ZA 34
Aireel tersedar dari tidurnya di sofa hospital itu. Sofa yang empuk! Malam ni di offer diri untuk jaga Zarith. Aireel mendengar suara mengingau milik Zarith.
Cepat cepat dia mengambil phone untuk rekod. Dia perlu update pada group Aireen Update. Dalam tu ada Dato' Ariq, Datin Zana, Zack, Zayn, Datin Anida, Dato' Zainudin, Rozan, Yuyul, Xanda, Fifi dan Aireel sendiri!
Sempat dia kerling jam... ternyata baru pukul 2:48 a.m.
Aireel menghayati apa yang setiap percakapan melalut Zarith
"Aku dah mati?"
"Zareel!" Lebih lima kali Zarith menyebut. Aireel hanya tersenyum. Rasa nak pengsanlah!
Sempat Aireel menggumam. "Yes, my baby boo?"
"Oh god why is he so attractive"
"Comellah dia cengeng-cengeng"
"Omel angat-angat!"
"Yeah! Atuk, nanti kita boleh berbual!"
"Atuk, atuk taknak berbual dengan Ayin ke?"
"Semua janganlah tinggalkan Ayin!"
"Eh? Aku bukan dah mati? Kenapa pula bernafas"
Terdiam sekian lamanya. Baru saja Aireel mahu mematikan rakaman. Mendadak dada Zarith berombak laju. Kepala Zarith ke kanan ke kiri lalu menangis.
"Zareel!" Terjerit dia kuat sebelum sedar. Entah kenapa dia sebut nama Aireel pun Zarith tidak tahu
Aireel mengemam bibir. "Yes, little girl" sahut Aireel. Phone masih merakam Zarith
"A- awak buat apa dekat sini? Saya dekat mana?" Soal Zarith. Dia rasa macam jantungnya mahu keluar. Susah nak bercakap. Tergagap-gagap dia bercakap.
"Ayin dekat hospital... hari ni Reel yang jaga Ayin" Aireel memandang Zarith seperti budak kecil. Comel saja!
"Ha?" Apabila dia memandang tubuh badannya. Terdapat simen ditangan dan kaki. Kedua belahnya kanan. Apabila tangan kiri Zarith meraba kepalanya. Ada bandage di kepalanya. "Kenapa saya ada dekat sini?" Masih tidak dapat memahami. Macam mana dia boleh patah riuk macam ni? Banyak luka dan dia rasa sedikit sengal di bahagian bahu dan badan.
"Ayin accident... Ayin tak ingat apa-apa?" Terjongkit keningnya menyoal dengan lembut. Dia mematikan rakaman dan merakam semula. Membuat video kedua. Takut terlalu panjang mereka akan bosan tengok. Tetapi, Aireel yakin mereka tak akan bosan sebab semua nak tahu tentang Zarith
Zarith mengelengkan kecil. "Abang eh- Ayin eh- siapa nama awak? Ayel eh- jap. Biul pula otak. Ha Zayeel"
Tersenyum Aireel. Comel! Lagi comel panggilan first tu. Eee comel! "Zareel, my Ayin..." lembut dia menegur
"Oh sorry, kenapa saya sebut nama awak tadi eh?" Pintanya sekali gus menyoal. Kepala Zarith menyenget ketika menyoal
Tidak habis-habis Aireel memuji Zarith dalam diam. Comel betul semua tindakan Zarith. "It' okey. Reel pun sebenarnya nak tanya Ayin tapi Ayin pula tanya Reel" Aireel ketawa kecil. Terasa lucu pula
"Faham..." kepalanya dijatuhkan dua kali tanda faham. Walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi. Tidak semena-mena matanya memandang Aireel
Kening Aireel terjongkit. "Kenapa?" Macam ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Zarith
"Awak bukan yang dalam mimpi saya tu ke?" Soal Zarith. Dia menyoal seperti Aireel tahu pula
"Mimpi apa?" Kejongkit kedua belah keningnya. Rasa ingin tahu dia meningkat
"Entah... saya... ingat sikit sikit je" Zarith melihat kukunya yang cantik. "Saya ingat... saya dah mati. Awak imamkan jenazah saya. Lepastu... saya tak ingatlah! Jap... saya nampak awak nangis tengok saya. Masa awak imamkan jenazah saya tu, saya rasa awak... attractive. Upss!" Tanpa sedar dia ayat itu meniti dibibir. Bibirnya dikemam dan matanya tertutup... malu!
Aireel melepaskan tawa. "Comel! Reel memang dah lama sedar yang Reel ni attractive" tersengih suka dia apabila mendengar cerita Zarith
"Dahlah saya nak tidur!" Cepat-cepat dia menyelubung dengan selimut. Malu!
Tidak habis-habis dia menertawakan. Aireel memengang perutnya yang senak akibat ketawa. "Sabar dulu, My Ayin... Reel panggil doktor dulu" ujarnya sambila tersenyum. Geli hati teringat tentang tadi
Terus menurun selimut itu. Menampakkan mata Zarith. "Untuk apa?" Hairan? Buat apa nak panggil doktor?
"Ayin kan baru lepas sedar..." dia menelan air liur kerana tekaknya berasa kering. Mungkin kerana banyak ketawa? Lalu Aireel menyambung percakapannya. "Jadi doktor kena cek keadaan Ayin"
Zarith mengangguk faham. Tetapi, selimut masih menyelimuti dirinya. Ya Allah, malu tahu! Yang aku pergi cerita tu buat apa? Memanglah otak tengah biul tapi janganlah sampai jujur begitu. Mukanya masih merah
Aireel terus menekan punat panggilan doktor. Sempat Aireel matikan rakaman. Kejap lagi dia perlu rekod lagi untuk merakam doktor. Supaya semua tahu
Tidak lama kemudian. Doktor Devi datang untuk mengecek. Aireel merakam segala tutur kata doktor itu. Setelah selesai dia pun duduk. Sempat dia membuka group whatsapp
Group Aireen Update
*Video
Ayin sebut nama Reel first!
Nak pengsan boleh?
Arghh halep!
Cannot-lah!
*Video
Ni sambungan okey!
Jangan lupa tengok ke-sweet-an
moment kami!
HAHAHAH
*Video
Dengar baik-baik maklumat dari doktor india tu
Nanti ada yang tanya kang
Especially si Zayn tu!
Hehe
Sorry Zayn
Nanti raya aku minta maaf balik
Sudah meriah jadinya wad yang menempatkan Zarith. Zarith hanya berselubung dengan selimut yang menampakkan matanya sahaja. Orang tanya dia jawap. Cuma sedikit tidak larat kerana pening. Amboi kau Zarith! Tadi kau bukan main dengan Aireel
"Ayin dengarkan doktor cakap tadi? Ayin boleh keluar bila?" Soal Aireel lembut kepada Zarith. Matanya menatap dalam mata Zarith
Mata tajam itu juga memandang Aireel. Dia mengangguk. Mata Zarith berasa panas... kalau boleh dia nak tidur saja. Zarith tak tahu kalau demam mesti mata hidung, mata dan mulut jadi panas. Mungkin panas dalam? Entahlah nak. Tapi badannya tetap panas. Tak adalah panas dalam
"Nak sleep ke?" Soal Aireel seperti menyoal budak kecil
Nak! Tapi dia dalam menyimpan itu dalam hati saja. "Tak apalah... tengah ramai ni. Kesian diorang. Nanti tak ada adab pula kalau tidur. Orang datang nak melawat saya tapi saya tidur"
"Kalau nak, tidur je. Diorang mesti faham. Demam Ayin tu tak kebah lagi. Jadi rehat saja okey?" Kalau boleh dia usap kepala Zarith. Sudah lama dia usap tetapi dia juga tahu batasnya
Zarith memandang Aireel seperti teragak-agak. Nak tidur tapi macam biadap pula. Kalau tak tidur... kepala berdenyut kuat. Boleh ke kalau dia nak tidur?
Melihat Zarith seperti teragak-agak. Dia langsung berbicara sambil memujuk Zarith. Bukan Aireel mahu memaksa Zarith untuk tidur tapi liat saja dari mata Zarith. Nampak lelah. "Tidur saja, Ayin ku..."
"Betul ke diorang tak kisah?" Soal Zarith mesih segan. Dia mahu cuba untuk berubah jadi dia perlu mengubah biadap dia tu
Aireel memandang sekeliling sebelum. "Guys! Korang tak kisahkan kalau Ayin tidur?" Soal Aireel kepada semua. Lebih dari sepuluh orang dalam bilik tu. Nasib wad ni besar!
"Tak kisah!" Jawap mereka serentak
"See? Nak tidur tu tidur saja"
Zarith mengangguk lalu memejamkan mata
Aireel tersenyum melihat Zarith tidur
Tanpa mereka berdua sedar... Zayn selalu mengambil tugas merakam mereka berdua. Mic sudah disorokkan di meja berdekatan mereka berdua. Comel saja tingkah laku dua ketul ni!
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkk
16/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro