BAB 4: KEMESRAAN
BERITA GEMBIRA
"Apa Wadya kata? Wadya jumpa Wadi?" soal Puteri Asmara.
"Ya mummy. Dia kata Tok Andika kirim salam. Siapa Wadi mummy? Macam mana dia kenal Tok Andika?" soal kembali Wadya sambil duduk di sebelah ibunya.
Puteri Asmara tidak menjawab soalan anaknya. Fikirannya laju berlari ke zaman silam, ketika dia menyusukan Wadya.
*****
"Boleh tak Wadi panggil aunty, mummy juga macam Adik Dya?" soal seorang anak kecil, berusia 5 tahun.
"Boleh," jawab Puteri Asmara.
Wadi mencium pipi Wadya.
"Cantik kan Adik Dya?" Pelat lidah Wadi tak dapat sebut 'Wadya'.
*****
Puteri Asmara seperti tersentak. Matanya terkebil-kebil. "Sama macam kamu Wadya. Dia tak boleh sebut Wadya. Asyik Dya . . . Dya . . . Sampai sekarang kamu sebut diri kamu, Dya."
"Mummy! Siapa Wadi?" Wadya menggocang-goncang tubuh ibunya.
Puteri Asmara menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Anak angkat mummy . . ."
"Hah?" Terus Wadya berdiri.
Backpack diselongkar. Mulut mengomel. "Jangan le hilang! Tolong jangan hilang!"
Kad perniagaan Wadi ditemui.
Jadi dia bukan scammer. Dia memang wujud. Menyesal pula buat-buat sombong tadi. Tak sedar kad sudah berada di tangan Puteri Asmara. Telefon bimbit dikeluarkan.
Puteri Asmara: Wadi?
Wadi: Yes. May I know who's this?
Puteri Asmara: Wadi . . . Ini mummy.
Hidung mula berair dan dia tersedu.
Wadi: Mummy?
Puteri Asmara: Kamu dah lupa mummy Wadi? Mummy Adik Wadya?
Wadi cuba merentas zaman kanak-kanaknya yang telah 'dicuci' oleh Tok Andika supaya dia melupakan kesedihannya. Walaupun sudah dipulihkan, banyak lagi yang dia belum ingat dengan jelas. Tetapi dia tidak mahu mengecilkan hati perempuan yang menjadi ibu Wadya yang baru ditemuinya.
Wadi: Oh . . . Mummy . . . Apa khabar?
Puteri Asmara: Datang sini ke rumah mummy esok. Kita baca Yassin dan doa selamat.
Wadi: InsyaAllah mummy.
Puteri Asmara mengesat air matanya.
"Now explain to me," desak Wadya. "Siapa Wadi?"
"Dia cucu angkat Tok Andika. Kamu panggil dia Abang Wadi. Ibu bapa dia terbunuh dalam serangan bom tentera Kerajaan haram Dimitriland."
Wadya tersentak. Dia kehilangan bapa. Wadi kehilangan kedua-dua ibu dan bapa.
Melihat ibunya sedih, Wadya tidak jadi mendesak. Dia tahu ibunya pasti terigatkan Daddy Burhan.
Wadya cuba mempamerkan senyuman ceria. "Mummy, kita bagi tahu Daddy Sergey. Tentu dia nak jumpa Abang Wadi."
Puteri Asmara membalas senyuman anaknya. Dia gembira anaknya begitu mudah menerima 'Abang Wadi.' "Mummy serah pada Wadya tugas itu boleh? Call juga Tok Megat. Mummy nak call caterer."
Wadya senyum lagi. Dia tahu Mummy memang tak pandai masak. Malah Daddy Sergey lebih pandai memasak berbanding dengan Mummy.
"Macam mana rupa dia Wadya?"
Wadya garu dagunya. Teringat kata-katanya wajah Wadi seperti orang tertelan minyak angin. Dia senyum. Terus Puteri Asmara cubit pipinya.
"Eh, tersenyum-senyum pulak dia. Macam mana rupanya?"
"Macam mana ya?"
"Yelah! Mummy nak tahu. Jangan mummy esok terkejut."
"Emm . . . Macam Daddy Sergey."
"Tinggi, slim, putih, blonde, mata biru?" soal Puteri Asmara.
Wadya ketawa mengekek. Puteri Asmara tepuk paha anaknya.
"Wadya gelakkan mummy ya?
"Mummy! You've described Daddy Sergey so well . . . Cuma tak sebut handsome sahaja."
"Ke sana pulak dia. Mummy tak fikir lebih-lebih pasal lelaki. Mummy dah 45."
"Mummy! Siapa sangka mummy 45. Bila mummy jumpa Dya di kampus, semua orang ingat mummy kakak Dya. Spoil betul. Macam Dya ni nampak tua sangat!"
Puteri Asmara ketawa. Anaknya memang sangat menggembirakan hatinya.
"Assalamualaikum." Kedengaran suara lelaki.
"Wadya dah call Daddy Sergey ke?"
"Taklah. Belum sempat call. Ini mungkin sebab mummy ingat dia. Terus dia datang ke sini . . . Hahaha . . ."
Kedua mereka menyarungkan tudung kepala sebelum membuka pintu. Sergey di luar membawa beg kertas berisi nanas masak.
"Masuk daddy. Dya ada good news."
Sergey melangkah masuk. Nanas, dari ladang Tok Megat diletakkan di atas meja kopi. Wajah Wadya dipandang.
"What news?"
"Daddy. Dya jumpa Abang Wadi. Or rather Abang Wadi jumpa Dya."
"Wadi? Are you kidding?"
"Betul Sergey. Mara baru saja bercakap dengan dia," jelas Puteri Asmara.
Berita Wadi ada di negara ini buat Sergey terduduk. Baru sahaja minggu sudah dia berbual dengan Umar Al-Aazad a.k.a Pak Umar. Dia memang sering berhubung dengan Pak Umar kerana aktiviti kemanusiaan Pak Umar tertumpu di negara Balkan, Asia Barat dan Eropah Timur. Dia kenal Wadi sebagai Viktor. Jolokan itu diberi oleh pemberontak. Wajahnya tidak pernah dilihat oleh diktator Dimitri II. Tiba-tiba Wadi muncul di sini?
Mesti ada urusan besar.
*****
SALAM TOK ANDIKA
Mulai lepas asar, rumah tepi di taman Gated-Community yang selalunya sunyi sepi kini kelihatan meriah. Tok Megat datang dari Bangi bersama isterinya Seri, dan anak mereka Megat Khidir, isteri dan dua anak-anak mereka. Kebetulan Megat Khidir, satu-satunya adik Puteri Asmara, yang tinggal di Ipoh menziarahi mereka. Berita kehadiran Wadi membuat semua saudara mara mahu bertemu. Wadi, seorang yang pernah hadir dalam kehidupan Puteri Asmara dan anaknya.
Wadya pula semakin teruja untuk bertemu sekali lagi dengan lelaki tertelan minyak angin itu. Malam tadi Wadi menghubunginya.
Katanya dia dapat nombor telefon Wadya daripada Sergey.
Lama mereka berbual. Waktu-waktu mereka terpisah seolah-olah tidak pernah terjadi.
"Dulu Dya panggil saya 'Abang'. Sekarang kena panggil 'Abang' juga. Tak boleh berawak-awak dengan abang."
Kata-kata Wadi buat Wadya tersenyum.
Petang esoknya Wadya pakai baju kurung yang selalu dipuji 'cun' oleh kawan-kawannya. Entah kenapa dia mahu kelihatan terbaik untuk Wadi. Tetapi ketika melihat kereta LADA 4x4 yang berhenti di hadapan rumahnya, Wadya tetap diburu kebimbangan. Dalam bahasa mudah dia takut Wadi tak berkenan. Entah sudah berapa kali dia membetulkan tudung kepalanya.
Ketika Wadi muncul, Wadya tak nampak lagi wajah yang tertelan minyak angin itu. Hanya wajah seorang lelaki muda yang kacak dan ceria terpamer.
Semua yang ada menerkam dan memeluk Wadi, kecuali dia, isteri Pak Su Megat Khidir dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun. Kumpulan ini terpaksa menjadi pemerhati senyap, yang hanya menyapu air mata.
Masing-masing bertanya khabar tentang Tok Andika dan Mormor Sonja.
Wadya seperti sudah diabaikan. Sedangkan Wadya satu-satunya cucu Tok Andika yang sebenar. Tapi Wadya faham mengapa mereka mengeroyok Wadi. Lebih-lebih lagi ibunya.
Ketika matanya bertentangan dengan mata biru Wadi, seolah-olah ada mesej di sana yang membuat jantung Wadya berdebar-debar dengan kuat.
Aku jatuh cintakah dengan Abang Wadi?
Jangan! Dia datang dari negara yang bergolak dengan perang saudara yang tiada kesudahan. Kerana dia cucu angkat Tok Andika, pastinya dia juga sudah masuk dalam senarai yang dijatuhi hukuman mati oleh Dimitri II.
Jangan kau sua leher, Wadya!
Wadi dapat menangkap apa yang Wadya fikirkan. Tapi sejak dia datang, masuk solat maghrib, majlis bacaan Yassin sampai isya' dan makan malam, dia pun tak dapat bercakap dengan Wadya.
Ada sesuatu pada Wadya yang menarik hatinya.
Entah apa dia tidak tahu.
Sesuatu yang lebih besar daripada cinta.
Jadi, bila Puteri Asmara cadang Wadi bermalam di rumahnya, Wadi terus setuju, walaupun dia tak bawa baju salinan.
"Tak apa, baju aku ada," kata Sergey.
Memang Sergey tinggalkan beberapa helai baju-T di rumah Puteri Asmara, sebab ada kalanya dia bermalam di situ ketika Puteri Asmara out-station dan Wadya tinggal seorang diri di rumah.
Jangan kecam.
Bagi Sergey, Wadya itu 'anaknya' - sejak Burhan terbunuh dalam tragedi demonstrasi pelajar itu. Lebih-lebih lagi Wadya kanak-kanak istimewa.
Bagi Wadya, Sergey itu 'bapanya'. Dia berharap satu hari, Mummy akan menerima Daddy Sergey dan mereka akan menjadi 'keluarga' sebenar.
Mujur juga ada kedai 24 jam. Boleh juga Wadi membeli beberapa bahan peribadi.
*****
<Puteri Nur Asmara, ibu Wadya>
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro