Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 33

Mereka berdua menunggu di hadapan bilik bedah. Zayn dan Aireel juga sudah maklum tentang kemalangan ini kepada ahli keluarga yang lain

Masing-masing termenung. Kesayangan mereka... mereka takut sangat apa-apa jadi dengan Zarith. Sudah hampir dua jam mereka menunggu. Dua puluh minit yang lalu baru Zayn teringat mahu memberi tahu mama papa dan abangnya

Dengan wajah cemas wanita separuh abad itu berlari. Melihat anaknya di depan pintu dia langsung memeluk anaknya. "Reel, kenapa Reel ada dekat sini? Kenapa baju Reel banyak darah? Reel... kenapa ni?" Terkejut dia bila nurse-nurse di hospital kepunyaan keluarganya ini memberi tahunya yang anak dia datang hospital. Mana tak terkejut. Dia sebagai doktor di situ sangat terkejut

"Ayin..." itu saja yang dapat keluar dari mulutnya.

"Kenapa dengan Ayin? Ini darah Ayin ke?" Soal Datin Anida risau. Melihat adanya termanggu. "Allah"

Tidak lama kemudian datanglah segerombolan orang kesini. "Ayon... macam mana dengan Ayin?" Soal Dato' Ariq cemas. Tadi dia mendapat call dari Zayn. Setelah sekian lama nombor Zayn tidak active. Mungkin selama ini dia menggunakan nombor baru?

Zayn hanya menggeleng tanpa memandang papanya

Dato' Ariq hanya mampu mengucap. Matanya dipejamkan. Isterinya tiada di sini. Mungkin baru mahu gerak. Dia datang bersama team DRG-nya. Hampir luruh jantungnya mendengar panggilan dari Zayn. Nasib ada Rozan yang menenangkan dia. Kalau tidak mati katak dia si situ

"Abang... keadaan Ayin macam mana?" Pabila kasutnya berbunyi semua memandangnya. Datin Zana sudah menangis.

Diam

Melihat suaminya diam dia memandang orang lain. Datin Zana melihat... Zayn. "Ayon... Ayin macam mana? Jangan diam please" rayu Datin Zana seperti perempuan gila

"Doktor tak keluar lagi" balas Zayn lembut tanpa memandang Datin Zana

Aireel hanya mampu termenung. Sakit... sakit yang dia rasakan. Dia tidak boleh tenang. Cinta hatinya sedang berjuang di dalam bilik bedah itu. Aireel menggenggam penumbuk. Menahan air mata dari jatuh

Seketika doktor keluar

"Siapa ahli keluarga Zarith Aireen binti Ariq Shayfullah?" Soal Doktor Qira.

"Kami doktor" semua pakat bangun. Tapi Aireel tidak bangun dari duduk. Hanya termanggu.

Zayn melihat Aireel hanya duduk itu. Dengan pantas dia menarik Aireel. Taknak Aireel rasa terpinggir.

"Cik Aireen ada kecederaan kecil di bahagian badan. Kaki kanan dia patah dan jari kelingking tangan kanan Cik Aireen retak. Di kepala tiada retakan yang serious. Cuma luka kecil di dahinya. lagi satu dia sedang demam. Mungkin akibat terkejut. Tapi demam dia memang tidak boleh buat main kerana antibody dia sangat lemah dan demamnya boleh membawa ma... ut" maklum Doktor Qira kerana badan pesakit terlalu lemah selepas kemalangan. Tambahan pula demam yang boleh membawa kematian

Semua di situ sudah terkedu. Terdiam tidak berkutik

"Bila kami dapat tengok dia?" Soal Aireel. Semua pakat berdiam diri. Dia sajalah yang boleh bercakap

"Selepas kami letakkan Cik Aireen ke wad biasa" balas Doktor Qira.

"Tukar wad VVIP" arah Datin Anida

Doktor Qira sedikit terkejut. Tidak perasan akan kehadiran anak kepada pemilik hospital ini. "Baik, Doktor Datin" itu panggilan yang selalu disebut apabila memanggil Datin Anida. Dengar macam pelik kan? Tapi entahlah. Eh- aku termengumpat dia ke?




Hari ini sudah masuk seminggu Zarith tidak sedarkan diri. Suhu badan pula makin panas. Aireel sangat risau dengan Zarith. Sekarang ni dia sedang tunggu si luar kerana Zarith sedang dimandikan oleh Datin Zana dan Datin Anida. "Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan kepada dia Ya Allah" Aireel sandarkan badan sambil mendongak kepala keatas. Matanya dipejam

"Reel kau dah solat belum?" Soal Zayn. Aireel nampak macam orang sakit.

Dia lihat jam... ternyata sudah masuk waktu Asar. "Belum" Aireel menggeleng lemah.

"Pergilah solat dulu..." ujar Zayn tatkala mendengar jawapan Aireel. Dia menepuk-nepuk belakang badan Aireel. Aireel seperti mati bini mungkin akibat sayangnya tinggi menggunung. Jadi apa-apa jadi dengan kekasih hatinya itu akan memberi impak yang sangat besar padanya

Aireel menghela nafas berat. Dia mengangguk seraya tersenyum. Aireel bangkit pada duduknya dan pergi kearah tempat solat.

Setelah sampai tempat yang patut dituju. Dia terus mengambil wuduk dan solat Asar. Selesai saja solat. Dia termenung... yeah dia tahu dia terlebih batas merisaukan Zarith tapi... salah ke? Sangat-sangat salah?

Aireel menadah tangan untuk berdoa. "Ya Allah, kau permudahkanlah urusan Zarith Aireen. Kau bangkitkanlah dia dari tidurnya yang sangat lama. Kau sihatkanlah tubuh badannya. Sesungguhnya hamba terseksa melihatnya sakit. Hamba tahu, hamba ini bukan siapa-siapanya dia. Tetapi, hamba sungguh terseksa... Ya Allah, jika dia memang jodoh hamba. Kau kuatkanlah hati hamba ini hanya untuknya Ya Allah. Jika dia jodoh orang lain maka hamba juga orang lain Ya Allah" sempat dia berseloroh dengan Allah sebelum mengaminkan doa. Setelah itu dia sambung termenung

Sekonyol-konyol ada pakcik tegur dia. "Nak, kamu macam nampak ada masalah besar saja"

Aireel langsung tidak terkejut. Lagi tadi dia perasan akan renungan pakcik itu terhadapnya. Aireel tersenyum manis. "Tak adalah pakcik..."

"Kalau ada masalah, cuba cerita. Pakcik boleh jadi pendengar" pujuk Pakcik itu. Dia mencuba untuk meringankan beban yang jejaka ini tanggung

"Saya rasa terseksa bila tengok dia sakit. Saya sedar saya bukan siapa-siapa. Tapi, saya tak boleh kalau tak tengok dia sehari. Rasa macam... entahlah pakcik. Saya sendiri tak faham dengan diri saya" Aireel mengeluh.

Pakcik itu mengusap belakang badan Aireel. "Dia tu siapa? Orang yang kamu suka?" Soal Pakcik itu bersama senyuman

Aireel mengangguk laju. "Tapi dia tak suka saya..." sedih saja nadanya

"Doa pada Allah, pakcik akan doakan yang terbaik untuk kamu dan dia juga" dia tersenyum seraya menarik Aireel bangun

Aireel ikut bangun

"Affan bin Azlan. Pakcik Af" dia menghulurkan tangan

Aireel menyambut dengan senyuman. "Zareel Aireel bin Aniq Zainudin"








Zarith terbangun... dia tersentak. Akibat terkejut dia terlompat. Dia melihat... melihat tubuhnya dibaringkan dengan kain kafan. Zarith melihat tangannya. "Aku dah mati?" Soalnya dengan nada pelik

Zarith melihat Aireel di situ yang sedang menangis teresak-esak. Dia cuba melambaikan tangan tapi tidak dapat menarik perhatian Aireel. "Zareel!" Berkali kali dia melaung tapi tetap tidak berjaya

Dia melihat diri sendiri disembahyangkan. Aireel jadi imam? "Oh god why is he so attractive" sempat dia memuji sebelum menepuk mulutnya sendiri. Sudahlah melihat diri disembahyangkan boleh pula mulut ni terlepas. Kalaulah Aireel dengar mahu tergolek dia

Zarith mengikuti semua orang. Lebih tepat mengikuti Aireel. "Comellah dia cengeng-cengeng" Zarith rasa mahu menarik-narik pipi Aireel. "Omel angat angat!" Apabila tersadar kata-katanya lagi. Dia langsung menutup mulut dengan tangan

Dia mengikut sampailah kubur. Zarith terjerit suka apabila kuburnya sebelah Atuknya. "Yeah! Atuk, nanti kita boleh berbual!" Dia menepuk-nepuk tangannya seperti budak kecil

Daripada suka terus mukanya jadi muram. Semua orang akan tinggalkan dia. Dato' Ariq, Datin Zana, Datin Anida, Dato' Zainudin, Zack, Zayn, ada dua perempuan yang dia tidak kenal dan... Aireel. Aireel paling laju air matanya jatuh

"Atuk, atuk taknak berbual dengan Ayin ke?" Zarith takut akan keseorangan tapi suka akan keseorangan. Dia sendiri tidak tahu dengan dirinya

Melihat tiada balasan dari kubur sebelah. Dia terus mencebik mahu menangis. "Semua janganlah tinggalkan Ayin!" Nafasnya turun naik turun naik. Entah kenapa nafasnya laju. "Eh? Aku bukan dah mati? Kenapa pula bernafas" dadanya berombak laju

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkk

15/1/2025

Edited

4/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro