ZA 40
Zayn rasa macam mahu nangis saja. Sedih sangat! Orang semua kecam dia. Nasib tak depression. Mentang-mentanglah dia anak datin. Heh!
"Ajak Daisy keluarlah... mana tahu boleh tenang ke tengok wajah cantik dia" Kalau ada kesempatan Zayn mahu mula dengan plan dia. Plan apa? Itu masih menjadi rahsia
Dia merenung barang 'itu' yang berada didalam laci. Sekali sekali bibirnya tersenyum. Zayn mabuk? Of couse! Mabuk cinta! HAHA
Zayn terus mendail nombor Daisy.
"Assalamualaikum Daisy, awak dekat mana? Saya nak ajak awak keluar boleh?"
Sapanya seraya memberitahu tujuan. Rindu nak dengar suara lembut Daisy.
"Waalaikumsalam, saya dekat kolej lagi ni... kejap lagi nak ambil Daniel. Saya tak pastilah boleh ke tak boleh sebab saya nak siapkan projek akhir saya ni... Nanti kena tidurkan Niel dulu baru boleh buat kerja... sorry tau! Ni bukan alasan tapi... memang betul! Kalau saya boleh keluar saya bagitahu awak"
Serbasalah pula. Daisy bukan mahu memberi alasan. Tetapi, hidup ada seorang anak itu amatlah susah. Lagi lagi yang tiada bapa yang tolong. Single mom tapi Daisy bukan single mom. Dia single life. So sad...
"Saya faham... saya juga taknak paksa tapi kalau kita jumpa hanya lima minit? Nope! Sepuluh minit? Ikut Daisy lah... kalau nak satu minit pun saya sanggup. Sebab saya betul-betul nak jumpa awak walaupun sekejap"
Macam mana nak lepaskan hajat dia kalau macam tu meraung setahunlah dia jawapnya. Sedih!
"Boleh... nanti kita jumpa dekat tasik taman okey?"
Sempat Daisy berpesan sebelum mematikan panggilan. Baru saja tangannya mahu bergerak mematikan panggilan... terhenti tindakan dia mendengar soalan dari Zayn
"Boleh! Tapi, awak naik apa?"
Bukannya dia tidak tahu Daisy ni tiada kenderaan kereta mahupun motor
"Grablah, tak akan saya nak jalan kaki ambil Daniel? Mahu patah kaki. Silap-silap tak ada rasa ni kaki kang"
Sempat pula Daisy berseloroh. Sekonyol-konyol, Daisy terdengar tawa kecil milik Zayn. Lelaki ini kalau ketawa suaranya sungguh menggoda. Cepat-cepat kepala Daisy menggeleng. Dia tidak boleh terlalu melayani perasaan.
"Biar saya ambil Niel dulu. Lepastu kalau awak dah habis class. Awak bagitahu saya... biar saya ambil awak"
Meringankan beban bakal isteri tak akan tak boleh kan...?
"Ala... tak payahlah-"
Belum sampai noktah percakapannya laju dicantas oleh Zayn
"Yela... taknak kawan awak. Awak mengeluh bila dengan saya? Sedih saya! Tadi dah sedih sebab orang kecam saya. Sekarang awak pula buat saya sedih?"
Zayn membuat suara yang menyayukan. Nadanya juga seakan berjauh hati. Tetapi, memang betul dia mahu menangis.
"Aaron, bukan macam tu! Saya cuma taknak menyusahkan awak... awak janganlah terus potong percakapan saya. Kan dah salah faham. Bila salah faham diri sendiri yang sakit"
Mengeleng kepala Daisy. Drama sungguh!
"Hehe... sorry. Jadi eh? Nanti dah siap call saya tau!"
Tiba pula dia jadi gembira. Tersengih seperti kerang busuk dia...
"Daniel ingat tau pesan uncle. Buat macam kita rancang je. Jangan bagitahu umi. Okey?" jari kelingking dihulur untuk berjanji.
Daniel tersengih seraya mengangguk dengan laju. Jari kelingking Zayn dipaut. "Otey, antel!"
Pintu disebelah penumpang terkuak secara tiba-tiba. Apabila memandang insan yang membuka pintu. Wajahnya terus menjadi manis. "Selamat datang, bunga"
Daisy yang baru mahu duduk itu terpinga-pinga. Ha? Bunga? Walau bagaimana pun mulutnya tetap terkunci untuk menanyakan soalan itu. "Terima kasih" itu saja yang dapat dikeluarkan dari mulutnya
"Hai umi! Umi nanak peyuk Niel?" Tegur Daniel dan terus melompat dari belakang kearah uminya. Daniel berkata dengan polos
"Hai sayang, meh sini" tubuh kecil anaknya itu dipeluk dengan erat. Bibirnya pula tidak habis-habis menggomol Daniel
Daniel tertawa kecil. Geli dengan ciuman itu
Setelah beberapa minit Zayn memandu. Akhirnya sampai ke destinasinya. Zayn parking berdekatan taman
"Let's go!" Ajak Zayn kepada Daniel sambil mendepakan tangan.
Daniel langsung meloncat ke arah Zayn. Zayn mendukung tubuh kecil itu. Comel saja tingkah laku 'anak'nya ini.
Mereka bertiga duduk ditepi tasik. Tatkala itu mereka merenungi pemandangan yang cantik itu.
Tanpa aba-aba Zayn terus memberi isyarat mata pada Daniel.
Daniel yang faham itu langsung mengangguk dan terus kepalanya mengerling Daisy. "Umi, Niel nak ain (main) dekat citu oleh?" Matanya dikedipkan berkali-kali. Meminta keizinan dengan cara melemahkan uminya dahulu
Melihat kesungguhan Daniel itu Daisy terus mengangguk. "Boleh, tapi Niel kena janji dengan umi dulu. Jangan main jauhjauh. Main dekat situ situ je okey? Kalau orang bagi-"
"Gula gula jangan ambil" mereka berdua berkata dengan serentak. Terletus tawa Daisy dan Daniel.
Zayn sedikit kagum dengan keserasian mereka.
Daniel terus mencecet lari ke taman
Zayn dan Daisy menghantar Daniel dengan mata
Selepas menghantar Daniel dengan pandangan mata. Kepalanya kembali memandang pemandangan. "Daisy"
Panggilan itu membuatkan Daisy tertoleh memandang Zayn. "Ya?" Keningnya terangkat
"Saya nak cakap sesuatu" mata Zayn terus menatap tepat pada mata Daisy
Daisy merasakan dengupan jantungnya yang bertukar laju.
"C- cakap apa?" Bila jantung dah laju, nak cakap pun boleh tergagap
"Sebelum tu, bangun kejap boleh?" Pinta Zayn sebelum menyatakan hasratanya.
Daisy bangun walaupun dalam keadaan terkulat-kulat.
Zayn memberikan isyarat kepada Daniel.
Daniel yang memahami isyarat tersebut terus dia berlari kearah mereka berdua sambil membawa dua barang. Setelah dia sampai kearah mereka berdua. Daniel terus memberi kedua-dua barang tersebut. Lantas memberi dia langsung kabur dari Daisy dan Zyan
"Terima kasih, Niel" Sempat Zayn mengucapkan terima kasih sebelum Daniel mencecet lari
Daisy terpinga-pinga melihat barang yang berada ditangan Zayn. Keningnya terjongkit memandang Zayn
Zayn yang perasan itu langsung melutut dan membuka baldu cincin itu. "My bunga, bersaksikan tempat ini, Daniel dan orang-orang yang berada berdekatan... sudikah awak menjadi suri hati saya?" Selepas mengucapkan itu jantungnya mula tidak memberi kerjasama, kerana terlalu takut mendengar jawapan dari Daisy
Daisy terpaku. "A- awak..." tidak mampu mahu membalas percakapan Zayn.
Zayn tersenyum. Cuba menutup kesedihan. Walaupun Daisy tidak memberitahu jawapannya. Dia bangkit dari melutut. Kotak baldu itu dia tutup dengan rapat. "Tak boleh bagi jawapan? Tak apa... awak ambil bunga ni je. Sebagai kita tak bermusuh" ujarnya sambil menghulurkan bunga Daisy yang berwarna merah
Daisy menggigit bibir. Aku buat dia terasa ke? "Bukan macam tu. Maaf buat awak terasa... saya cuma terkejut. Awak lamar saya tanpa saya sedia. Saya memang tak boleh bagi jawapan" eh- bodohlah kau Daisy, mana ada orang lamar nak bagitahu! Dia rasa macam nak hempuk diri sendiri saya
Tidak sempat Zayn berkata apa-apa. Dia langsung sambung bercakap. "Sorry, saya loading! Saya terima! Eh- kau dah buat malu lagi Daisy..." enam kata terakhir dia hanya menggumam. Datang bengongnya jadi begini
Zayn tersenyum melihat kecomelan bunganya ini. "Kejap lagi kita singgah rumah mama. Saya nak bagitahu mama yang saya nak khawin dengan awak" tidak menyabar-nyabar Zayn ni. Terlampau teruja!
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkk
22/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro