Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 4

"Eee you ni! I girlfriend you lah!"

Makin sakit hati mendengar balasan Aireel

"Bila masa pula aku ada girlfriend? Dalam hati aku ada sorang perempuan je tau!"

"Siapa? I kan?"

"Yang penting bukan kau! Perasan!"

"Cuba you bagitahu I siapa?"

Lembut pula dia bercakap

Di pendengaran Zarith kepit. Loyar tekak dia dengar. Mata pula dijeling keatas. Menyampah!

"Zarith Aireen! Puas? Dah jangan kacau aku!"

Baru saja dia mahu mematikan phone tiba tiba. Terdengar suara yang amat dia kenali

"Uhuk uhuk" tersedak Zarith mendengar namanya disebut

Wafally yang perasan phonenya sudah mati dia terus menerpa ke arah Zarith. "Kau memang melampau kan perempuan?" Dia menunjal kepala Zarith berkali-kali

"Perempuan! Perempuan! Aku ada namalah! Nama aku Zarith orang panggil aku Rith. Jadi kau boleh panggil aku Rith dan bukan perempuan. Aku pun tak tahu dia nak sebut nama aku. Kau ingat aku nak sangat ke dia sebut nama aku? Kau yang sibuk tanya siapa? Siapa? Lepas dia dah bagitahu kau pula nak panas apa hal?" Tidak takut langsung dengan gertakan Wafally. Lemah punya perempuan. Acah lebih. Sini lawan ML dengan aku! Siapa menang dapat tumbuk 1000 kali. Haih nak saja dia cakap begitu tetapi sabar jelah.

"Eee" Wafally sudah geram. Dia baru saja mahu menaikkan penumbuknya. Suara di dalam talian menyentaknya.

"Woi! Kau sentuh dia... kau mati ditangan aku. Aku tahu ada lebam walau sikit pun... kau akan mati ditangan aku"

Wafally lihat phonenya. Hah?! Tak mati lagi? Matilah aku kalau dia tahu perangai aku yang tak suka perempuan ni. Wafally sudah kecut perut

"M- ma- mana a- ada I sentuh dia. You ni tuduh I je"

Sedikit gagap dia menjawap

"Korang dekat mana sekarang ni biar aku datang!"

Geram pula Aireel. Dia risau dengan Zarith sebenarnya

"De- dekat depan sekolah"

Ish mulut ni! Apasal kau cakap macam tu. Kalau dia datang matilah kau! Tangannya mula menepuk nepuk mulut. Kenapalah lancang sangat suara dia ni?

"Aku datang sekarang!"

Baru saja Aireel mahu matikan panggilan. Cinta hatinya lebih cepat mencantas

"Takyahlah, Zareel. Awak nak buat kecoh dekat sini ke?" Soal Zarith malas malasan. Kalau boleh dia taknak pun bersuara. Tapi dia lebih rela bersuara berbanding Aireel akan datang sini. Dia menggelengkan kepalanya dia tak dapat bayangkan kalau dia jumpa Aireel lagi setelah berbulan bulan tidak jumpa. Just dia hantar pesanan yang sama setiap hari tanpa Zarith balas. Pesanan itu adalah

Mamat sewel:
Reel still love Ayin
Kalau ada sesiapa buli Ayin bagitahu Reel tau!

"Takpa asalkan Reel dapat tengok Ayin. Reel risaukan Ayin..."

Bibirnya dicebik. Walaupun Zarith tak nampak bibirnya begini

"Jangan mengada. Duduk diam je dekat kampus tu" balas Zarith. Macamlah dia tak dengar suara gedik Aireel. Lembut tapi menggelikan. Naik bulu roma!

"Okeylah! Jaga diri, Ayin! Reel still love Ayin... kalau minah ni buli Ayin lagi bagitahu Reel tau!"

Aireel matikan panggilan. Dia rasa gembira setelah sekian lama tidak mendengar suara pemilik hatinya ini.

"Kau suka dia?" Soal Wafally dengan nada biasa tidak seperti tadi

Zarith menggeleng. "Nope!"

"Tapi dia suka kau. Baik kau hargai dia sebelum terlambat" setelah katakan itu. Wafally terus pergi dari situ

Zarith hanya termanggu dan termenung memikirkan kata kata Wafally. Perlu ke dia hargai? Ala, tak penting pun kalau nak diingat! Jadi takyah ingat

Semua angkara ego, ego dan ego

"Asalamualikum, Ayin dah balik!" Sapanya gembira. Dia tersenyum.

"Walaikumsalam" jawap mereka di dalam

Mati senyuman Zarith bila nampak siapa yang menjadi tetamu mereka hari ini

"Hai, Ayin!" Sapanya gembira. Tangan melambai Zarith yang baru saja tiba. senyuman manis terlakar dibibir.

Zarith tidak membalas sapaan dan terus ke dapur untuk minum air. Tekaknya haus. Tetapi belum sempat dia sampai dapur. Ada suara yang memberhentikan langkahnya

"Ayin... orang panggil tu nyaut bukan buat tak tahu. Tetamu ni kan rezeki. Tak baik buat macam tu. Papa tak ajar anak papa kurang ajar dengar tetamu" teguran yang lembut tetapi tegas dari Dato' Ariq

Zarith mengeluh lalu memusingkan badannya menghadap ruang tamu. "Hai juga Zareel!" Sapanya gembira lantas tersenyum. Haha. Fake je tu

"Ayin okey ke? Takda lebam lebam?" Aireel masih risau dengan keadaan yang dia dengar tadi. Kebetulan pula Zayn ajak ke rumah Zayn. Dia pun on kerana dia juga mahu tahu keadaan Zarith

"I'm okey!" Lagi lagi fake...

Aireel tahu semua yang Zarith buat itu hanyalah sebuah penipuan tetapi dia suka walaupun Zarith layannya nak taknak. "Betul?"

"Yesh! Kalau takda apa apa saya gerak dulu. Haus pula tekak ni" pamit Zarith. Kalau pergi saja tanpa bagitahu dikata biadap. Jadi... terpaksalah. Kita ni orangnya antisosial. Nanti kalau dia masuk club papanya dia akan terpaksa bersosial. Walaupun terpaksa. Tapi itu keinginannya

Aireel tersenyum memandang permegian Zarith. Walau itu sekadar fake tapi dia gembira

"Pa, tengoklah tu dia. Macam orang angaukan? Tapi sayangnya Ayin tak pandang dia. Dia ni full effort tau untuk dapatkan Ayin. Bukannya baru je dia try hard tapi masuk tahun ni dah 6 tahun, pa. Bukan sekejap kan?" Zayn menunjuk Dato' Ariq. Aireel yang sedang tersenyum seperti angaukan orang.

"Yalah... sampai tak lepas tunggu Ayin keluar. Ayin ni butalah" komen Dato' Ariq tanpa sedar dia telah cakap Zarith buta

"Papa! Sejak bila papa pandai ni cakap bukan-bukan?" Bukan main Dato' Ariq cakap adiknya buta.

Dato' Ariq tersengih. Padahal parangai Zarith itulah sama macam dia dulu. Tidak layan Puan Zana tapi takdalah seteruk anaknya. Anaknya terlalu buta kalau macam ni. Dia okey lagi biarkan isterinya sekadar setahun lepas itu isterinya putus asa. Dia pula cari isterinya dan sekarang dia memiliki dua putera dan satu puteri. Ni anaknya sampai 6 tahun biarkan anak orang macam ni. Dulu dia sedar juga akan cintanya pada Isterinya tetapi dia cuma ego saja. Anaknya ini terlalu buta memang perlu cek mata. "Papa nak bawak Ayin cek matalah" katanya selamba

"Kenapa pula papa ni?" Berkerut keningnya tidak faham akan apa yang Dato' Ariq cakap

Percakapan Dato' Ariq menyentak Aireel. Aireel terus memalingkan wajah memandang Dato' Ariq dan menunggu ayat seterusnya

"Sebab papa rasa macam dia butalah" balasnya masih selamba

"Kenapa pula pakcik? Dia sakit ke?" Muka Aireel berubah risau

"Sabar Reel. Bapak aku ni macam pelik-pelik je sekarang ni" dia sudah tidak faham apa yang papanya cakap

"Dia tak sakit cuma dia buta. Dia buta sebab tak nampak bertapa cintanya Reel pada dia. Pakcik sendiri pun nampak. Dia ni terlalu buta ni" ni kalau Zarith dengar habislah dia

"Dia kan ikut perangai awak" kali ni pula Datin Zana membalas sambil membawa air teh

"Saya pula kena"

"Yela awak dulu pun buta. Bertapa cintanya saya. Sampai sanggup saya ni jadi perigi mencari timba" balasnya dengan peribahasa. Mata menjeling Dato' Ariq

Mereka semua membantai gelak mendengar bebelan Datin Zana

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkkk

17/12/2024

Edited

24/1/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro