Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 44

Zarith hanya menyiapkan diri duduk di tempat yang disediakan oleh ahli keluarga. Kata Zayn...

"Orang patah tak payah buat apa-apa!"

Zarith yang dengar itu seolah mendengar sindiran. Dengan muka yang kosong itu dia menunggu bersama-sama tetamu Zayn, tetamu Zack, tetamu mama dan tetamu papa. Menunggu kemasukkan kedua pasangan itu

Mendengar sahaja suara pengacara majlis dia langsung mengerling kehadapan.

"Mengumumkan ketibaan pengantin pertama kita iaitu Zack Ariel dan Alees Lauren"

Camera mula diangkat tinggi. Pihak media juga hadir. Ala biasalah... anak dato mana tak orang akan heboh bila diorang kahwin kan? Sebab tu dia tidak suka akan populariti. Terlalu ramai manusia dikeliling. Bukan sombong tapi orang itu juga ada privacy sendiri.

"Pasangan pengantin yang kedua kita. Dipersilakan Zayn Aaron dan Daisy Amanda"

Tangan mereka menepuk. Kemera juga tidak henti-henti menangkap gambar dan merakam moment bahagia itu.

"Ayin, boleh papa minta izin?" Tegur Dato' Ariq. Dia perlu mendapat persetujuan dari Zarith. Kalau dia buat keputusan terburu-buru mungkin... anaknya akan mengamuk besar.

Terangkat kening Zarith. Wajah kosongnya masih ditayangkan

"Boleh papa bagitahu siapa anak perempuan papa?" Melihat Zarith seolah-olah tersentak itu. "Papa faham perasaan Ayin yang tak suka akan populariti tapi... papa tak suka dengar orang buat spekulasi sendiri" hari tu dia sudah jumpa beberapa orang yang mengaku dirinya sebagai anak dia. Dato' Ariq sudah bagi saman dan amaran.

Zarith memandang Datin Zana. Melihat Datin Zana mengangguk tanda meyakinkan, dia memandang Aireel yang berada disebelah pula. Aireel mula berbisik disebelah telinga dia.

"choose the right option, I always support you from behind"

Terpejam mata Zarith seketika sebelum terbuka kembali. "Sure"

"Seriously?"

"Yesh"

Aireel tersenyum mendengar jawapan Zarith

Sekarang waktu makan. Meja makan kedua-dua pengantin pun dekat dengan meja makan mereka.

Baru saja Zarith mahu makan dengan tangan kiri cepat saja Aireel mencegah tindakan itu. "Meh Reel suap"

"Eh tak apalah, awak makan je lah" Zarith tersenyum kecil menolak pelawaan Aireel. Takut saja pihak media merakam moment itu. Aish! Habislah!

"Reel tengah kenyang. Biarlah Reel yang suapkan. Kan pakai sudu bukannya pakai tangan" Aireel terus menarik makanan yang berada dihadapan Zarith. Lantas mengaulkan makanan yang mahu masuk mulut Zarith

Zarith sudah tidak boleh buat apa dah. Terpaksalah...

"Say a aaa" seperti anak kecil dia bercakap dengan Zarith

Zarith menganga dalam keadaan terpaksa. Malu kalau orang lain nampak

Dato' Ariq, Datin Zana, Datin Anida dan Dato' Zainudin sudah tersenyum senyum memandang sesama sendiri

Tanpa mereka sadar pihak media tahu tugas mereka.

Zayn berada dimeja makan itu tersenyum. Kamera dia pada Lucky dirampas. Dia merakam moment adiknya itu. Dia melihat sekeliling... kamera sudah banyak tala kearah mereka berdua. Tapi... tahu sajalah kan? Adiknya makan tak ingat dunia. Siapa yang berbual dengan adiknya waktu makan mesti kena palau

Aireel yang perasan Zayn menala kamera kearah mereka itu sempat dia mengenyitkan matanya.

Zayn tersengih ketika perbuatan dia dilihat oleh Aireel

"Dah habis..." Zarith tersenyum. Perut kenyang hati pun girang. Tetapi, dia melihat makanan sedap dimeja makan kedua abangnya. Zarith tersenyum senget. Dia tahu apa dia perlu buat.

"Ayel! Ayon!" Laung dia sedikit kuat. Hanya meja mereka dan meja pengantin saja yang mungkin dengar.

Tertoleh mereka berdua. Kening Zayn terangkat. Manakala Zack pula menyoal dia. "Yes, baby?"

Zarith menunjuk isyarat mata. Sambil tersenyum sungging.

"Kenapa? Nak?" Soal Zack lagi. Masih tidak faham apa yang Zarith mahukan

"Eh tak apalah" cakap saja 'tak apa' tapi... jarinya sekejap terbuka sekejap membentuk penumbuk.

"Dia nak tu... bukannya Ayon tak tahu" kata Zayn sambil menjeling adiknya. Cakap 'tak apa' tapi tangan tu memanggil tanda mahu

Zarith tersenyum sampai menampak giginya yang tersusun rata. Yang berada berdekatan itu terkekeh ketawa dengan coleteh Zarith

Baru saja Zack dan Zayn mahu bangun. Tangan Lauren menahan dia menghentikan tindakan dia. "Biar saya je buat..."

Zayn pun sama... bajunya ditarik oleh Daisy. "Betul, biar Daisy dengan Ren je buat"

"Eh, tak apa. Biar abang yang buat Ren duduk diam je okey?"

"Bunga duduk je diam l-diam. Biar abang dengan Ayel je buat"

"Drama pula dah, Ayin laparlah... tak apa akak-akak. Biar Ayel dengan Ayon je yang ambilkan. Akak akak yang cantik duduk diam diam. Ayin lapar lagi ni..." tangan kirinya mengusap perut. Masing-masing ketawa lagi. Seorang Zarith ternyata ada lawaknya sendiri

Daisy dan Lauren tersengih. Zayn dan Zack pula mula memilih dan memberikan kepada adiknya.

"Thank you, ketayki!"

Menggeleng saja mereka berdua melihat kerenah yang tak semenggah adiknya ini

Aireel mula menyambut huluran dari Zayn dan Zack. "Thanks abang ipar"

Zayn menjeling meluat. Zack pula ketawa kecil

Aireel memulakan misi menyuap Zarith. "Again... say a aaa" mulut Aireel ikut terbuka

Zarith yang tadi berasa terpaksa dan sekarang merasa sangat rela. Kepalanya tergeleng kecil kerana terlalu sedap makanan ini.

"Sedap?"

Kepala Zarith mengangguk laju





"Maaf mengganggu Tuan, Puan, Datin, Dato, Tan Sri, Puan Sri dan yang lain-lain makan... saya mahu membuat penjelasan tentang 'pekerja' saya yang putus cinta. Semua orang mengecam dan menghina anak saya kerana membuat 'pekerja' saya kecewa" dengan pemula kata-kata itu. Pihak media mula menalakan kamera menumpukan perhatian pada Dato' Ariq

"Anak saya tidak salah dalam hal ini. Kerana, anak saya tidak boleh mengahwini 'pekerja' saya merangkap anak kandung saya" dia mula tersenyum dengan kejutan itu

Datin Zana, Zack, Zayn, Daisy dan Lauren juga berada di sebelah Dato' Ariq

Seketika seisi dewan terdiam kerana berasa sangat terkejut.

"Dipersilakan... satu-satunya putri saya. Zarith Aireen binti Ariq Shayfullah"

Aireel yang membantu menolak kerusi roda Zarith

Zarith mula rasa berdebar. Rasa mahu lari dari majlis ni. Mata orang sekeliling tertumpu pada dia. Tak selesa. "Z- zareel" susah betul nak bernafas. Tangan kirinya mula kebelakang. Memengang baju Aireel. Memohon untuk bawanya keluar dari sini

"Yes, sweetie" badan mula menunduk mahu mendengar ayat seterusnya

"Sa- saya t- tak selesa" adanya populariti menyiksa jiwanya

"breath in, breath out.  Calm down, preety. I'm always by your side. Jangan takut" tenang dia berbisik.

Secara pelahan hujung baju Aireel dilepaskan. Dia berasa sedikit tenang. "Thank you for everything, Zareel. Awak selalu ada dengan saya setiap kali saya perlukan seseorang. Sekali lagi, thank you" ikhlas dia mengujar kat kata itu. Tidak langsung mahu memberikan harapan apa apa

"Welcome, my dearest"

Selepas menghantar Zarith. Aireel mahu duduk semula meja makan tadi. Tidak mahu mengganggu ahli keluarga itu. Tetapi, baru saja dia bergerak. Badannya ditahan oleh Zayn menyuruh mengekalkan saja diposisi itu. Walaupun dia kawan Zayn tapi dia tetap rasa kekok.

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkk

26/1/2025

Edited

4/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro