Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 16

Zayn keluar dari rumah. Sebenarnya tujuannya mahu pergi taman sahaja untuk bersenang. Saja je dia cakap dekat Aireel tadi yang dia mahu ke kerja tapi tidak pun. Taman adalah tempat dia melepaskan segala keluhan dan tempat mencari ketenangan.

Orang lain mungkin pantai... tapi dia hanya taman, taman dan taman. Di taman ada budak kecil bermain. Melihat budak kecil bermain juga adalah sesuatu ketenangan bagi Zayn

Aireel melihat Zayn keluar dari rumah dengan muka seolah penat. "Kenapa? Kenapa kau jerkah dia?" Soal Aireel takut-takut. Aireel melihat wajah kesal itu. Dia dengar suara Zayn memetir memanggil nama Zarith

Zayn mengangkat bahu. "Aku gerak dulu, bro" pintanya lalu terus pergi ke keretanya

Aireel dengan muka terpinga-pinga itu dia memandang setiap langkah Zayn. Mesti gaduh dengan adik dia lagi kan? Bukan dia tidak tahu hubungan Zayn dan Zarith yang sedikit renggang. Bukan sikit tapi sangat renggang

Beberapa minit kemudian

Aireel melihat jam. Pukul lapan sudah. Tidak keluar lagi Zarith ni. Aireel mengeluh. Dia membuat keputusan untuk membuat panggilan. Baru saja mahu mendail tiba-tiba ada orang keluar

"Sorrylah kalau tunggu lambat. Saya dah cakap dekat awak yang saya taknak pergi tapi disebabkan awak paksa jadi saya turutkan saja. Walaupun dengan keadaan terpaksa" empat perkataan terakhir dia pelahankan suara supaya Aireel tidak tersinggung

Aireel memaniskan wajah. Dia dengar saja apa yang Zarith cakap. Terasa? Itu sudah biasa dia kena tiap kali berada di samping Zarith. "Dah jom warm up" ajaknya

Sambil sambil memanaskan badan Zarith mahu bertanya pada Aireel. "Zareel"

"Yes, beautiful" balasnya sambil mengangkat muka

Zarith buat muka seperti tiada apa apa berlaku. Sudah lali dengan panggilan manja seperti itu. "Kita nak joging dari mana sampai mana?"

"Dari sini ke taman lepas tu joging lagi dekat taman. Kalau nak rehat-rehatlah sebab nanti kita patah balik" Aireel tersenyum memandang Zarith yang sedang membuat muka terkejut

"Tak jadilah" tolak Zarith. Gila kau dari sini ke sana je dah 5 kilometer. Lepas tu joging lagi dekat sana? Like seriously? Jauh gila. Cepat cepat dia menggelengkan kepala. Menolak!

"Ini sebab Ayin banyak penyakit... sebab taknak bersukan. Tahu duduk main phone saja. Nasib dapat duit. Kalau tak hidup Ayin... hm" sindir Aireel. Dia cuba membayangkan sambil menggelengkan kepala

"Awak perli saya ke ni?" Soal Zarith tidak puas hati

"Reel memang suka cakap lepas. Walau apa yang Reel cakap itu tak akan menjejaskan rasa suka dan rasa cinta Reel pada Ayin" masih lagi memaniskan wajah. Tapi hatinya terfikir tentang sahabatnya.

Haish risau betul aku dengan budak tu. Karang buat benda bukan-bukan kan. Zayn suka mencarinya ketika mahu mencurhat isi hatinya. Zayn anggap Aireel adalah rumah kedua selepas keluarganya

Setelah selesai memanaskan badan Zarith cepat terus berlari meninggalkan Aireel. Apa yang dia fikir adalah kalau sampai awal balik pun awal.

"Ayin! Tunggulah! Laju-laju nak ke mana? Nanti pancit kang!" Laung Aireel sambil mengejar Zarith. Bahaya betul budak ni







"Aduh-aduh penatnya!" Adu Zarith sekuat yang boleh. Dia sengaja mahu berhenti kerana terlalu penat. Zarith duduk di tempat pejalan kaki.

"Hey, kalau penat jangan duduk. Boleh pengsan" Aireel melihat jam tangannya yang memaparkan berapa kilometer mereka berlari dan ternyata... "Lagi satu... kita baru lima ratus meter berjoging" Aireel cuba menarik hujung lengan baju Zarith supaya bangun. Degil betul si Zarith ni. Nasib sayang! Tadi orang suruh joging tapi dia pergi lari. Aireel menggeleng kepala

Zarith cuba bangun. Dia rasa tidak bermaya. Penat! Dia terus terbaring kerana lelah

"Ayin... kotorlah! Cepat bangun! Nanti sampai taman Reel belanja makan" pejuknya. Kalau tak sampai esok pagilah mereka berada di sini

Zarith terus bangun. "Betul?" Semangat dia bertanya.

"Ya Ayin... now sambung joging okey?" Zarith menjatuhkan kepala berkali-kali. "Good girl" Aireel tersenyum manis. Entah ke berapa kali terlakar senyuman itu



Zayn bawa keluar cameranya dari dalam perut kereta. Dia berjalan mendekati tasik di taman itu. Di situ juga tempat ramai orang berkelah. Teringin dia merasa suasana itu.

Zayn duduk tanpa menghalaskan apa apa. Dia buka camera itu lalu mengambil gambar satu keluarga di situ. Ada seorang kanak kanak dalam lingkungan empat tahun dan ada seorang perempuan muda dalam lingkungan dua puluh-an. Sungguh indah hidup sederhana seperti itu. Dia tersenyum.

Zayn berasa sedikit penat. Dia mencabut topinya lalu membaringkan dirinya di rumput itu. Orang lain mungkin geli tapi dia penat. Mahu berehat untuk seketika. Topi menutup matanya supaya menghalang dari sinar matahari. Matanya mulai terpejam rapat.





"Daniel... tengokkan uncle tu boleh? Umi tengok macam uncle tu penat. Mungkin juga dia lapar. Ajaklah dia makan sekali" ujar Daisy kepada anaknya itu. Dia lihat muka pemuda itu kacak. Eh- salah-salah. Maksud dia, dia melihat pemuda itu seakan lelah

"Antel? Otey umi" terkedek-kedek budak lelaki itu berlari ke arah lelaki yang di maksudkan uminya

Tersenyum Daisy melihat anaknya terkedek-kedek berjalan. Comel!

"Antel..." panggilnya sambil menggegarkan sedikit tubuh lelaki itu dengan tangan kecilnya

Zayn angkat topinya. Dia merasakan ada sedikit gegeran. Zayn membuka mata. Kornea matanya melihat budak kecil yang dia tangkap gambar tadi. "Yes, baby?" Keningnya terangkat

"Umi tate uruh ajak antel akan kali" (umi kata suruh ajak uncle makan sekali) celoteh budak kecil itu

Zayn tidak faham apa yang budak tu kata. Zayn tayang wajah blur. Zayn ditarik bangun dari duduk. "Nama awak siapa? Kenapa awak tarik uncle?" Kakinya tetap berjalan memgikut langkah tuju si kecil

"Niel" si kecil itu tersengih kecomelan

Akhirnya sampai di tempat tujuan budak kecil itu. Zayn pandang depan. Dia terpaku. Cantiknya ciptaanmu Ya Allah. Bidadari tak bersayap mana pula ni jatuh? Apabila dia tersedar mendengar deheman budak kecil itu pantas dia mengalih mata memandang tempat lain. Malu! Dia mengusap belakang lehernya. Buat malu keturunanlah kau!

Daisy juga mengalihkan pandangan. Merona wajahnya

Pantas Zayn memandang Niel. "Kenapa Niel bawa uncle ke sini?" Wajahnya juga masih blur

"Saya yang suruh... saya nampak macam awak penat sangat. Jadi saya yang suruh Daniel panggilkan awak. Tikar ni luas. Awak nak tidur dekat sini pun boleh. Lagi satu awak nak makan. Ambil je. Makanan saya bawa banyak juga" Daisy tersenyum manis.

Zayn sedikit kekok. Dia di layan baik oleh seorang wanita ini. Tapi bila mengingatkan status wanita ini dia sedikit gerun. "Suami awak tak marah ke?"

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkk

29/12/2024

Edited

3/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro