Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2: WADI ALEXEI HARRIS

MANGSA PERANG

Aku ditemui tiga hari selepas apartment tempat tinggal kami sekeluarga di bom hancur oleh askar upahan Diktator Dimitri II.

Aku ditemui menangis di luar bangunan yang rosak oleh Tok Andika. Ketika itu dia salah seorang pemberontak yang bertugas mencari mangsa yang selamat dalam runtuhan bangunan-bangunan. Palang merah dunia telah pergi ke tempat berkenaan sebelum itu, tetapi tidak menemui aku.

Tok Andika tak puas hati, kerana dia tahu Dr Harris, ayahku dan Marion, ibuku yang terkoban dalam pengeboman itu mempunyai seorang anak lelaki.

Ayah dan ibuku sering membantu pemberontak yang cedera. Sebab itu dia menjadi sasaran diktator itu.

Tok Andika datang dengan kawan-kawannya mencari aku, kerana dia dapat rasa aku masih hidup.

Kata Tok Andika, selain badan yang kotor, aku tidak mengalami kecederaan. Cuma lututku sedikit melecet. Kata Tok Andika, mungkin aku merangkak keluar dari rumahku yang hancur. Tetapi, Tok Andika, walaupun ada ilmu batin, tidak dapat menjelaskan bagaimana aku boleh berada di situ, kira-kira satu kilometer dari apartment kami. Patutlah pasukan palang merah tak jumpa aku.

Kata Tok Andika, elok juga aku tak ditemui mereka. Jika ditemui, mungkin aku akan hilang terus identiti. Silap-silap ditangkap oleh gerombolan diktator dan dijadikan bahan ujikaji.

Mungkin Malaikat yang menyelamatkan aku.

Kisah itu membuat aku percaya Tuhan itu Wujud.

Tok Andika daftarkan aku sebagai Wadi Alexei Harris - bangsa kacukan Bosnia-Russia. Katanya aku akan membawa keamanan dan membela manusia.

Hari ini entah kenapa dia panggil aku pulang dari markas pemberontak di barat daya.

Oleh kerana dia tidak ada di rumah ketika aku tiba, aku pun merayap-rayap di kebun delimanya.

Tangan Tok Andika dan Mormor Sonja memang hijau. Apa sahaja ditanam mereka akan membuahkan hasil. Katanya, mereka mendapatkan benih delima itu dari Palestin. Sekarang ladang delima menjadi sumber pendapatan penduduk di situ.

Merah menyala buahnya, membuat aku terliur.

Saat aku asyik melayan deria rasa, aku terdengar nafas manusia di belakangku. Aku berhenti. Tiada pula sesiapa menegurku. Aku terus berpaling. Tiada siapa di belakangku. Lalu aku meneruskan perjalanan. Tetapi aku masih diekori.

Aku berpaling sambil menghayunkan kaki. Tetapi aku hanya menerajang angin.

Aku percepatkan langkah kaki menuju ke rumah Tok Andika.

Dia masih mengekoriku.

Sekali lagi aku menghayunkan kaki dengan laju. Kali ini aku melompat dengan pantas.

"Adoi!"

Insan yang mengekori aku kelihatan terduduk atas tanah keras.

"Tok Andika! Kenapa tok mengendap di belakang Wadi!" Aku berteriak, melihat dia terjelepuk sambil menggosok-gosok pinggulnya.

Aku membantu Tok Andika berdiri. "Tok cedera ke?"

Dia geleng sambil tersenyum. "Tak ada. Tadi masa nak elak Wadi, Tok terpijak kayu kecil, terus terjatuh."

"Hahaha!

Kedengaran suara perempuan ketawa. Aku angkat muka.

Mormor Sonja berdiri dengan bakul di sebelah tangan. Dan sebelah tangan lagi di pinggangnya.

"Awak tu sudah tua," katanya dalam tawa yang masih bersisa.

Aku terus pergi ke arah Mormor Sonja lalu menciumnya. Bakul yang dibawanya aku ambil. "Mormor nak ambil buah ke?"

"Ya . . . Kamu kan suka jus buah delima."

Terus aku senyum dari telinga ke telinga. Mormor Sonja cubit pipi aku. Itulah yang selalu dilakukannya, sejak aku ingat. Dari aku kecil, sehingga tubuhku jauh lebih tinggi berbanding dengannya.

Kami bergerak dari satu pokok ke satu pokok, mengutip buah yang benar-benar masak. Sambil itu dia mengomel-ngomel.

Biasalah apabila nenek mengomel. Tak lain tanya sama ada aku sudah ada girlfriend atau belum?

"Wadi asyik fikir strategi nak tawan kubu musuh, bila masa Wadi nak fikir tentang girlfriend?" 

Aku tahu dia tak terima  penjelasanku.

*****

CARI WADYA

Lepas makan pudding dan minum jus delima, Tok Andika ajak aku ke basement, iaitu bilik bacaan dan bilik dia berzikir.

Dia buka kabinet dan keluarkan album yang dibungkus rapi.

Bebarapa keping gambar ditunjukkan kepadaku.

"Siapa ini tok?" Aku bertanya ketika melihat sekeping gambar seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Budak lelaki itu seperti masih sekolah rendah. Budak perempuan itu masih baby.

"Ini kamu, masa usia tujuh tahun. Budak kecil tu cucu tok, Wadya. Masa itu umur dia dalam tiga tahun."

Aku belek-belek gambar itu. "Kenapa Wadi tak ingat tok?"

"Mari dekat tok," katanya.

Aku menghampirinya. Dia letak tapak tangannya di atas ubun-ubunku. Selepas membaca beberapa ayat dalam bahasa Arab, dia alihkan tangannya.

"Kamu dengan Wadya dulu memang sangat rapat. Tok namakan dia Wadya, sempena nama yang tok beri pada kamu." Dia memulakan cerita tentang gambar itu.

Aku kerut kening, garu kepala, cuba mengingat, tetapi gagal.

"Masa Wadya dibawa pulang ke Malaysia atas soal keselamatan dia, kamu jadi murung. Tak mahu pergi sekolah. Makan dan minum pun tak mahu. Mulanya kami bawa kamu jumpa pakar psikologi. Kemudian kamu lari . . ."

"Lari ke mana tok?" Makin menarik cerita Tok Andika tentang diriku.

"Kamu lari ke Ville de Paix. Kononnya nak cari orang untuk bawa kamu ke Malaysia."

Aku terkejut. "Tok! Wadi baru 7 tahun!"

"Betul. Tapi kamu punya keberanian luar biasa. Sebab itu, bila Abi Khalid berjaya bawa kamu balik, Tok terpaksa buat kamu lupa."

"Lupa Wadya?"

Tok Andika mengangguk.

Abi Khalid, pelarian Somalia, pekerja merangkap rakan setia Tok Andika masih ada di sini. Tetapi aku tak ingat dia membawa aku balik dari Ville de Paix yang kini dikuasai gerombolan Diktator Dimitri II. Aku tak dapat bayangkan kalau aku membesar di sana. Tentu aku juga jadi penyangak.

Patutlah ingatan aku terputus-putus. 

Aku picit kepalaku. "Tapi sekarang Wadi masih tak ingat, tok."

"Tak mengapa. Ingatan itu akan datang perlahan-lahan. Jangan kamu paksa diri," jelas Tok Andika.

Terpaksa aku menerima penjelasan Tok Andika. "Sekarang tok nak suruh Wadi buat apa?"

"Tok nak kamu pergi ke Malaysia dan bawa balik Wadya," tegasnya.

Aku perhati gambar di hadapanku. Wajah seorang perempuan Melayu bersama dua orang lelaki. Aku teka mereka Uncle Burhan, Aunty Puteri Asmara dan Uncle Sergey.

Tok Andika mengiyakan tekaanku.

Dia turut merenung gambar itu lama. Jarinya mengesat air matanya.

"Maaf tok, jika Wadi buat tok sedih."

Dia tepuk bahuku. Mormor Sonja urut belakang Tok Andika.

"Sebab itu kamu kena bawa balik Wadya," kata Mormor Sonja.

"Boleh saja Wadi cari dia di Malaysia. Tapi kalau dia sudah bersuami, takkan suaminya benarkan dia dibawa ke sini?" Entah kenapa, ke sana pula otakku.

"Kamu ingat Pak Umar?" soal Tok Andika.

Aku mengangguk. Pak Umar seorang aktivis kemanusiaan yang terkenal di seluruh dunia. Maksud aku dunia Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa.

"Baru-baru ini kami bertemu di Nubhan City. Tok minta dia siasat Sergey. Dari dapatannya mereka semua ada di Shah Alam."

Mulut aku terlopong. "Tok! Merbahaya tok dedahkan diri di Nubhan City."

Tok Andika senyum sahaja. 

Nubhan City ialah bandaraya yang dikuasai pemberontak. Tetapi perjalanan ke sana agak sukar kerana banyak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh Demontri, nama jolokan pemberontak untuk Diktator Dimitri II.

Semua tahu salah seorang daripada penasihat Demontri ialah seorang ahli sihir yang amat ditakuti, Koldun.

"Tok kan dah selamat sampai di rumah," katanya dengan gaya penuh keyakinan.

Tak sampai hati aku menolak permintaan Tok Andika. "Jadi Wadi kena cari dia bila tiba di Malaysia?"

Semakin lebar senyuman Tok Andika.

"Maknanya, kamu setuju?"

Aku mengangguk. Tentulah aku setuju. Aku wajib menggembirakan kedua orang tua yang banyak jasa ini. Kolonel Majid, kawan aku dan orang kananku juga pelarian Somalia, boleh ambil alih tugas aku sementara aku di Malaysia.

"Wajah Wadya mungkin mirip bapanya - versi perempuan," kata Tok Andika.

"Maknanya, mirip bestemor" Mormor Sonja mencelah, "sebab Burhan mirip bestemor."

Aku pandang wajah kedua mereka silih berganti. Tok Andika lelaki Melayu. Mormor Sonja perempuan Norway. Tentu Wadya sangat cantik. Hati aku semakin teruja untuk bertemunya.

"Tok dah tua. Sebelum tok mati, tok nak jumpa cucu tok."

*****

NOTA:

Bahasa Norwegian 

Bestamor = Nenek

Mormor = Nenek (panggilan manja).

*****

🍎 Tok Andika🍎



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro