ZA 3
Zarith berasa tenang apabila Zayn tidak lagi sekolah di sini malah Aireel juga sama tetapi ketenangan itu tidak lama apabila dia masuk sekolah menengah
Aireel di sekolah menengah dikenali sebagai pelajar terbaik. Selama Zarith sekolah di situ Zarith tidak sama sekali menengur atau membalas sapaan Aireel. Bila nampak saja Aireel. Zarith akan senyap secara mendadak
Zarith kunci mulutnya sampailah tingkatan empat. Zarith sudah tidak dapat tahan lagi dengan kekacauan yang dibuat oleh Aireel.
"Be professional, Zareel. Awak tu pengawas malah bukan saja pengawas tapi ketua pengawas. Jadi, janganlah tunjuk benda tidak elok. Satu sekolah dah hate saya sebab awak selalu dengan saya. Orang tak tahu yang saya langsung tak layan awak. Orang anggap yang saya ni layan awak dan saya ni tak sedar diri. Saya tahu saya tak cantik... saya tak layak untuk orang yang macam awak. Lagi pun kita masih belajar. Cita-cita pun masih tak dapat gapai lagi. So please respect me" selepas dia berkata begitu dia langsung meninggalkan Aireel. Air matanya bertakung. Dia tidak kisah apa yang orang nampak dan dengar. Dia sudah penat... disebabkan Aireel dia langsung tiada kawan. Dia juga tidak kisah tanpa kawan kerana dia juga suka bersendirian tetapi Aireel kacau waktu bersendiriannya
"Ayin!"
Zarith berhenti tanpa memandang Aireel di belakang
Aireel berlari ke arah Zarith. Dia berdiri di depan Zarith yang tertunduk itu. Dia tahu Zarith sedang menahan tangisan. Dia keluarkan tisu yang baru dibelinya tadi. "Nah, Reel tahu Ayin nangis. Sorry sebab selama ni Reel kacau Ayin. Reel cuma nak Ayin tahu yang Reel cintakan Ayin. Reel tahu umur yang terlalu muda ni untuk bercinta-cintun. Reel pun tak ajak Ayin kearah keburukan malah Reel selalu cakap yang Reel nak khawin dengan Ayin bukan Reel selalu ajak Ayin bercouple. I'm sorry for that, okey?" Pujuknya lembut
Daripada Zarith berdiri terus mencangkung. Dia menangis teresak-esak. Zarith menutup mukanya dengan tangan tanpa mengambil tisu dari Aireel
"Sorry Ayin... nangislah sampai puas. Reel teman. Reel minta maaf lagi sekali" dia masih hulurkan tisu
Zarith menangis tanpa membalas percakapan Aireel.
Aireel juga ikut cangkung di hadapan Zarith.
Zarith pandang Aireel yang masih hulurkan tisu. Dia ambil juga tisu itu untuk mengelap air matanya
"Sorry" masih ada rasa sebersalahnya
Zarith tarik nafas dan hembus. Huu. "Benda seh itu pun nak nangis" kutuk diri sendiri tak apa kan?
Aireel yang mencangkung itu memandang Zarith dari bawah. Matanya sedikit tersepet kerana cahaya. Dia berdiri. "Kadang tiba tiba kita menangis ni sebab kita terlalu penat untuk semuanya. Sekali lagi. Maafkan Reel, Ayin"
Zarith memandang Aireel. Tarik nafas lepas itu hembus. "Okey lupakan apa yang jadi tadi. Saya tak minta simpati dari awak" balasnya lalu pergi dari situ
Aireel hanya menghembuskan nafas. "Baru sikit takkan kau dah mengalah? Awal lagi..." gumamnya sendiri. Takkan nak mengalah baru 5 tahun kau berjuang. Awal lagi nak mengalah. Dia tersenyum dah terus bangkit dari situ
"Dah mengalah?" Soal Zayn tersenyum sinis. Dia nampak cara Aireel memujuk adiknya itu
"Awal lagilah..." Aireel tersenyum manis membalas senyuman sinis Zayn
Hari ni hari terakhir Aireel di sekolah ni. Rasa macam taknak keluar dari sekolah itu. Reel risau dekat Ayin. Nanti Ayin sorang sorang. Berat juga hatinya ini untuk meninggalkan kawasan sekolah. Apalagi meninggalkan cinta hatinya seorang diri di sekolah ini. Dia nampak kelibat Zarith seorang diri di pondok. "Hai Ayin!" Sapanya gembira. Walau sebenarnya hatinya sedih
"Hm hai" nak taknak saja Zarith membalas. Walaupun ada sedikit sedih kerana Aireel mahu keluar dari sekolah ni. Tapi lagi banyak dia gembira kerana tiada orang kacaunya. Kalau gembira 99%. Sedihnya hanya 1%
"Jaga diri Ayin nanti kalau Reel dah keluar dari sekolah ni" dia berhenti menelan air liur. Tekaknya terasa kering. Lalu dia sambung ayatnya "Kalau ada orang buli atau hate Ayin lagi disebabkan Reel. Cepat cepat tau report dekat Reel. Biar Reel bunuh orang tu"
"Yakin? Tak takut kalau kena tangkap?" Saja mahu membuat Aireel berfikir balik
"Yakin! Reel kena tangkap disebabkan bantu Ayin pun tak apa. Asalkan Ayin hidup tenang tanpa gangguan" balasnya dengan pantas
Zarith terkedu. Dia ingatkan Aireel akan jawap dengan tergagap. Ni lancar dan pantas sangat. "Okey..." itu saja dia dapat respon
Rasa tenang tanpa gangguan dari Aireel. Sejujurnya dia ada rasa sedikit rindu mungkin hanya cuma 5% dari 100%. Tidaklah berapa rindu cuma sedikit saja
"Hey perempuan!" Wanita itu menunjal kepala Zarith
Zarith melihat siapa wanita itu. Dia tersenyum sinis. Itu perempuan yang mengaku dia awek Aireel, Wafally. "Ya? Takda kepala ke nak tolak kepala orang?" Dia membalas sambil menyindir
"Berani eh kau dengan aku? Aku report dekat Aireel nanti. Biar kau kena belasah dengan dia" panas pula hatinya bila disindir oleh Zarith
Zarith buat muka mengejek. "'Berani eh kau dengan aku? Aku report dekat Aireel nanti. Biar kau kena belasah'" dia mengajuk percakapan Wafally sambil buat gaya muka yang gedik dan suara yang kepit. "Kau ingat aku kisah ke? Kau bagilah tahu dia. Kita tengok dia backup siapa?" Zarith sudah ketawa dalam hati
"Kita jumpa dekat taman petang ni!" Arahnya
"Taknak aku... baik duduk rumah. Bersantai. Menikmati hidup. Uhh" Zarith mengelengkan kepala. Sudah membayangkan bertapa santainya dia.
"Takut cakap" balas Fatimah saja mahu menjadi batu api.
"Nampak sangat ke muka ni takut? Kau bawak phone kan? Asal tak call dia? Biar sama sama kita tengok. Dia backup siapa?" Zarith tidak berharap langsung Aireel akan menyokongnya. Malah dia taknak pun Aireel menyokong dia. Saja mahu provok Wafally.
"Okey! Kau sabar jap!" Dia keluarkan phonenya. Lalu mendail nombor Aireel
"Youu"
"Asalamualaikum siapa ni?"
Serentak mereka menyapa. Wafally sudah sentap
"Asalamualikum? Siapa ni?"
Aireel sudah pelik. Siapa pula ni yang callnya secara tiba tiba.
"You tak ingat I ke?"
Soal Wafally tanpa menjawap salam
"Salam pun tak jawap lagi ni sibuk nak tanya 'you tak ingat I ke?' Jawaplah salam dulu. Ni tak... haih anak muda zaman now"
Sindiran halus daripada Aireel membuatkan Wafally geram. Zarith sudah menahan ketawa yang hampir saja mahu terletus
"Waalaikumsalam you tak ingat I ke?"
Soalnya semula
"Ha! Kan bagus... kau siapa pula? Tiba je ni? Kau kenapa nak duit? Acah-acah kenal pula. Lempang nak lempang?"
"Ih you ni! I Wafally lah! Takkan you lupa?"
"Siapa kau ni? Acah-acah kenal pula"
"Eee you ni! I girlfriend you lah!"
Makin sakit hati mendengar balasan Aireel
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkkk
16/12/2024
Edited
24/1/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro