Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 29

Zack tersenyum... dia tidak boleh fokus mahu buat kerja. Bila teringat seraut wajah itu tersenyum. "Apa kau ni Ayel! Angau dah ke?!" Soal Zack pada diri sendiri lalu tersenyum lagi.

Flash back

Zack dan Lucky masuk ke dalam wad yang menempatkan Lauren

Lauren sedang termenung

Dah bangun? Desis hati Zack

"Lauren... adik okey?" Soal Lucky pada Lauren. Nampak sangat di wajah Lucky terpancar riak kerisauan

Lauren memandang pemilik suara itu. "Iky!" Gembira dia tatkala melihat wajah abang yang dia rindui

"Iya, adik okey?" Soal Lucky untuk kali kedua

Lauren mendepakan tangan. "Adik okey!"

Lucky yang faham dengan gaya yang adiknya buat itu langsung memeluk adiknya. Mereka duduk jauh dan jarang berjumpa. Lucky mahu sangat duduk satu rumah dengan Lauren tapi kerjaya mereka memisahkan mereka

"Iky, siapa tu?" Soal Lauren sambil memeluk abangnya lalu berbisik perlahan di telinga Lucky

Walaupun berbisik Zack tetap mendengar celoteh adik Lucky itu. Dia tersenyum memandang mereka berdua

"Boss, Iky" Lauren mengangguk

"Kenapa dia ada dekat sini?" Soal Lauren lagi

"Dia yang bawa adik ke sini" bibir Lauren membentuk O

Lauren memandang Zack. "Hai boss Iky! Terima kasih bawa Ren ke sini" Lauren tersenyum manis

Zack terpaku dengan kecantikan Lauren. Dia terus mengusap lehernya bagi menghilangkan rasa malu. Padahal telinga dah merah. "H- hai" balasnya sambil mengangguk. Itu saja dia dapat balas. Lebih-lebih karang dia sendiri yang malu

"Sejak bila pula boss jadi malu ni?" Berkerut keningnya memikirkan itu. Entah sejak bila

End of flash back

Lucky yang lagi tadi tenung bossnya. Kenapa pula dengan boss aku ni? Demam ke senyum senyum ni? Desis hati Lucky. Bukan apa dia sudah tengok bossnya hampir dua puluh minit. Jangan cakap dia tak ketuk pintu eh! Dia sudah ketuk pintu lebih sepuluh kali. Hampir roboh dah pintu tu. "Boss! Saya penat ni tunggu boss sedar kehadiran saya!" Laung Lucky

Zack tersentak lalu matanya mencerlung tajam kearah suara itu. "Kau nak apa?" Orang tengah angau ni sibuk pula nak mengacau. Kantoilah!

"Boss ada meeting kejap lagi" balas Lucky sambil menjeling mata keatas. Macam dia tak nampak boss dia macam orang baru bercinta. Padahal tak pernah bercinta. Muka dah hensem tapi sayang tak laku

"Oh okey" Zack menyambung kerjanya yang tergendala. Kerja apa? Angaulah apa lagi!

"Saya gerak dulu, boss" pinta Lucky sebelum keluar. Mendapat angukkan dari Zack terus dia berjalan menuju pintu

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. "Lucky"

Lucky yang baru mahu keluar itu tergendala. "Apa lagi bossku" soal dia lembut tetapi penuh sindiran. Baru saja mahu gerak dah dipanggil

"Kalau aku cakap sesuatu ni kau marah tak?" Soal Zack takut-takut. Memanglah dia boss tapi kalau bab ni cakap dengan Lucky mati dia kejap lagi

"Boss belum cakap. Macam mana saya nak marah? Lagi pun bos-" belum percakapannya sampai ke titik noktah sudah di potong

"Aku nak khawin" cantasnya cepat-cepat. Kalau nak dengar bebelan Lucky ni lebih panjang rasanya perbualan dia nanti

"Lepas tu? Boss ingat saya ni mama papa boss sampai boss nak bagitahu saya? Memanglah saya PA boss tapi sa-" Lucky menahan geram. Sudah kali kedua ayatnya di cantas oleh Zack

"Aku nak khawin dengan adik kau!"

Lucky terkedu seketika sebelum dia berlari laju kearah Zack. "Boss dah gila ke?! Boss nak mati awal?!" Dia mencengkam kolar Zack. Mati juga Lucky buat ni karang. Nanti bukan jadi majlis khawin malah jadi majlis tahlil.

"A- aku dah c- cakap. Sebab tu a- aku tanya kau. Kau ma- marah tak?" Zack mencuba melepaskan cengkaman Lucky di kolarnya. Dia sudah rasa sesak nafas

"Ini gila saya tak marah! Saya marahlah! Ini melibatkan adik saya!" Lucky melepaskan cengkaman di kolar itu dengan kasar. Tajam mata Lucky memandang Zack

Terlepas saja cengkaman itu dia terus mencuri nafas sebanyak yang boleh. Rasa macam nyawa di hujung tanduk. Setelah dapat aturan nafas yang betul baru dia membalas percakapan Lucky. "Sebab tu aku cakap dengan kau dulu. Kau bagi aku izin. Baru aku bagitahu mama papa aku. Lepas bagitahu mama papa aku. Aku mengayatlah adik kau" selamba saja nada dia kali ni

"Apa?!" Baru saja Lucky mahu mencengkam kolar Zack lagi. Terbantut tatkala...

"Kau ni! Aku dah minta elok-elok dah. Okey gaji aku naikkan! Puas hati? Lagi kau nak apa? Supaya kau bagi aku khawin dengan adik kau? Nak rumah? Nak kereta? Bagitahu" Zack betul-betul bertekat untuk mengahwini adik Lucky

"Boss ingat dengan tu saya boleh bagi sesuka hati? Tak ada, tak ada. Tak boleh!"

"Lantak kaulah! Aku nak khawin dengan adik kau! Bukan kau!"

"Saya yang jadi wali nanti tau!"

Pertelingkahan mereka sampai dengar di luar. Staff-staff ada yang sakit hati, ada yang tersenyum dan ada yang bisik-bisik. Banyak ragam mereka buat






Zarith termenung di dalam mall. Tadi Aireel ajaknya kesini. Jadi dia turutkan saja. Entah apa yang merasuki dia. Dia turutkan permintaan Aireel. Pakaiannya simple saja. Kemeja biru yang paras lutut, seluar boot cut putih, tudung shawl atas dada warna putih dan topi Aireel warna biru

"Zareel" panggil dia pada Aireel yang berada di sebelah

"Yes, little girl" sahut Aireel yang sedang makan ais krim milik Zarith

"Saya rasa something bad akan jadi" Zarith rasa tidak sedap hati lagi tadi. Dia tak tahu apa yang dia fikirkan.

"Kenapa pula?" Melihat Zarith yang termenung sambil bercakap itu. Ada yang mengganggu fikiran gadis itu ke?

"Saya tak tahu..." lemah saja tutur katanya

"Ayin cuba istighfar. In Sya Allah, Ayin akan tenang" ujar Aireel sambil tersenyum lalau sambung makan ice cream sampai habis. Zarith makan sikit lepas tu dia taknak. Dia bagi Aireel. Aireel pun terima dengan rela hati. Kata sayang kan?

Zarith cuba ikut cakap Aireel. Sejujurnya dia selalu rasa tenang bila dengan Aireel. Aireel selalu ada tepat waktu. Aireel selalu ada bila dia perlukan telinga untuk mendengar. Aireel selalu ada bila dia perlukan bahu untuk bersandar. Setiap tahun, bukan saja setiap tahun tapi setiap bulan. Eh bukan malah bukan setiap bulan setiap hari kalau boleh Aireel akan keluarkan perkataan ini...

'Reel cintakan Ayin'

Dan balasan dia adalah

'Saya dah ada boyfriend'

Itu saja dia ulang setiap masa

"Ayin... Reel nak ke tandas sekejap boleh?" Pinta Aireel. Sebenarnya sia tidak tahan mahu terkecing. Ada kang dia terkencing dalam seluar. Jatuh saham dia depan Zarith

"Okey" Aireel terus menghilang dari pandangan Zarith. Zarith mengeluh lagi. Tak sedap hati ini. Kuat pula dia rasa. Tiba-tiba ada pasangan yang dia rasa menarik untuk lihat

"You nak makan apa, sayang?" Soal si lelaki itu sambil memandang wanita itu dengan senyuman

Wanita itu tersenyum sambil membalas. "I nak makan you boleh?" Nadanya penuh gedik

Zarith sudah menahan rasa marah. "Patutlah setiap kali aku ajak kau kaluar.... kau bagi alasan. Rupanya kau berfoya-foya" tangan Zarith mula membentuk penumbuk

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkk

11/1/2025

Edited

3/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro