Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 22

Sudah seminggu Zayn menghilangkan diri. Seminggu juga Dato' Ariq buntu. Zayn pemain terbaik juga. Kalau tiada dia tiadalah seri pemain

"Papa kenapa?" Soal Rozan pada Zarith. Dia hairan kenapa Dato' Ariq seolah-olah seperti mak hilang anak. Tapi ni bukan mak. Ni bapak hilang anak

"Entahlah, Zan. Buntulah tu" balas Zarith tanpa nada. Hanya fokus pada phone saja.

"Kenapa pula?" Soal Xanda. Keningnya mulai terjongkit. Semua mengangguk, mula minat dengan apa yang di borak oleh Zarith dan Rozan

"Ye lah, anak dia tu hilang dah seminggu" ujar Zarith malas-malasan. Rimas dia kalau cakap pasal Zayn

"Ha? Zayn ke?" Soal Fifi pula. Tidak tahu menahu akan hal itu

"Ye, menyusahkan orang betul" Zarith merengus kegeraman

"Habis tak buat report polis? Dia tu orang yang ramai peminat. Mungkin juga kena culik dengan orang yang tak suka dia ramai peminat" kenapa mereka semua baru tahu sekarang yang Zayn tiada? Apa mereka juga tidak penting tahukan hal itu?

"Tak, hilang bawa diri... bukannya hilang kena culik" makin rimas pula dia di buatnya. Semua orang ni macam nak tahu sangat kenapa? Stress!

"Kenapa? Ada apa-apa jadi ke? Yang kami tak tahu?" Soal Yuyul kerisauan. Hanya Yuyul saja yang tahu hubungan Zarith dan Zayn yang renggang. Zayn memang tak suka bercerita tapi Yuyul yang nampak dengan mata kepala sendiri. Apabila di soal pada Zayn. Zayn hanya menggeleng. Di paksa baru di beri tahu. Zarith juga tidak beri tahu Yuyul

"Nothing" balas Zarith bersahaja

"Rith... betul-betullah. Dia abang kau tau. Tak akan kau tak risau walau sikit pun?" Soal Yuyul lagi. Tak suka dengan perangai Zarith yang satu ini. Orang bagai hilang arah kalau macam tu. Dia boleh rilek? Seriously? Argh ada juga orang yang macam ni.
Dasar hati batu! Desis hatinya

"Buat apa nak risau? Dia dah ada anak bini. Tahulah bini dia jaga!" Selepas ucapkan itu Zarith terus bangun pergi meninggalkan semua orang di situ. Rimas tahu tak rimas? Sibuk nak jaga tepi kain orang buat apa?! Stress!

"Ha? Bini?" Semua orang di situ di tinggalkan dalam keadaan tertanya tanya




"Kau taknak balik ke, Zayn?" Soal Aireel. Zayn tidak keluar rumah langsung. Sejak Zayn duduk sini, dia makan di rumah. Zayn yang masak, Zayn yang kemas. Cuma beli barang-barang tu dia lah.

"Kau tak suka aku duduk sini ke?" Soal Zayn. Terasa sedikit, tapi okey lagi. Tak sakit sangat pun terasa tu. Perkataan terasa juga sudah sebati dalam diri dia.

"Bukan tak suka, tapi aku kesian dekat kau. Tak keluar rumah langsung. Lagi pun minggu depan kau game tau. Tak akanlah kau taknak masuk?" Tiada niat langsung nak menghalau Zayn. "Kau terasa ke?" Risau jugalah Zayn terasa.

"Taklah, dah biasa. Kejap lagi aku balik. Kau jangan risaulah. Sorry sebab menyusahkan kau" Zayn tersenyum hambar. "Pasal game tu... aku nak cari kerja lain. Sorry sekali lagi sebab menyusahkan kau" Zayn terus bangun dari duduk untuk mengemas bilik tetamu. Dia perlu kemas seperti mana dia nampak bilik tu.

"Ey jangan macam tu... sorrylah buat kau terasa. Aku tak kesah pun kau nak duduk sini berapa lama. Aku pun bosan kalau duduk rumah ni sorang-sorang. Kau kata nak cari kerja kan? Kerja je dekat tempat aku. Yang kena dengan bidang kau masa belajar tu" cantas dia laju. Taknak bagi Zayn terasa. Tanpa sempat Zayn balas apa apa. Dia sudah suruh berkerja di tempat dia.

Wajah Zayn seolah terpinga-pinga? Ha? Kerja? Laju sangat Aireel cakap. Tak sempat pun dia mahu membalas atau menyampuk. "Ha?"

"Tak payahlah balik..." pujuk Aireel. Dia dahlah tak pandai pujuk.

"Aik? Tapi... tadi kau tanya aku bila nak balik? Sekarang kau tak bagi aku balik?" Soal Zayn. Keningnya terangkat. Menjongkit

"Tak jadi... tak payah. Kau nak kerja. Kerja dengan aku je. Jangan risau aku akan rahsiakan keberadaan kau dari keluarga kau" entah apa yang dia takut. Mungkin takut Zayn terasa. Maaflah kita ni kuat overthinking. Jadi risau...

"Tak faham... kau cakap apa? Janganlah laju-laju. Kau risau eh?" Zayn tersenyum mengusik. Biasanya kalau Aireel cakap laju-laju ni risau dia terlebih had

"Dah lah kau!" Malas Aireel melayan Zayn.

"Eleh risaukan kitalah tu" Zayn makin galak mengusik.

"Diam!" Aireel baling bantal tepat pada muka Zayn. Apabila Zayn dapat mengelak dia merengus kegeraman





Mamat sewel
Ayinnnn
Joging petang ni jommm
Jangan risau Reel dah minta izin mama papa Ayin

Malas

Orang malas sibuk nak ajak. Dahlah tengah stress budak-budak papanya itu sibuk menanyakan tentang Zayn.

Dengan secepat kilat whatsapp dia di balas.

Laju betul mamat ni balas. desis hati Zarith

Mamat sewel
Jomlah, Ayinnn
Kali ni Reel janji kalau Ayin nak apa-apa Ayin bagi je tahu Reel.
Jomlahhhh

Taknak

Mamat sewel
Jomlahhhh
Plishhh

"Gedik betul type panjang panjang. Ingat comellah tu?" Gumam Zarith. Tak suka, kalau Danish tak apalah. I like!

Tolong jangan paksa

Mamat sewel
Jadi taknaklah niii
Alaaaa
Takpalah





"Seen je? Geram betul! Nasib cantik" Aireel tersenyum angau

Zayn lagi tadi merakam kawannya itu. Tujuan dia merakam? Tujuannya sebab Aireel tersenyum berwhatsapp dengan adiknya. Apa-apa melibatkan adiknya dan Aireel dia akan merakam.

"Kau buat apa Zayn? Tala camera tu dekat aku?" Soal Aireel pelik. Kawan dia ni suka merakam-rakam. Takutlah kan kantoi perbuatannya tersenyum-senyum seperti kerang busuk

Cepat-cepat Zayn matikan camera. "Kan aku dah cakap dekat kau... camera aku rosak. Kau tahulah kan camera ni dah berapa tahun?" Dia membuat mengecek. Padahal takda apa pun

"Ye eh kau ada cakap?" Soal Aireel tak percaya. Aireel pandang Zayn atas bawah

"Ye! Waktu kau tengah basuh baju tadi" balas Zayn. Berpeluh-peluh dahinya. Takut terkantoi

"Eleh yelah tu!" Mata Aireel menjuling ke atas

"Kau whatsapp siapa?" Sengaja dia berdalih

"Ha! Tukar topic. Adik kau" Zayn pandai tukar tukar topic.

"Kau whatsapp dia apa?"

"Ajak dia joging petang ni"

"Habis tu dia nak pergi ke?"

"Taknak" sedih Aireel. Dia membuat buat mengelap air mata. Dramatic! Kata-kata ni juga sudah sebati pada diri Aireel

Zayn ketawa besar. "Padan muka!"

"Diamlah!"

Makin kuat ketawa Zayn

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkk

4/1/2025

Edited

3/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro