Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 15

Tepat pukul enam lima puluh lima dia sampai di depan rumah Zarith. Aireel keluar dari kereta sambil membawa barang keperluan. Dia duduk depan keretanya. Pakaian dia yang dia pakai adalah t-shirt berlengan pendek berwarna putih, seluar pendek berwarna hitam. Tidak lupa dia memakai seluar tight dan memakai topi berwarna putih berline hitam.

Sudah lima belas minit dia menunggu. Haih tak boleh jadi ni. Kena cuba call ni. Aireel mengeluarkan phone dari kocek seluar pendeknya. Sudah tiga kali dia mendail nombor Zarith tetapi tidak dapat. "Tak akan tak bangun lagi?" Baru saja Aireel mahu membuat panggilan lagi sekali. Dia di sapa oleh seseorang yang dia kenali

"Bro! Kau buat apa dekat sini?" Tegur Zayn. Sedikit hairan dengan Aireel. Zayn pandang Aireel atas bawah. Seolah mahu menuduh Aireel membuat sesuatu yang tidak baik

Aireel seperti faham dengan pandangan Zayn. Mahu menuduh dia sekodeng Zarith lah tu. "Eh- kau jangan tuduh aku macam-macam eh? Aku datang sini nak joging dengan kesayangan aku. Bukan nak stalk anak dara orang" tidak suka dengan tuduhan Zayn walaupun hanya sekadar pandangan semacam sahaja

"Aku tak cakap, kau yang cakap" Zayn mengangkat kedua belah tangan keatas.

"Dah tu kau pandang aku macam aku ni stalker adik kau je" balas Aireel sambil memandang Zayn atas bawah

"Aku pandang je, tak cakap apa-apa pun" menjegil mata Zayn memandang Aireel

Masing masing memandang satu sama lain dengan cara yang berbeza

"Dahlah, Ayin mana?" Aireel sudah mengalah. Dia merengus. Orang nak jumpa Zarith bukan nak berbual dengan dia. Aireel melihat jam. Lah sudah pukul tujuh setengah pagi.

"Terbongkang, biasalah anak dara tu. Banyak kali dah nasihat tapi tidak jalan juga" balas Zayn sambil menggeleng kepalanya apabila mengingati tentang dia menasihati adiknya yang DEGIL tu

'Ayon ni bisinglah! Tahulah Ayin!'

'Ayin tahulah apa Ayin buat!"

'Malas betullah Ayin ni kalau Ayon suka betul menyekat perbuatan Ayin'

'Dosa Ayin, Ayin yang tanggung!'

Banyak lagi sebenarnya tapi ini lah paling kerap. Suruh solat pun payah. Pakai tudung dah bagus. Orang suruh pakai stokin pun kena marah. Dia mengeluh. Entahlah... Zayn hanya mampu berdoa supaya adiknya mendapat hidayah

"Tolong aku boleh?" Pinta Aireel tiba-tiba. Setelah Zayn berkata adiknya masih tidur

Keningnya mula menyatu. "Tiba-tiba pula ni... tolong apa?" Pelik? Ya, itulah yang Zayn rasakan. Tiba je minta tolong

"Kejutkan dia" balas Aireel sambil mengangkat kening berkali-kali.

"Eee malas aku!" Di suruhnya kita ni kejut perempuan yang malas bangun pagi tu? Uih awal'awal dia dah surrender. Orang bangun pagi ni nak pergi kerja.

"Ala tolonglah Zayn" rayu Aireel... lambat dah ni sebenarnya nak pergi joging. Tak syoklah tak ada Zarith.

"Sekali je ni aku tolong kau" amaran Zayn. Dia dah cop awal-awal. Ni last dia bantu Aireel yang melibatkan Zarith

"Thanks, bro!" Aireel mahu memeluk Zayn. Terharu!

"Eee gelilah, gila!" Dia menolak Aireel jauh. Ni yang di kata peminat si Aireel yang dia ni cool orangnya? Hm siapa yang rapat dengan Aireel saja tahu kalau melibatkan Zarith. Aireel akan jadi.... gedik? Yeah gedik macam perempuan. Terloncat-loncat

Aireel ketawa kecil. Tidak terasa langsung dengan tingkah laku Zayn. Kalau dia terasa itu namanya dia tak boleh di jadikan kawan baik Zayn. Zayn memang suka bergurau agak kasar. Bukan agak dah tapi memang kasar

Zayn meminta diri mahu mengejut adiknya. Dia sudah mengajak Aireel untuk masuk ke dalam tapi Aireel kata mahu menunggu diluar. Argh lantak dia lah! Nak duduk luar ke dalam ke. Aku dah ajak masuk taknak. Please jangan kecam.




"Ayin..." pintu bilik diketuk berkali-kali. Ini tak boleh jadi. Zayn cuba memutar tombol pintu. "Eh? Tak kunci? Biasanya kunci" gumamnya sendirian

Zayn membuka pintu lalu melihat adiknya masih terbongkak. Allahu... penat dah nak tegur. Dia datang mendekati Zarith

"Ayin... bangunlah" lembut Zayn menengur.

"Hm" berkerut muka Zarith apabila tidurnya diganggu

"Zarith Aireen binti Ariq Shayfullah! Ayon kata bangun tu bangunlah!" Memetir sudah suara Zayn. Geram! Di gegar elok-elok dan lembut-lembut pun tidak jalan. Bila gegar kasar-kasar tahu buat muka. Muka Zayn sudah merah menahan geram. Sabar Aaron... hatinya mulai berbisik. Zayn tarik nafas lalu hembus

Zarith terus mencelik mata seluas-luasnya. "Apa Ayon ni? Jerit-jerit? Tak boleh ke cakap elok-elok?" marah Zarith. Dia merengus kegeraman

"Ayon dah kejut elok-elok taknak bangun. Lepas tu bila Ayon kejut kasar-kasar tahu pula Ayin marah marah. Ayin ingat Ayin siapa? Cuba kawal baran Ayin tu... Ayin tahu tak sekali je Ayin buka mulut. Ayin dah mampu buat seribu orang terasa" Zayn mengeluh. Tidak semena-mena dia memberi teguran yang mungkin mampu membuatkan Zarith tergerak hati. Tapi apa yang Zayn perlu cakap semula adalah KEMUNGKINAN dia akan berubah. Mungkinkan?

"Ayon ni bisinglah! Tahulah Ayin. Dosa Ayin, Ayin yang tanggung!"

Zayn sudah mengagak apa yang Zarith akan cakap. Dia mengeluh untuk ke sekian kalinya. Penat sudah menegur. Kalau salah je Zayn. Kalau betul je Zack. Kalau yang buruk je Zayn. Yang baik Zack. Pilih kasih? Itulah Zarith. Dia menganggukkan kepala lalu berkata. "Aireel dah tunggu dekat bawah" selepas berkata dia terus keluar dari bilik. Sebelum keluar kakinya terberhenti seketika. Dia memandang kebelakang. "Sorry" dia teruskan langkahnya

Zarith tersenyum sinis. "Eleh, acah baik je. Munafik! Acah tersakiti!" hubungan mereka makin renggang sejak Zayn tidak menyukai Danish dan memburukkan Danish. Matanya terpejam mengingatkan kembali kata-kata Zayn suatu dia dan Danish sudah menjalinkan hubungan dua tahun

Flash back

Waktu baru-baru couple

"Ayon... Ayin bagitahu ni Ayon jangan marah tau" ujar Zarith takut-takut. Dia sudah memberi tahu keluarganya tetapi Zayn saja tidak tahu. Alhamdulillah keluarga dia terima keputusan dia untuk bercinta.

"Apa dia baby Ayon?" Soalnya lembut sekali. Dia meletak phonenya ketepi. Menumpukan perhatian pada adik kesayangannya sorang saja

"Ayin dah ada boyfriend. Ayon terima dia tak? Nama dia Amar Danish" katanya dengan ceria sambil menunjuk phonenya pada Zayn. Menunjuk gambar Danish

Berubah terus muka Zayn. "Oh ya? Baik-baik dengan dia. Tahniah!" Mukanya terus berubah kembali ceria.

Semuanya baik sampailah tahun kedua dia menjalinkan hubungan itu

"Ayin, Ayin tengok ni! Gambar ni! Gambar siapa? Gambar Danish dengan perempuan lain! Dekat club Ayin! Ayin masih nak percaya dia?" Zayn risau dengan adiknya. Takut saja di sakiti oleh jantan tak guna tu

"Ayin tak percaya gambar tu!" Bantah Zarith dengan kenyataan abangnya

"Dia tak baik untuk Ayin... please dengar cakap Ayon"

"Aku kata aku tak percaya tu tak percayalah!" Tengkingnya lalu pergi dari situ. Mereka hanya bergaduh bila berdua. Bila depan keluarga masing-masing jadi fake

End of flash back

Sampai sekarang Dato' Ariq, Tuan Zana dan Zack tidak tahu tentang pergaduhan dan tuduhan dari Zayn

Zarith bangun sambil menyeka kasar air mata yang mengalir. Lalu membersihkan diri

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkk

28/12/2024

Edited

3/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro