ZA 1
"Ayin papa dengan mama panggil" panggil Zack Ariel selaku anak pertama dan berumur 14 tahun
"Panggil Ayin je? Ayon tak?" Soal Zayn Aaron selaku anak kedua yang berumur 12 tahun
"Papa dengan mama panggil Ayel, Ayon dengan Ayin" balas Zack lembut sambil menunjuk ke arah dirinya, kearah Zayn dan Zarith
"Kenapa papa dengan mama panggil, Ayel? Kita ada buat salah ke?" Soal Zarith Aireen selaku anak bongsu yang berumur 11 tahun. Dia sedikit takut. Walaupun Dato' Ariq atau Datin Zana tak pernah nak marah atau pukul cuma tegur elok elok kalau buat salah. Dia hanya sedikit takut
"Tak tahu... mungkin pindah lagi?" Dia juga tidak pasti
"Ala... Ayin taknak pindah lagi..." penat tahu tak. Setiap tahun pindah. Tapi dia kena faham kerja papanya. Selama dia bersekolah di sekolah rendah sudah enam kali dia pindah. Baru saja dapat kawan tiba tiba pindah
"Nak buat macam mana Ayin... Ayon pun cuma boleh pasrah saja" balas Zayn lalu tersenyum pasrah
Mereka pun turun... mereka memang bahasakan nama begitu. Nama manja dalam keluarga besar
"Mama... papa... ada apa panggil kami?" Soal Zack selaku anak sulung
"Kita... terpaksa pindah" balas Dato' Ariq. Dia mengeluh. Dia terpaksa pindah atas urusan kerja. Tapi itu mungkin perpindahan terakhir mereka? Entahlah. Dia pun tidak tahu. Dia adalah CEO di Ariq Holding tetapi dia juga harus berkejaran untuk siapkan cawangan baharu. Dia tidak boleh ulang alik rumah ke tempat itu. Dan tidak boleh meninggalkan keluarganya begitu. Dia juga pemilik DRG (DRAGON RIQ GAMING). Anak anaknya semua pengikut jejaknya tetapi Zack tidak. Dia tidak berminat akan pasal game
"Hm... Ayel okey je" balas Zack
"Ayon pun okey!" Semangat Zayn. Sekolah baru ada peminat baru. Hehe
"Ayin tak... okey" katanya dengan nada sedih ada terselit suara kepit. Bila selesa memang terkepit sendiri
"Kenapa?" Semua setuju tapi Zarith saja tidak setuju
"Ayin baru dapat kawan. Kita pindah tak sampai setahun pun" balas Zarith dengan muncung. "Tapi... bila fikir fikir balik Ayin kena terima juga" sayu saja nadanya
"Papa janji ni last!" Katanya lantas berjanji
"Betul?" Soal Zarith ragu ragu
Dato' Ariq tersenyum sambil mengangguk
Di sekolah baru. Vibe baru.
"Ayon jalanlah jauh sikit dari Ayin... Ayin taknak diorang tahu yang Ayin ni adik Ayon" dari semua sekolah yang dia pindah takda siapa tahu pun Zarith adik Zayn kerana dia tidak suka akan popularity.
Dato' Ariq buat pengumuman yang dia ada dua anak lelaki dan seorang perempuan tetapi Dato' Ariq tidak memberitahu siapa anak perempuan itu kerana Zarith sendiri tidak suka. Di sekolah lama pun Zayn dan Zack terkenal jadi sebagai perempuan yang tak suka dekat dengan lelaki atau berkawan disebabkan harta dia membuat keputusan untuk menjauhi Zack dan Zayn.
"Ayin ni! Bukannya orang tahu. Kita adik beradik. Jalan berdua macam ni boleh je orang kata kita ni kawan je" katanya sambil berkerut. Tidak suka dengan cara adiknya
"Shhh jangan cakap kuat kuat... nanti orang dengar" tajam mata Zarith memandang Zayn
"Mana ada kuat... orang takkan tahu pun yang kita adik beradik" Zayn tetap dengan pendiriannya. Dia nak juga jalan sebelah adiknya.
"Tetap Ayin taknak! Dahlah kalau Ayin taknak dengar cakap Ayin. Ayin merajuk dengan Ayon!" Zarith terus meninggalkan Zayn yang sedang kejarnya.
"Ayin... okey okey dah Ayon jauh dah. Puas?" Soalnya dengan nada bengang
Zarith tersenyum sambil menunjuk thumbs up. Suka!
Aireen berasa sangat stress setiap hari lelaki yang sama kacau dia.
"Ayin! Ayin! Sabarlah!" Panggil lelaki itu dengan nada yang menjerit
Langkah Aireen terhenti. Selama ni lelaki tu hanya bahasakan 'awak' sahaja ni sebut nama manjanya. "Jangan panggil saya dengan nama tu!" Marah Zarith. Matanya terjegil
"Kenapa? Kalau nak panggil juga macam mana?" Soal lelaki itu. Sengaja mahu menguji kesabaran Zarith
Kecil besar, kecil besar saja Zarith memandang lelaki itu. "Kau nak cari gaduh ke, Zareel?" Soalnya, dia juga baru tahu dari abangnya tentang nama lelaki ini
"Ya! Reel lebih suka Ayin gaduh dengan Reel berbanding tak layan" balas Aireel tersenyum. Namanya Zareel Aireel. Berumur 12 tahun
Sejak bila pula si Aireel ni bahasakan diri dia dengan panggilan 'Rell'? Selama ni hanya 'saya'. Pelik peliklah dia sejak tahu nama manja Zarith.
"Zareel... tak lawaklah!" Meleret nada Zarith. Giginya diketap geram. Sengaja buat orang naik angin
"Kawanlah dengan Reel, Ayin... tahun depan Reel dah tak ada dekat sekolah ni" katanya sambil memuncung. Mahu melembutkan hati Zarith. Mana tahu terlembut juga nanti?
"Baguslah... tenang sikit" kata Zarith dengan sinis
"Tak baiklah, Ayin..." masam mencuka wajah Aireel ketika ini
Zarith endahkan saja percakapan Aireel sambil berjalan ke arah pondok menunggu. Di situ juga ada Zayn. Zarith sengaja menyuruh papanya mengambil lewat sedikit kerana tidak mahu ada yang tahu dia balik dengan Zayn
Aireel mengejar Zarith. "Ayin! Reel sebenarnya suka Ayin!" Jeritnya biar semua orang tahu pun takpa. Tersengih dia melihat mata tajam Zarith
Zarith yang ada di pondok itu. "Hey! Kau diam! Malu aku" marah Zarith. Mana tak malu kalau ada orang jerit yang dia suka kau dekat tempat terbuka. Bukan sebab malu yang dia suka tapi sebab malu yang dia benci. Zarith kalau dia geram atau marah memang cakap kau aku
"Malu tapi mahu!"
Zarith menjeling tajam. Dia memandang Zayn untuk meminta pertolongan
Zayn seakan faham dia pun menolong. "Aireel!"
"Eh Zayn!" Mereka membuat gaya menumbuk apabila jumpa. Baru perasan akan kewujudan lelaki itu.
"Kau betul betul suka perempuan tu ke?" Soal Zayn sambil bibirnya memuncung menunjuk kearah Zarith. Percakapannya juga sengaja dikuatkan supaya dapat didengari oleh Zarith
"Betul! Aku tak main main! Tapi takdalah sampai nak ajak dia couple. Couple tu haram. Baik khawin je. Tapi usia macam aku ni terlalu awal untuk khawin" balas Aireel lalu tersenyum pada Zarith
Mata Zarith menjeling keatas memandang senyuman yang tidak berapa manis tu
"Tapi aku pun suka dia" kata Zayn. Sengaja. Dalam hati sudah ketawa jahat
Zarith sedikit tersentak. Melihat kenyitan mata dari Zayn terus dia mengangguk. Bukan apa takutlah cakap macam tu
"Mana boleh! Dia aku punya" Aireel berasa panas hatinya mendengar luahan Zayn
Zayn hanya tersenyum sinis
"Ayin cepat! Dah pukul berapa ni tak siap siap?" Zack mengetuk pintu bilik Zarith. Haih budak ni tak akanlah bermake up.
"Ye Ayin dah siap!" Zarith menyaut panggilan Zack
Mendengar suara Zarith dia langsung turun
Zarith terus keluar dari bilik untuk sarapan pagi. Dia baru saja duduk. Sudah ada suara yang menegurnya
"Ayin, hari ni Ayon tak sekolah tau sebab demam. Papa mungkin tetap ambik Ayin lambat sebab papa ada meeting" ujar Dato' Ariq dengan rasa bersalah. Anaknya seorang pula tu
"Okey"
"Tak apa ke?" Dia masih rasa bersalah
"Ayin okey!" Zarith tersenyuman manis agar dapat mengurangkan rasa sebersalah papanya
"Nanti Ayon tunggu Ayin balik dekat depan pagar" kata Zayn sambil mengerling adiknya yang sedang menjamah makanan
"Tak payah mengada! Kau tu demam!" Geram pula. Daripada tu baik sekolah. Haish!
.
.
.
.
.
Macam hambar pula cerita ni haih...
Apa apa pun jangan lupa vote sayunkkk
14/12/2024
Edited
21/1/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro