ZA 11
Hari ni mereka balik ke rumah masing-masing dan berehat hanya untuk seminggu. Sebelum berlatih lagi.
"Ayin, Cepatlah! Ayin sorang je ni belum siap!" Jerit Zayn tidak terlalu kuat tetapi Zarith boleh mendengarnya
"Ya! Ya! Sabarlah! Ayin tak suka katil ni di biarkan bersepah!" Balasnya sedikit kuat. Menyampah betul dengan Zayn ni!
Zayn masuk bilik yang ditempatkan Zarith lalu dia bertanya. "Ayin dah makan ubat belum?" Soalnya dengan nada mendatar. Taknak nampak dia ni terlalu risau tetapi dia terpaksa tanya. Taknaklah bagi adiknya terlepas waktu makan ubat.
"Dah, sayangku" cukup lembut tetapi suara itu memerli Zayn. Kalau Zayn tahu dia langsung tak telan ubat itu. Ey tak sanggup.
"Oh okey!" Zayn sembunyikan senyuman sinisnya. Hehe tunggulah kau.
Mereka semua beratur untuk masuk ke dalam van khas untuk pemain DRG. Banyak camera yang tertumpu kepada mereka dan banyak juga wartawan yang bertanyakan. Zarith sangat tidak suka akan keramaian. Wartawan dan peminat berkeliaran. Entah mengapa mereka semua minat mereka macam artis. Padahal pengang title artis pun tak pernah. Sekadar seorang gamer pun perlu diminati ke? Bukan Zarith nak berlagak atas apa yang dia capai. Dan bukan dia taknak layan peminat mereka cuma... dia benci kesesakkan
"Aireel! Sini cepat... kantoi juga kau ada dekat sini kang!" Panggil Zayn. Lalu menyuruh Aireel berjalan dihadapannya.
Aireel berlari anak kearah Zayn. Dia mengenakan baju t-shirt DRG dan seluar set DRG. Tidak lupa topi dan mask untuk menutup separuh mukanya. Dato' Ariq yang suruh pakai baju itu supaya tidak terkantoi yang dia berada di sini
Zarith memandang belakang. Dia mengerutkan keningnya. Dia sedikit mengundur lalu bertanya. "Who are you?!" Nada yang sedikit kuat supaya didengari oleh orang belakangnya. Dia tidak tahu pula papanya ambil orang baru
"Your future husband" Aireel tersengih memandang Zarith. Walaupun Zarith tidak nampak akan sengihannya tetapi sekurang kurangnya Zarith nampak matanya sedikit tersepet kerana tersenyum
"Zareel?!" Bukan dia balas dengan balasan Aireel tetapi dengar suara pun dia tahu siapa
"Yes, darling!" Balas Aireel dengan ceria dan lembut
"Awak buat apa dekat sini? Balik sekali ke?" Soal Zarith penuh tanda tanya. Dia sedikit hairan. Kenapa Aireel ada disini
"Ye, bakal bapa mentua Reel suruh balik sekali" Aireel tersengih sambil masuk ke dalam van. Dia ditempatkan di sebelah Zarith
"Tak akan sampai sini juga awak kena duduk?" Zarith merengus kegeraman. Mukanya merah kerana menahan rasa geram yang akan meletus. Mungkin kalau meletus akan membahayakan diri Aireel
"Memang sini je yang kosong. Lagi pun bakal bapa mertua Reel yang suruh" Aireel tersengih kerana dapat melihat wajah cemberut Zarith
"Zareel!" Tak habis-habis bapa mertua! Bapa mertua! Ish, menyebalkan!
"Yes, dear!"
"Sudah-sudahlah panggilan manja awak tu! Saya tak suka! Tak suka! Tak suka!" Zarith menghentak kaki. Walaupun tengah duduk. Itu tak akan menjejaskannya untuk menghentak kaki
Mereka semua yang ada dalam van mendengar celoteh Zarith dan Aireel hanya mampu tersenyum suka dan menjerit
"Aku support couple baru!" Jerit Yuyul gembira
"Kalau dah suka tu terus terang je lah!" Jerit Xanda pula. Ceria saja suara masing-masing mengusik
"Aku dah ada boyfriend-lah!" Balas Zarith sedikit kuat. Tak suka betul! Dah lah kita ni jenis setia.
"Alah! Belum tentu kau khawin dengan dia!" Balas Rozan bagi pihak mereka
"Kau memang cari pasalkan Rozan! Aku bunuh kau dekat sini kang!" Entah perangai Zarith ni. Kalau dengan orang yang dia kenal... dia jadi tak boleh tenang, tak boleh tahan marah dan jadi baran. Tapi kalau dengan orang dia tak kenal. Dia seorang yang tenang dan tak peduli kata-kata orang yang mahu menjatuhkan dia.
Menggeleng kepala Dato' Ariq mendengar perbalahan itu. "Sudah-sudahlah, kacau adik kamu tu" tegur Dato' Ariq lembut.
"Ala papa... gurau-gurau manja je" balas Xanda lalu mencebik
"Entah! Tapi baran dia tu yang lebih" sokong Fifi yang berada di kerusi depan Zarith.
Zarith terus terajang kerusi tu. "Korang yang naikkan darah aku!" Geram!
Aireel sudah menggaru pipinya. Dia tak tahu mahu balas apa. Dia menyaksikan saja perbalahan itu
"Baguslah! Kau kan ada darah rendah. Jadi dengan cara tu lah kami meninggikan darah kau" mereka semua bantai gelak dengan kenyataan Yuyul
Aireel tidak dapat menahan tawa. Terus meletus. Sampai senak perutnya ketawakan Zarith
"Zareel!" Ingatkan dia taknak masuk campur. Rupanya join sekali.
"Yes, princess" balasnya masih dalam keadaan pengang perut
Zarith merengus kegeraman. "Ish! Dah lah! Malas layan semua! Rith taknak kawan semua!" Dia terus menarik selimut menutup mukanya. Baik tidur lagi bagus. Selalunya dua tempat duduk dia punya. Senang nak baring tapi ada manusia sibuk duduk sebelah dia.
"Merajuk pula" kata Zayn yang lagi tadi hanya ketawa tanpa membalas kata-kata Zarith
Aireel baru teringat Zayn suruhnya memberi ubat pada Zarith. "Ayin..." panggilnya lembut untuk mengejut Zarith
"Hm" berkerut muka Zarith kerana orang mengacaunya tidur.
"Bangun kejap" pintanya masih berlembut
Zarith menggeleng. Orang tengah sedap-sedap mimpi dok kacau pula.
"Zarith Aireen!" Panggilnya lembut namun cukup tegas
"Apa!" Berkerut muka Zarith memandang Aireel. Matanya tajam menikam mata Aireel.
"Makan ubat dulu?" Keningnya diangkat. Dia perlu berbicara lembut. Kalau tak... tak jalanlah pujukannya
"Taknak!" Zarith menjeling Aireel lalu menyambung tidur kembali
"Zarith Aireen binti Ariq Shayfullah! Please makan ubat" Aireel mengedipkan matanya berkali-kali sambil memandang Zarith yang menutup mata.
Zarith membuka mata serta merengus geram. "Dah makanlah" kali ni nada tidak menengking atau apa tapi nada yang malas
"Kalau dah makan kenapa cakap taknak tadi?" Soal Aireel. Dia menyorokkan senyum sinis. Eleh konon dah makan. Kalau dah makan kenapa cakap 'taknak'. Keningnya terangkat. Mahu menguji Zarith
Zarith memejam mata. Dia mengetap bibir. Aku nak cakap apa pula ni? Siapa suruh kau cakap taknak? Ha! Hadaplah sendiri. Biasalah pergaduhan hati dan otak. Dia mencelik mata kembali memandang Aireel yang menjongkit kening. "Taknak makan boleh..." bisiknya taknak bagi Zayn dengar. Zayn hanya berada di hadapan Aireel saja.
"No! Kena juga. Kalau tak macam mana nak sihat?" Pujuk Aireel lagi.
"Tak apalah... cepat sikit mati. Tak menyusahkan orang" balas Zarith selamba. Selama dia hidup dia asyik menyusahkan orang saja. Baik dia mati bukan?
"Apa cakap macam tu..." Aireel mengeluh. Tak sukalah cakap pasal mati
"Betullah"
"Reel dah hancurkan ubat ni dan dah buat air. Tugas Ayin hanya minum." Dalih Aireel cepat cepat. Malas mahu cakap perihal mati. Dia menghulurkan air tapi tidak di sambut oleh Zarith. "Minum please"
Mendengar suara Aireel yang agak sudah pasrah. Entah apa yang dia pasrahkan. Akhirnya dia ambil juga. "Thanks"
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkk
24/12/2024
Edited
3/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro