Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 11: SUPER ASTRA

MANA VIKTOR?

"Bagaimana? Apa yang kau nampak?" 

Satu suara menyergah mengejutkan Koldun yang asyik menonton video. Dia hampir melompat  kerana terkejut. Dadanya diurut-urut. 

Dimitri II sedang berdiri disebelahnya, sambil tangan memeluk dadanya.

"Apa yang kau tengok?" soalnya.

"Tak ada apa," jawab Koldun. Skrin komputer besar yang tadi pause, ditutupnya dengan memetik jarinya.

Dimitri II tolak Koldun ke tepi. Jarinya dipetik. Semua skrin komputer di kawasan istana boleh dibukanya menerusi bunyi petikan jarinya. Terbeliak mata tuanya. "Apa? Kau tengok video porno?"

"Malam ini ada ramai gadis nak kerja di Istana, Tuan Yang Mulia," ujar Koldun dalam kesipuan.

"Jadi?"

"Orang macam saya ni sudah lama kegersangan," jawabnya berterus terang, sambil tersengih.

"Tak malu!" Dimitri II mendengus.

Dia nak marah lebih-lebih pun tak boleh. Koldun memegang jawatan sebagai Penasihat Khas. Kuasanya mengatasi Setiausaha Politik, dan semua para setiausaha di Kementerian masing-masing.

"Saya bukan paderi yang tak boleh ada perempuan," ujar Koldun.

"Cis! Kau tahu berapa ramai penduduk negara ini?"

"Kira-kira 4 juta Tuan Yang Mulia," jawab Koldun, sedikit kehairanan dengan soalan tentang bilangan penduduk negara yang luas, tetapi penuh dengan gunung ganang itu.

"Tahu pun kau."

"Jadi, apa signifikannya? Kita dah banyak kali bincang tentang bilangan penduduk kita yang kecil ini dalam kabinet. Kita ada polisi tertutup, tak benarkan imigran. Mengapa soal penduduk dibangkitkan, Tuan Yang Mulia?"

"Aku lupa . . . Kau hanya belajar tahap sekolah tinggi sahaja."

Jika Koldun tersinggung dengan kata-kata Dimitri II tentang kelulusan akademiknya, dia tidak menunjukkan tanda sedemikian di wajahnya. Koldun, seperti bapanya hanya berminat dalam ilmu mistik dan paranormal. Ilmu itu mendatangkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan seorang profesor.

"Apa kaitannya soal penduduk dengan keinginan seks saya?" soal Koldun. Umur tidak menghalang. Walau pun sudah tua, dia masih 'berupaya' beraksi di ranjang.

"Kita ada 4 juta penduduk. Tapi yang membayar cukai kepada kita cuma dua juta. Selainnya kita kena dapat daripada cukai Kelab Malam, arak, rokok dan kasino. Kalau rakyat kita sakit, kita kena beri mereka ubat. Kalau ramai sakit HIV, AIDS dan lain-lain, dari mana kita dapat duit untuk beri ubat?"

Sekali lagi Koldun hairan dengan jalur pemikiran Dimitri II. Adakah diktator ini sudah lembut hatinya? Itulah yang menerobos dalam otak tahap sekolah tingginya.

"Bukankah kita sudah ambil keputusan, biarkan saja mereka mati . . . Daripada menjangkiti orang lain?"

"Memang yang teruk kita buat euthanasia. Tapi kita sudah dikecam pihak agama." Dimitri II menjelaskan mengapa kaedah membantu pesakit membunuh diri  itu tidak boleh diamalkan.

"Sejak bila Tuan Yang Mulia takut pihak agama?"

"Bukan takut. Tapi merekalah penyokong kuat kita. Mereka ini langsung tak kisah kita buat apa, sebab mereka ini semua hipokrit."

Koldun mengangguk.

"Tapi bukan golongan yang di Nubhan City. Mereka masih menabur propaganda, kononnya kita Kerajaan tidak sah. Perampas Kuasa, bla . . . bla . . . Sedangkan sudah 30 tahun kita berkuasa," tingkah Koldun.

Dimitri II mencemik. "Ah! Kumpulan itu biarkan saja. Kita tak boleh hapuskan terus mereka. Nanti dunia kata kita tak demokrasi."

"Hahahahahaha!"

Mereka ketawa.

"Aku hairan," kata Dimitri II setelah habis ketawa. "Mana pergi budak Viktor itu? Kenapa senyap sahaja?"

"Entahlah . . . Saya tak tahu."

"Kamu tak boleh tengok dalam kolam sakti tu?"

Kolam sakti itu terletak dalam tempat tinggal Koldun. Ia sebuah kolam yang entah di mana dasarnya. Ia kecil sahaja. Diameternya cuma 4 meter.  Berkali-kali ahli sains cuba mengukur kedalaman kolam itu tetapi tidak berjaya. Kolam itu dipuja Koldun untuk memanggil khadam-khadamnya.

Koldun geleng. "Dia dilindungi Tok Andika. Apa pun saya tak nampak."

"Lagi-lagi Tok Andika. Tak mati lagi orang tua tu."

Koldun senyum. Dimitri II tak sedar diri. Dia lebih tua berbanding Tok Andika.

*****

GADIS CANTIK

"Papa!"

"Ha . . . Nikolai. Kau dari mana?"

Tiba-tiba Nikolai muncul di bilik bacaan Dimitri II. Wajahnya seperti biasa, kejung. Terus dia menuju ke almari, mengambil decanter yang menuang isinya, air setan berwarna keunguan, ke dalam gelas. Diangkatnya gelas itu kepada ayahnya sebelum menghirupnya.

"Saya baru balik kerja."

"Apa yang kau buat?"

"Saham Kasino Alpari meningkat," jawab Nikolai.

"Ya. Sejak tiada lagi serangan drone dari Nubhan City," balas Dimitri II.

"Satu petanda baik, papa. Maknanya ekonomi kita akan pulih. Pemain judi dari seluruh dunia akan kembali berkumpul di Ville de Paix."

"Sebab itu kita ambil ramai pekerja perempuan. Ada yang cantik akan papa ambil kerja di istana."

Nikolai mencemik.

Dimitri II mengeluh. Anak lelaki tunggalnya sudah berusia 40 tahun. Tetapi masih tiada pasangan. Kerana apa? Kerana dia tidak berminat kepada perempuan. Seorang homoseksual tegar yang gagal dipulihkan oleh para doktor di Dimitriland. Ketika usianya tiga puluhan dia dikahwinkan secara paksa oleh Dimitri II. Namun setelah sebulan, perkahwinan itu hancur kerana dia lebih suka menonton aksi ranjang isterinya dengan lelaki lain (yang diupahnya), daripada menidurinya. Dimitri II terpaksa pula mengarahkan mereka bercerai. Bekas isteri Nikolai hilang dari istana. Khabar-khabar angin menyebut, dia telah dibunuh demi menutup malu jika diketahui dan ditular media asing.

LGBT diharamkan di Dimitriland kerana negara itu mahu menambah bilangan penduduknya. Tetapi anaknya sendiri homoseksual. Kerana itu anaknya tidak tinggal di negara itu. Sebaliknya dia tinggal di negara lain yang membenarkan kegiatan tak semenggahnya. Sekali sekala dia kembali ke tanah airya.

Dimitri II sudah berapa kali mencari ibu tumpang untuk mengandungkan anaknya menerusi projek bayi tabung uji. Tetapi gagal.

Tidak ada seorang pun ibu tumpang yang berjaya mengandung, walaupun semuanya subur dan mempunyai anak.

Dimitri II masih tidak putus asa untuk menjadikan anaknya lelaki sejati. Itulah sahaja warisnya, daripada 5 orang perempuan yang pernah menjadi isterinya.

"Tetapi kalau senyap sahaja pun, maknanya mereka sedang merancang sesuatu," kata Nikolai yang mengetuai jabatan perisikan negara itu.

"Apa yang mereka gunakan sampai kita tak dapat kesan Viktor?" gumam Dimitri II.

"Mereka gunakan Gelombang Super Astra. Setakat ini kita tidak dapat lawan." Kedengaran suara General Amikanov mencelah.

Bersamanya Koldun dan seorang gadis cantik, berambut blonde.

"Lagi-lagi Super Astra. Aku tak percaya Super Astra begitu hebat," kata Dimitri II.

"Pemilik gelombang Super Astra ada seratus nama. Setiap satu nama jika diwiridkan, akan menghasilkan gelombang-gelombang yang boleh menumbuhkan pokok-pokok," jelas Koldun.

Dimitri masih pertahankan pendapatnya. "Aku tidak percaya."

"Buktinya mereka boleh menanam delima di tempat sejuk yang dulu terbiar," kata General Amikanov. "Aku bukan puji. Tetapi ini hasil perisikan."

Dimitri II mendengus. "Kalau begitu tidak bolehkah kita hantar perisik untuk mempelajarinya?"

"Kita sudah hantar. Tetapi semuanya mati seperti terkena kesan kebakaran," jelas Koldun. "Semuanya angkara Tok Andika."

"Boleh tak kau jangan sebut lagi nama itu?" bidas Dimitri II. Dadanya terasa sakit setiap kali nama Tok Andika disebut. Dia tidak mahu mati kena serangan angin ahmar seperti ayahnya. 

"Mereka menanam delima. Kita menanam anggur dan menjadikannya arak yang terbaik." Nikolai mencelah. Air setan dari decanter dituangnya lagi.

Dimitri II geleng kepala. Anaknya langsung tidak memandang perempuan cantik yang dibawa General Amikanov.

"Siapa ni Amikanov?" soalnya. Wajah gadis itu direnung tajam.

"Ini pekerja di kasino Alpari. Saya bawa ke sini. Dia terlalu cantik untuk duduk melayan para penjudi."

Dimitri setuju perempuan itu memang cantik. Tinggi lampai macam model. "Siapa nama kamu?"

"Erika," kata perempuan itu. "Erika Anton."

"Hmm . . . Nama pun sedap. Erika . . ." Dimitri menjeling Nikolai yang hanya membisu. Seolah-olah Erika yang cantik itu sebatang kayu buruk sahaja.

Sebaliknya Nikolai menyoal. "Kau dah siasat ke latar belakang dia? Tiba-tiba bawa masuk ke sini?" 

"Sudah," jawab General Amikanov, "Dia dibesarkan di Orchid Orphanage."

"Apa jadi dengan ibu bapa kau?" Nikolai memang sentiasa ragu dengan sesiapa sahaja yang baru dibawa masuk ke dalam istana.

"Meninggal masa serangan drone di Ville de Paix," jawab Erika.

"Cantik!" kata Koldun.

"Jauhkan tangan gatal kamu daripada dia, Koldun." Dimitri II memberi amaran.

"Maksud saya, latar belakang tentang keturunan dia tu cantik," jawab Koldun dengan kesipuan.

Hatinya berdarah apabila dikata 'gatal' oleh Dimitri II. Tunggulah, bila kau tak melihat. Aku takkan lepaskan Erika, untuk kau atau anak kau yang pondan tu."

"Dia ada kelulusan dalam Sains Perpustakaan. Sebab itu saya bawa ke sini," jelas General Amikanov, sambil berpaling ke arah gadis itu yang tersenyum manis.

Semakin lebar senyuman Dimitri II. "Hmm . . . Beauty with brains, huh?" 

*****

*Lawa tak?*



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro