ZA 18
Zarith sudah nampak taman. "Sikit lagi Ayin... you can do it!" Dia memberi kata kata semangat untuk diri sendiri.
Aireel yang melihat itu tersenyum angau. Comel dengan segala perbuatan Zarith. "Yeah you can do it, Ayin" dia juga tidak kalah memberi kata semangat
Sikit lagi Ayin... sikit je lagi... getus hati Zarith. Setelah sampai di taman. Dia terus terduduk. "Hah!" Dia menghembuskan nafas kepenatan. "Yeah I did it!" Bangga dia ucapkan dalam keadaan tercungap cungap.
"Yes! You did it, My Ayin" katanya dengan comel. "Ayin, Reel nak pergi tandas sekejap" mendapat anggukan dari Zarith. Dia terus berlalu ke tandas
"Penatnya!" Keluhnya... Zarith memandang sekeliling. Dia sedikit shok melihat abangnya iaitu Zayn bersama perempuan dan... seorang budak lelaki. "Dia dah ada anak? Oh my good kena ambil gambar ni. Bukti! Boleh report dekat mama papa" Zarith keluarkan phone lalu...
Klik!
Klik!
Klik!
Zarith tersenyum sinis... "Tunggulah kau... aku tunjuk mama papa" dia ketawa yang menjengkelkan
Aireel datang menghulurkan air. Zarith sedikit tersentak. Kantoi ke? Takkan? Dia menyambut air itu. "Thank you"
Aireel mengangguk seraya menyoal lembut. "Buat apa?" Pelik melihat Zarith seperti mengambil gambar tetapi mukanya tidak senyum. Hanya ketawa yang pelik saja dia dengar
"Ambik gambar-"
"Gambar muka tengah ketawa?" Cantas Aireel. Mukanya masih dalam berkerut. First time dia nampak perempuan yang ambik gambar tengah ketawa pelik.
"Saya memang suka ambik gambar muka macam nak tenat" balas Zarith tenang supaya tidak terkantoi perbuatannya. Kalau kantoi comfirm Zayn akan tahu juga perbuatannya itu
"First time" ujar Aireel seraya mengangguk.
"What?" Menyatu keningnya tidak faham. Adakah Aireel tahu tujuan dia menghala phone di sana?
"First time Reel tengok perempuan ambik gambar aib sendiri dan perempuan tu, Ayin"
Di pendengaran Zarith itu sinis. "Menyindir ke?" Soal Zarith lalu memandang tajam
"Bukan menyindir tapi Reel memang suka terus terang" Aireel tersengih. Dia tak tahu tujuan Zarith mengambil gambar aib sendiri
Zayn ternampak adiknya dan Aireel cepat-cepat dia keluarkan camera dan merakam detik itu. Dia suka melihat adiknya bersama Aireel. Sejujurnya dia tiada di samping Zarith pun takpa asalkan Aireel ada untuk menggantikan tempatnya. Dia nak Zarith anggap Aireel bukan sekadar teman tapi dia nak Aireel menjadi seorang suami pada adiknya. Bukan... jantan kaki perempuan dan kaki club tu
Daisy perasan Zayn merakam itu. Dia perlu berdiam diri dahulu sehingga selesai. Kemudian barulah dia bertanya. "Aaron, awak buat apa rakam diorang?" Dahinya mula berkerut. Zayn merakam seorang perempuan bersama seorang lelaki
"Huh?" Keningnya terjungkit. Apabila Zayn sudah faham dengan pertanyaan Daisy itu. Dia terus menjawap lalu tersenyum. "Perempuan tu... adik saya. Saya tak mampu ada di sebelah dia. Saya hanya ada kawan yang selalu bersama adik saya. Dengan itu saya hanya mampu melihat dia tanpa bertanya tentang sakit dia. Hubungan saya dan dia sangat renggang. Bukan sangat tapi tersangat-sangatlah renggang" senyuman Zayn mati ketika mengingat punca mereka bergaduh adalah jantan tak guna tu
Daisy terasa ada magnet pula. Tadi Zayn terasa berminat akan ceritanya sekarang dia pula rasa berminat akan cerita Zayn. "Kenapa?" Matanya bersinar-sinar mahu mengetahui
Zayn tersenyum hambar. "Entahlah... dia lebih memilih percayakan boyfriend dia berbanding saya. Saya kan bukan siapa-siapa pada dia" matanya termenung memandang tikar. Sambil bercakap sambil termenung
"Maksud awak?"
"Boyfriend dia tu kaki perempuan dan kaki club. Saya sebagai abang saya rasa adik saya tu hanya tempat melepaskan bosan saja. Saya dah cuba cakap dekat adik saya tapi dia... dia tak percayakan saya. Dia marah saya. Sejak kejadian tu... saya dan dia jadi fake bila depan keluarga. Kami akan bergurau dan bergaduh manja tapi di sebalik tu... kami memang macam orang tak kenal" entah apa yang perlu Zayn rasa. Menangis? Sedih? Gembira? Tenang? Entahlah... perasaannya ini bercampur baur
"Sejak bila? Dah lama sangat ke?" Makin meningkat-ningkat rasa ingin tahunya.
Zayn mengeluh. Melepaskan segala beban yang dia rasa. "Dah nak masuk empat tahun dah" Zayn tersenyum hambar lagi
Mata Daisy sedikit membesar. Sidikit terkejut. "Lamanya..."
"Yep... sangat lama" Zayn tersenyum hambar entah kali ke berapa
"Nanti kalau nak minta tolong saya apa-apa. Saya sentiasa akan membantu tau. Ni nombor saya... simpan dulu. Tak perlu save sekarang" Daisy tersenyum manis supaya dapat mengurangkan rasa sedih Zayn. Mungkin saja dia akan tersenyum ikhlas kembali. Tak cuba tak tahu kan?
"Zareel" panggil Zarith apabila mengingatkan sesuatu yang Aireel janjikan
"Yes, my love?" Lembut saja balasannya
"Awak kata nak belanja saya makanan. Tu ada food festival" bibirnya mula tersenyum bila mengingatkan makanan
"Kalau tu Ayin tak boleh makan. Tunggu balik rumah baru boleh makan" balas Aireel sambil memandang Zarith yang bertingkah comel itu.
"Kenapa pula" muka Zarith jadi berkerut apabila Aireel tidak memberinya makan apabila di beli
"Kalau kita balik nanti... dengan Ayin baru lepas makan. Tak ke muntah nanti? Kalau tak muntah pun senak perut. Tak senak dia akan mual. Tak mual dia akan pancit bila Ayin la-" belum sampai ke titik noktah ayatnya di potong
Zarith merengus. "Ish! Cakap jelah taknak belanja. Senang! Tak payah beri harapan palsu" sakit pula hati mendengar setiap percakapan. Dia sendiri kata 'Reel memang suka berterus terang' ni yang berterus terang tu? Hm pergi sana lah dengan berterus terang kau tu!
"Bukan macam tu, Ayin... kita tak ada kenderaan nak balik. Kalau Ayin sakit siapa yang susah?" Balas Aireel masih berlembut. Tidak mahu Zarith terasa
"Awak nak cakap saya ni menyusahkan awak kan?" Zarith terus mengeluarkan phone dia untuk menempah grab mahu balik. Lepas makan naik grabkan boleh. Ni nak juga balik tu joging. Ergh menyebalkan! Kesal sekali mukanya
Laju langkah Zarith. Aireel cuba mahu mengejar. "Ayin... tunggu dulu! Janganlah macam ni. Reel minta maaf okey? Jom kita pergi beli" Aireel cuba mahu memujuk tetapi...
"Taknak! Saya tak perlukan tu!" Tepat pula grab yang di tempah sampai. Tak perlulah Zarith perlu menghadap muka Aireel lagi
Zarith masuk dalam kereta lalu menutup pintu. "Pakcik jalan je tau. Takyah layan orang gila tu"
Pakcik tu mengangguk. "Baiklah, cik"
Aireel menepuk-nepuk tingkap. Akhirnya apa yang dia buat tidak berjaya. Aireel mengeluh. Dia terlepas...
Daisy dan Zayn yang melihat dari jauh itu terkekeh. Tidak lupa Zayn merakam moment itu. Tidak mahu terlepas akan apa yang terjadi pada Aireel
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkkk
31/12/2024
Edited
3/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro