Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ZA 14

"Ha?! Kenapa tak bagitahu ada dia?! Dahlah Ayin tak pakai tudung!" Berdesup Zarith memanjat tangga

Mereka sudah ketawa dengan celoteh Zarith. Bukannya mereka sengaja tidak mahu bagitahu Zarith. Tiba-tiba saja Zack bawa Aireel datang lunch sekali. Jadi lupa nak bagitahu Zarith

Tidak lama selepas itu Zarith muncul kembali. Dengan bertudung sarung pink. Dia mengambil tempatnya. Zarith memandang sekilas orang sebelah lalu menceduk mi goreng basah. Enak banget loh! Ini makanan kegemaran Zarith. Jangan pelik lunch makan mi goreng basah kerana ini budaya rumah dia. Eh tak adalah. Ini memang makanan untuk Zarith tapi kalau sesiapa nak makan, makanlah. Sebab tu buat banyak

"Tak risau gemuk ke ambil banyak-banyak?" gumam Aireel perlahan. Untuk dia saja yang mendengar

"Apa?!" Zarith menahan geram. Bukannya dia tidak dengar gumaman Aireel. Dia belum makan lagi. Baru saja menceduk

"Mana ada Reel cakap apa-apa" Aireel tersengih lalu menyambung makan

Mereka semua berbual dan Zarith dekat dunia sendiri

Zayn perasan Aireel pandang Zarith yang diam lagi tadi. "Jangan peliklah Aireel... budak ni kalau dah nampak makanan. Dia tak akan dengar apa yang orang lain bualkan. Hanya dekat dunia sendiri" sudah cukup kenal dah dengan sikap adiknya. Kalau nampak makanan

"Ha?" Pelik Aireel tiba-tiba Zayn berkata begitu

Empat pasang mata terus memandang Aireel

"Bukannya aku tak nampak"

Makin berkerut dahi Aireel. "Apa?"

"Ceh, buat tak tahu pula! Kau ingat aku tak nampak yang kau tengok adik aku tak menyampuk dan diam je kan?"

"Ma- mana ada aku tengok dia" Aireel menggosok belakang lehernya. Mukanya mula merona merah. Haish sengaja betul si Zayn ni nak buat dia malu

Semua di situ ketawa... kecuali Zarith yang hanya di dunia dia sendiri.

Zarith duduk di atas buai yang di luar rumah sambil menikmati pemandangan langit. Sangat cantik! Dia mengeluarkan phone lalu mengambil gambar.

Aireel melihat Zarith seorang diri itu langsung mendatangi. "Hey"

Zarith pandang sekilas lalu menyambung mengambil gambar permandangan

"Sombong! But I like!" Aireel tersenyum nakal

Zarith buat muka bosan. Matanya menjuling ke atas. Dia letak phone di tepi sambil membuaikan dirinya dan Aireel. Duduk di buai yang boleh muat tiga orang ni kalau sorang ayunkan semua terikut.

"Taknak cakap dengan Reel ke?" Soal Aireel dengan suara dibuat buat sedih

"Hm... nak apa?" Soalan berbalas soalan

"Esok joging nak?" Ajak Aireel. Teringin nak jalan sama-sama dengan Zarith. Dulu dia masih takut untuk bersemuka dengan Zarith. Dia hanya tengok dari jauh. Tapi sekatang dah dapat jumpa sekali. Akan berkali-kali dia nak jumpa

Zarith pandang Aireel atas bawah berkali kali. Bombastic side eyes!

"Janganlah pandang macam tu... tatut tite" Aireel membuat muka seakan akan takut. Padahal saja-saja je

"Taknaklah, baik duduk rumah. Main game!" Zarith tersenyum gembira bila cakap pasal permainan video. Bukan sahaja mobile legend dia main. Pelbagai permainan video dia main. Lagi-lagi game pasal motor dan kereta. Uhh I like!

Aireel menyembunyikan senyuman dia. Comel melihat keterujaan Zarith bercakap tentang permainan video. "Alah jomlah! Esok je... please. Bagi peluh sikit." dia memejamkan matanya berkali kali

Zarith menghembuskan nafas berat. "Yalah, sekali je" entah sejak bila dia mudah kesian dengan orang. Eh nope bukan orang tapi Aireel.

Aireel terus bangun dari buaian itu dan terus meloncat-loncat. Loncatan kegembiraan dan keterujaan

"Sudahlah... loncat-loncat. Malulah kalau mama papa tengok" sekat Zarith. Kalau tak sekat dari sekarang malu tujuh keturunan

Aireel terus duduk behave. "Ayin..."

"Hm" balas Zarith tanpa memandang Aireel. Dia lebih fokus memandang permandangan sahaja.

"Jadual Reel esok kena cover lagu." Ujar Aireel seperti meminta pertolongan

"Lepas tu? Nak suruh saya buat apa? Ikut awak nyanyi sekali?" Soal Zarith dengan loyar buruk. Dia ada juga rasa sedikit pelik kenapa pula jadual cover lagu?

"Boleh! Kalau Ayin nak!" Aireel suka saja melayan loyar buruk belahan jiwanya ini

"Zareel!" Zarith mengetap gigi. Geram! Orang cakap betul betul dia main main pula

"Yes, sweetheart" tak akan pernah habis panggilan sweet dari Aireel. Aireel tersenyum manis.

"Orang cakap betul-betul dia main-main pula" tajam mata Zarith memandang Aireel. Dia masih lagi dalam keadaan kegeraman

"Okey gurau... Reel nak minta tolong Ayin pilihkan lagu"

"Lagu? Lagu apa?" Soal Zarith kembali

"Kita tanya dia. Dia tanya kita balik pula" kata Aireel lembut tetapi terselit sindiran

Zarith seolah memikir. Dia tak tahu lagu lagu ni

"Reel rasa tak payahlah sebab Reel dah tahu. Lagu ni kena sangat dengan kita berdua" baru saja dia teringat lagu itu. Lagu itu kalau baca betul-betul dia punya lirik. Samalah macam dia dan Zarith

"Lagu apa?" Rasa ingin tahunya melonjak naik. Secara tiba-tiba

"Rahsia!"

Zarith merengus kegeraman

"Ayin ada Instagram kan?" Soal Aireel tiba-tiba

Zarith mengangguk tanda mengiyakan. "Ya, tapi tak active sangat" dia kalau buat live pun dekat tiktok kerana entahlah. Dia lebih kepada tiktok dari instagram. Itu kenyataan tentang Zarith

"Kalau nak tahu nanti bukalah instagram. Nanti Reel tag Ayin" maklumnya. Kan Zarith tidak tahu

"Hm tengoklah macam mana" Zarith sudah menghembuskan nafas malasnya jadi entahlah kalau dia buka atau tidak

Tiba-tiba

"Zarith Aireen binti Ariq Shayfullah!" Laung Dato' Ariq dari atas

"Haih... hari ni memang famous nama aku. Kalau boleh semua nak panggil nama panjang" gumamnya sendirian. Aireel yang dengar itu ketawa. "Ya, Dato' Ariq Shayfullah bin Shayamri!"

Aireel ketawa lagi dengan nyautan Zarith. Lawak betul keluarga ini

"Sini kejap! Papa nak jumpa!" Balasnya

"Okeylah bye Ayin... pergilah papa dah panggil tu" Aireel bangun dari tempat duduk lalu berpamit

"Esok joging pukul berapa?" Soal Zarith. Tadi dia perasan Aireel tidak cakap pasal jam

"Oh lupa! Pukul tujuh pagi!" Setelah mendapat anggukkan dari Zarith dia melambai dan hilang dibalik pagar

Tanpa mereka sedar Zayn merakam segalanya. Macam biasa... dia sorokkan mic di baju adiknya kerana dia tahu Aireel akan berjumpa dengan adiknya



"Kenapa papa panggil Ayin?" Soal Zarith pelik.

"Ayin bagi papa idea please" balas Dato' Ariq kebingungan

"Idea apa?" Balas Zarith masih lagi kepelikan

"Idea Ayin kan padu. Jadi tolonglah papa" ujar Dato' Ariq tanpa mendengar balasan anaknya

"Ya, anak Shayamir... idea apa?" Soalnya lembut yang dibuat buat. Fake? Itulah dia.

Bukannya Dato' Ariq tak dengar balasan anaknya itu dalam keadaan fake. Itu memang perangai redflag anaknya. "Idea rooftop ni. Nanti nak panggil sepupu-sepapat kamu datang buat makan-makan. Papa nak hias macam mana? Bagilah idea sikit"

Zarith pun membantu apa yang patut. Memberi idea sahaja.

.
.
.
.
.

Jangan lupa vote sayunkkkk

27/12/2024

Edited

3/2/2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro