ZA 26
Baru hari ini kesempatan Zarith membuka instagram. Entah kenapa dia lebih suka akan tiktok. Dia melihat ramai orang tagnya. Tapi dia abaikan. Sebab lebih dari sembilan puluh sembilan. Simbolnya begini '99+' kau! Gilanya dia kalau dia buka dan tengok satu-satu. Tak larat! Dia orangnya... pemalas!
Baru saja buka sudah ternampak video dari... mungkin dari fans dia? Dia ada fans? Entahlah nak. Video itu, video dia pengsan. "Lah... pengsan pun nak rakam" gumam Zarith seorang diri. Benda tu pun kadang-kadang viral. Apa yang menarik pun tak tahulah
Biskut_yaya korang tengok ni!! I tengah tengok game kali ni. @Rith__ pengsan secara tiba-tiba. Apa-apa pun I doakan yang terbaik untuk you, my favourite gamer girl. Semoga you cepat sihat!
Zarith bukalah komen-komen
Takda nama
Kenapa ni? Aku tertinggal bas lagi ke? Please siapa-siapa bawa aku naik bas!
Soft_girl
Semoga akak @Rith__ cepat sihat!
Baby shark
Kenapa mata aku masuk habuk? Pengsan pun aku boleh sedih
Ikan kekek
Siapa potong bawang ni?! Ni semua sebab lagulah ni. Kalau lagu tak sedih saya tak nangis!
Dan banyak lagi Zarith baca. Pelik-pelik zaman sekarang. Pengsan pun dia nak rakam. Zarith hanya mampu menggelengkan kepala
Tangan Zarith scroll bawah lagi. Ternampak video orang... bernyanyi sambil mengetag dia? Siapa ni?!
Aireel_Zareel Hai Ayin! Reel selalu cerita pasal Ayin dekat sini... sebelum tu Reel dah minta izin dengan Ayin kan yang Reel nak post video ni sambil tag Ayin? @Rith__ thank you for coming into my life. Walaupun Reel bukan siapa-siapa pun dalam hidup, Ayin :) by the way lagu ni untuk kesayangan Reel, Ayin
"Zareel?!" Terkejut beruk dia membaca nama itu.
Seolah olah ada suara Aireel membalas. "Ya, sayang Reel?"
Cepat cepat Zarith menggelengkan kepala. Dia membaca caption... "Habis orang akan tahu dia tergila-gilakan aku. Kena kecamlah aku sebab tak terima dia" Zarith mengeluh berat. Dia mendengar suara Aireel yang sangat merdu. "Not bad"
Mei mei si cantik
Plot twist guys! Perempuan selama ini Aireel gilakan adalah @Rith__ Oh God I can't belive it!
Anjingarang
Sangat sangatlah speechless aku ni. Otak masih lagi tak boleh nak proses
Kucing miaw
Selama ni aku sokong dua dua idola aku rupanya... tapi bukan Rith bagitahu dia dah ada boyfriend? Tapi tak apa! Aku still sokong diorang berdua!
Itik menyalak
Plot twist apakah ini!
Zarith melihat sampai kebawah. Ada juga yang memberi comment negatif tapi lebih ramai memberikan comment positif
Zarith scroll bawah lagi... ada video dia memakai helmet di pantai? "Siapa yang hantar ni?!" Tak suka betul dia orang merakam tanpa sebab. Macam mana dia boleh tahu dirinya? Sebab helmet tu helmet ada hellokitty dia. Lagi satu sebab baju tu baju yang dia pakai waktu pergi pantai
Khair_Sem I thing this girl is crying... Maaf owner dalam video ni sebab ambik video tanpa izin.
Kaki putus
Ni bukan @Rith__ ke? Helmet dia je aku dah tahu
Mama_monkey
Mama rasa @Rith__ nanti cubalah berkenalan. Mana tahu sangkut
Themulutkepo
Weh! Tu @Rith__ lah! Ini nak kena bagitahu kawan aku ni. Rith ada peminat baru
Netizenani
Dari helmet macam @Rith__ dari pakaian macam @Rith__ juga
Zarith mengeluh. Apa yang dia boleh buat adalah suruh jantan tu delete. Dia terpaksa dm
Tolong delete video tu
Hantar!
Lantaklah tanpa salam ke apa ke yang penting video tu padam
Hari ini perlawanan MLBB tanpa Zayn. Zarith tak rasa apa-apa ke kalau tanpa Zayn? Entahlah... dia pun tak rasa apa-apa kalau tanpa Zayn. Dia perlu buktikan tanpa Zayn pun mereka boleh menang
"Pa, Ayin minta maaf" pinta Zarith tanpa nada dan riak. Mungkin bila orang tengok gaya dia minta maaf orang akan cakap dia kurang ajar. Tapi itu bukan kan perangainya?
Dato' Ariq pandang Zarith sekilas lalu menyambung melihat phone
"Ergh! Menyampah!" Dahlah kejap lagi dah nak start permainan. Bila tak minta maaf di kata kurang ajar. Bila dah minta maaf pun di lebel kurang ajar juga kah? Argh baik tak payah minta maaf!
Zarith terus menghilang dari tempat yang di duduki oleh Dato' Ariq. "Zarith Aireen binti Ariq Shayfullah!" Panggil Dato' Ariq tegas
Zarith hanya endahkan. Sakit hati dia lebih penting dari melayan papanya. Nanti bukan makin baik. Malah makin sakit hati.
Masing-masing sudah kecut perut bila melihat muka Dato' Ariq merah. "Papa... sabar pa. Marah ni tak baik untuk kesihatan papa" Rozan mencuba memujuk amarah Dato' Ariq
"Apa yang papa kurang didik dia? Atau ni kifarah sebab papa pun pernah buat macam tu dekat atuk dia? Sebijik perangai dia ikut papa... sungguh papa kecewa dengan diri papa. Tak mampu didik anak papa jadi lebih baik. Terlalu manjakan" mengendur suara Dato' Ariq. Dia tak suka... tak suka akan dirinya. Semua sebab perangai dia. Kalau dia tak berperangai begitu mesti anaknya baik-baik saja.
"Tak, ini semua bukan salah papa tapi ni dah takdir. Kita sebagai manusia perlu redho" Rozan tersenyum memandang Dato' Ariq berharap agar Dato' Ariq bertenang
Dato' Ariq hanya membalas dengan keluhan berat
"Kau jadi pergi ke?" Soal Zayn pada Aireel
"Jadi, kenapa? Kau dah berubah fikiran untuk ikut?" Soal Aireel setelah menjawap soalan Zayn. Orang dah ajak, sombong! Taknak ikut, takut ni lah, takut tu lah. Alasan! Malas Aireel mahu layan. Lebih baik dia pergi awal-awal. Dapat jumpa kekasih hati belahan jiwa dia. Daripada hadap Zayn tak berfaedah!
"Tak, mana ada! Tapi boleh ke?" Cakap tak tapi boleh pula dia tanya 'boleh ke?'
Aireel sudah tercengang. Bengong ke apa kawan dia ni? Ada terhentak mana mana ke? "Kau ni sihat tak?" Berkerut mukanya memandang Zayn
"Sihatlah! Kau kenapa tanya aku macam tu? Nampak sangat macam orang sakit ke?" Zayn pula geram dengan soalan Aireel. Muka ni darah masih lagi berjalan.
"Habis tu?"
Terus berkerut wajah Zayn. "Habis tu apa pula?"
"Ye lah, kalau kau nak ikut cakap nak ikut tak payahlah nak cakap 'Tak, mana ada! Tapi boleh ke?'" Balas Aireel sambil mengajuk percakapan Zayn sambil membuat mimik muka.
"Tak payahlah nak menganjing!" Marah Zayn. Boleh je cakap baik-baik. Ni tak nak mengejek.
"Okey, tak! Sekarang ni kau nak ikut ke taknak? Aku tanya kau last tau ni. Lebih baik aku tenung muka cinta hati aku daripada bergaduh mulut dengan kau" sudah naik menyampah Aireel dengan sikap Zayn. Nak tapi cakap taknak. Hidup Zayn terlalu macam perempuan. Complicated!
Zayn seperti ragu-ragu.
"Taknak sudah!" Malas layan perangai Zayn
"Ye lah aku nak!"
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkk
8/1/2025
Edited
3/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro