ZA 42
"Ayel nak kahwin juga... Ayel in-" terhenti kata-katanya akibat mendengar suara Zayn yang terkejut
"Ayel ni serius lah? Patut beria nak cakap dulu" Zayn juga tidak percaya akan kata-kata Zack. Apa lagi kalau Datin Zana...
"Ayel jangan main-main! Sungguh ke ni?" Menyoal betul sebetulnya. Dia bukan nak marah tapi sekali dua cakap nak kahwin tak ke dia pelik? Yey yey dapat menantu lagi satu~
"Eh, sungguhlah. Ayel ingat nak bagitahu mama dengan papa dulu baru bagitahu Ayin. Kalau mama dan papa setuju barulah Ayel bagitahu satu ahli keluarga" tak percaya pula dua katul ni. Kita memang nak kahwin dengan Lauren... eee tak sabar! Nak tahu macam mana dia boleh kata nak kahwin?
Flash back
Lucky menghembuskan nafas yang berat. "Saya sayang dia... dia satu satunya adik saya. Saya tak percayakan lelaki lain yang menjaga dia termasuklah boss. Saya saja yang terkecuali. Boss janganlah paksa saya..." mahu menangis gamaknya. Penatlah dipaksa saja. Memanglah Zack tu majikan dia
"Kalau boss nak buang saya sebab tak bagi kahwin dengan adik saya pun saya sanggup boss. Saya betul-betul tak percayakan lelaki zaman sekarang yang jaga adik saya" dia menyambung percakapannya. Sudah lembut dah dia cakap. Tidak tahulah kalau Zack masih berdegil mahukan adiknya.
"Aku akan jaga dia... kau hanya perlu percayakan aku. Kalau aku gagal jadi suami yang baik... kau sendiri yang datang untuk bunuh aku. Aku izinkan..." Zack sanggup jika dia gagal jadi seorang suami kepada Lauren. Raya tahun depan sudah tidak sendiri dan sudah tidak ditanyakan soalan yang merapu seperti
'Bila nak khawin?'
'Umur dah tua tapi tak kahwin kahwin'
Ni kalau aku dah kahwin kau bising juga orang tua aku sumbat kau dalam lubang jamban! Jangan pula ditanya...
'Bila nak ada anak?'
Memang betul dia akan masuk sorang sorang dalam mangkuk tandas. Geram!
Untuk kesekian kalinya dia menghela nafas berat. "Saya izinkan... tapi pandai-pandailah boss pikat dia. Saya hanya jadi wali je nanti. Bukannya saya akan satu katil dengan boss" sempat Lucky berseloroh. Nak taknak dia perlu juga melepaskan adiknya. Sampai bila adiknya akan duduk bawak ketiak dia saja? Biarlah dia duduk bawak ketiak suami dia pula.
End of flash back
"Nanti kita datang rumah dia pergi merisik" Datin Zana tersenyum suka. Teruja! Sekali dua mahu kahwin... tak ke gembira hatinya? Eee tidak sabar!
"Dia ada abang je... dia pun anak yatim piatu" segala tentang Lucky sudah pun dia tahu kerana Lucky saja perkerja yang paling dia rapat
"Oh... yake? Tak apa dia still ada keluarga. Kita tetap kena merisik" setelah semuanya berbincang dan bersetuju barulah mereka boleh memberitahu orang lain. Atau... lebih tepat bagitahu Zarith?
"Adik... Iky nak bagitahu ni..." panggilanya lembut pada Lauren. Dia tumpang rumah adiknya disin
Lauren yang sedang menanda kertas muridnya. Sebagai guru practical dia perlu rajin. Kepala diangkat memandang Lucky. Keningnya sudah terjongkit berkali kali
"Ada orang nak kahwin dengan adik. Kalau adik setuju dia nak masuk minang dulu... kalau tak nanti Iky bagitahu dia yang adik taknak" maklum Lucky. Dia memandang adiknya yang langsung tidak terkejut. Keningnya mula menyatu. Lauren tak sihat ke? "Lauren okey?"
Kepala Lauren termanggu... dia seperti dapat meneka siapa lelaki yang dikata Lucky. Dia tak tahu nak bagi reaction apa. "Boss Iky? Zack Ariel?" Soal Lauren tanpa reaction. Dia mula termenung mengingatkan sesuatu
Flash back
"Ya, Allah... kenapalah kereta buat hal time ni? Aku bukannya pandai betulkan" terpejam mata Lauren memikirkannya.
Matanya kembali terbuka luas apabila pintu diketuk oleh seseorang. Lauren membuka tingkap. Kedua dua keningnya terangkat. "Boss Iky?"
Zack tersenyum. "Ada apa-apa saya boleh tolong?"
Lauren terpaku seketika apabila melihat senyuman manis milik lelaki itu. Laju saja kepalanya digelengkan. Mengusir perasaan itu. "k- kereta saya problem"
"Oh..." Zack langsung ke bahagian bonet depan. Dia membuka lalu mencari punca kerosakan itu.
Lauren terus keluar dari kereta mahu melihat punca itu bersama Zack. Dia rasa mahu duduk dalam kereta saja. Biar Zack uruskan semuanya sebab Zack kan lelaki... pandai semuanya. Tetapi, macam biadap pula bila pemilik kereta hanya bersantai. Umi dengan abi tak pernah ajar dia macam tu.
Apabila mendapat tahu puncanya, dia terus memaklumkan pada Lauren. "Air kering ni... awak ada air lebih tak?"
"Kejap saya tengok" Lauren berlari kearah pintu kereta seraya membuka dashboard. "Ada!" Tersengih dia apabila menjumpai air meneral. Dia berjalan kearah Zack sambil tangannya menghulurkan air meneral tersebut.
Tersenyum Zack melihat kecomelan Lauren. "Thank you"
Lauren hanya mengangguk. Padahal lelaki itu yang membantunya tetapi lelaki itu pula yang berterima kasih.
Setelah beberapa minit Zack bertukus lumus. Ala tak adalah bertukus lumus sangat. Hanya tambah air je. "Siap!"
Lauren tersenyum sambil menepuk tangan berkali-kali seperti budak kecil dapat gula-gula. "Terima kasih!"
Zack menghadiahkan senyuman seraya mengangguk tanda 'sama sama'
Baru saja Zack mahu menapak ke kereta terhenti tindakannya mendengar suara Lauren
"Kejap!" Halang Lauren sambil berlari kearah Zack. "Saya belanja boss Iky minum? Tanda terima kasih?"
Terangkat kening Zack serta kakinya menapak kebelakang. Tidak menjangka tindakan refleks perempuan comel itu. "Sure" tanpa berfikir panjang dia langsung bersetuju
Masing-masing menaiki kenderaan sendiri dengan tujuan yang sama. Ke cafe... sweet cafe
Mereka mula mengambil order.
Lauren berasa sedikit canggung. Lagi tadi lelaki ini hanya menjawap sepatah atau dua patah tetapi... lelaki ini murah dengan senyuman.
Zack berasa sangat malu. Duduk semeja dengan crush woi! Malu... tapi dia rasa dia perlu cakap sekarang sebelum terlambat
"Alees Lauren"
"Boss Iky"
Pula dah... serentak mereka memanggil satu sama lain. "Boss Iky dululah"
"Saya sebenarnya nak ajak awak kahwin" tanpa membuang masa dia terus memberitahu tujuannya. Argh malunya!
"Ha?" Kening Lauren terangkat tidak percaya
"Panggil saya Ariel saja. Nanti apa-apa saya bagitahu Lucky. Saya minta diri dulu" Zack tidak boleh berlama disitu kerana rasa malunya melonjak tinggi setinggi gunung kinabalu
"Er-" tangannya yang terangkat akibat mahu menahan Zack terjatuh semula. Zack sudah berlalu pergi tanpa mendengar jawapan dari dia
End of flash back
"Macam mana adik boleh tahu?" Tidak percaya. Adiknya boleh meneka dengan tepat
"Boss Iky yang cakap dia nak ajak adik kahwin. Adik tak sempat cakap apa-apa dia terus pergi" maklum Lauren tidak mahu Lucky salah sangka
"Jadi adik terimalah?"
Lauren hanya mengangkat bahu saja
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkk
24/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro