bab 24
"Cuba cerita dekat Reel apa yang Ayin pendam? Janganlah diam..." ujar Aireel
"Zareel..." panggil Zarith secara tiba-tiba
"Yes, my girl" sahut Aireel lembut
"Muka saya burukkan bila nangis?" Soal Zarith tiba-tiba. Mengundang tawa Aireel. "Betul kan?! Kenapa awak ketawa! Tak lawak!" Makin laju air mata turun. Tangannya naik ke atas tanda mahu menampar lengan Aireel. Tapi terhenti bila teringat batas. Tersedu-sedan dia menangis kerana mendengar kegalakkan tawa Aireel
"Ayin ni..." Aireel memengang perut kerana terasa senak apabila banyak ketawa. "Random juga ya seorang Ayin ni" geli hati dia mendengar pertanyaan Zarith. Dia ingat Zarith mahu bercerita tapi boleh pula dia tunjuk kerandoman dia.
"Ish dah lah! Taknak kawan awak! I hate you so damn much! I really really hate you, Zareel Aireel bin Aniq Zainudin! Orang tanya soalan elok-elok jawap dengan ketawa. Ingat lawaklah tu?!" Geram! Dia marah dengan air mata yang masih membanjiri mukanya
"But I love you so damn much! I really really love you, Zarith Aireen binti Ariq Shayfullah" balas Aireel selamba. Melihat Zarith memandangnya tajam dengan air mata tidak berhenti-henti itu terus dia sambung kata-katanya. "Okay! okay! Listen to what I have to say. If there is a problem, don't hide it. Tell me about it. I want to hear. Don't worry I won't judge you"
Bibir Zarith tersebik. "Saya gaduh dengan papa sebab Ayon..."
Aireel mendengar itu teruskan mendengar tanpa ada niat mahu menyampuk
"Saya tak tahu apa yang buat saya sakit hati dengan Ayon. Bila dia hilang pun saya tak kisah sebab bagi saya suka hati dialah nak hidup ke mati. Saya mula rasa rimas sebab semua orang cari dia. Semua orang tanya saya keberadaan Ayon dah jumpa belum. Sedangkan saya, tak cari langsung. I hate myself..." makin laju air mata menurun seperti hujan.
Melihat Aireel yang diam memandangnya tanda mahu mendengar luahan Zarith. Dia sambung lagi. "Saya tak pandai kawal baran saya. Saya sakit sebab diri saya. Selepas saja saya keluarkan kata-kata yang menyakitkan. Saya akan di hurung rasa bersalah. Saya sendiri sakit. Mental saya lemah. Semua orang ingat saya kuat tapi saya tak kuat macam orang nampak. Saya lemah! Saya seorang yang lemah..." Zarith memejam mata melepaskan air mata yang bertakung.
Aireel menarik lengan baju panjangnya lalu tangannya di sorokkan dalam baju dan lengan baju itu di hulurkan pada Zarith. Dia tak mampu mengelap air mata itu dengan tangannya. Itu saja yang dia mampu menolong
Zarith pandang mata Aireel dengan bibir tercebik. Makin galak dia nangis. Aireel suka buat dia terharu!
"Ambil ni... lap air mata tu. Reel tak boleh lap kan..." lembut saja tutur kata Aireel memujuk Zarith
Akhirnya Zarith mengambil lengan baju itu. Mengelap air mata
Zayn dari jauh hanya mampu tersenyum bangga ada kawan yang selalu berada di sisinya dan di sisi adiknya atau lebih tepat selalu di sisi orang yang dia sayang.
Air mata jatuh secara perlahan-lahan. Dia tengah rakam takut esakkannya masuk dalam camera. Dia taknak ganggu. Senyuman tidak luntur dari tadi. Tersenyum manis dia
Zack termenung... hubungan adik beradiknya makin berpecah belah. Dia selalu di arah oleh kedua ibu bapanya untuk cari Zayn tapi mama dengan papa tak tahu bertapa penatnya dia setiap pagi sampai malam hanya cari adiknya.
Dato' Ariq dan Datin Zana tahu dia di salahkan kalau tak jumpa Zayn. "Aku juga manusia! Aku juga penat! Aku bukan robot atau patut yang tiada perasaan. Aku juga taknak rasa terpinggir. Mama papa selalu hanya tahu Ayon dan Ayin saja! Sejujurnya Ayel bukan orang suruhan papa mama. Ayel juga mahu hidup bahagia" Zack bangun dari tempat duduk di pejabat lalu keluar sambil titipkan pesan pada setiausahanya. "Lucky, aku nak pergi balik sekejap. Kejap lagi aku datang balik. Kalau ada sesiapa nak jumpa aku cakap aku takda, okey?"
Lucky mengangguk seraya membalas. "Baik, boss"
Zack memandu kereta tanpa hala tuju. Dia membawa sampai ternampak masjid. Zack berhenti dia hanya mampu meminta tolong dari Allah untuk mempermudahkan urusan dia dan seluruh ahli keluarga.
Zack membuat solat sunat. Lalu memanjatkan doa-doa
"Ya Allah Ya Tuhan ku... kau permudahkanlah urusan aku. Kau permudahkanlah urusan kedua ibu bapa ku serta adik adik ku Ya Allah. Kau satukan kembali kami satu keluarga Ya Allah... kau berikanlah aku hamba yang lemah ini kekuatan. Aku juga tahu erti kelelahan. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... kau pertemukanlah aku dengan seorang wanita yang mampu membuat aku bahagia Ya Allah. Pada umurku ini semua kawan kawanku sudah mempunyai isteri dan anak. Aku juga penat bila orang tanya bila nak khawin..." dia sambung doa tentang keluarga, tentang rezeki dan tentang jodoh. Makcik-makcik di kampung suka sangat tanya pasal jodoh ni. Geram! Ingat dia tiada perasaan ke? Memanglah selama ni dia diam. Diam tak bermakna tak terkesan. Makcik-makcik tu pun kubur kata mari, rumah kata pergi. Sabar Ayel sabar... tenangkan hati sendiri
Zack bangun dan pergi keluar dari masjid. Hatinya sudah sedikit tenang. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan memakai abaya berjalan terhuyung-hayang. Cepat-cepat dia berlari ke arah perempuan itu. "Cik... cik okey?" Soal dia lembut. Kang kasar-kasar perempuan pun takut nak dekat. Apabila melihat muka perempuan ni macam familiar
Kepalanya langsung tidak toleh kepada gerangan lelaki itu. "O- okey" sakit di kepala menyengat. Dia rasa dia tak larat mahu bawa kereta. Tunggulah dalam kereta sampai okey
"Ci-" baru saja Zack mahu bertanya sekali lagi dia terperasan perempuan itu hampir jatuh. Pengsan. "Cik! Cik!" Nasib sempat dia menyambut. Zack menepuk-nepuk pipi perempuan itu. Darurat! Apa saja dia boleh buat. Dia memandang sekeliling... tiada sesiapa. Terpaksalah dia angkut perempuan ni sendiri pergi hospital
Beberapa minit perjalanan... akhirnya sampai. Entah mengapa hatinya tidak tenang apabila melihat perempuan itu tidak sedarkan diri. Dia terus ke wad kecemasan untuk meminta pertolongan. "Nurse! Nurse! Tolong saya... ada perempuan tak sedarkan diri dalam kereta saya..." mereka pun tolong sampailah selesai.
Zack balik ke masjid tadi untuk mengambil barang yang penting milik wanita itu. Phone paling penting untuk hubungi keluarga wanita itu
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote sayunkkkkk
6/1/2025
Edited
3/2/2025
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro