ZA 32
"Pa, Ayin nak berhenti jadi gamer untuk sementara boleh?" Soal Zarith, serta-merta seisi ruang berlatih mereka terus terdiam. Tentang dia jumpa Zayn pun dia tidak maklumkan pada keluarganya.
"Apa kamu cakap ni, Ayin?" Sudah berkerut muka Dato' Ariq. Zarith suka membuat keputusan terburu-buru.
"Ayin... Ayin penat. Permintaan Ayin satu saja. Ayin nak berhenti untuk seketika bukan selamanya" Zarith hanya mahu ruang untuk dia move on. Dia mahu memperbaiki diri dan menghadap tuhan. Bila dia fikir-fikir balik banyak.... terlalu banyak dia tinggalkan solat. Pakai baju sudah elok... besar besar tapi... tudung... tudung terlalu singkat dan banyak lagi dia perlu memperbetulkan
"Ayin nak berhenti. Ayon hilang" Dato' Ariq menghembuskan nafas berat. Dia buntu
"Papa, don't make yourself important. Papa ada Yuyul, Rozan, Fifi, Xanda dan ramai lagi Pa. Diorang semua hebat-hebat belaka. Papa jangan fikir anak papa saja yang hebat. Please, please and please. Ayin merayu sangat dengan papa. Ayin cuma nak hilangkan diri dari semua orang. Ayin nak perbaiki diri sendiri. Ayin nak cuba dekatkan diri dengan Allah. Bukan itu yang papa mahukan? Hanya... seketika bukan selamanya..." lemah Zarith merayu. Untuk pertama kalinya dia menurunkan egonya demi mahu berhenti
Ya, dia terlalu selfish... betul kata anaknya. Dia terlalu fikirkan hanya anak-anaknya saja yang hebat bermain. Dato' Ariq hanya berdiam tidak berkutik
"Pa, Ayin merayu..." Zarith memejamkan mata. Akhirnya untuk kali pertama lagi. Dia menjatuhkan air mata depan papanya. Selama ini hanya sebab Danish, terharu dan sedih. Sekarang ni dia bukan sedih tapi terlalu... penat. Dia takut dia akan pengsan
"Rith, tak ada cara lain? Kami tak boleh tanpa kau. Cukuplah tanpa Zayn" soal Fifi sayu. Selepas ini tiadalah mendengar amarah Zarith buat jangka masa yang sangat lama. Sedih? Itulah yang dia rasakan
"Haah Rith, cara lain tak ada ke? Kami bukan nak halang kau dari mendekatkan diri dengan Allah. Kami lagi alu-alukan tapi... cara lain? Tak ada?" Sokong Xanda. Ada betul juga kata Fifi. Mereka tak akan boleh buat tanpa Zarith. Cukuplah Zayn tiada
Yuyul sudah mengelap air mata palsunya. Rozan yang pandang itu menjeling. Dramatic! Tapi memang sedih...
"Aku percaya korang boleh buat tanpa aku dan tanpa... Zayn" Zarith tersenyum manis, ikhlas.
"Papa..." semua mata memandang Dato' Ariq. Menunggu ayat seterusnya. Dia memandang mata anaknya sedalam dalamnya. Sungguh dia berat mahu mengatakan
"Pa, please..." dia membalas pandangan Dato' Ariq dengan sayu
"Papa lepaskan kamu, Ayin" dia melepaskan rayuan Zarith untuk berhenti. Dia menghelakan nafas berat
"Thank you Dato' Ariq Shayfullah bin Shayamri" dia terus memeluk Dato' Ariq
Dato' Ariq membalas pelukan itu dan melepaskan secara perlahan
Zarith memandang semua yang berada di situ seraya mengatakan. "Bye everyone! I believe you all can do without me! Luv you guys so much!" Selepas mengatakan itu dia terus berpamitan dan pergi.
Zarith memulas motor itu supaya dapat laju. Dia tidak sabar untuk menghilangkan diri. Banyak memori yang bermain di fikirannya. Terutama sekali tentang... Danish. Sekali sekala air mata jernih jatuh membasahi helmetnya
"I janji, I akan bawa you sampai ke jinjang pelamin!"
"Sayang, I laparlah. Makan jom!"
"You! Sampai hati you tinggalkan I lama. Hm majuk!"
"Kita tak jadi keluar ke you?"
"Sorry you, tadi mama I suruh teman dia. Sorry sangat-sangat sebab tak dapat teman you hari ni"
"Bulan depan jom tunang! I nak ikat you"
"You mama I tak suka you sebab kerja you. You berhenti je eh?"
"Sayang, jangan macam ni... jangan merajuk lama-lama. Nanti siapa nak teman I borak?"
Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Tidak disangka-sangka dari arah kanan kereta Myvi pecut mengejar lampu isyarat dan dan-
Bum!
Hentakan yang kuat. Zarith berguling dari atas depan kereta hinggalah jalan raya. Dia tidak mampu menggerakkan tubuh badannya. Seluruh tubuhnya merasakan kesakitan. Lagi sakit di kaki kanan dan tangan kanannya. Sakit sangat! Sempat dia mengucap sebelum matanya terasa berat. Mungkin dia akan terus menghadap Allah dengan membawa segala dosa-dosanya
Aireel dan Zayn sedang berada dikereta Aireel yang dipandu oleh Aireel itu.
Aireel membawa kereta dengan tenang. Sekonyol-konyol dia mendengar bunyi motor besar yang amat dia kenali. "Weh Zyan, tu bukan cinta hati aku ke?"
Zayn terus memandang kearah yang dikatakan Aireel. "Lajunya dia bawa. Dia nak pergi mana?" Zayn jadi cemas melihat adiknya membawa motor besar itu dengan laju. Laju dia dengan sekelip mata je dah hilang
"Aku follow dia eh? Aku risau dia nangis lagi" tujuan mereka mahu bermain snooker. Zayn ajak dia apa lagi? On lah!
Zayn menjatuhkan kepalanya berkali kali tanda setuju
Mereka sedang mengekori Zarith. Mengikuti dengan jarak yang jauh kerana mereka membawa kereta. Kalau mereka membawa motor boleh menyelit-nyelit
Tiba tiba...
Bum!
Aireel dan Zayn memandang satu sama lain dengan muka sudah risau. Takut itu kesayangan mereka.
Dengan pantas Aireel keluar dari kereta dan berlari kearah kejadian. Zayn mahu mengikut tetapi kereta belakang sudah hon berkali-kali terpaksalah dia batalkan niatnya untuk mengikut. Zayn terus parking kereta di tepi jalan yang berdekatan dengan mangsa
Zayn bergerak berjalan melihat orang itu. Dia terkedu... Aireel sedang memangku wanita yang berdarah. Helmet sudah ditanggalkan. Dia mencari keberadaan motor. Ternyata motor sudah jauh terseret dalam anggaran lima puluh meter motor itu terseret. Ni langgar lari! Dalam keadaan jauh itu dia cuba melihat nombor flat motor itu. "Allah" dengan laju dia melangkah mendekati wanita yang dikerumuni orang orang. Dia mendengar jeritan dalam tangisan Aireel
"Call lah ambulance! Apa bodoh sangat korang ni pergi rakam!" Tidak kisah reputasinya bakal jatuh. Yang penting hanya Zarith
Aireel melihat Zayn melangkah ke sini. "Zayn..." dengan nada yang sayu dia menengur Zayn
"Ayin..." Zayn sudah pun lemah.
"Zayn... kita tak ada banyak masa. Darah dia banyak hilang. Kita terpaksa angkut dia naik kereta" cantas Aireel dengan pantas. Dia tidak mahu berlama di sini
Laju Zayn menyeka air mata dengan kasar. "Aku start kereta sekejap!" Dia terus bangun dan berlari mengambil kereta. Sedih dia harus letak tepi yang penting adiknya perlu selamat dengan keadaan apa-apa pun
Zayn start kereta BMW M4 milik Aireel lalu membawa kearah Aireel. Dengan lincah tangannya membuka pintu di bahagian belakang
Aireel tanpa membuat masa dia terus mengangkat Zarith dengan gaya
bridal Style lalu masuk di pintu bahagian hadapan
Selepas Zayn menutup pintu. Dia berlari ke arah tempat pemandu. Dia terus memberikan double signal dan memecut laju
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkk
14/1/2025
Edited
4/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro