak layan saya
Masing-masing dah kahwin
Tinggallah si bongsu ni sorang
Tidak sampai sesaat pun dia langsung mendapat pesan lagi
Mamat sewel
HAHA comel je excited macam ni
Ayin siap-siap dulu
Reel on the way
Jangan balas apa-apa
Pergi siap terus
Zarith bangun mencapai kedua tongkatnya. Kerana kakinya masih tidak kuat. Oh lupa nak bagitahu... aku dah buka simen! Ringan tangan dan kaki rasanya bila dah buka. Hehe
Zarith menuju almari. Memilih baju.. tersenyum dia melihat abaya putih pemberian Aireel. Nak pakailah... cantik!
Setelah bersiap sekian lama. Dia mengakhiri persiapannya dengan menyemburkan minyak wangi yang tidak terlalu menyucuk. Kalau pakai minyak wangi yang menyucuk. Dia akan menarik perhatian orang sekeliling. Dia tidak suka akan penarikan.
Perlahan-lahan dia menuruni tangga dengan tongkat. Sampai dianak tangga paling akhir. Terangkat keningnya apabila melihat kelibat Aireel sedang duduk disofa sambil minum air tea. Nikmat betul!
"Hey, kesayangan Reel" sapa Aireel dengan riang. Dia terkedu... cantik betul Zarith ni. Abaya tu... seperti abaya yang pernah dia bagi sebelum ni. Cantik!
"Hey... awak dah lama tunggu ke?" Sebersalah pula siap lambat
Tidak lepas Aireel memandang Zarith "Tak adalah baru sampai" padahal dia tunggu diluar sudah setengah jam. Datin Zana pula menjemputnya masuk sementara tunggu Zarith. Kalau dia beritahu yang dia sudah hampir satu jam tunggu... habis kesayangan dia ni terasa dan sebersalah
Keningnya terangkat untuk kali kedua. "Baru sampai? Ouh baru sampai" kepalanya terangguk angguk. "Faham... air pun mama buat separuh agaknya" sempat dia menyindir. Tak akanlah Datin Zana buat air separuh jag. Kalau jag tu besar tak apalah tapi... jag itu kecil. Hanya untuk dua hingga tiga orang saja yang boleh minum.
Tersengih seperti kerang busuk si Aireel. Kantoi dah ke? Hehe. "Hm by the way... Ayin cantik sangat pakai abaya ni! Reel suka!"
"Jangan nak dalih" matanya menjeling Aireel. "Sorry"
"Kenyataan" Aireel hanya menunjukkan barisan gigi yang tersusun rapi saja. "For?"
"Sebab tunggu lama?"
"It's okeylah. Tak adalah lama mana pun" ujarnya sambil tersenyum. Membesar matanya apabila Datin Zana memberitahu kebenaran yang cuba dia selindungkan
"Reel tipu, Ayin. Dia tunggu satu jam dah. Kalau tengok lagi jam ni..." Datin Zana memandang jam. "Dah hampir satu jam setengah"
"Makcik!" Terkemam bibir Aireel. Kantoi lagi. "Tak lama pun Ayin. Baru satu menit setengah saat je" dia cuba menengakkan benang yang sudah basah
"Sorry"
"Tak apalah, ni makcik. Mana kerusi roda Ayin? Reel takut nanti dia penat nak pakai tongkat tu" dalih Aireel
Mengecil mata Zarith memandang Aireel yang sedang tersenyum kelat itu
Terkekeh kecil Datin Zana. "Dekat bilik dia. Ingat, masuk hanya ambil kerusi roda. Bukan selongkar barang anak dara orang" ujarnya lembut tetapi terselit ketegasan dan amaran
"Aye, Aye Captain!" Dia terus menuju ke arah bilik Zarith yang terletak ditingkat atas
"Ayin, Reel nak pergi tandas kejap tau" pinta Aireel. Kalau dibiarkan lama mahu terkencing diseluar. Jatuh saham dia depan Zarith
"Okey" Zarith mengangguk memandang Aireel
Aireel bergerak kearah tandas.
"Lamanya mamat ni" hampir sepuluh minit sudah dia tunggu. Sudahlah Zarith ni tidak boleh buat apa-apa. Hanya duduk dikerusi roda. Kalau hilang nanti. Menangis hujung bucu katil kang si Aireel
"Zarith..." tegur jejaka itu dengan nada kendur.
Zarith berpaling kearah pemanggil suara. Dirinya sendiri tersentak. Zarith terus keluarkan phone. Sengaja mahu mengescroll tiktok. Malas layan orang yang berada dihadapan ini
"Sayang..." panggil dia lembut seraya melutut dihadapan Zarith
"Stop call me like that! I hate you. I hate your voice! I hate your face! And I hate everything about you!" Rasa seperti mahu melempar phone ini pada muka yang jijik itu
"But I love you sayang..." dia cuba meraih tangan Zarith tetapi tidak berjaya
"Tutup mulut longkang kau tu! Bau busuk! Bau arak! Isteri kau ada dekat rumah tu ingat kau pergi kerja rupanya... jumpa perempuan lain. How dare you buat isteri kau macam kau buat dekat aku?" Zarith melarikan tangannya kebelakang badan.
"Sayang..."
"Stop it, Amar Danish! I said, I hate your voice! So please stop. Aku taknak tengok kau dan jumpa kau lagi" mana pula Aireel ni.
Baru saja Danish mahu memengang bahu Zarith, laju saja tangan lain menghalang. Bila Danish mengangkat kepala ternyata...
"Don't touch my girl" keras saja nada yang dipakai oleh Aireel. Dia menekan-nekan setiap perkataan
"Dia nak kau ke? Dia masih sayangkan aku okey" tanpa rasa malu Danish mengucapkan itu.
Baru saja Aireel mahu membalas, Zarith laju mencantas
"Nak, siapa kata taknak? Tak lama lagi aku akan kahwin dengan dia. Kau apa tahu?" Menggigil tangan dia yang berada di belakang. Dia terpaksa untuk mengatakan itu. Langsung tidak mahu memberi Aireel harapan
Danish sedikit terkedu
Aireel menahan senyum. Dia perlu kekalkan wajah seriusnya. "Kau dengarkan?" Sinis saja Aireel menyindir Danish
Danish terus berlalu pergi. Tangannya digembalkan membentuk penumbuk. Tidak sangka begitu cepat Zarith melupakannya
"Betul ke apa yang Ayin cakap?" Soal Aireel dengan nada teruja sambil menolak Zarith kearah pintu kereta
"Tak" dingin saja suara Zarith. Tak ada mood! Danish merosakkan mood dia
Terkunci seketika mulut Aireel. "Habis kenapa Ayin cakap macam tu?" Berhati-hati dia menyoal. Tidak mahu terlalu tinggi nadanya
"Kalau saja cakap... saya cuma gunakan awak? Apa awak nak buat?"
Terberhenti kerusi roda itu... bila tersadar di alam reality Aireel meneruskan perjalanan tanpa menjawap pertanyaan dari Zarith. Terasa? Sakit? Gembira? Terkedu? Terkejut? Sedih? Entahlah semuanya bercampur baur
.
.
.
.
.
Jangan pula vote sayunkkkk
27/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro